CARA KIRA DIVIDEN DAN BONUS ASB 2022
UMUMNYA, pada 22 Disember tahun lepas Amanah Saham Nasional Berhad telah mengumumkan pengagihan dividen ASB untuk tahun kewangan 2022. Setiap pelabur akan menerima keuntungan sebanyak 4.6 sen per unit termasuk bonus. Juga di beri bonus tambahan sebanyak 0.50 sen per unit, yang menjadikan jumlah keseluruhan agihan pendapatan adalah sebanyak 5.1 sen per unit untuk 30,000 unit pertama.
Untuk makluman anda sebagai pelabur, bonus tambahan sebanyak 0.50 sen ini hanyalah terhad kepada 30,000 unit yang pertama sahaja.
Artikel ini saya tulis adalah untuk membantu anda membuat kiraan dividen bagi tahun kewangan 2022. Kiranya saya mengambil peluang untuk menunaikan janji yang belum saya tunaikan kepada beberapa individu yang telah saya janjikan untuk saya ajar cara mengira dividen ASB. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua yang membaca.
Terima kasih kerana masih meneruskan bacaan anda.
Bagaimana Cara Kiraan Dividen ASB Tahun 2022 dan Bonus Tambahan
Sebenarnya jika anda pernah melawati website ASNB, di website itu sendiri telah dipaparkan cara-cara untuk membuat kiraan dividen dan bonus ASB.
Secara mudahnya, jika anda mempunyai pegangan unit sebanyak 30,000 unit dan ke bawah, anda akan menerima pulangan sebanyak 5.1 sen.
Cara kira untuk pegangan
RM 100 = RM 100 x 5.1% = RM 5.10
RM 10,000 = RM 10,000 x 5.1% = RM 510
RM 30,000 = RM 30,000 x 5.1% = RM 1,530
Tetapi, berbeza pula pengiraan dividen sekiranya anda mempunyai pegangan yang melebihi 30,001 unit dan ke atas.
Sebagai contoh, anda mempunyai simpanan sebanyak RM50, 000,
kiraannya adalah seperti berikut -
RM 50,000 x 4.60% = RM 2,300
RM 30,000 x 0.5% = RM 150 (bonus tambahan)
Jumlah keseluruhan : RM 2,300 + RM 150 = RM 2,450
RM 2,450 adalah jumlah keseluruhan dividen yang akan anda terima.
Begitu juga sekiranya anda mempunyai simpanan maksimum iaitu RM 200,000
RM 200,000 x 4.60% = RM 5,200
RM 30,000 x 0.5% = RM 150 (bonus tambahan)
Jumlah Keseluruhan : RM 5,200 + RM 150 = RM 5,350
Untuk makluman anda, kiraan ini hanya terpakai untuk simpanan yang dilaburkan bermula pada awal tahun iaitu bermula bulan Januari.
Cara Kiraan Dividen Yang Dibuat Tambahan Berkala Setiap Bulan
Sekiranya anda membuat simpanan secara berkala setiap bulan, kiraannya adalah berbeza.
Sebagai contoh pada bulan Januari, anda telah membuat pelaburan sebanyak RM 100,000 dan kemudian anda membuat penambahan sebanyak RM 1,000 sebulan. Nilai pegangan adalah berbeza untuk setiap bulan.
Cara kiraannya adalah menambah keseluruhan baki setiap bulan, dan kemudiannya di bahagi kepada 12 bulan :-
Contohnya -
Baki akhir adalah : RM 1,266,000
Jadi, cara kira : RM 1,266,000 / 12 = RM 105,500
RM 105,500 x 4.60% = RM 4,853.00
Bonus Tambahan pula, RM 30,000 x 0.50% = RM 150
Jumlah yang diterima adalah RM 4,853.00 + RM 150 = RM 5,003.00
Untuk mendapat maklumat yang lagi jelas, anda boleh buat rujukan Panduan Perkiraan Pengagihan ASB. Di sini anda akan dapat melihat cara kiraan dividen untuk beberapa situasi pelaburan.
Kesimpulan dari Saya
Anda boleh mula membuat pengeluaran dividen atau semakan dividen di mana-mana cawangan ASB bermula esok, 3Januari 2023.
Selain itu, ada juga boleh membuat semakan secara online di website ASB atau menggunakan aplikasi myASB bermula 1 Januari lepas.
No comments:
Post a Comment