SOLAT SUNAT HARI RAYA, terbahagi kepada dua iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan  Hari Raya Aidil Adha. 

Esok, seluruh umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji. Setiap kali pagi raya, sudah pasti setiap orang akan bersiap-siap untuk solat sunat hari raya di masjd atau surau berdekatan. 

Mari kita ulang kaji cara untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Haji. Hari Raya Haji akan disambut pada setiap 10hb Zulhijjah (menurut Hijrah, Islam). Hukum Solat Sunat Hari Raya adalah sunat mua'kad iaitu sangat digalakkan di dalam Islam.

Solat Sunat Hari Raya Haji hendaklah dilakukan secara berjemaah dan diikuti dengan dua khutbah yang akan dibaca oleh khatib.

Waktu bagi menunaikan Solat Sunat Hari Raya adalah sesudah terbitnya matahari. Biasanya antara jam 8 pagi, menurut waktu di Malaysia sehinggalah kepada sebelum masuknya waktu Zuhur. Setiap tempat waktu terbitnya matahari adalah berbeza-beza.

Cara menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha adalah sama sahaja seperti menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri. Cuma yang membezakannya adalah NIAT.


1- Setelah tibanya waktu menunaikan solat sunat hari raya, mulakan solat dengan lafaz niatnya:

Lafaz Niat

Usolli Sunnatal Li'iidi Adhaa Rak'ataini (makmuman) Lillaahi Ta'ala. 
Maksudnya, 
" Sahaja aku Solat Sunat Hari Raya Aidil Adhaa dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta'ala".

2- Bertakbirlah sebanyak tujuh (7) kali pada rakaat pertama. Di antara takbir kepada takbir, hendaklah kita membaca tasbihnya.

Tasbih yang dibacakan di antara takbir.

3- Pada rakaat pertama, bacalah doa iftitah, kemudian al-Fatihah dan surah lazim dibaca oleh imam.

Doa Iftitah


5- Selepas imam selesai baca surah lazim, mengikuti imam melakukan rukun ruku' dan sujud.

6- Rakaat kedua, bertakbir sebanyak (5) kali dan di antara setiap takbir hendalah membaca tasbihnya.

7- Bacalah al-Fatihah dan surah lazim dibaca oleh imam.

8- Solat diteruskan mengikuti imam untuk ruku', sujud dan sehingga tahiyyat akhir. 

9- Memberi salam.

Sesudah selesai sehingga salam, khatib akan membacakan dua khutbah. Para jemaah hendaklah memberi perhatian dengan mengambil pengajaran daripada khutbah yang disampaikan.

Doa Solat Sunat Aidil Adha.

Tiada doa yang khusus untuk solat sunat Aidil Adha tetapi anda boleh membaca doa lazim atau doa-doa yang biasa anda bacakan.

Selepas selesai solat sunat hari raya. bolehlah kamu melakukan ibadah korban dengan menyembelih lembu, kambing, kibas atau pun boleh juga unta.






SIAPA di sini penonton setia drama Korea Selatan yang bergenre perubatan iaitu Romantic Dr. Kim? Kita geng!

Dalam siri drama tersebut, kita selalu dengar doktor-doktor ini akan menjerit, "Cardiac arrest. Patient had cardiac arrest. Palli, palli (cepat, cepat)." 😁

Romantic Dr. Kim

Scene berlakunya "Cardiac Arrest" ini betul-betul menarik minat Cik Suri untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya. Ingin juga tahu penyakit apakah dan bagaimana ianya terjadi. Cik Suri mula membuat carian melalui Google, bacaan di beberapa website dan penulisan daripada ahli-ahli kesihatan.

 Fahami Maksud Cardiac Arrest 

Cardiac arrest occurs when the heart suddenly and unexpectedly stops pumping. If this happens, blood stops flowing to the brain and other vital organs. Cardiac arrests are caused by certain types of arrhythmias that prevent the heart from pumping blood.

An arrhythmia, or irregular heartbeat, is a problem with the rate or rhythm of your heartbeat. Your heart may beat too quickly, too slowly, or with an irregular rhythm. - source National Heart, Lung & Blood Inst. Website

Cardiac arrest atau "jantung terhenti" ini adalah satu keadaan di mana jantung berhenti mengepam secara tiba-tiba. Cardiac arrest terjadi apabila sistem elektrik di dalam jantung gagal berfungsi (mulfunction). Dengupan jantung dan nadi terus langsung terhenti dan individu tersebut gagal memberi  respon walaupun hanya untuk mengerdipkan mata. 

Cardiac Arrest adalah satu situasi kecemasan di dalam perubatan yang mana ia boleh membawa maut jika tidak diberi bantuan segera kepada si mangsa. Jantung akan terhenti buat selama-lamanya - tidak dapat diselamatkan lagi!

Cardiac Arrest dikategorikan sebagai pembunuh di dalam diam. Cardiac arrest biasanya berlaku selepas serangan jantung (heart attack) dan ia boleh juga terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah mereka yang tiada rekod penyakit jantung. 

"9 daripada 10 individu yang mengalami cardiac arrest di luar hospital meninggal dunia - selalunya dalam beberapa minit sahaja."

 Simptom Cardiac Arrest 

Seseorang mungkin mengalami cardiac arrest (jantung terhenti) jika mereka:

  • Rebah secara tiba-tiba dan pengsan (tidak sedarkan diri)
  • Tidak bernafas atau hilang nafas atau tercungap-cungap untuk bernafas
  • Tidak memberi respons ketika dipanggil atau apabila badan mereka digoncang
  • Tiada denyutan nadi
Sesetengah individu yang mengalami "jantung terhenti" akan menunjukkan satu atau lebih tanda di  dalam tempoh sejam sebelum terjadinya. Namun begitu, kebanyakan kes cardiac arrest berlaku secara tiba-tiba dan tanpa amaran. 

Cardiac Arrest boleh berlaku selepas serangan sakit jantung (heart attack) atau semasa proses pemulihan. Kedua-dua masalah jantung ini sebenarnya saling berkait. Serangan sakit jantung boleh menjadi punca utama kepada berlakunya cardiac arrest.
     
Simptom awal serangan jantung (heart attack), yang mana ia boleh menjadi punca utama kepada cardiac arrest. Simptom serangan jantung bermula dengan perlahan, seterusnya selama berjam-jam, berhari atau minggu sebelum serangan jantung.

Simptom-simptom heart attack adalah seperti berikut:
  • Sesak nafas, biasanya wanita jika dibandingkan dengan lelaki.
  • Keletihan yang melampau, (luar biasa)
  • Sakit belakang
  • Gejala seakan-akan selesema
  • Sakit dada, chest pain (angina), lebih kepada lelaki berbanding wanita
  • Kerap kali pening, pitam atau pengsan (terutamanya semasa workout, berbaring telentang atau duduk)
  • Jantung berdebar-debar, berdegup kencang (heart palpitation)

 Perbezaan Heart Attack dan Cardiac Arrest 

Kedua-duanya adalah masalah jantung tetapi keduanya berbeza. Ramai orang terkeliru dengan kedua-dua jenis penyakit jantung ini. 


1-  Heart Attack  adalah serangan jantung yang berlaku apabila saluran (artery) tersumbat di dalam jantung dan menyebabkan darah gagal untuk mengalir. Kehilangan aliran darah ini akan merosakan otot jantung tetapi jantung masih lagi berdengup. 

Individu yang mengalami heart attack masih mampu memberi respons seperti bercakap, mendengar dan masih ada denyutan nadi.

Punca berlakunya heart attack, umumnya semua maklum adalah daripada kolestrol yang terkumpul dan  membeku di dalam saluran darah pada jantung.

2-  Cardiac Arrest  pula seperti perbincangan di atas, ia disebabkan oleh kegagalan sistem elektrik di dalam jantung dan ia secara automatik akan menghentikan dengupan jantung. 

Bagi orang yang terkena cardiac arrest, mereka tidak boleh merespons seperti bercakap, mendengar dan tiada denyutan nadi. Oleh sebab itu, jika berlaku cardiac arrest, bantuan awal perlu dilakukan dengan segera!

 Pertolongan Cemas Untuk Mangsa Cardiac Arrest 

Sekiranya terdapat orang di sekeliling anda mengalami Cardiac Arresrt, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan menelefon Emergency Response (911). Pastikan anda menyimpan nombor penting tersebut. 

Kedua, pertolongan awal perlu diberikan. Jantung mangsa perlulah di pam semula samada dengan menggunakan Automated Exterbal Defribilator, AED (jika ada) atau dengan melakukan Cardiopulmonary Resuscitation, CPR. Sekurang-kurangnya bantuan awal dapat mengejutkan jantung yang terhenti.

Oleh itu adalah penting untuk setiap individu menghadiri Kursus Pertolongan Kecemasan yang biasanya diberi oleh agensi tertentu. Sekurang-kurangnya kita ada basic jika berlaku kecemasan.

Perkara yang TRIGGER kepada Cardiac Arrest

1- Sukan atau aktivit lasak, ekstrem! 1 daripada 3 serangan cardiac arrest pada atlet berlaku ketika mereka berehat atau sedang tidur. Bersukan pada waktu malam bukanlah satu kesalahan tetapi anda memahami kemampuan badan. 

Elakkan bersukan ketika badan terlalu letih selepas seharian bekerja di siang hari. Sekiranya anda adalah orang yang malas atau jarang-jarang bersenam, elakkan daripada bersenam/bersukan secara mengejut atau secara aggresif kerana dikuatiri anda mungkin gagal untuk mengawal jantung dan pernafasan (kelelahan). 

Namun begitu, kita digalakan untuk melakukan aktiviti fizikal untuk mejaga kesihatan jantung. Lakukan senam ringan dan panaskan badan dahulu sebelum mula beraktiviti. 

Cara mengawal pernafasan juga amat penting apabila bersukan. Larian pecut atau mendaki atau mengayuh basikal dengan kelajuan cepat dalam masa singkat mampu membiasakan jantung bergerak laju. Namun, teknik pernafasan mestilah betul dan tidak panik bila penat atau tercungap. 

2- Minum kopi berlebihan. Watch out coffee lovers. Cik Suri pun suka minum kopi dan kadang-kadang terlebih juga. Dinasihatkan anda untuk menghadkan pengambilan kopi.

Selain pengambilan terlalu banyak kafein di dalam serbuk, pil dan minuman tenaga juga boleh menyebabkan cardiac arrest.

3- Tekanan emosi juga boleh menjurus kepada serangan cardiac arrest. 

4- Jangkita influeza juga boleh menjadi punca!

5- Alkohol dan dadah! 

 Kesimpulan : 

Serangan jantung adalah kerana masalah "peredaran darah" manakala henti jantung adalah kerana masalah "elektrik".

Menjaga pemakanan dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan dan mengelak diri daripada serangan jantung. Tidak melakukan aktiviti ekstrem juga dapat mengelakan diri daripada berlaku jantung terhenti. 

PERNAHKAH anda mendengar tentang perihal "Buy Now Pay Later"? Atau anda memang langsung tidak pernah tahu apa itu Buy Now Pay Later (BNPL).

Buy Now Pay Later by Kembara Suri

Sebelum saya meneruskan dengan tip-tip untuk mengelakkan diri daripada terpedaya dengan trend Buy Now Pay Later ini, adalah lebih baik sekiranya kita mengenalinya terlebih dahulu.


Konsep Buy Now Pay Later (BNPL)

Buy Now Pay Later atau "Beli Sekarang Bayar Kemudian" ialah satu konsep pembiayaan jangka masa pendek yang membolehkan pengguna membuat pembelian dan membayarnya dari semasa ke semasa dan biasanya tiada faedah dikenakan.

Semenjak kebelakangan ini, trend Buy Now Pay Later semakin menular melalui platform online-shopping seperti Shopee, Lazada, Grab PayLater, Atome dan banyak lagi platform yang lain.

Istilah Buy Now Pay Later adalah prinsip yang memberi anda peluang untuk berbelanja meski pun anda tidak memiliki wang pada waktu itu dan pembayaran boleh dibuat kemudian. Mungkin anda pernah dengar istilah "easy pay" yang selalu ditawarkan oleh kad kredit. Ianya hampir serupa tetapi ada perbezaan.


Bagaimana Buy Now Pay Later Berfungsi 

Program BNPL ini biasanya mempunyai terma dan syarat yang berbeza-beza. Tetapi secara umumnya, ia menawarkan pinjaman jangka pendek dengan bayaran tetap dan tanpa faedah. Anda boleh menggunakan aplikasi BNPL untuk membuat pembelian atau anda bermungkinan telah mempunyai pilihan BNPL melalui kad kredit anda.

Melalui BNPL anda boleh membuat pembelian di mana-mana platform peniaga yang mengambil bahagian dan anda diberi pilihan untuk membeli dahulu dan membayarnya kemudian semasa proses pembayaran. 

Jika pembelian diluluskan, anda berkemungkinan hanya perlu membuat bayaran pendahuluan yang kecil seperti contoh 20% daripada jumlah keseluruhan pembelian. Kemudian anda boleh membayar baki pembelian dalam satu siri ansuran tanpa faedah, biasanya dalam beberapa minggu atau bulan.

Pembayaran pula boleh dibuat melalui potongan secara automatik daripada akaun bank, kad debit atau kad kredit anda. Selain itu, pembayaran juga boleh dilakukan melalui cek atau bank transfer. 


Kelebihan vs Kekurangan Buy Now Pay Later (BNPL)

Sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL), penting untuk anda menimbang kebaikan dan keburukannya agar tidak menjejaskan perancangan kewangan peribadi anda. 


Kelebihan Buy Now Pay Later (BNPL)

1- Kemudahan Pembayaran Ansuran Tanpa Faedah (0% Interest)

Kebanyakkan platform BNPL seperti Lazada, ShopeePay Later, Grab PayLater, dan Atome menawarkan pelan pembayaran ansuran dengan kadar faedah 0%. Ini membolehkan anda membahagikan bayaran barangan berharga tinggi kepada beberapa bulan tanpa dikenakan caj tambahan.

Namun begitu, sangat penting untuk anda memahami syarat dan terma bagi setiap platform yang menawarkan BNPL ini. Jangan sampai anda terciduk! 


2- Kelulusan Pantas & Syarat Yang Mudah

Berbeza dengan permohonan kad kredit yang memerlukan slip gaji dan semakan dokumen yang ketat, pendaftaran akaun BNPL selalunya sangat mudah dab pantas. Anda hanya perlu mengesahkan kad pengenalan (MyKad) serta akaun bank tempatan.


3- Tidak Memerlukan Skor Kredit Yang Tinggi

Kebanyakkan penyedia BNPL tidak membuat semakan skor kredit melalui CTOS atau CCRIS secara ketat semasa proses permohonan awal. Ini memberi kemudahan kepada golongan muda atau mereka yang belum mempunyai rekod kredit untuk membuat pembayaran secara fleksibel.

Sekiranya anda tiada rekod kredit yang  baik pun anda layak untuk memohon BNPL. Berbeza dengan permohonan kad kredit yang mana anda perlu mempunyai rekod kredit yang baik barulah permohonan akan dipertimbangkan dan diluluskan.


4- Pengurusan Aliran Tunai (Cash Flow) Yang Lebih Baik

BNPL membantu anda membeli barangan keperluan penting - terutamanya ketika situasi kecemasan, tanpa perlu mengeluarkan sejumlah wang tunai yang besar secara serentak pada bulan tersebut. 

Selepas pembelian, penyedia BNPL akan memberi maklumat terperinci tentang pembelian dan jadual pembayaran. Ini secara tidak langsung membantu anda menguruskan aliran tunai anda secara teratur dan berjadual.


Kekurangan Buy Now Pay Later (BNPL)

1- Risiko Berbelanja Melebihi Kemampuan (Overspending)

Disebabkan proses pembelian yang sangat mudah dan nilai bayaran pendahuluan yang kecil, ramai pengguna terdorong untuk membeli barangan secara impulsif sehingga jumlah terkumpul komitmen bulanan menjadi tinggi tanpa disedari. 


2- Caj Kelewatan (Late Payment Fee) Yang Tinggi

Walaupun tiada faedah dikenakan untuk pembayaran mengikut jadual, kegagalan membuat pembayaran tepat pada masa yang ditetapkan anda akan dikenakan caj denda lewat bayar yang agak tinggi. Malah, akaun BNPL anda boleh digantung serta-merta.


3- Menjejaskan Rekod & Skor Kredit Peribadi

Beberapa tahun kebelakangan ini, sebahagian platform BNPL di Malaysia mula melaporkan berlaku tunggakan bayaran kepada agensi kredit. Sekiranya anda culas membuat pembayaran, nama anda boleh disenarai hitam dan ini akan menyukarkan sebarang permohonan pinjaman perumahan atau kenderaan pada masa hadapan. 


4- Tiada Mata Ganjaran Atau Pulangan Tunai (Cashback) 

Tidak seperti kad kredit yang kerap menawarkan pemulangan mata ganjaran (reward points), diskaun penerbangan atau cashback bulanan, perkhidmatan BNPL secara umumnya memberi manfaat sampingan yang sangat terhad kepada pengguna.

 

4 Tips Bijak Elak Terjerat Dengan Perangkap BNPL

Tips Elak Daripada Terjerat Dengan Buy Now Pay Later

Penggunaan Buy Now Pay Later bukanlah satu kesalahan, namun tanpa kawalan kendiri ia boleh bertukar menjadi bebanan hutang yang sukar dikawal. Sebelum anda membuat keputusan untuk menekan butang 'Buy Now' amalkan 4 tips kewangan ini untuk memelihara aliran tunai anda: 


1- Fahami Terma, Syarat & Hak Anda

Sebelum anda bersetuju menggunakan sebarang platform BNPL seperti ShopeePay Later, Grab PayLater atau Atome, pastikan anda membaca, memahami dengan teliti terma dan syarat yang ditetapkan. 

Perkara yang perlu anda ambil perhatian adalah cara dan jadual pembayaran balik serta hak anda sebagai pembeli jika berlaku situasi seperti penukaran atau pemulangan barang.


2- Semak Kadar Caj Denda Lewat Bayar (Late Fee)

Setiap penyedia BNPL mengenakan kadar caj kelewatan yang berbeza-beza jika anda terlepas tarikh matang. Lebih baik jika anda dapat mengenalpasti jumlah caj denda lebih awal supaya anda sedar betapa mahalnya kos yang perlu ditanggung sekiranya anda culas membuat bayaran tepat pada masanya. 


3- Kenal Pasti Tabiat Berbelanja & Kemampuan Anda 

Lebih baik jika anda menilai semula status kewangan dan corak perbelanjaan bulanan anda. Cara ini dapat membantu anda daripada berbelanja secara berlebihan. Kemudahan BNPL bukanlah "lesen" untuk anda berbelanja sesuka hati dan melebihi kemampuan kewangan anda. Sentiasa membuat perbezaan antara keperluan dan kehendak sebelum membuat sebarang pembelian ansuran.


4- Set Peringatan & Bayar Mengikut Jadual

Pastikan anda sentiasa membuat pembayaran ansuran mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh penyedia BNPL anda. Cadangan terbaik: tetapkan potongan automatik (Auto-Debit) dari akaun bank atau kad anda. Atu anda boleh tetapkan peringatan (reminder) di kalendar telefon bagi mengelakkan akaun digantung atau dikenakan denda lewat. Ingat cas lewat adalah tinggi!


Buy Now Pay Later (BNPL) vs Kad Kredit: Apa Perbezaannya?

Ramai yang menganggap Buy Now Pay Later (BNPL) dan kad kredit adalah perkara yang sama kerana kedua-duanya membolehkan anda membeli barangan secara tangguh bayar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan utama yang perlu anda fahami: 


1- Kadar Faedah & Yuran Tahunan

  • BNPL: Secara umumnya BNPL menawarkan 0% faedah jika bayaran dibuat mengikut jadual ansuran yang telah ditetapkan. Kebanyakan platform BNPL juga tiada yuran tahunan
  • Kad Kredit: Mengenakan kadar faedah (sekitar 15-18% setahun) ke atas baki tunggakan yang dibawa pada kitaran bil bulan berikutnya. Sesetengah kad kredit mengenakan yuran tahunan (annual fee), walaupun ada sesetengah kad kredit menawarkan 0% fii tahunan tetapi ia mungkin terhad pada satu tempoh sahaja. 

2- Syarat Kelayakan & Semakan Kredit

  • BNPL: Proses permohonan sangat mudah, cepat lulus dan biasanya tidak memerlukan slip gaji atau semakan ketat CTOS/CCRIS semasa pendaftaran awal. 
  • Kad Kredit: Memerlukan syarat pendapatan minimum, dokumen kewangan (slip gaji/Penyata EPF) dan semakan rekod kredit yang ketat oleh pihak bank.


3- Caj Kelewatan (Late Payment Fee)

  • BNPL: Jika anda terlepas tarikh pembayaran, denda kelewatan akan dikenakan biasanya dalam bentuk caj tetap (fixed fee) mengikut transaksi atau peratusan kecil dan akaun akan digantung sehingga bayaran dibuat.

  • Kad Kredit: Denda lewat bayar dikenakan dalam bentuk peratusan daripada baki tunggakan berserta faedah terkumpul (compounded interest) yang boleh naik secara cepat jika dibiarkan. 


4- Had Kredit & Tempoh Bayaran

  • BNPL: Had perbelanjaan biasanya lebih rendah (mengikut platfrom) dan tempoh ansuran adalah lebih pendek (biasanya 3 hingga 12 bulan). 

  • Kad Kredit: Menawarkan had kredit yang jauh lebih tinggi mengikut paras pendapatan anda serta kemudahan revolving credit (kredit boleh guna semula) tanpa had tempoh khusus selagi bayaran minimum dibuat.


5- Ganjaran & Kelebihan Tambahan 

  • BNPL: Program ganjaran secara umumnya agak terhad, bergantung kepada baucer diskaun promosi khas daripada platform.

  • Kad Kredit: Menawarkan pelbagai kelebihan penjimatan seperti pemulangan mata ganjaran (reward points), cashback, akses percuma ke lounge lapangan terbang dan perlindungan insurans pembelian.

Ciri-ciriBuy Now Pay Later (BNPL)Kad Kredit
KelulusanMudahnya lulus, tanpa slip gajiSyarat ketat, perlu bukti pendapatan
Kadar Faedah0% (jika bayar ikut jadual)15% – 18% setahun (jika ada baki)
Yuran TahunanTiadaAda (sesetengah kad boleh diwais)
Had PerbelanjaanLebih kecil / TerhadLebih tinggi
Kesan TunggakanDenda tetap & akaun digantungFaedah berganda & menjejaskan CCRIS

Kesimpulan

Buy Now Pay Later pada asasnya sangat membantu untuk pembelian besar atau barangan yang berharga mahal. Namun begitu, sekiranya tidak dikawal ia akan memberi kemudharatan kepada kewangan kita dan akan menambah kepada komitmen bulanan. 

Adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengatur dan mengawal perbelanjaan bulanan. Perancangan kewangan sanagt penting bagi mengelakkan berlaku situasi berhutang tanpa sedar ini (BNPL).  

Selalulah ingat akan peribahasa ini:

"Ukur baju di badan sendiri"

Kadang-kadang kita selalu yakin yang kita boleh berdisiplin dalam sesuatu perkara. Tetapi, sebenarnya kita selalu tewas dan lupa. 


Jika artikel ini member manfaat kepada anda, jangan lupa untuk SHARE dan Komen. 

Terima Kasih!

 

HEY, ARMY!!!

HAPPY 10th ANNIVERSARY, BANGTAN.

BTS- Take Two Photo Group

New song from BTS for their 10th anniversary. Good job BTS. BORAHAE. The song title is "Take Two" and the lyric already release on their official Weverse, BTS. 

Let's sing together.

Take Two (English Translation)

BTS - Take Two

[Verse 1 - Jungkook, Jimin]

Will you stay?

I want to hold onto the time

That's flying by with me

Will you go? (Will you go?)

What look we will have on our faces when we stand

I can't remember the dawns anymore

[Pre-Chorus - V, Jin]

Say

Oh, I'm runnin' round in the daze

We been walkin' so many ways

Feels like my heart's about to burst

Can't you see the take two?

Stories unfolding just for you

Youth with you by my side

Take my hands now

[Chorus - Jungkook, V]

Yeah, we never felt so young

When together sing the song

Meeting with each other's eyes

Even in the darkness

Yeah, we never felt so right

When I got you by my side

Along the road, we walked together

Oh, we young forever

[Verse 2 - jhope, RM]

Even when the desert becomes the sea, we swim together

Even the lonely whales, we're singing like them now

We're together so I'm not scared of hoping for eternity

Because you're my belief and my only reason

You're my silver lining

You the one who just light me up

Oh, I can always feel you beside me

The sunset hit the building

We are given to each other like this

[Pre-chorus - Jungkook, Jin]

Say

Oh, I'm runnin' round in the daze

We been walkin' so many ways

I hold you in my arms

Can't you see the take two?

Letters I didn't send to you

My youth with you

This is the beginning

[Chorus - V, Jin]

Yeah, we never felt so young

When together sing the song

Meeting each other's eyes

Even in the darkness

Yeah, we never felt so right

When I got you by my side

Along the road, we walked together

Oh, we young forever

[Suga, RM, jhope]

It was possible because I was with you

I was happy being with you

I breath in your voice

I stood up with your tears

Do I deserve your love?

The intersection of souls we're created over the years

I am so grateful and happy to be with you 

Let's continue to be happy in the future

[Jimin, V]

Yeah, we never felt so young 

When together sing the song

Meeting each other's eyes

Even if it rains

When I got you by my side (My side)

Follow the stars we hit together 

Oh, we young forever

[Jin, Jimin, Jungkook, V]

Sing like this (We ain't never felt so young)

Won't you hold my hand? (Yeah, we never felt so young)

Need you here tonight (We ain't never felt so young)

Oh, we young forever (Never felt so young)

Yeah, never felt, never felt so young.


This song actually written by:

Suga, El Capitxn, RM, Gabriel Brandes, 

Matt Thompson, Max Graham, j-hope and Nois upGrader.


BTS, borahae!!!

The meaning of song  Take Two


Popular Post