"Laa…maknanya, betullah Starbucks akan hentikan menu Pumpkin Spice Latte?.”

Kata-kata daripada salah seorang kawan saya. Saya bukanlah seorang pencinta kopi jenama Starbucks. Tetapi tidak dinafikan bahawa setiap jenis menu kopi yang dijual di Starbucks memang sedap. Kopi kegemaran saya dai jenama Starbuck adah Caramel Machiato Latte. Bila bercerita pasal kopi, teringat pula caramel machiato latte daripda “Hualien’s Starbucks Cabin Cafe”. Jauh betul teringinnya.

Tetapi, jangan risau, jika yang jauh kita teringin ianya boleh diubati dengan cara "DIY "(did it yourself) di rumah sahaja. Hari ini saya akan cuba untuk membuat Pumpkin Spice Latte kerana saya belum pernah mencubanya. Mari kita lihat hasilnya bagaimana. 


Dipendekkan cerita, eksperimen pertama saya menghasilkan pumpkin latte ternyata gagal kerana bancuh kopi yang dihasilkan sangat pahit. Mungkin kerana saya tidak pernah mencubanya dan saya tidak tahu rasanya yang sebenar. 


Rahsia Pumpkin Spice Syrup Yang Sedap

Akhrinya, setelah membuat beberapa bacaan melalui website termasuklah daripada Starbuck website, saya dapati mereka menggunakan "simple syrup" di dalam kopi mereka. Maka saya cuba untuk membuat “simple pumpkin spice syrup” versi saya melalui beberapa rujukan resepi dan "berguru" daripada beberapa saluran Youtube.

Resepi ini saya juga ada buat beberapa perubahan dan penambahbaikan mengikut kesesuaian selera saya. Inilah resepi hasil daripada sentuhan tangan saya. Walaupun nampak sama sahaja tetapi sebenarnya ianya berbeza. Trust me!

Inilah resepi "Simple Pumpkin Spice Syrup Versi JejakRasaku"


Bahan-bahan Pumpkin Spice Syrup:

  • 1/4 biji pumpkin - untuk dijadikan 1/4 cawan pumpkin puree
  • 3/4 cawan gula perang (brown sugar / palm sugar) - mengikut preference anda.
  • 1 cawan gula putih - bukan sugar daddy ya!
  • 2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk halia - jika tiada serbuk halia, boleh digantikan dengan 1/2 inci halia hidup yang diketuk. Saya juga menggunakan halia hidup kerana ianya tiada di pasaraya ketika saya membeli barangan dapur.
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nugmet powder) - jangan letak banyak sangat, nanti pahit.
  • 3-4 biji cengkih
  • 2 sudu besar ekstrak vanilla
  • 1 1/2 cawan air 


💡 Psstt... Kalau korang malas nak membaca, boleh terus ke channel YouTube Suri Lee Channel untuk tengok video tutorial penuh. Tetapi jika anda seorang yang rajin membaca, mari kita teruskan membaca langkah-langkah membuat pumpkin syrup. 


Cara Penyediaan Homemade Pumpkin Spice Syrup

Cara untuk membuatnya mudah sahaja:

Langkah 1: Sediakan Pumpkin Puree

Mula-mula kita sediakan “pumpkin puree”. Caranya, kita perlu bersihkan labu, belah kepada dua bahagian dan bakar di dalam oven untuk melembutkannya. Jika anda tiada oven, cara lain untuk melembutkan labu dengan cara kukus. Kukus labu sehingga ianya betul-betul lembut kelihatan moist

Jika menggunakan ketuhar pembakar, bakar ia selama 20-30 minit pada suhu 175celcius.


Setelah itu, kisar labu yang sudah lembut menggunakan pengisar makanan sehingga ianya menjadi halus. 

Tips 1: Labu yang dimasak dengan betul (sehingga lembut) akan mudah menjadi puree apabila dikisar. 

Tips 2: Jika anda tiada pengisar, anda boleh penyetkan labu yang telah masak tadi di atas penapis. Cara ini juga dapat menghasilkan tekstur puree labu yang sedikit halus tetapi cara ini juga dapat asingkan serat-serat labu yang kasar dan tidak boleh dihancurkan.


Langkah 2: Masak Pumpkin Syrup

Setelah dapat menghasilkan pumpkin puree yang memuaskan, langkah seterusnya adalah untuk menjadikan ia sebagai syrup. Sediakan dapur dan periuk untuk memasak “simple syrup”.

1- Di dalam periuk dengan api dapur yang sederhana besar, masukkan 1 1/2 cawan air 

Tips 3: Boleh guna air panas yang diambil terus daripada mesin penapis, cara ini dapat mempercepatkan air mendidih.

2- Masukkan gula putih, gula perang , serbuk kayu manis, serbuk buah pala (nugmet), serbuk halia atau halia hidup yang diketuk hancur, dan cengkih. Masak kesemua bahan tersebut sehingga mendidih. 

3- Kemudian, masukkan ekstrak vanilla dan pumpkin puree yang kita buat tadi.  

4- Kacau campuran air gula dan bahan-bahan kering berserta pumpkin puree sehingga sebati dan bercampur rata.

Tips 4: Pastikan anda selalu mengacau air supaya bahan-bahan serbuk tidak berketul.

-






5- Biarkan campuran mendidih semula. Masak sehingga simple syrup ini menjadi sedikit pekat. Jangan terlalu pekat. Apabila sudah mencapai kepekatan yang dikehendaki, tutup api dapur dan biarkan ianya sejuk dahulu.





Tadaa... Inilah hasilnya yang tidak terlalu pekat dan likat. Apabila ianya sudah sejuk atau sedikit suam, kita boleh pindahkan ke dalam botol.

 






 

Cara Simpan dan Hidangkan Pumpkin Spice Latte

Setelah pumpkin spice syrup menyejuk, anda boleh tapis dan pindahkan ke dalam botol pilihan anda. 

Tips 5: Cara saya adalah dengan menggunakan botol kitar semula yang cantik seperti contoh botol minuman "Haus Boom". Ini adalah untuk memudahkan proses penyimpanan di dalam peti sejuk.  

Saya dapat menghasilkan 1 dan 1/3 botol pumpkin spice syrup daripada sebiji labu.

Hasil tangan saya, "Pumpkin Spice Latte" ala Starbucks.

Cara Buat Pumpkin Spice Latte Sendiri di Rumah:

Sekarang, anda sudah boleh hidangkan Pumpkin Spice LAtte ala Starbucks sendiri: 

  1. Sediakan 1 cawan kecil kopi pekat (brew coffee) atau 30ml espresso.
  2. Masukkan 2-3 sudu besar Homemade Pumpkin Spice Syrup (mengikut tahap kemanisan sendiri).
  3. Tuang susu suam ke dalam gelas 
  4. Taburkan sdeikit serbuk coklat dan secubit serbuk kayu manis sebagai hiasan dan penambah perasa.

Siap!!!

Selamat menikmati kopi latte perisa kegemaran anda. Freshly made from your sweet home!


Much Love,

Cik Suri, 

Penulis jejakrasaku.com

Popular Post