DENDAM DAN BENCI
Setiap permulaan perlu dimulai dengan Assalamualaikum….
Salam sejahtera buat semua
Pernah tak rasa dendam dan benci dekat seseorang.
Mesti semua orang pernah rasakan.
Ketika saya menulis entry kali ini, perasaan saya sangat sedih kerana saya mempunyai perasaan benci dan dendam terhadap seseorang. Seseorang yang perlu saya sayangi dan hormati.
Saya tak suka perasaan negative ini tetapi ia mula terbit dari dalam diri ini sedikit demi sedikit. Adalah sangat berdosa sekiranya saya terus membiarkan perasaan ini merajai hati…Takutnya Ya Allah…
Saya telah cuba untuk memadamkan api kebencian ini tetapi setiap butir bicara dan perlakuan orang itu terhadap saya hari demi hari telah memarakkan lagi kemarahan saya terhadapnya.
Saya tidak tahu apa kesalahan saya sehinggakan saya dibeza-bezakan dengan orang lain.
Walaupun sebanyak mana kebaikan yang telah kita lakukan ia tetap menjadi satu kesalahan dan saya tetap dihina serendah-rendahnya. Saya disalahkan. Hati mana tidak sakit kalau dilakukan begini bertahun-tahun.
Jiwa mana yang tidak akan memberontak dan akhirnya menjadi dendam dan benci.
Tetapi,
Ingatlah…
Tabahlah dengan ujian Allah dan berdoalah kepada-Nya supaya dikuatkan semangat untuk itu.
Dendam dan benci itu tidak akan memberi apa-apa kebaikan pada kita. Malah ia akan merosakkan lagi jiwa ini. Maka, jagalah daging yang seketul ini. Didiklah ia dengan unsur-unsur yang baik. Jauhkan daripada perkara-perkara dan perasaan yang akan merosakkan ia.
Jagalah hati ini Ya Allah.
Bantulah untuk menghilangkan perasaan benci dan dendam ini. Biarlah ia terkubur begitu saja tanpa meninggalkan kesan buruk pada diri aku yang lemah ini.
Teruskan berbuat baik dan janganlah membuat kejahatan kepada sesiapa pun. Allah yang menilai dan kita tidak rugi apa-apa pun.
InsyaAllah…
Dunia ini neraka bagi orang beriman dan syurga bagi orang-orang yang lalai.
Akhirat itu syurga bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan neraka bagi orang-orang yang lalai…
No comments:
Post a Comment