9 Petua Doa Mustajab dari Rasulullah s.a.w
Sembilan Petua daripada Rasulullah
s.a.w. untuk mencapai doa mustajab
1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan
iqamat tidak akan ditolak.”
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap
malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang
berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta
keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
“Tiga orang yang tidak
ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan
orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu
langit dibuka.”
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca
al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan
Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam
jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang
itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat
syaitan.”
6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa
yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan
dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya
akan diterima Allah.”
7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan
dipenuhkan.”
8.Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan
dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa
tetapi tidak dimakbulkan.”
9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu
ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang
berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang
dipohonnya itu.”
No comments:
Post a Comment