Wednesday, March 27, 2013

::TERKILAN::

Assalamualaikum

Innalillah wa innalillahirrojiun. Al-fatihah untuk arwah staff Cik Suri seperti di post sebelum ini. Arwah disahkan meninggal dunia pagi ini. Lebih kurang dalam jam 10.30 pagi. Abang arwah yang juga merupakan site supervisor kami menelefon CM tentang berita ini. Kebetulan pula, CM tengah sibuk-sibuk hendak ke hospital untuk melawat arwah.

Terkilan juga Cik Suri kerana tidak sempat untuk pergi melawat arwah. Tidak berkesempatan untuk itu. Sedih rasa. Terkilan juga, dua hari sebelum kejadian, Cik Suri pura-pura buat sombong dekat arwah. Arwah seorang yang suka bergarau dan mengusik Cik Suri. Tapi, entah kenapa, hari Khamis dan Jumaat lepas, tak tergerak nak tegur dia walaupun arwah datang dekat meja Cik Suri. Jumaat pun begitu, di operation yard, Cik Suri tak tegur dia tapi cume sempat senyum jer. Tapi dua hari tu, dia tak de usik Cik Suri dan diam saja.

Tiada apa yang mampu diceritakan lagi. Cuma, doa sahaja yang boleh dipanjangkan semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

"Mati itu pasti. Hidup belum tentu"- Laksamana Sunan, 1511.

Al-fatihah buat Tajuri bin Abd. Ghani.

Wassalam

Monday, March 25, 2013

::BAIK DAN BURUK::

Assalamualaikum

Mungkin agak lambat Cik Suri nak upadate cerita nih. Semalam, Cik Suri dikhabarkan dua berita. Satu berita baik dan satu lagi berita yang memang kurang baik. Dua-dua melibatkan hal-hal di pejabat.

Yang pertamanya, berita buruk dulu yang dikhabarkan oleh CM Cik Suri, iaitu seorang staff kami telah terlibat dengan accident dan telah dimasukkan ke dalam wad ICU. Keadaannya sangat kritikal dengan kecederaaan yang agak serius. Dia juga merupakan adik kepada our supervisor dan baru saja pulang dari Miri setelah hampir 2 bulan berkampung di sana atas tuntutan kerja.

Sungguh terkejut, baru saja jumpa dia hari Jumaat lepas dan pada malam Sabtu, dia telah ditemui terbaring di jalanraya akibat terjatuh daripada motosikalnya dan kepalanya telah terhantuk pada pili bomba di tepi jalan. Akibat daripada hantukkan itu, kepala dia pecah di bahagian atas dan hadapan. Juga soket matanya retak, dan bahagian paru-parunya cedera. Darah mengalir dari telinga, hidung dan mulut. Diberitahu oleh supervisor, ketika ini darah masih belum berhenti mengalir keluar dari telinga. Tidak dapat Cik Suri bayangkan bagaimana boleh berlaku sebegini teruk, adakah mungkin kerana hentakkan itu terlalu kuat. Tidak dapat dipastikan.

Oleh itu, marilah kita sama-sam doakan agar beliau dapat sedar dan sihat. Walaupun, telah diberitahu oleh doktor bahawa harapan untuk sihat adalah 50% between live and death. Tetapi, kita sebagai umat Islam, masih bergantung harap kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dan Maha Merancang. 

Berita baik pula...

Erm, Cik Suri akan sambung esok. In Shaa Allah..

Wassalam!!!

Selasa, 26 March 2013

Assalamualaikum

Seperti yang Cik Suri janjikan, hari ni kite sambung cerita semalam. Maaflah, Cik Suri tak berniat untuk membuka entry lain, hanya continue dari post semalam jer. Okeylah kan, hehehehe :)

Berita baik yang Cik Suri ingin bagitahu adalah company yang sedang Cik Suri kerja ni dah dapat certificate API Q1 pakej dengan ISO 9001:2008 dan ISO/TS 29001.

Bak kata Quality Director, " we are the first organisation in the world to have MULTI Site Certification and we are the only INSPECTION COMPANY (highligth dengan cap letter) in Asiapacific to have such certification".

 Nah... kau hade...hade..hade...tak de kannn!!! hehehe

Nak kate bangga tak jugak, walaupun berpayah bersusah Cik Suri prepare untuk audit time tu. Siap tak beraya tau sebab kena pergi training di HQ di Singapura. Balik office lambat dan berovertime nak make sure sume document follow our QMS. Tapi, QMS sendiri dah tak betul, tambah lagi dengan top management yang kacau lana *bahasa Terengganu*. Jadi, Cik Suri pelik macam mane boleh lulus. Time audit pun, banyak NC major-minor yang kita dapat. Apa-apa sajalah. Janji diorang puas hati.

Update sikit pasal staff yang accident semalam.
Semalam beberapa orang officemate pergi melawat dia di Hospital Kuala Terengganu, keadaan dia masih tidak berubah. Masih bleeding, keluar dari telinga, mulut. Kata mereka, doctor terpaksa suntik morfin hendak kasi dia tidur kerana dia akan meracau dan tangan dia akan garut pada badan. Risau akan badan dia luka, jadinya terpaksa suntik morfin tu.

Sama-samalah kita doakan agar dia dapat sembuh semula. In Shaa Allah. Al-fatihah!!!

Sekian,

Wassalam



Tuesday, March 19, 2013

::TUNANG PALSU::

Assalamualaikum

Alamak. Parah-parah. Nampaknya dosa banyak Cik Suri. Dosa menipu. Ingatkan cite nih dah basi. Rupanya belum lagi. Salah Cik Suri jugak dan salah orang yang start buat spekulasi dari awal lagi. Ni semua gara-gara nak mintak cuti hujung tahun lepas.

Cik Suri tipu Country Manager (CM). Asalnya nak apply cuti untuk vacation dengan family. Then, reason for applied tu Cik Suri tulislah "Family Matters”. Tetapi, si En. Kacang a.k.a Training Manager a.k.a Si Bangla tu sibuk nak tau dan dia tanya dekat officemate Cik Suri yang Cik Suri nak kahwin ke. Pastu, officemate Cik Suri suruh tanya Cik Suri sendiri. Dia ade tanya Cik Suri, dan Cik Suri tak cakap apa-apa pun. Senyum jer. Masa tu Cik Suri menafikan, then dia cakap Cik Suri nak engaged pulak. Cik Suri buat tak tau saja sebab malas nak layan dia. Sengih jer yang mampu sebab nak tengok muka dia pun meluat. Tup-tup, sebab dia suka "membijakkan" diri dia sendiri, dia pun kecoh dekat CM yang Cik Suri nak engaged. Makanya, bermulalah penipuan, kerana Cik Suri pun olok-olok jugak dekat CM tu dan dia percaya pulak. Aduh!!!

Sehari sebelum Cik Suri start cuti, tetiba CM nak cancel cuti Cik Suri sebab ada staff dari Singapore nak datang dan buat audit. Audit nih buleh jer berjalan dengan lancar walaupun dengan ketiadaan Cik Suri. Tetapi, disebabkan en. kacang nih terlalu bijak, dia letak harapan kepada Cik Suri untuk menjawab semua soalan semasa audit. Peranan Cik Suri penting tau. Cik Suri bos kepada bos Cik Suri sendiri.

Bermula dari situlah, penipuan tentang bertunang menjadi serius. Cakap tak leh cancel cuti sebab semua orang sibuk untuk majis tunang tu and CM tak boleh cancel cuti Cik Suri. Padahnya.

Lepaslah Cik Suri dengan cuti empat hari. Pergi berjalan-jalan di Melaka. Melawat kakak dan anak buah Cik Suri yang comel tu. Memang plan hendak ke Melaka sebab mak Cik Suri bawak adik-adik bercuti di rumah kakak Cik Suri. Cik Suri pun sibuk sekali nak bercutilah.

Masuk je office lepas bercuti, rupanye dapat tau staff dari Singapore tak datang pun. Visa tak apply lagi, lagi satu sebab surat untuk masuk ke Malaysia tak approved lagi. Tak settle pun lagi. Kadang-kadang tu memamng bengang dengan diorang nih. Suka buat plan on the spot and benda tak settle lagi, dah kalut-kalut. Ini semua berpunca sebab ramai sangat staff dari negara Taj Mahal tu. Kalau kerja bagus takpe lah, ni kerja macam hampeh jer. Menyakitkan hati adalah. Cik Suri bukan bersifat racist yer, but this is fact. They are diffrent if we compare with our Indian in Malaysia. Cik Suri loves Malaysian. 

********************

Tapi, hari ini. Bermula lagi penipuan itu. Sebab mereka ungkit pasal this fake engagement. Dan, Operation Manager baru ni tanya Cik Suri pasal pertunangan ini. Cik Suri menipu lagi dengan mengiyakan soalan dia. Macam mana!!! Tambah dosa lagi!!!Aku yang berdosa!!! 

Cik Suri tak boleh nak berterus terang. Takut CM marah sebab menipu dia dari awal. CM Cik Suri garang. Macam mana. Sampai bila nak menipu.

Dulu Cik Suri pernah ada tunang palsu. Tapi, tunang palsu Cik Suri dah kahwin, cuti hari tu pergi majlis kahwin die lah. So, kiteorang dah tak boleh berlakon lah. Dulu selalu jugak mintak tolong dia menyamar sebab Cik Selalu selalu kena kacau dengan seorang mamat nih, ex-classmate Cik Suri masa Form 3. Sampai gangguan tu sampai ke tahap yang tak boleh blah, jadinya terpaksa mintak tolong kawan ni menyamar jadi tunang palsu Cik Suri. Sekarang, dah tak ade siapa boleh jadi penyelamat Cik Suri.

Aduh. Runsing-runsing. Masalah yang dicipta sendiri.

Wassalam :)


Thursday, March 14, 2013

::NYARIS::

Assalamualaikum

Nampaknya, minggu ni tak berapa baik untuk Cik Suri. Hari Ahad lepas Cik Suri kena langgar dan hari ini hampir kena langgar lagi. Dari belah tepi. Huhu...Scarrryyyy!!! Ketar satu badan. Menggigil dan kecut perut.

Kenape lah boleh jadi camni. Nyaris betul. Cuai lah saya.  

Tadi dah hati-hati drive. Masa nak lintas tu dah pandang kiri dan kanan. Tapi tak perasan pulak  macam mane boleh ada kereta dari simpang belah kiri tu. Kat tepi Cik Suri ade motor. Cik Suri tengok motor tu lalu tapi bile Cik Suri dah lalu belah dia, dia macam berenti dekat simpang tu tapi Cik Suri terus jalan. Ya Allah, terkejut sangat. Alhamdulillah kereta tu sempat break dan Cik Suri pun break same sambil paling arah dia. Husband and wife. Wife die pandang macam nak gaduh dengan kite. Huhuhu...

Kalau lihat jarak antara kereta Cik Suri dengan kereta dia, tak sampai 1 pembaris yang 30cm tu. Nyaris sangat!!!

Cik Suri memang cuai. Syukur tak ade ape-ape jadik.
Yang ni lakaran masa Training Manager Cik Suri langgar.
Apa-apa pun Cik Suri selamat. Encik Sunan pun selamat. Alhamdulillah. Kereta orang tu pun selamat. 
Pengajaran untuk Cik Suri, kena lebih berhati-hati. Tapi sekarang ni, perasan Cik Suri, takut nak drive. Terasa serik pulak. Ngeri pun ada.

Wasalam. Semoga semua selamat.

Monday, March 11, 2013

::LANGGAR::

Assalamualaikum

Dah dinner semua. Cik Suri hari ni just makan burger jer. Tu pun mak yang pergi beli dekat town sana. Sambil-sambil dia nak beli ubat, singgah kejap gerai burger. So malam nih, kite orang dinner dengan burger jer. Tak kisah pun sebab kadang-kadang if Cik Suri terasa nak makan burger, sanggup rempit motor ayah pergi beli dekat rumah jiran tu. Biar pun dah malam. Sanggup weiii...

Semalam, hari Ahad on the way nak pi keje. Kete Cik Suri kena langgaq dari belakang. And, u know what. My manager yang langgar. Ala...ingat tak I pernah cite pasal manager from India tu. Dia lah yang langgar. Angin satu badan. Dah la I tak suka kat dia. Tup-tup die tak pasal-pasal sondol kete kite dari belakang. Calarlah sikit Si Sunan kesayangan Cik Suri. Nasib baik tak banyak. Tapi, bengang jugak la dengan si bangla tu. Cik Suri turun dari kete, saja mahu tengok sape yang langgar. Alih-alih, tengok bangla nih. Dia siap boleh tunjuk tanda tumb up. What the heck!!!Ko langgar aku kut!!! Okey, kite settle dekat office.

Setiap pagi Cik Suri kena pergi dekat site office for daily meeting a.k.a toolbox meeting. So, we meet there. You know what, lepas je I parked kereta. Turun and dia dah siap tunggu dekat kete dia, and boleh tunjuk dekat I, nak bagitau yang kereta dia rosak teruk. Teruk sikitlah dari kereta Cik Suri nih. Bengang lagi. Cik Suri pun jalan terus, buat dunno jer... Konon nak tunjuk sakit hati ah. Ha Ha Ha...Padan muka ko.

Dia pun takde nak cakap, nak bayar ke apa. Claim for repair or what. He say nothing. Even to say SORRY.

Bengang.

Habis je meeting, Cik Suri terus balik ke office. Terus cite dekat Account Manager, Mr. K. Kebetulan pulak, bos telefon. Apa lagi, Mr. K ni pun citelah dekat bos. Bos cakap suruh slow talk with that bangla and settle it nicely. Cik Suri panas baran sikit. So, tak tau nak settle macam mane.

Sambil-sambil breakfirst dekat office dengan makanan yang dibeli dekat kantin tu. Tak de selera and mood nak makan. Tetiba, si bangla tu masuk office then terus come to me. He ask me to go to workshop and settle my car. I just say okey and then my officemate suggest me to do it by myself and claim bill from him. So, I told him that way and he agreed. Settle but till now I didn't go to the workshop to settle up my car. Malas la!!!

You know what?!!!
Actually dia kena marah dengan bos I. So, that's why lah die beria-ia nak repair kete I tu. And, today, dia tanya lagi dah pergi repair belum. Because tomorrow bos balik dari outstation. Takut kena marah la tu. Ha Ha Ha. Again....

Tapi hari ni, Cik Suri rasa macam malas pulak nak pergi repair and claim from him. Sebabnye kete cik suri calar sikit je tapi nampaklah buruk sikit sebab dah terkopek cat kereta tu. Dalam RM 300-400 jugak lah kata officemate. Cik Suri bukan reti pun bab-bak repair kereta nih. Silap-silap nanti Cik Suri pulak yang kena kencing dengan pomen nanti. Huhuhu :(

Thursday, March 7, 2013

::BRAIN::

Assalamualaikum

Guys, Good morning. Good Health. Good Smile. Good Breakfirst.

So True!!! I just wanna share this with uolls.
Must read, guys.
Human Brain Analysis - Man vs. Woman 

Multi-Tasking
Women - Multiple process
Women’s brains designed to concentrate multiple task at a time.
Women can Watch a TV and Talk over phone and cook.
Men - Single Process
Men’s brains designed to concentrate only one work at a time. Men cannot watch TV and talk over the phone at the same time. They stop the TV while Talking. They can either watch TV or talk over the phone or cook. 

Language
Women can easily learn many languages but cannot find solutions to problems. Men cannot easily learn languages, they can easily solve problems. That's why in average a 3 years old girl has three times higher vocabulary than a 3 year old boy.

Analytical Skills
Men’s brains have a lot of space for handling the analytical process. They can analyze and find the solution for a process and design a map of a building easily. But If a complex map is viewed by women, they cannot understand it. Women cannot understand the details of a map easily, For them it is just a dump of lines on a paper. 

Car Driving
While driving a car, mans analytical spaces are used in his brain. He can drive a car fastly. If he sees an object at long distance, immediately his brain classifies the object (bus or van or car) direction and speed of the object and he drives accordingly. Where woman take a long time to recognize the object direction/ speed. Mans single process mind stops the audio in the car (if any), then concentrates only on driving.

Lying
When men lie to women face to face, they get caught easily. Women’s super natural brain observes facial expression 70%, body language 20% and words coming from the mouth 10%. Mens brain does not have this. Women easily lie to men face to face.
So guys do not lie face to face. 

Problems Solving
If a man have a lot of problems, his brain clearly classifies the problems and puts them in individual rooms in the brain and then finds the solution one by one. You can see many guys looking at the sky for a long time. If a woman has a lot of problems, her brain cannot classify the problems. She wants someone to hear that. After telling everything to a person she goes happily to bed. She does not worry about the problems being solved or not. 

What They Want
Men want status, success, solutions, big process, etc... But Women want relationship, friends, family, etc... 

Unhappiness
Women, if they are unhappy with their relations, they cannot concentrate on their work. If men are unhappy with their work, they cannot concentrate on the relations. 

Speech
Women use indirect language in speech. But Men use direct language. 

Handling Emotion
Women talk a lot without thinking. Men act a lot without thinking.

Ni semua dengar dekat Hot.fm pagi tadi. Bergaduh-gaduh si Fafau dengan FBI dan AG pasal nak menangkan sapa lagi cekap between women and men. Boleh pulak terjumpa info pasal nih dekat FB. So, apa lagi, kite sharelah dekat blog kan. Boleh uolls baca di pagi yang indah ni, refresh sikit otak before we start working. Okey!!!

Work smart dont work hard. 

Wassalam.

Friday, March 1, 2013

::JODOH::

Assalamualaikum

Cik Suri nak cerita pasal Jodoh. Hari Jumaat duk sibuk pasal jodoh. Aisss...hehehe :)
Takpe lah kan. Banyak dapat jemputan kahwin untuk hari ni dan esok. Itu belum lagi masuk musim cuti sekolah. Isshk...kalau cuti sekolah, sampai tak tau nak pegi yang mane satu. Last sekali pegi yang paling dekat dengan rumah. Sonang cerite. Tak fenim kepala. 

Jodoh. Jodoh itu rahsia Allah. Kite tak tau siapa jodoh kite. Betul tak?
Ermmm...
Kalau kita dah tau siapa jodoh kita, tak seronoklah kan.  Sebab itu, Allah give us a surprise. Surpriseee!!! Mesti kita akan terkejut dengan surprise Allah ni kan. Mesti kita akan cakap, “ La tak sangka kau jodoh aku!!!”. "Duk sebelah rumah jer". "La, kita pernah jumpa sekali hari tu kan". Macam-macam lagi.

Cik Suri pun tak tau siapa jodoh Cik Suri.  Walaupun, di keliling kita ni berjumpa dengan bermacam orang, Cik Suri tetap tidak ade kawan lelaki. Sumua kawan-kawan Cik Suri perempuan. Jadi, tiada idea siapakah gerangan pemilik tulang rusuk yang Cik Suri pinjam nih. Dia tak nak cari ke peminjam dia yang comel cute miut nih. Perasan!!! 


"Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim, no.: 2491)

Pertemuan itu ada, tetapi jodoh tetap kekal sebagai rahsiaNya.  \(^.^)v

Wassalam...