Assalamualaikum…
Sihat semua…
Harap-harap semua sihat. Saya kat
sini tidak berapa nak sihat. Sedikit mengalami pening, batuk dan selsema.
Pendek kata symptom-simptom kepada demam.
CANTIK…
Apa yang anda semua faham tentang
cantik. Apa yang saya faham tentang cantik adalah sesuatu benda yang kita suka
tengok, menarik perhatian dan ingin kita miliki. Tetapi, pendapat bagi setiap
orang adalah berbeza.
Pernah seorang kawan pernah
bertanya kepada saya” Tak mahukah saya menjadi cantik”. Jawapan saya” Tak”.
Saya tak mahu jadi cantik.
Dia berkata lagi,” abis tu bila
awak akan kahwin. Jadilah cantik. Cantik itu satu bonus untuk dapat suami kaya”.
Jawapan saya,” Kaya tetapi kalau tiada iman di dada…macam mane mahu mendidik
saya dan anak-anak saya nanti. Tak ape lah kalau tak kaya, sekurang-kurangnya
cukup dan kite bahagia. Kekayaan tidak akan menjamin ape2 pun”. Saya rasa
jawapan saya menyebabkan dia mula berasa sakit hati dengan saya. Tak pe lah,
sekurang-kurangnya saya telah memberi pendapat peribadi dan pegangan saya.
Dan, dia tidak berjaya memujuk saya
untuk membeli product jualannya. Tetapi sempat berkata, “ Nak cantik tak payah
berkira”. Pelik kenapa dia berkata begitu. Abaikan saja lah.
Saya memang tak cantik dan tak
mahu jadi cantik. Kenapa saya tak mahu jadi cantik. Bagi saya menjadi cantik
itu akan menyusahkan hidup. Kita akan menjadi perhatian setiap orang. Mula lah akan
kata-kata pujian, berjalan pun orang pandang, mesti akan ade usikan-usikan
nakal si lelaki, panggilan telefon yang nombor kite sendiri tidak tahu. Itu
semua adalah gangguan dalam kehidupan seharian. Saya percaya orang-orang cantik
akan alami semua ini.
Tetapi saya suka akan orang yang
cantik. Saya suka tengok orang yang cantik. Ia ibarat sesuatu yang indah dan
sejuk mata memandang. Orang yang cantik, dengan pakaian yang cantik. Cantikkan.
CANTIK
by
Suri Suriyani
on
January 14, 2013
Assalamualaikum… Sihat semua… Harap-harap semua sihat. Saya kat sini tidak berapa nak sihat. Sedikit mengalami pening, batuk dan selse...