Sunday, May 29, 2016

::SHORT WEEKEND::


Assalamualaikum

Last weekend, me bawak parents and adik-adik pergi jalan-jalan dekat pantai. bukan tak biasa bawak depa pergi pantai, dah selalu sangat. tapi this time  adalah second time me jejak kaki dekat pantai nih. kali pertama ke sini masa darjah lima, pergi dengan basikal. gigih jugak lah kayuh basikal dengan kawan satu kelas. kenapa kayuh basikal? ye lah time tu, budak-budak kelas semua pergi dengan cikgu, tapi me and friend saje decided nak mengayuh, kekonon barulah thrilled kan. jauh jugak dari rumah, lebih kurang 5kilometer jugak. ketar jugak lutut time dan melintas jalan besar, jalan utama kuantan - kemaman. memory zaman school.



okay, nama dia easter, berusia 62 tahun dan telah travelled from her house in switzerland two years ago. she and her husband decided to start their trip with the own truck, build by the husband.
wow, seronok kan. spend usia emas dengan travelling around the world.
hari jumaat tu, me dah terserempak she and the husband, jalan-jalan keluar dari kawasan pantai tu. me sempat say hi sambil drive jadi, maybe dia tak dengar and perasan kut. then, arini me, nekad jugak pergi dekat truck dia, and nampak dia tengah baca buku dekat luar, then me dengan nervous say hi lah dekat easter ni. she's very nice, friendly tapi tak sempat borak panjang, sebab me pom dah nak balik. dia tanya me esok datang lagi ke, aku cakap tak sebab kerja, maybe next week me datang lagi. boleh sembang-sembang lagi sambil makan cekodok pisang. hahaha :)

***kasi posing sikit, adik gua, Nadia dengan Easter nih...


pantai chendor ni best sebab airnye cetek. sempat me berjalan dalan air tu sampai ke tengah sana, air paling tinggi sampai paras lutut jer. maybe next week, me nak mandi, berenang-renang main air, best nyerrr. taksaba, taksaba :)


its time to going back to home. masa ni me snap gambar dalam air.

okay, byebye

wassalam.

Sunday, May 22, 2016

::PANTAI PENUNJUK::


Assalamualaikum

Beberapa bulan yang lepas, sahabat yang sama-sama bekerja untuk projek groundwater datang melawat. jadi aku membawanya ke pantai penunjuk, kijal. pantai ini merupakan antara pantai yang menjadi kunjungan ramai.



Sekitar pantai ni, tak begitu banyak gerai yang menjual snack, hanya terdapat dua atau tiga gerai sahaja yang mostly menyediakan makanan goreng dan juga ABC dalam kelapa.


I think she's ready in action with her camera.

 Kawasan berbatu ini menjadi pilihan orang ramai untuk bermandi manda. tetapi untuk hari ini keadaan ombak yang besar dan angin kuat tidak sesuai untuk mandi.

mak panggil, ini batu lindung. sebab ketika zaman kecilnya batu ini menghadang angin kuat dari merempuh rumah nenek di atas tebing pantai sana. itu ceita ketika dia berusia 5 tahun, dan nenek berpindah ketika mak berusia 8 tahun. kenangan itu tetap ada kerana mak suka bercerita tentang kampungnya ini. hehehe (^.^)





semoga sahabat ku ini sudi lagi datang melawat ke terengganu. tidak banyak tempat yang dapat aku bawa dia melawat. maafkan aku, wahai sahabat.

wassalam

Tuesday, May 17, 2016

::TRAVELER::


Assalamualaikum

Sejak dua hari ini hati tidak berapa senang mengenangkan impian yang belum tercapai. hajat hati belum ditunai. jiwa meronta sedangkan perasaan takut mengcengkam dihati. rasional dan emosi saling bergaduh. bila aku mahu nekad?

Hati gembira dan berkobar melihat kejayaan yang lain mengikut kata hatinya. sedang aku masih takut membuat pilihan. aku masih bertanya-tanya. aku masih berbalah dengan perasaan. bila masanya kan tiba. bila keputusan akan dibuat. dan bila aku akan nekad?

#jiwapengembara #impianmasihbelumtercapai