Showing posts with label Beautiful Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Beautiful Terengganu. Show all posts

ROTI TEMPAYAN TERLEMBUT mestilah menjadi kesukaan dan igauan setiap orang yang pernah merasainya. Kan!!!

Assalamualaikum

Hi, my dearest readers. 

Pemula bicara,

Cik Suri ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan "many, many thanks" kerana anda semua masih lagi sudi menjengah blog Cik Suri ini. 

"And, for my non-Malaysian readers. You can read my blog by using translation option." 

Okay...

Hari ini, saya cuma ingin berkongsikan cerita dengan "you all", the best kedai roti tempayan di Kemaman. Uuhuuu...Bestkan. 

Saya tidak pasti sama ada kedai ini pernah viral atau tidak, akan tetapi saya sangat pasti ia adalah kedai kegemaran saya dan ramai orang seperti saya sejak dahulu lagi. Sebab? Sila sambung bacaan anda.

Namanya adalah sangat simple, sampaikan saya tidak tahu hendak tulis bagaimana. WARONG ROTI TEMPAYAN. Semudah ini sahaja nama kedainya.


Lokasinya...

Lokasinya, sudah pastilah terletak di daerah Kemaman, negeri Terengganu. Sangat mudah untuk dicari dan dijumpai. 

Landmark yang korang perlu cari adalah Masjid Sultan Ahmad, kerana warungnya terletak di perkarangan parking lot masjid. Korang kena masuk ke dalam pagar masjid. 

Parking pun banyak kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu yang kebiasaannya akan penuh parking yang sebesar-besar alam tu.

Atau juga boleh cari Pejabat Agama Daerah Kemaman, mudah juga kerana pintu pagar masjid sultan ahmad betul-betul mengadap dengan pejabat agama.

Cuma yang memisahkan hubungan mereka adalah jalan raya.

Lazat sangat ke?

Ya. Sangat lazat. Korang kena cuba.

Roti tempayan yang sangat lembut dengan permukaan atas yang sedikit garing. Kemudian dimakan bersama gulai kambing yang sangat marvelous. 

Cik Suri bukan nak over tetapi terbukti kerana awal pagi lagi barisan orang yang beratur panjang. Pernah terkena sekali, bila nak order pilihan menu, dah habis. Frust perasaan hati ini. 

Roti tempayan hanya dihidangkan dengan tiga jenis pilihan kuah kari yang tersangat sedap iaitu kari ayam, kari daging dan yang terpaling lazat sehingga menjilat jari adalah kuah kari kambing...benggggg...mbekkk!!! haha.

Cik Suri bagitau rahsia, hanya di blog ini sahaja. Korang wajib cuba kari kambing, alasannya... dagingnya sangat lembut, tidak ada bau kambing, tidak hamis. PERFECT!!! 

Makan daging kambing dekat hotel pun, ada yang sesetengah masih ada rasa bau kambing. werkk!!!

Cuba dulu.



Hendak lagi rasa terangkat, perkena pula dengan teh tarik. Kalau dah makan, confirm korang memang tidak akan ingat lagi dah kalau mak mentua lalu. Tak pandang oiii...Terus jadi menantu derhaka. Hihihi... eh, terover!!!

Selain itu, masih ada juga juadah sarapan yang lain seperti nasi lemak, nasi minyak, mee goreng, pulut gaul nyor (pulut bersama kelapa parut) dan kuih-kuih. 

Pelbagai jenis minuman daripada minuman panas hingga ke minuman sejuk. Jangan dicari ABC. Pagi-pagi tak jual ABC. 

Minuman keras pun tidak dihidangkan. Haram!!!

Waktu operasi

Bab waktu operasi korang kena alert. Bukan apa, risau datang dari jauh nun negeri Perlis atau dari selatan negeri Johor, tengok-tengok kedai tutup. Nanti korang salahkan Cik Suri pula, dikata tak bagitau "office hour" warung ni.

Waktu operasinya adalah setiap hari kecuali hari Selasa. Bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Hari Selasa kedai tutup, cuti!!!

Ulang Suara, "Hari Selasa kedai tutup, cuti. Jangan datang hari SELASA!!!

Tetapi, sebagai pelanggan tetap yang selalu, kerap kali datang menjamu di sini, pesanan cik suri datanglah awal kerana risau makanan cepat habis. 

"8.30 - 9.00 pagi dah okay dah kalau nak datang."

Harga?

Harganya pula sangat berbaloi. Bak kata mat saleh bulu ketiak kuning, "reasonable price". Mampu bayar.

Untuk satu hidangan roti tempayan bersama kari antara RM 6-8, bergantung kepada pilihan kari yang anda pilih.

Ini jumlah harga untuk makanan yang cik suri pesan, sejumlah RM 17.50 untuk satu hidangan roti tempayan bersama kari ayam, satu hidangan roti tempayan bersama kari kambing, teh panas dan teh tarik.

Apa pendapat anda, murah atau mahal? 

Sila bagi komen di bawah ;)

Penutup kata dari cik suri. 

Jemputlah datang ke Kemaman Idaman untuk menikmati pelbagai jenis makanan lokal yang sangat pelbagai dan pelbagai rasa. 


Sekian,

cik suri yang menulis

Ad Code

Responsive Advertisement