Showing posts with label Mekah. Show all posts
Showing posts with label Mekah. Show all posts

Assalamualaikum.

Salam hari Jumaat. Lama betul masa yang diambil untuk perkongsian pengalaman Cik Suri mendaki Bukit Jabal Nur. Masih ingat umrah Cik Suri pada Ramadhan tahun lepas. Maaflah, terlalu lama sangat masa peram untuk menulis perkongsian ini. Maklumlah, kadang-kadang ada hari yang kita "stuck" cara untuk menulis.


Mohon untuk teruskan membaca.


Kumpulan kami berkesempatan mendaki Jabar Nur pada hari kedua ketika berada di tanah suci Mekah. Pengalaman mendaki pada waktu malam adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Melihat keindahan bumi Mekah pada waktu malam dengan kerdipan cahaya lampu dari puncak bukit yang penuh sejarah ini.


"Jabal Nur" bererti bukit (jabal), nur (cahaya). Jabal Nur berjarak kira-kira 2 batu dari Kota Mekah. Di Jabal Nur inilah terdapatnya Gua Hira' yang mana gua yang menjadi tempat Rasulullah menerima wahyu pertama daripada Allah. Pertemuan pertama Rasulullah dengan Malaikat Jibril yang menjadi utusan dari Allah. Bukit inilah yang menjadi saksi pertemuan pertama kedua makhluk Allah yang mulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan Malaikat Jibrail a.s.


Teringat akan kisah perit-gentir Nabi Muhammad ulang-alik mendaki bukit ini. Jabal Nur inilah tempat baginda menyendiri dari kelompok masyarakat Mekah.


Bergerak dari Hotel


Kami bertolak dengan menaiki bas dari Hotel Hilton. Kami bergerak menuju ke Jabar Nur selepas waktu Isyak. Sempat juga kami makan malam terlebih dahulu di Hotel Hilton. Perjalanan mengambil masa hampir satu sejam, ditambah pula dengan sedikit kesesakan di jalan raya. Sempat juga Cik Suri terlelap sekejap. Penat barangkali.


Kami tiba di kaki bukit hampir jam 10 malam. Pada asalnya, perancangan kami untuk membuat lawatan ke muzium dahulu. Tetapi disebabkan kami sudah kesuntukan masa, jadi terpaksa mengubah perancangan dengan terus mendaki  Jabal Nur ini. 


Kami diturunkan di satu kawasan deretan bangunan kedai yang masih belum ditutup. Kemudian, kami menaiki van yang sedia ada di sana. Van ini perlu dibayar dengan harga 5 riyal setiap seorang. Cik Suri agak terkejut apabila menaiki van ini kerana pemandunya memandu dengan sangat laju dan ekstrem. Ya, tidak hairan kalau kami menjerit. 


Pemandu terpaksa menekan dan melepaskan brek ketika melalui lorong-lorong kecil sambil memandu mendaki bukit ini. Terkejut kami. Sampai sahaja di kaki bukit, apabila turun dari van barulah Cik Suri perasan yang bukit ini sangat curam. Teringat Cik Suri merangkak mencari tempat yang rata.


Pengalaman Mendaki Jabal Nur


Kami mula mendaki setelah semua jemaah sudah berkumpul. Sebenarnya kawasan Jabal Nur ini sangat gelap. Nasib ada cahaya lampu daripada telefon. Kalau tidak terpaksalah mendaki dalam gelap. Bukit ini pada awalnya mempunyai tangga yang landai. Tapi, penat juga hendak melangkah. Bagi mereka yang sudah biasa mendaki bukit atau gunung, tiada masalah untuk menghabiskan pendakian dalam masa sekejap sahaja. 


Tidak untuk Cik Suri, terpaksa berjalan perlahan-lahan untuk mengelakkan daripada merasa penat.  Mujur ada teman-teman yang melayan dan sama-sama berjalan. Kurang juga rasa penat dan lelah. Lama juga masa yang Cik Suri ambil untuk sampai ke puncak. Adalah dalam sejam lebih. Belum kira masa untuk turun lagi tu.


Banyak kali juga Cik Suri berhenti berehat. Sambil-sambil itu, sempatlah mengambil gambar permandangan dari atas Jabar Nur untuk dijadikan kenangan. Mendaki menaiki tangga tetapi Cik Suri terlupa untuk membilang berapa bilangan anak tangga di Jabal Nur ini. 


Sampai sahaja separuh perjalanan, mutawiffah yang guide kami ini belanja minum air jus limau nipis. Uishh...segar betul. Lega tekak dapat minum air limau nipis sejuk. Terus bertenaga untuk sambung perjalan sampai ke puncak.


Peminta Sedekah di Jabal Nur


Jangan terkejut kalau kamu disapa oleh orang-orang Arab. Ya, di sepanjang pendakian akan ada peminta sedekah. Mereka adalah orang Arab-Badwi. Mereka akan menegur kita dan meminta sedekah. Cik Suri tidak sampai hati melihatnya tetapi telah dipesan oleh jemaah untuk tidak melayan. Ini kerana, kalau kita sedekah dekat satu orang akan ramai lagi akan datang dekat kita. Jadi, jangan cari penyakit. Takut nanti tidak sempat balik hotel kerana ditahan oleh peminta sedekah.


Bermacam ragam si peminta ini. Ada yang merayu, ada yang menyanyi. Siap ada yang tahu lagu viral tiktok Malaysia. Cik Suri lupa apa yang disebut, tetapi terhibur jugalah mendengarnya. 


Puncak Jabal Nur


Kami berjaya sampai ke puncak Jabal Nur setelah beberapa kali berhenti. Berhenti rehat dan mengambil gambar pemandangan. Pendakian yang mengambil masa lebih kurang hampir sejam. Sebenarnya, Cik Suri lupa nak rekod masa. Kami berhenti di satu kawasan yang Cik Suri sendiri tidak pasti sama di puncak atau belum.  Tetapi, apabila memandang ke bawah kita akan nampak Gua Hira'. 


Di Gua Hira' terlalu ramai orang yang ingin mengambil peluang untuk menunaikan solat sunat di situ. Kebanyakan adalah daripada golongan lelaki. Cik Suri hanya memandang sahaja gua yang menjadi tempat persembunyian nabi s.a.w. ini.


Bergambar Kenangan di Jabal Nur


Di puncak Jabal Nur ini, sempatlah kami bergambar kenangan. Sambil minum air mineral yang boleh dibeli di gerai yang ada di puncak. Bila diingat-ingatkan balik, tidak terasa penat pun mendaki Jabal Nur ini. Lagi-lagi bila kita berjalan santai-santai. Cuma akan mengambil masa untuk sampai ke puncak. 

Setelah puas bergambar kami meneruskan perjalanan turun. Masa ini laju sedikitlah berjalan. Kadang-kadang semput juga apabila sampai di kawasan yang sedikit curam. Hendak kena tahan kaki menurun, tidak sama macam kita mendaki. 


Pengalaman Yang Seronok

Kami tiba di Masjidil Haram hampir tengah malam. Masa ini mata terasa sangat mengantuk. Bas menurunkan kami di Hotel Hilton, jadi terpaksalah Cik menapak balik ke Hotel Safwah yang terletak di Tower Clock. Perut lapar tapi mata mengantuk. Jadi, Cik Suri pilih mata untuk tidur di atas tilam empuk hotel. Esok kena bangun awal pagi untuk lakukan tawaf sebelum solat subuh.


Assalamualaikum

Hai, semua. 
Wah!!! Lame betul tak update blog Kembara Suri. Sibuk sangat dengan persiapan untuk hari raya la tu. Di tambah pula kerja office yang melambak tapi malas untuk siapkan. Sebab itulah selalu kena marah dengan bos. Lepas itu, macam-macam lagi alasan yang pokok pangkalnya Cik Suri yang mengelat. Hihihi :)

Sorry boss!

Pernah tak korang set dekat otak untuk pergi tempat-tempat yang teringin sangat untuk melawat. Cik Suri pun dah letak bermacam-macam angan-angan dalam otak ini. Nak pergi situ, nak pergi sini! Banyak betul tempat yang teringin sangat hendak pergi. Dapat melihat dan menikmati tempat orang pasti seronok, kan.

Lagi-lagi bila dapat melihat keindahan alam dan suasana yang segar, aman damai, itulah yang paling Cik Suri suka. 

Nak bagitahu, Cik Suri ada tujuh tempat yang mesti, akan, kena, perlu, whatever is it, Cik Suri kena lawati juga. Bak kata orang, ini adalah tempat impian Cik Suri. Sampai terbawa-bawa, termimpi-mimpi. Katanyalah... Over, kan?


1- Kundasang, Sabah.

Bah kalau-kalau kau!!



Itu dia, gambar pemandangan yang di ambil dari Google Search!

Kenapa Kundasang, Sabah? 
Sebenarnya, Cik Suri pernah tengok dalam televisyen, pemandangan di Kundasang tersangatlah  cantik, segar-bugar dan hijau. Lagi-lagi kalau kita lihat dari atas bukit. Cantik betul pemandangannya. 

Kundasang ini ibarat macam Cameron Highland jugalah. Sejuk, damai, tumbuhan segar, hijau dan suasana kampung. Tapi, Cik Suri tidak berapa tahu dan jelas sangat tentang apa yang menarik di Kundasang. Maksudnya, Cik Suri kena pergi dulu, then barulah banyak ceritanya!
Hehehehe!

2- Kota Mekah al-Mukarramah



Mekah dan Madinah adalah tempat yang menjadi impian setiap muslim. Sudah pastinya setiap umat Islam wajib untuk sampai ke sini bagi melengkapkan rukun Islam yang ke-enam. Sama ada untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan. 

Bagi orang yang mempunyai kemampuan baik dari segi kewangan, kesihatan, kelapangan memang wajib sampai ke sini. Berdoa di hadapan Kaabah, memohon kesejahteraan dunia dan akhirat. Tempat yang mustajab doa kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Inshaa Allah.


3- Hallasan Mountain, Jeju-do Island, South Korea




Benda yang menarik di Kepulauan Jeju, Korea Selatan ini.  Selain melawat Hallasan National Park dan mendaki Gunung Hallasan yang merupakan bekasan shield valcano. Sudah pastinya bekas pergunungan hasil valcano ini sudah tidak aktif.

Hallasan Mountainini juga telah diiktiraf sebagai salah satu "World Herritage Sites" oleh UNESCO Biosphere Reserve pada December 2002. Kalau di Malaysia, kita ada Tapak Geopark di Langkawi yang juga telah mendapat pengiktirafan dari UNESCO. 

Bangga tau sebab dulu Langkawi Geopark ini salah satu projek research Cik Suri bersama Prof. Madya Dr. Shafeea Leman, Prof. Ibrahim Komoo dan team dari Pusat Lestari, dan Dr. Jamaiah sebagai ketua projek dari Fakulti Teknologi dan Sains Multimedia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sempatlah Cik Suri berkerja selama satu tahun sebagai Research Assistant (RA) di bawah Dr. Jamaiah dan Prof. Shafeea. Kemudian berhenti kerja sebab dapat offer lain.

Selain mendaki Hallasan Mountain, kita juga berpeluang untuk melihat lava tubes di Manjang Cave. Di kawasan pergunungan ini, mereka juga menyediakan tapak perkhemahan untuk sesiapa sahaja yang suka akan aktiviti berkhemah macam Cik Suri. Bestnya kalau dapat buat aktiviti-aktivi macam ini. Lama betul tidak beraktiviti lasak.

Melawat musium beruang yang terkenal di Jeju iaitu  Jeju Teddy Bear Museum. Seronok juga kalau dapat melawat sambil memeluk teddy bear yang gebu. Museum ini mempamerkan pelbagai koleksi teddy bear dengan pelbagai jenis gaya. Mesti cute! Teringat K-drama, My Princess (Goong). Berangan lah kejap.

Memiliki cultural yang menarik, pemandangan pantai yang cantik, makanan korea macam dalam drama tv, Jeju Island juga mempunyai Pusat Perkembangan Islam yang mewakili menjadi rujukan muslim do negara Korea Selatan ini. Jadi, tidak perlu  risau untuk mendapatkan makanan yang halal.

4- Negara Turkey





5- Paris, France
 
Kota cinta yang menjadi pilihan ramai pasangan romantis sebagai lokasi honeymoon. Memiliki Eifel Tower yang menjadi ikon cinta. Pemandangan yang cantik untuk kenang-kenangan.





6- Kyoto, Jepun







7- Australia

Adelaide, Melbourne, Perth, Sydney, Brisbane antara lokasi yang ramai orang lawati. 
Cik Suri meletakkan Australia di dalam bucketlist tempat yang ingin dilawati. Teringin sangat melihat dengan dekat kangaroo dan kaola. Mesti cute, kan. Jom kita pergi ke Kangaroo Island yang semestinya banyak kangaroo yang melompat ke sana, ke mari. Pandangan pantai yang cantik, mempunyai alam semulajadi yang dipelihara. Mungkin negara ini mempunyai sistem perancangan permodenan tanpa merosakan alam sekitar. Kelestarian terjamin.





Beginilah ceritanya. Sekadar membuat posting supaya tidaklah sendu sangat bloh Kembara Suri ini. Panjang-panjang tulis, last sekali hilang mood dan malas nak mengarang. 

Actually, ini adalah draft yang sudah lama di dalam list post yang tidak sempat untuk disiapkan dan update. Asyik ter"pending", kerana kebelakangan ini sangatlah busy. 

Hari ini sempatlah rehatkan otak. Semalam baru selesai external audit dari client, Baker Hughes. 

Sebelum balik ke rumah, curi masa sedikit update blog. Barulah kurang sikit sawang-sawang spiderman di blog Cik Suri nih!!!

okey, daaa...


wassalam. senyum sokmo!

Ad Code

Responsive Advertisement