Hari ini Cik Suri akan kongsikan resepi roti jala yang sangat menjadi dan pastinya tidak akan gagal. Tekstur roti jala yang lembut dengan lemak santan memang sedap bila dimakan bersama dengan kuah kari.
Sesuai dijadikan sebagai hidangan waktu petang atau juga sebagai hidangan ketika tetamu bertandang. Malah, pada bulan Ramadhan punianya menjadi salah satu menu yang perlu disediakan.
Roti jala ini Cik Suri hidangkan bersama dengan kari kambing. Namun, untuk posting ini Cik Suri tidak akan kongsikan cara membuat kari kambing. Maaf ya sebab Cik Suri malas hendak menulis panjang lebar. Cik Suri akan cuba tulis di posting yang lain.
Ini adalah cara paling ringkas yang dapat Cik Suri kongsikan. Bahan-bahan yang digunakan tidaklah terlalu banyak dan sukar untuk didapati. Cara membuatnya pun mudah juga.
Cik Suri harap perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk anda yang membacanya. Selamat menjala.
Okay, teruskan membaca.
Bahan-bahan untuk adunan roti jala
Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah untuk diperolehi. Boleh beli di mana-mana pasaraya ataupun kedai runcit.
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air santan cair - boleh juga diganti dengan susu cair
1 sudu besar minyak masak
1 butir telur
Sedikit garam
Pewarna kuning atau lain-lain warna pilihan
Cara-cara membuat roti jala
Sukat tiga cawan tepung gandum ke dalam bekas yang bersesuaian.
Dalam bekas yang lain, satukan telur dan santan cair kemudian kacau sebati. Campuran telur dan santan cair ini boleh terus dimasukkan ke dalam bekas tepung gandum.
Kemudian, masukkan minyak masak, sedikit garam dan pewarna. Kacau adunan sebati sehingga tiada sisa ketulan gandum.
Sekiranya masih ada ketulan tepung gandum, anda boleh gunakan penapis untuk asingkan ketulan itu.
Masukkan adunan ke dalam botol sos yang bermuncung dan kiraikan di atas kuali leper pada api sederhana. Boleh kirai berbentuk bulat atau juga petak-petak.
Apabila adunan sudah masak, bolehlah diangkat ke pinggan dan gulung ia.
Dah siaaap.... dan boleh dihidangkan bersama kari ayam atau daging atau kambing. Boleh juga dihidangkan bersama kuah serawa durian.
Tips :-
Anda juga boleh menggunakan "blender" untuk memudahkan dan juga menjimatkan masa. Caranya dengan memasukkan semua bahan-bahan di atas kedalam pengisar dan kisar ia sehingga kesemua bahan sebati. Kemudian tapis ke dalam botol sos atau acuan roti jalan.
Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan santan cair, anda juga boleh menggantikan santai cair dengan susu cair atau susu sejat. Hasilnya tetap sama cuma rasanya kurang lemak.
Andai kata anda tidak mempunyai telur, boleh sahaja "skip" dan digantikan dengan susu sejat. Inshaa Allah, menjadi juga roti jalanya. Cik Suri pernah cuba juga.
Akhir kata, selamat menjala semua. Jangan lupa komen jika anda berjaya membuat roti jala.
Assalamualaikum. Hari ini Cik Suri akan kongsikan resepi roti jala yang sangat menjadi dan pastinya tidak akan gagal. Tekstur roti jala yan...
Korang pernah makan "soft cookies" tak sebelum ini. Cik Suri personally belum pernah lagi cuba soft cookies daripada mana-mana cafe mahu pun daripada bakery.
Dua-tiga hari kebelakangan ini, selalu sahaja nampak resepi yang dikongsi di ruangan fyp tiktok. Jadi, Cik Suri ingin cuba satu resepi soft cookies yang lalu di ruang fyp Cik Suri.
Tetapi, Cik Suri ada buat sedikit olahan daripada resepi asal untuk memenuhi selera Cik Suri. Antaranya dengan mengurangkan sedikit kemanisan dan menambah kekacang untuk memberi rasa sedikit ranggup pada cookies ini. Jadi Cik Suri namakannya sebagai "Peanut Chocolate Soft Cookies".
Soft cookies adalah sejenis biskut yang mana teksturnya sedikit chewy. Normally, biskut yang biasa kita makan akan rasa ranggup. Tetapi, soft cookies ini berbeza sangat teksturnya, yang pasti ianya sedap.
Bahan utama yang membuatkan biskut rasa kenyal dan lembut
Adunan biskut ini adalah daripada bahan-bahan biasa yang kita gunakan untuk doh biskut seperti tepung gandum, garam-gula, mentega, telur dan vanilla esen. Tetapi apa yang membuatkan biskut ini berbeza dengan biskut normal adalah kerana sukatan dan suhu bahan-bahan ketika aduanan doh dibuat.
Mentega Cair - Mentega yang dicairkan akan menghasilkan rasa chewy dan lembut pada cookies. Menggunakan mentega yang dicairkan memudahkan kita untuk tidak perlu lagi mengadun aduan menggunakan mixer.
Lebihkan gula perang berbanding gula putih - Cik Suri menggunakan nisbah gula 2:1 yang mana 70 gram gula putih dan 140 gram gula perang. Kelembapan di dalam gula perang akan memberi rasa yang lebih kenyal pada biskut ini.
Doh biskut akan lebih lembut dan tidak melekit apabila kita gaulkan ianya dengan coklat chip disebabkan kita menggunakan mentega cair.
Tips untuk dapatan doh yang cantik
Doh perlu dibeku terlebih dahulu - Tips untuk mendapatkan biskut yang kenyal adalah dengan bekukan dahuku doh di dalam peti ais seketika. Ini adalah supaya adunan doh dapat set together atau ia sebati dahulu selepas proses masa kita mix tadi. Doh yang sejuk dapat mengekalkan ketebalan biskut ketika dibakar. Semasa penyimpanan di dalam peti ais, pastikan aduanan ditutup dengan plastik atau penutup bekas. Boleh bekukan antara 2 hingga 3 jam dan adunan mampu bertahan selama 3-5 hari di dalam peti beku.
Bulatkan doh dengan ketebalan yang bersesuaian - Doh yang tebal akan menghasilkan biskut yang tebal dan lebih lembut jika dibandingkan dengan doh yang sedikit nipis. Semakin nipis doh biskut akan menjadi ranggup dan akan hilang kelembutan isi dalamnya.
Bahan-bahan untuk membuat Peanut Chocolate Soft Cookie
115 gram marjerin atau juga butter - dicairkan dan biarkan ianya sejuk atau suam-suam kuku sebelum dimasukkan ke dalam aduan
75 gram gula perang
50 gram gula putih
1 biji telur, pada suhu bilik - biarkan seketika di luar jika telur anda di simpan di dalam peti ais.
1 sudu kecil esen vanila
160 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil baking Soda
Sedikit / secubit garam
250 gram chocolate chips
100 gram kacang tanah yang dihancur kasar
Chocolate Coins sebagai hiasan
Cara membuat Peanut Chocolate Soft Cookies
Panaskan dahulu oven pada sehingga suhu 175'Celsius
Langkah pertama, cairkan marjerin di atas dapur pada api kecil supaya mentega tidak terlalu panas atau hangus. Masak sehingga marjerin sedikit keperangan. Kita juga boleh cairkan marjerin di dalam microwave. Kemudian biarkan ianya suam atau sejuk sebelum langkah seterusnya.
Ayakkan campuran tepung gandum, baking soda, garam di dalam mixing bowl. Ketepikan sementara kita menunggu mentega sejuk.
Apabila mentega sudah suam atau sejuk, boleh masukkan campuran gula perang dan gula putih di dalam mentega cair tadi kemudian kacau perlahan supaya campuran gula tergaul sebati. Pastikan sehingga tiada butiran gula yang tertinggal.
Kemudian masukkan sebiji telur dan kacau sebati, diikuti pula dengan satu sudu kecil esen vanila. Pastikan campuran digaul sehingga sebati.
Kemudian masukkan campuran tepung yang diayak tadi bersama-sama dengan coklat chips dan kacang tanah. Gaul sehingga sebati.
Tutup adunan doh dengan penutup bekas atau boleh gunakan wrapping plastik dan sejukkan di dalam peti sejuk selama dua hingga 3 jam. Adunan boleh dibekukan untuk lebih 3 hingga 5 hari sebelum dibakar. Boleh juga bulatkan doh dahulu sebelum dibekukan.
Sebelum doh dibakar, selepas dikeluarkan daripada peti ais dan biarkan doh menjadi lembut seketika pada suhu bilik selama 10-15 minit.
Kemudian susun adunan doh di atas baking pan. Pastikan dilapik dengan baking paper supaya biskut tidak melekat apabila sudah masak nanti.
Bakar biskut di dalam oven selama 12-15 minit pada suhu 175 celsius. Biskut akan kelihatan perang dibahagian tepi menandakan ianya sudah masak sepenuhnya.
Biarkan biskut sejuk di atas wire rack. Biskut boleh disimpan selama seminggu di dalam bekas kedap udara pada suhu bilik.
Korang pernah makan "soft cookies" tak sebelum ini. Cik Suri personally belum pernah lagi cuba soft cookies daripada mana-mana caf...
Assalamualaikum.
Rasanya macam lama sangat Cik Suri tidak berkongsi resepi, kan? Bersempena birthday emak Cik Suri semalam, jadi hari ini saya ingin kongsikan desert kegemaran beliau iaitu cheese cake. Tetapi, burn cheese cake sebab ianyanya mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak.
Tahun ini kami tidak dapat buat sambutan harijadi pun. Sedihnya. Maklumlah hanya Cik Suri dan kakak sahaja yang berada di rumah. Adik-beradik yang lain tidak sempat balik kerana keadaan musim hujan dan banjir yang tidak mengizinkan. Jadi, kalau hendak disambut pun rasa macam krik...krik...sahaja.
Seperti tahun-tahun lepas, adik Cik Suri yang berada di KL akan balik bersama-sama anak-anaknya untuk menyambut birthday maktok mereka ini. Kali ini mereka balik awal dan belum sempat 25hb mereka telah ke giliran rumah emak mertua adik Cik Suri.
Untuk membuat burn cheesecake ini sebenarnya mudah sangat. Cara-cara untuk membuatnya tidak rumit. Ada sesetengah orang, mereka hanya menggunakan "blender" sahaja untuk membuat kek. Masukkan kesemua baha-bahan ke dalam blender kemudian cuma tekan button "on" dan kisar seketika, dah siap. Alihkan adunan ke dalam baking pan dan bakar. Cara paling mudah dan cepat.
Beberapa sahabat Cik Suri pernah mencuba burn cheesecake yang saya masak ini. Dan feedback daripada mereka sangat menyenangkan hati Cik Suri. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat juga feedback positive daripada lawan-kawan.
Cara buat burn cheese cake versi Cik Suri sangat mudah kerana Cik Suri bukanlah seorang yang rajin sangat. tetapi, bila kita memasak kita perlu menjadi kreatif dan selalu cuba lakukan eksperimen.
Cik Suri pernah kongsikan resepi ini di channel Youtube Cik Suri. Jika kamu orang berkesempatan, jemputlah menontonnya di saluran youtube saya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
250 gram krim keju (cream cheese)
2 sudu besat gandum
1 cawan gula
2 biji telur
150 gram whipping cream
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil jus limau nipis
Bahan-bahan ini kamu boleh ubah mengikut selera masing-masing. Sebagai contoh, Cik Suri menggunakan jus limau nipis kerana pada masa itu tiada jus lemon di rumah. Hendak ke kedai, malaslah pula. Jadi, menggunakan jus limau nipis juga tiada mengubah apa-apa pada kek kita. Tetap menjadi.
Selain itu, korang juga boleh kurangkan penggunaan gula. Mungkin daripada 1 cawan boleh dikurangkan kepada 3/4 cawan atau 1/2 cawan. Terpulang kerana ada sesetengah daripada kita tidak suka makan makanan manis.
Cara-cara kerja Cik Suri mudah sahaja.
1- Putarkan krim keju bersama-sama gula sehingga sebati. Masa putar adalah lebih kurang 1-2 minit sahaja. Pastikan krim keju berada dalam keadaan suhu bilik kerana jika krim keju masih beku ia mengambil masa ketika proses memutar.
2- Kemudian masukkan dua biji telur dan sambung putar sekejap.
3- Masukkan whipping krim dan sambung mengadun adunan.
4- Masukkan jus limau, garam dan akhir sekali tepung gandum. Teruskan mengadun seketika, lebih kurang 2 hinggan 3 minit sehingga adunan sebati.
5- Kemudian, masukkan adunan ke dalam baking pan atau ke acuan kertas. Bakar selama 30 minit pada suhu 180 celsius. Kemudian, tambah 5 minit pada api atas untuk dapatkan permukaan kek yang sedikit hangus.
6- Sejukkan kek anda seketika dan siap untuk dihidangkan. Mudahkan.
Seperti yang Cik Suri katakan pada awal tadi, burn cheesecake ini mudah sahaja untuk dibuat. Guna apa cara jua method nya ia akan tetap menjadi.
Bahan-bahan yang Cik Suri nyatakan di atas tadi, kamu boleh sahaja masukkan sekaligus ke dalam "blender" dan kisar selama dua atau tiga minit atau sehingga adunannya menjadi "smooth". Kemudian, terus sahaja tuang ke dalam baking pan atau acuan kertas dan bakar seperti suhu dan masa yang Cik Suri nyatakan di atas. Kek ini akan tetap menjadi sedap.
Apalagi, jangan lupa mencuba. Selamat bercuti dan selamat menyambut tahun 2024.
Assalamualaikum. Rasanya macam lama sangat Cik Suri tidak berkongsi resepi, kan? Bersempena birthday emak Cik Suri semalam, jadi hari ini sa...
AYAM BUTTERMILK ini sebenarnya makanan kegemaran adik bongsu Cik Suri. Tapi...kalau di ingatkan kembali, adik Cik Suri ni semua benda dia makan kecuali kayu dan batu. Tiada satu pun makanan yang dia tidak makan. Cuma, bezanya kegemaran atau bukan sahaja. Sebagai contoh, si bongsu ini, dia kurang suka makan coklat atau makanan manis. Begitu.
Beberapa hari lepas, Cik Suri bersama madam ada buatkan ayam buttermilk untuk hidangan tengahari. Sebenarnya, jarang masakan begini jadi hidang keluarga kami kerana ayah Cik Suri tidak berapa suka makan makanan moden. Jarang-jarang sekali masak, tiada masalah. Lagipun, untuk ayah kami masak lauk yang lain.
Okay,
Jadi, hari ini Cik Suri akan kongsikan resepi Ayam Buttermilk ikut selera Cik Suri. Style Cik Suri ini agak pedas sedikit sebab kami dua beradik suka makan pedas. Kalau madam makan, menangislah sebab madam tidak tahan pedas. Cik Suri pula, suka pedas tapi tak tahan pedas. Tidak pelik bukan Cik Suri lah.
Resipi Ayam Buttermilk ini memang sedap, sudah pasti akan menjadi kegemaran anak-anak anda. Cara penyediaannya pun mudah dan cepat. Tidak leceh lah. Cuma, Cik Suri nasihatkan untuk anda kurangkan cili api untuk kurangkan kepedasannya.
Untuk resepi ini, Cik Suri gunakan bahagian dada ayam kerana ia tidak bertulang dan daging ayam akan cepat masak. Mudah untuk dimakan. Tetapi, jika anda ingin mengunakan apa jua bahagian yang bertulang tiada masalah.
Ayam perlu digoreng terlebih dahulu bersama salutan tepung dan kemudian baru akan dimasukkan ke dalam kuah buttermilk. Rasanya memang sedap, lemak berkrim, manis masin yang secukup rasa berserta bau daun kari yang membangkitkan selera.
Panjang bebelan Cik Suri. Jom kita terus kepada cara buatnya dan bahan-bahan yang diperlukan.
Potong dadu isi dada ayam mengikut saiz yang dikehendaki, bersihkan dan tos airnya
Di dalam bekas lain, tepung gandum, tepung jagung dan serbuk kari digaul bersama dengan sebiji telur dan air sehingga sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
Pastikan aduan tepung tersebut tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair.
Masukkan ayam dan gaul supaya tepung tersalut rata dengan ayam. Perap dalam 15-20 minit.
Goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
Untuk menyediakan kuah buttermilk, panaskan kuali kemudian masukkan butter. Cairkan butter pada api perlahan supaya butter tidak hangit.
Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan susu cair. Reneh sebentar dan masukkan pula keju. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan sehingga kuah buttermilk tersalut rata.
Tips:
Sekiranya anda tidak suka pedas, anda tidak perlu masukkan cili di dalam hidangan anda.
Untuk menyediakan ayam goreng, anda boleh menggunakan tepung serba guna seperti tepung bestri atau apa-apa jenama. Ia lagi cepat dan menjimatkan masa penyediaan.
Anda juga boleh skip keju jika anda tidak gemarkannya. Keju hanya optional sahaja.
Beginilah resepi ringkas yang Cik Suri dan madam kongsikan untuk anda. Nanti anda bolehlah cuba buat di rumah dan makan bersama nasi panas. Bertambah nasi tau!!!
Jangan lupa share komen anda di ruangan comment. See next RESEPI.
Assalamualaikum. Terima kasih sudi datang ke blog Cik Suri
AYAM BUTTERMILK ini sebenarnya makanan kegemaran adik bongsu Cik Suri. Tapi...kalau di ingatkan kembali, adik Cik Suri ni semua benda dia ma...
"Laa…maknanya, betul lah Starbucks akan discontinue Pumpkin Spice Latte?.”
Dengar kata-kata daripada kawan cik suri. Cik suri bukan lah pencinta kopi di Starbucks. Tapi tidak dinafikan kopi-kopi yand dijual di Starbucks memang sedap. Even my starbucks favorite coffee is Caramel Machiato Latte. Teringin la pulak caramel machiato “Hualien’s Starbucks Cabin Cafe”. Jauh betul teringinnya.
Tetapi, jangan risau. Jauh teringin. Boleh diubati dengan DIY (did it yourself). Hari ni cik suri terasa nak cuba buat Pumpkin Spice Latte. Alasannya belum pernah cuba. Maka, terbuatlah pumpkin latte yang ternyata sangat pahit (sebab tak tahu rasa asal Pumpkin Spice Latte) ni. Sedih.
Memang kepahitan itu tidak dapat ditanggung sehinggakan cik suri terpaksa curahkan kopi ke dalam sinki. Ahli keluarga semua tak nak cuba. Huhu.
Akhirnya, melalui pembacaan di internet (starbuck website) yang menggunakan simple syrup di dalam “coffee” mereka. Makanya, Cik suri cuba untuk membuat “simple pumpkin spice syrup”. Rajin jari membuat rujukan daripada beberapa channel youtube.
Cik suri improvised dan ubah sikit daripada idea-idea resepi daripada youtube mengikut selera cik suri.
Tadaaa… Inilah hasil daripada gubahan resepi cik suri. Tetapi, sebenarnya sama sahaja.
Ini adalah antara bahan-bahan yang cik suri gunakan untuk membuat “Simple Pumpkin Spice Syrup” mengikut version cik suri.
1- 1/4 biji pumpkin - untuk dijadikan (1/4 cup pumpkin puree)
2- 3/4 cawan (cup) gula perang (brown sugar/ palm sugar) - you preference.
3- 1 cawan (cup) gula putih (white sugar) - bukan sugar dadi.
4- 2 sudu kecil (teaspoon)serbuk kayu manis (cinnamon powder)
5- 1/2 sudu kecil (teaspoon) ginger powder - jika tiada, boleh guna 1/2 inch halia hidup. Cik suri pun guna yang mentah, sebab cari di market tak jumpa.
6- 1/2 sudu (teaspoon kecil serbuk buah pala (nugmet powder) - jangan banyak2 nanti pahit.
7- 3-4 biji cengkih (cloves)
8- 2 sudu besar (tablespoon) ekstrak vanilla.
9- 1 1/2 cawan air
Psstt…kalau korang malas nak baca, boleh terus ke channel youtube Suri Lee Channel. Tengok je situ.
Kalau rajin, teruskan membaca.
Cara penyediaannya mudah sahaja:
Mula-mula kita sediakan “pumpkin puree”. Caranya cik suri bersihkan, belah dan bakar di dalam oven untuk melembutkan pumpkin. Selain bakar di oven, boleh juga menggunkan cara kukus. Lakukan sehingga pumpkin betul-betul lembut. Di oven, cik suri bakar selama 20-30minit pada suhu 175celcius.
Setelah itu, kisar pumpkin yang sudah lembut menggunakan blander, sehingga halus. (sememangnya pumpkin yang lembut akan mudah menjadi puree). Jika malas untuk menggunakan blender, penyet2 di atas penapisan juga boleh. Tiada masalah.
Selepas mendapat hasil pumpkin puree yang memuaskan. Sediakan dapur dan periuk untuk memasak “simple syrup”.
Caranya, di dalam periuk pada api dapur yang sederhana besar, masukkan 1 1/2 cawan air (boleh guna air panas daripada coway terus), lagi cepat air menjadi panas….hihi.
Masukkan gula (gula putih dan perang), serbuk kayu manis, serbuk nugmet, serbuk halia (halia ketul) dan cengkih. Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan ekstrak vanilla.
Kacau campuran air gula dan bahan-bahan kering berserta pumpkin puree sehingga sebati dan bercampur rata.
Biarkan campuran mendidih. Masak simple syrup sehingga menjadi sedikit pekat. Jangan terlalu pekat. Bila dah sedikit siap, boleh la tutupkan api dapur.
Tadaaa... Pekat dan likat. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum ditapis.
Dah siap. Aikk…tetiba dah siap.
Ye lah, resepinya mudah sahaja. Kena pandai agak-agaklah.
Okey, mudah kan?
Next…
Biarkan simple syrup menyejuk dan bila sudah sejuk bolehlah dipindahkan ke botol pilihan anda.
Cik suri terus tapis masukkan ke dalam botol minum “haus boom”. Alasannya, botol tu cantik.
Next…next…
Apa lagi, sila lah buat Pumpkin Spice Latte korang.
My own "Pumpkin Spice Latte" ala Starbucks.
Brew coffee,
Simple syrup,
Warm milk,
Siap…
Tabur sikit chocolate powder or cinnamon powder sebagai hiasan.
Selamat menikmati your latte, my loved coffee lover reader.
" Laa…maknanya, betul lah Starbucks akan discontinue Pumpkin Spice Latte?.” Dengar kata-kata daripada kawan cik suri. Cik suri bukan...
CHICKEN ADOBO, Philippine traditional recipe. Easy to make, less ingredient and less time needed.
Assalamualaikum.
Hi, guys...
Welcome back to my blog and thank you very much.
Much of love.
Dua tiga hari kebelakangan ini teringat pula dekat "ex-officemate" di pejabat lama. Sebenarnya sudah dua tahun lebih Cik Suri berhenti daripada "company".
Alhamdulillah, with new company, masih berpeluang untuk menambah pengalaman kerja. Terima kasih rakan sekerja yang selalu menyokong Cik Suri.
Tapi, untuk hari ini, disebabkan Cik Suri rindu dekat this Filipino girl. So, i am come up with this Filipino style chicken adobo.
Halal version.
Jadi, jom kita mula main masak-masak.
Before that, you may watch how to cook chicken adobo by clicking my Youtube Channel.
Cara untuk membuat chicken adobo. tersangatlah mudah. Petik jari saja sudah siap.
Bahan-bahan
Hanya memerlukan lima jenis bahan sahaja. Antaranya adalah:
500gram ~ 1kg ayam (dipotong mengikut selera anda)
Kicap pekat / (atau kicap manis ~ mengikut selera anda juga)
Cuka masakan / cuka makan Serbuk lada hitam 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih Sedikit perasa (garam, gula ~mengikut selera anda juga)
Minyak masak untuk menumis.
Sedikit air
Cara Memasaknya
Mula-mula perapkan ayam bersama-sama kicap, cuka makan dan lada hitam, perap selama antara 15-30 minit.
Apabila ayam siap diperap. Panaskan minyak dan saute bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Kemudian masukkan ayam. Cik Suri suka gorengkan ayam sekejap untuk mendapatkan tekstur garing. Masukkan bagi kicap bersama-sama ayam dan renehkan. Tambahkan sedikit air dan teruskan reneh sehingga ayam kita masak.
CHICKEN ADOBO, Philippine traditional recipe. Easy to make, less ingredient and less time needed. Assalamualaikum. Hi, guys... Welcome bac...
Assalamualaikum. Hi, guys.
Harini cik suri nak share eksperimen masak yang kedua.
Kita juga telah memasuki fasa ke-5 Peraturan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Video ini cik suri rakam beberapa hari sebelum Ramadhan. Ambil masa jugak nak siapkan editing.
Sekarang kita hampiri masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan.
Semoga Resepi Kek Sarang Semut a.k.a Kek Gula Hangus ini dapat membantu viewer cik suri.
Kut-kut ada plan nak buat sebagai juadah berbuka puasa.
Okey, jom start.
Bahan-bahannya:
Untuk gula hangus
1 1/4 cup gula kasar
1 cup air panas.
Mula-mula panaskan gula sehingga cair keperangan. Bila gula sudah cair, masukkan air panas. Tujuan kita guna air panas adalah untuk samakan suhu gula dan air, agar bila kita tuang air tidak terpecik.
Bila air dan gula dan sebati. Tutup api dan biarkan sejuk.
Assalamualaikum. Hi, guys. Harini cik suri nak share eksperimen masak yang kedua. Kita juga telah memasuki fasa ke-5 Peraturan Kawala...
Assalamualaikum
Hai semua.
Lama cik suri tak update blog. Hampir-hampir dua tiga tahun jugak. Jenguk lagilah jarang sekali. Busy tak ingat. Macam-macam hal terjadi dalam tempoh dua tahun ni. Tapi takde lah effect pada kehidupan harian cik suri pun.
Sempena hari kebosanan cik suri duduk dekat rumah ni. Cik suri nak share resepi biskut dahlia. Tetiba terasa nak makan biskut dahlia. Biasalah kan, kalau boring kerjanya mesti nak makan jer memanjang. Ada pula sokongan padu dari Madam Besar. Nak tunggu raya, alahaii lambat lagi laa… kempunan den nanti.
Resepi Biskut Dahlia :
1 cawan mentega
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
1 cawan gula aising
Ceri hijau dan merah
Cara membuatnya, sangat mudah, simple dan cepat. Jom mulakan.
Pertama campurkan kesemua tepung yang ada. Kena ayakkan dulu tau, jangan lupaa.
Kedua, putarkan mentega dan gula sehingga sebati. Kemudian masukkan telur. Pukul dalam dua tiga minit jer.
Gambar pukul memukul, putar memutar takde lah halim. Cik suri tak cukup tangan mana nak pegang camera, mana nak pegang mixer. Madam Besar, ermmm...tengok dari jauh jer.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul guna tangan. Adunan lembut dan cun-cun untuk diterap dalam acuan.
Jangan tanya gambar menguli mana. Kesnya sama seperti di atas. Tak cukup kaki dan tangan.
Pesanan: korang jangan buat main-main dengan makanan. Tak baik tau. Seperti gambar di bawah, cik suri sengaja buat kecil-kecil macam tu agar senang nak terap.
Terap menggunakan acuan bunga dahlia. MAcam-macam pesen ada. Acuan tembaga ada, plastik ada, bunga kelopak 9, 10, 11. Haa..pandai-pandailah korang cari dekat store or bakery shop.
Ahir sekali, masukkan ke dalam oven. Bakar pada suhu 160 celcius selama 15 minit. Jenuh aihh menunggu.
TADAAA...
Dah siappp… (baca dengan nada suara Mira Filzah semasa tutorial tudung Ariani)
Ini lah kejadian nya. Siap masukkan dalam bekas lagi. Tapi...sebekas je dapat. tak sampai 50 biji. Sehari makan dah habis.