Thursday, April 24, 2014

::BILA NAK SAKSI::

Assalamualaikum

Terngiang-ngiang lagi kata-kata DJ dekat radio HotFM pagi tadi. rasa macam menerima satu das tembakkan di kepala. seperti terkena batang hidung sendiri.

"dalam hati benci, tapi diam-diam rindu"

tak nak ulas panjang-panjang pasal nih. biar ia menjadi rahsia dalam hati. apa-apa pun, lagu ni untuk korang

"bila nak saksi, kau bukan lagi penakut"




lirik dia....menarik :)

Wajahmu kerap kumimpi
Wajahmu sering kupuja
Buatku terasa sepi

Kala ku bukakan mata
Kau masih belumpun kupunya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap kumimpi
Cintamu sering kudamba
Buatku terasa sedih

Kala ku bukakan mata
Kau masih belumpun kudakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?

Kau masih belumpun kupunya
Rinduku masih kau tak peka

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?
Bila nak saksi cintamu kugapai?

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan

wassalam
senyum sokmo
.::nowordtosay::.

Sunday, April 20, 2014

::COLOURS OF LIFE::

Assalamualaikum

Life so many colours. Colours that you like and colours the most you dislike. This is the life. Accept it and taste your life, makes it fun and meaningful. Appreciate it. Appreciate peoples around you. Your life will be beautiful likes rainbow.



Wassalam
senyum sokmo
.::ilovesgreen::.

Thursday, April 17, 2014

::USTAZ::

Assalamualaikum

Mengucap dan beristigfar cik suri melayari internet semalam dan juga hari ni. cerita tentang teguran wardina.  terhadap ustaz kesayangan semua orang termasuk cik suri, Ustaz Don Daniyal. cik suri tak salahkan wardina, mungkin sis wardina terpengaruh dengan video edit yang dilakukan oleh seseorang itu. cik suri tidak jelas mengenai video itu, cik suri tak mahu ambil pusing kerana berdiam lebih baik jika kita tidak arif tentang sesuatu itu. biarlah ustaz don daniyal menjelaskan nya sendiri.

cik suri sangat mengkagumi kekredibilitian ustaz don nih. antara lain ustaz faveret cik suri, ustaz harun din, ustaz syed hisyam, ustaz badlishah, dan beberapa lagi yang cik suri tak tahu nama, tetapi selalu mendengar ceramahnye di tv.

tetapi, untuk ustaz don, memang cabaran baginya sebagai seorang ustaz muda yang sedang berusaha untuk mengajak kita menuju ke jalan amar maaruf dan menjauhi nahi munkar. mendengar dan menghadiri majlis ilmu ustaz don adalah sesuatu yang sangat cik suri suka. mengenali ustaz don, telah membawa cik suri lebih bersemangat mengumpul ilmu agama dan mengukuhkan jiwa islam di dalam diri cik suri. setiap majlis ustaz don, telah membuatkan cik suri memegang al-Quran di tangan, sama-sama membuat rujukan. memahami setiap maksud ayat dan memahami apa yang diterangkan oleh ustaz. Alhamdulillah..ustaz sangat membantu cik suri.

dan,
hari ini, kita dihidangkan dengan pelbagai fitnah yang ingin menjatuhkan ustaz don, oleh seseorang yang sudah beberapa kali cuba membuat menfitnah terhadap ustaz-ustaz yang lain. berdiam dirikah kita dengan golongan yang cuba untuk memecah belahkan umat Islam di negara kita ini. Allahu Akbar...Ya Allah, peliharalah kami daripada fitnah-fitnah manusia yang menzalimi diri mereka sendiri ini. bukalah pintu hatinya untuk kembali ke jalan yang benar. bukakanlah hati untuk berhenti daripada melakukan perkara yang nyata merugikan dirinya sendiri.

buat ustaz don daniyal, cik suri bersama rakan-rakan islam yang lain sentiasa menyokong ustaz. teruskan memberi ingatan kepada kami tentang ajaran islam, seperti yang telah diwasiatkan oleh nabi kita, Muhamad s.a.w berlandaskan al-Quran dan as-sunnah. teruskan memberi semangat kepada kami tentang asal usul galur keturunan bangsa melayu islam nusantara. kita adalah bangsa melayu islam yang pintar seperti yang ustaz ceritakan. kami tak mahu jadi umat islam yang lupa tentang asal keturunan kita. setiap kali mendengar intipati ceramah ustaz, setiap kali itu juga air mata ku menitis. terutama apabila ustaz menceritakan tentang sirah nabi Muhamad s.a.w dan para sahabat. seronok mendengar sehinggakan ingin berada di zaman itu.

ustaz telah membuka mata saya tentang sesuatu. terima kasih :)

Wassalam
dan, senyum sokmo :)

Tuesday, April 15, 2014

::AYAT MANIS::

Assalamualaikum

Dulu-dulukan, subject yang paling tak suka dalam class adalah subject bahasa which is bahasa melayu atau pun english. dua-dua cik suri tak minat. sebab kite kena bercakaplah, berdialoglah, membaca dengan kuatlah, berintonasilah dan membina ayat. cik suri tidak mempunyai kemahiran dalam komunikasi sebab kelemahan dalam berbahasa. memang cik suri failed. huhuhu...malunye lagi-lagi bile tidak mahir menggunakan bahasa melayu dengan betul dan teratur. cik suri hanya pandai berloghat terengganu saja...

ayat manis...
okey yang ni korang tak payah belajar dari sesiape pun. memang semua orang mahir pasal ayat manis lagi-lagi bagi pihak lelaki. diorang memang hebat dalam menyusun ayat manis.

kenapa cik suri nak cite pasal ayat manis nih yer...
lelaki memang tak boleh dipisahkan dengan ayat-ayat manis diorang. sweet talker is always man. haritu cik suri borak-borak dengan mak cik suri. kami cerite pasal mulut manis lelaki. ayat manis lelaki bujang akan kalah dengan ayat manis lelaki dah kahwin. mak pun cakap macam tu. lelaki dah kahwin memang terror mengayat. so, beware girls outthere. lelaki dah kahwin ayat diorang memang power. walaupun hanya bermodal satu word, ia mampu buat anda tidak dapat tidur malam. sangat berbeza dengan ayat manis lelaki bujang. u still can avoid it but not for married man. bahaya siottt...

this is happen to cik suri. nasib baik sempat sedar. kalau tidak abis lah...jadi hanez suraya terus. bahaya tau uolls.

kalau lelaki bujang dia mengayat we still boleh buat tak tau. walaupun he call you sayang ke, sweetheart or whatever, that words still not into your heart. you masih boleh pikir this guy just playing around with you. saja nak usik-usik. sometimes, kite akan sentiasa menganggap single man hanya bergurau with his words eventho he is mean with his word. huhu...

but different with married man, with just one word like, stay cute, you look sweet, gadis melayu terakhir will make you can't sleep the whole night. think about it. seriously, this happen to all girls. and to me too...

ape-ape pun, berhati-hati dalam berkawan dengan sesiapa pun. selalunya hati perempuan mudah terpesona dan terpikat. kadang-kadang, sukar untuk membezakan lelaki bujang dengan yang dah kahwin. kadang-kadang lelaki bujang nampak macam dah kahwin, dan lelaki dah kahwin nampak macam bujang...

tetapi, ingatan untuk diri cik suri sendiri...kite adalah perempuan, dan janganlah kite menyakiti hati perempuan yang lain...

wassalam
senyum sokmo
.:imhappybeasinglegirl:.

Saturday, April 5, 2014

::AUDIT DAN ZUMBA::

Assalamualaikum

Tengah-tengah malam sempat lagi nak mengupdatekan blog cik suri ni. bulan march adalah bulan yang agak sibuk bagi cik suri. terpaksa hadapi dua external audit daripada Baker Hughes dan Halliburton. bulan yang memenatkan. terpaksa kerja lebih masa untuk memastikan segala document tersedia dan dikemaskini walaupun yang nyata cik suri bukanlah pekerja yang baik. tetapi cik suri cuba untuk memastikan semua teratur dan sediaada untuk audit.

Ditambah pula dengan kesibukan cik suri membusybodykan diri untuk mendapat update2 terkini tentang MH370 dan juga spekulasi2 dan kontroversi yang ada di laman2 sosial...kesibukan sampingan. dan yang nyata, masih belum ade khabar yang menggembirakan kite semua... teruskan berdoa untuk mh370. InshaALLAH...

Sedikit tips untuk persediaan ketika anda diaudit.
1- Get ready dengan semua document. pastikan anda tahu di mana anda simpan document, file no., control no, di rak mane, dan sebagainya.
2- Jangan gelabah, relax sahaja. pastikan anda memberi apa sahaja dlocument yang diminta oleh auditor. jangan tunjukkan file kepada auditor. seboleh2nya hanya bagi copy sahaja, yang diminta sahaja.
3- Bear in mind, auditor tak makan orang. diorang datang untuk mengaudit, dan bukan untuk mencari kesilapan. setiap auditor memang dilatih untuk membetulkan apa sahaja kekurangan di dalam sesuatu organisasi. tak semua company adalah perfect. so, kena ingat, setiap kesilapan adalah untuk diperbetulkan bukan untuk saling menyalahi.
4- Mengetahui setiap bidang tugas masing-masing. fahami setiap kerja dan proses rutin setiap individu itu sendiri. bersedia dengan segala pertanyaan yang akan diajukan oleh auditor. kena ingat, komitmen kita pada kerja adalah sangat membantu kite.
5- Bersikap jujur. jangan cuba menyembunyikan kekurangan. berterus terang adalah langkah terbaik kerana audit bukan untuk mencari kesilapan tetapi untuk memperbetulkan kesilapan. menerima Ncs adalah satu cara untuk kita meningkatkan prestasi kite. jawablah dengan fakta bukan auta.
6- Auditor adalah tetamu yang bertandang ke rumah kita (office). jadi sambutlah mereka dengan baik dan elakkan daripada rasa tertekan dan tegang. sentiasa berikan mereka tanggapan yang positif tentang kita dan jangan lupa selalu senyum.

Jadi, cik suri telah selesai dengan dua external audit dan berasa sangat lega. cik suri tak berasa kisah sangat pasal keputusan audit itu. apa yang penting, i've learned something from the auditors. cik suri sangat suka bile ada audit. hahahaha :)

Cik suri dah boleh enjoy.
dan, korang pernah dengar tak pasal zumba. macam menarik jer kan. haritu cik suri ada menonton zumba di youtube bersama rakan2. zumba ni ala-ala macam kite bersenam aerobik jugak. rasa macam excited pulak nak berzumba. petang tu, terus ke kedai sport membeli kasut sukan. alasan untuk berzumba.

Berzumba bagus untuk kita meregangkan badan. lagi-lagi lepas penat seharian bekerja. so, cik suri dah make a promise dengan office mate to join her to kelas berzumba. tak sabar...

Korang boleh tonton video ni. cam best jer diorang menari. macam nih boleh kurus dan ramping pinggang. jom kite try reramai...

dan, lagi...

okey....!!!

Wassalam,
senyum sokmo
:.excitednakberzumba.: