CELEBRITY. Tidak sengaja Cik Suri telah terjebak dengan drama Korea Selatan ini. Baru sahaja selesai menonton walaupun pada awalnya tidak faham dan sedikit bosan dengan intronya. Teruskan membaca kerana drama ini sangat rekomen untuk korang semua tonton.
Celebrity, drama yang ditayangkan di platform Netflix ini diterajui oleh beberapa nama besar layar seni Korea Selatan seperti Park Gyu-young, Kang Min Hyuk, dan Lee Chung Ah. Drama ini diarah oleh Kim Chul Gyu.
Sinopsis
Celebrity mengangkat sisi gelap dunia selebriti dan influencers di Korea Selatan. Permulaan drama ini apabila Seo Ari yang merupakan seorang influencer yang telah disahkan mati tiba-tiba muncul membuat live streaming. Ghost!
Keadaan menjadi gempar apabila Seo Ari yang mempunyai hampir 1.3 juta followers itu telah membuat live streaming dan membongkarkan kebusukan, kepalsuan dan ketoksikan sebenar dunia influencer. Ini kerana Seo Ari diketahui telah meninggal tiga bulan lalu dan ianya menjadi tanda tanya.
Di dalam live streaming tersebut, Seo Ari telah menceritakan tentang awal mula dia terjebak ke dunia famous ini sebagai influencer.
Seo Ari pada asalnya merupakan anak perempuan kepada seorang pemilik kilang fabrik yang tersohor di Korea Selatan. Tetapi, akibat kematian ayahnya menyebabkan perniagaan untuk jatuh bankrap. Keadaan ini menyebabkan Seo Ari dan ibu serta adik lelakinya jatuh miskin. Seo Ari sendiri tidak dapat menghabiskan pelajarannya kerana tidak mampu menanggung biaya pelajaran.
Seo A-ri yang bekerja sebagai seorang door-to-door kosmetik promoter. Dia secara tidak sengaja telah menjadi influencer terkenal dalam sekelip mata sahaja setelah terserempak dengan kawannya, Oh Min Hye ketika di sekolah menengah.
Oh Min Hye yang kini merupakan influencer yang terkenal telah menjemput Seo Ari untuk menyertai parti hiburan selebriti terkenal. Di dalam parti tersebut, berlaku ketegangan yang secara tiba-tiba mengangkat popularity Seo A-ri. Ia ditambah pula apabila Oh Min Hye turut mengikut akaun Instagram Seo A-ri.
Melihat kepincangan dunia pempengaruh, Seo A-ri mengambil keputusan untuk memajukan dirinya dengan menggunakan jumlah pengikutnya yang ada. Dia mula menceburi diri dengan menjual pakaian sendiri tanpa mengharapkan sponsor seperti influencer yang lain.
Seo Ari dengan berani tampil dengan fesyen mampu-milik atau murahan berbanding instafamous yang lain. Bermula dengan "sold out" membuatkan kumpulan instafamous Gabin berasa cemburu dan ingin menjatuhkan Seo A-ri.
Ditambah pula, Seo A Ri juga diminati oleh CEO Han Jung Kyung (Kang Min Hyuk) yang membuatkan mereka semakin 'meluat' dengan A Ri. CEO Han yang sentiasa memerhati dan melindungi Seo A-ri daripada kejahatan kumpulan Gabin.
Dalam keseronokkan mencipta branding dan imejnya tersendiri, bermacam-macam dugaan yang dilalui oleh Seo A-ri sehinggalah dia terjebak dengan satu fake account bernama "BBB Famous" yang selalu memberi maklumat kepada Seo A-ri dengan membongkarkan sisi hitam kumpulan Gabin ni.
Siapakah identiti sebenar "BBB Famous" ini. Adakah dia seorang yang di pihak baik atau sebaliknya?
Drama Celebrity ini hanyalah 12 episod sahaja. Korang mampu habiskan hanya dalam sehari sahaja.
Banyak pengajaran yang dapat kita kutip melalui drama ini. Hidup bersederhana itu adalah lebih bahagia.