Showing posts with label Islam dan Kisah. Show all posts
Showing posts with label Islam dan Kisah. Show all posts

 Assalamualaikum.


SELEPAS HARI RAYA AIDILFITRI, umat Islam akan mula sibuk dengan persiapan untuk menyambut kedatangan bulan Zulhijjah pula. Bulan Zulhijjah adalah antara bulan terpenting menurut kalendar Islam. Bulan di mana umat Islam akan pergi mengerjakan ibadah haji di Mekah dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Ibadah Qurban juga akan dilakukan pada Hari Raya Aidiladha.


Di dalam bulan Zulhijjah ini, waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam adalah Hari Arafah di mana para jemaah haji akan berwukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah. Berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh pada Hari Arafah adalah amalan yang paling terbaik. 


Sangat beruntunglah bagi mereka yang sedang mengerjakan ibadah Haji kerana apabila seorang Islam itu selesai menunaikan haji mereka, maka diampunkan segala dosa-dosanya. Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan berwukuf di Padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung.


Seperti sabda Rasulullah s.a.w.

الْحَجُّ عَرَفَةُ

Maksudnya, "Haji itu berada di Arafah." 

Daripada Riwayat Ibnu Majah (3015), al-Nasaie (3016), Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sohihnya, Imam Ahmad (18774) di dalam Musnad.


Kelebihan Doa Hari Arafah

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah s.w.t. melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang berwukuf dan juga bagi umat Islam lain yang tidak berwukuf (yang tidak menunaikan haji). 


Oleh itu, hari selepas waktu wukuf dijadikan hari perayaan iaitu Hari Raya Aidiladha sebagai tanda kesyukuran kerana setiap umat Islam layak mendapat keampunan dosa dan terlepas daripada azab api neraka pada hari Arafah.


Berdoa di Hari Arafah mempunyai banyak kelebihannya. Seperti yang diriwayatkan di dalam beberapa hadis shohih. Antaranya;


Daripada Abdullah bin 'Amr, Rasulullah bersabda; 


"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan nabi-nabi sebelumku katakan adalah


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang satu, dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian dan DIA Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


Hadis riwayat At-Tarmizi - (Hadis Hasan)


Doa Terbaik di Hari Arafah

Antara doa terbaik untuk Hari Arafah yang disarankan oleh JAKIM;


1- Ya Allah, kurniakanlah padaku kejayaan terbesar - selamat daripada api neraka dan masukkanlah aku ke dalam syurga Firdaus-Mu.


2- Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman. Jadikanlah tangan kanan kami, tangan yang menerima kitab amal kami di hari pembalasan nanti.


3- Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucap syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhirku. Kurniakanlah kepadaku syafaat Rasulullah s.a.w.


4- Ya Allah, Kau masukkanlah aku di dalam kalangan Rasulullah s.a.w, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdausi.


5- Ya Allah, selamatkanlah sahabat-sahabatku yang bukan Islam dan kurniakanlah mereka hidayah Islam.


6- Ya Allah, satukanlah aku di dalam syurga dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana-Mu.


7- Ya Rabb, sempurnakanlah agama-ku dan ibadah-ku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.


8- Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.


9- Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi


10- Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.


11- Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.


12- Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku pada-Mu. Janganlah ada keraguan dalam hatiku.


13- Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).


14- Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu


15- Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.


16- Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk-Mu semata-mata dan lindungi aku dari sifat menunjuk-nunjuk atau kebanggaan yang palsu. Selamatkanlah aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.


17- Ya Allah Tuhan Penciptaku, janganlah Kau biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang bertanggungjawab pada agama-Mu dan kurniakanlah kepadaku anak-anak soleh-solehah yang akan menjadi penyejuk hatiku.


18- Ya Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada perintah-Mu dan patuh kepada ibu bapaku.


19- Ya Allah, Kau selamatkanlah aku dari fitnah Dajjal.


20- Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang, Kau selamatkanlah aku daripada siksaan azab kubur yang menyakitkan dan juga azab api neraka yang menakutkan itu.


21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.


22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud kepada-Mu dengan mudah sehingga akhir hayatku.


23. Ya Allah, lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah urusan bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.


24- Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari-Mu, Ya Allah.


25- Ya Allah Tuhan Yang Maha Mendengar, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada-Mu.


26- Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.


27- Ya Allah, izinkan aku dan pasangku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami menutup mata. Jemputanlah kami untuk mengerjakan Haji ketika sihat tubuh badan dan ketika usia masih muda.


28- Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.


29- Ya Allah, ampuni dosa-dosa dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.


30- Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripada-Mu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari sifat  kufur, berputus-asa, salah laku dan syirik.


31- Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.


Akhir sekali, jangan lupa untuk perbanyakkan selawat ke atas junjungan kesayangan kita semua, Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga Allah s.w.t. memberi keampunan kepada kita. Semoga kita semua dapat menjadi penghuni syurga tertinggi, Syurga Firdaus.



Antara Musuh Atau Kawan Iblis!!!

Assalamualaikum….

Saya ada terbaca sesuatu dan berminat untuk berkongsi dengan kawan2 yang rajin membaca blog saya…terima kasih sebab mengambil masa anda untuk membaca kat cni…hehehehe…

Cerita ini saya petik daripada buku yang saya baca, yang bertajuk “sedarlah kamu wahai manusia: antara semalam dan hari in”. himpunan pesanan dari hadis dan al_quran. Penulisnya adalah Wan Md. Jamal Bin Wan Md. Saman. Buku ini saya perolehi semasa saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa di PWTC beberapa bulan yang lepas.


15 Musuh Iblis

Menurut riwayat Wahab bin Munbih, pernah terjadi peristiwa di mana Allah s.w.t memerintahkan iblis laknatullah menemui Nabi Muhammad s.a.w dan menjawab segala pertanyaan baginda. Lalu iblis pon mengunjungi baginda Rasulullah dengan menyamar sebagai seorang tua bangka yang memegang sebatang tongkat.

Nabi bertanya: “Man Anta?” (Siapa anda?)
“Saya iblis”, jawabnya
“Apakah maksudmu datang?” Tanya Rasulullah
“Tuhan memerintahkan ku supaya menemui anda dan menjawab segala
Pertanyaan anda,” jawab si iblis.
“Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dari umatku?” tanya
Rasulullah.
“Lima belas orang” jawab iblis.

Lima belas orang itu adalah:
1. Nabi Muhammad s.a.w
2. Imam yang adil
3. Orang kaya yang rendah hati
4. Oedagang yang jujur
5. Orang alim yang sembahyangnya khusyuk
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat
7. Orang beriman yang pengasih
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya
9. Orang yang tidak mahu berbuat kemungkaran
10. Orang beriman yang sentiasa berwuduk
11. Orang beriman yang banyak bersedekah
12. Orang beriman yang berkelakuan baik
13. Orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain
14. Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca al-Quran
15. Orang yang menegakkan ibadatnya pada waku malam, sedangkan orang lain tidur dengan nyenyaknya.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w bertanya pula,
“Berapa banyak kawan2mu dari umatku?”
“Sepuluh orang” jawab iblis laknatullah.

Mereka adalah:

1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Penghasut kepada orang lain
6. Orang yang beramal kerana ingin nama(riak)
7. Orang yang memakan harta anak2 yatim
8. Orang yang mempermudahkan solat
9. Orang yang tidak mahu berzakat
10. Orang yang suka termenung (melamun)

(petikan dari Hari Besar Islam oleh H.A Fuad Said)

Apakah kita yermasuk digolongan mana?
Adakah musuh iblis atau sahabat iblis..
Semuga kita menjadi musuh dia kerana iblis adalah musuh kita..

Sesungguh iblis adalah makhluk tuhan yang engkar apabila disuruh tunduk kepada manusia, dan iblis telah meminta daripada Allah untuk menyesatkan anak2 adam sehingga ke hari kiamat…subhanaAllah…

Semoga Allah S.W.T akan melindungi kita daripada syaitan..

Renungan sejenak..Karya seni ciptaan al-Mahrum Prof. Hamka:

Kain basahan dibawa mandi
Setelah mandi dibawa pulang
Amal ibadat dibawa mati
Harta yang banyak diambil orang
Kayu ara tepi laut
Jatuh sebiji dimakan ikan
Kalau datang Malaikat Maut
Kemana nyawa nak disembunyikan
Burung layang terbang melayang
Hinggapnya di kayu jati
Untungnya orang yang bersembahyang
Mukanya jernih hatinya suci
Solatlah engkau sebelum disolatkan
Menangislah kamu sebelum kamu ditangisi
Mandilah kamu sebelum kamu dimandikan
Hisablah dirimu selagi di atas dunia
Sebelum dihisab Allah di Padang Mahsyar nanti

Notes:

1. Petang tadi terima call from HR Sime Darby…Invitation for the interview this Monday at Lagend Hotel, KL…huhu…tak tau kat mne…tp dia ckp dekat PWTC…tp aku nih bukan familiar sgt ngan jln2 di KL nih… tak buat preparation lg…nak jawab ape nnt ek??...Ya Allah permudahkan lah urusan hamba-Mu ini..dan murah kan lah rezeki ku dan keluarga ku…ameen..
2. semalam aku terima call from Prof. Madya Dr. Rosnan Yaacob, lecturer dr UMT…dia dah confirm tuk jd supervisor ku for my MSc…aku decide nk wat MSc. Dln oceanography…kerana itu..aku telah menolak tawaran Msc. Engineering Geology…huhu…tp..Dr. Rosnan ckp dia nye project dah habis…so, xder sponsorship lah…and he advice me to apply scholarship drp.MOSTI…harap dapat…aku mengharap…mudahkan lah perjalananku Ya Allah…
3. and NOW, aku tengah pkir tentang proposal…nak wat tajuk ape..Dr. Rosnan pulak belum bg aku ape2 idea lagi…nak buat sediment pantai or sediment marine?huhuhu….next week aku akan ke UMT tuk bincang kan hal ini….doa2 kan lah yer …
4. nk sgt balik ghanung…penat dah dok kat negeri org…drp Penang…turun ke Johor dan naik ke Bangi..skang nih masih tersadai kat Bangi lg…Pulanglah!!!! HUHUHU…..NAK BALIK!!!!

Siapa Kita

by on June 26, 2009
Antara Musuh Atau Kawan Iblis!!! Assalamualaikum…. Saya ada terbaca sesuatu dan berminat untuk berkongsi dengan kawan2 yang rajin membaca bl...

Ad Code

Responsive Advertisement