SINOPSIS REVENANT
MASIH ingatkah dengan teraju utama drama Korea Selatan, Twenty Five Twenty One?
Ya, Kim Tae-ri kini comeback dengan membintangi drama terbaru Korea Selatan yang berjudul Revenant. Drama yang membawa genre thriller-horror ini memulakan tayangannya pada akhir June lalu menerusi platform Disney+Hotstar dan SBS.
Drama ini mengisahkan seorang gadis yang dirasuk oleh roh jahat selepas dia menerima harta pusaka daripada mendiang bapanya.
Sinopsis REVENANT
Revenant mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Gu San-yeong (Kim Tae-ri), merupakan seorang pekerja sambilan yang sentiasa sibuk dan dalam masa yang sama dia mengisi waktu malamnya dengan belajar bagi menghadapi peperiksaan untuk menjadi pegawai berpangkat rendah.
San-yeong telah menjadi mangsa kepada penipuan melalui panggilan yang menyebabkan dia dan ibunya kehilangan wang simpanan dalam jumlah yang banyak. Dalam keadaan yang serba kekurangan itu, dia terpaksa berhadapan dengan kerenah ibunya yang mengidap penyakit jantung dan anxiety.
Tidak menyangka ayahnya masih hidup, dia mendapat perkhabaran daripada ibunya bahawa ayahnya baru meninggal dunia kerana menggantung diri. Dia dan ibunya telah menghadiri pengebumian di rumah neneknya. Melalui neneknya, dia menerima peninggalan pusaka yang berupa riben rambut lama. Tanpa disedari, dia telah dirasuk oleh syaitan yang berdendam itu.
Yeom Hae-sang (Oh Jung Se), merupakan seorang profesor di dalam bidang folklore dan dia mempunyai kebolehan melihat kewujudan hantu di sekelilingnya. Prof. Yeom dapat melihat roh jahat yang sedang menghuni di dalam badan San-yeong. San-yeong adalah seorang yang tidak mempercayai kewujudan hantu.
Semenjak San-yeong menyentuh riben merah tersebut, banyak perkara mistik telah berlaku di sekelilingnya. Dia mula mendapat bayangan tentang sesuatu keadaan yang dia sendiri tidak pasti. Kes kematian secara misteri mula berlaku di sekelilingnya. Ini menyebabkan kehidupannya mula berubah.
Prof. Yeom cuba untuk merungkai mistik yang berlaku di sekeliling San-yeong. Ini kerana dia sendiri telah menerima sepucuk nota daripada Prof. Gu Gang-mo, bapa kepada San-yeong, meminta Prof. Yeom untuk melindungi anaknya.
Profesor Yeom sendiri mempunyai pengalaman lampau ketika dia masih kecil yang mana dia telah menyaksi sendiri bagaimana ibunya mati menggantung diri kerana dirasuk oleh roh jahat itu.
The Second Child Must Die
Anak kedua mesti mati. Itu yang berlaku kepada Hae-sang dan San-yeong. Di saat kedua ibu mereka mengandung, adik mereka akan mati di dalam kandungan. Itulah harga yang perlu dibayar kepada saka yang merasuk. Saka itu mendambakan nyawa anak kedua untuk terus "hidup"
Lee Mok-dan adalah anak kecil yang menjadi korban untuk upacara memanggil juvenile spirit (saka). Bomoh Manwol telah memilih Mok-dan yang merupakan anak kedua, dengan menghadiahkan riben merah sebagai tanda pemilihan.
Banyak persoalan yang semakin terbuka. Apakah kaitan Mok-dan dengan keluarga Yeom.
Bagaimana Prof. Gang-mo dirasuk dengan roh jahat.
San-yeong mula mendapati dirinya mengalami masalah penglihatan.
Mampukah kes-kes kematian misteri diselesikan oleh polis penyiasat.
Drama ini telah memasuki episod ke-lapan. Berbagai teori mula berlegar-legar kerana penonton mula merasai keliru dengan jalan ceritanya.
Cik Suri pun semakin tidak sabar untuk menonton episod seterusnya. Jangan lupa untuk menonton Revenant setiap Jumaat dan Sabtu di Disney+Hotstar.
No comments:
Post a Comment