Sunday, December 30, 2012

::BANJIR DI KEMAMAN::


Banjir....

Assalamualaikum…

Selamat pagi atau selamat tengahari…Hari Ahad macam ni, mesti ramai lagi yang tengah tidur-tidur ni…Harap dah bangun sembahyang subuh tadi…hehehe…

Okey...

Saya nak update sikit pasal banjir yang berlaku di Kemaman, beberapa hari yang lepas....
Maaf lah...lambat nak update... tak terfikir pun nak buat entry pasal banjir...hehehe...

Ni, saya letak serba sedikit gambar banjir yang sama mintak dari kawan satu opis...di kawasan berhampiran dengan rumah dia.





Huishhh...

Boleh tahan jugak banjirnya...Dekat rumah saya, dua jalan utama dah kena tutup dek air. Pagi tu nak pergi keje, lalu jalan yang biasa guna tu, dah limpah dengan air. Terpaksa lah patah balik. Ikut jalan lagi satu pun, air alur dah paras limpah...Takut tengok air yang banyak macam ni...Terpikir jugak, sebab pagi tu hujan lebat, risau kalu air dah penuh, petang nanti tak boleh balik rumah...huhu nak tidur mane...

Mak saya cakap, ni lah banjir paling teruk. Tak pernah lagi Bandar Chukai banjir macam nih...Bank-bank masuk air, pasaraya, secret recipe, office-office...teruk lah kena kemas balik...

Itu lah dugaan kan...Allah dah cuba ingatkan kita supaya jangan lakukan kerosakan di muka bumi nih...sedikit demi sedikit Dia dah tunjukkan dekat kite sume...supaya kita lebih beringat...

Friday, December 28, 2012

::JOM BERDOA::


Sembilan Petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab 

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
 

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
 

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
 

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
 

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
 

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
 

7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
 

8.Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”
 

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari 
Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” 

Wednesday, December 26, 2012

::DENDAM DAN BENCI::

Setiap permulaan perlu dimulai dengan Assalamualaikum…. 

Salam sejahtera buat semua 

Pernah tak rasa dendam dan benci dekat seseorang. 

Mesti semua orang pernah rasakan.

Ketika saya menulis entry kali ini, perasaan saya sangat sedih kerana saya mempunyai perasaan benci dan dendam terhadap seseorang. Seseorang yang perlu saya sayangi dan hormati. 

Saya tak suka perasaan negative ini tetapi ia mula terbit dari dalam diri ini sedikit demi sedikit. Adalah sangat berdosa sekiranya saya terus membiarkan perasaan ini merajai hati…Takutnya Ya Allah… 

Saya telah cuba untuk memadamkan api kebencian ini tetapi setiap butir bicara dan perlakuan orang itu terhadap saya hari demi hari telah memarakkan lagi kemarahan saya terhadapnya. Saya tidak tahu apa kesalahan saya sehinggakan saya dibeza-bezakan dengan orang lain. 

Walaupun sebanyak mana kebaikan yang telah kita lakukan ia tetap menjadi satu kesalahan dan saya tetap dihina serendah-rendahnya. Saya disalahkan. Hati mana tidak sakit kalau dilakukan begini bertahun-tahun. Jiwa mana yang tidak akan memberontak dan akhirnya menjadi dendam dan benci. 

Tetapi, 

Ingatlah… 

Tabahlah dengan ujian Allah dan berdoalah kepada-Nya supaya dikuatkan semangat untuk itu. 

Dendam dan benci itu tidak member apa-apa kebaikan pun. Malah ia akan merosakkan lagi jiwa ini. Maka, jagalah daging yang seketul ini. Didiklah ia dengan unsur-unsur baik. Jauhkan lah daripada perkara-perkara dan perasaan yang akan merosakkan ia. 

Jagalah hati ini Ya Allah. 
Bantulah untuk menghilangkan perasaan benci dan dendam ini. Biarlah ia terkubur begitu saja tanpa meninggalkan kesan buruk pada diri aku yang lemah ini.

Teruskan berbuat baik dan janganlah membuat kejahatan kepada sesiapa pun. Allah yang menilai dan kita tidak rugi apa-apa pun. 

InsyaAllah… 

Dunia ini neraka bagi orang beriman dan syurga bagi orang-orang yang lalai. Akhirat itu syurga bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan neraka bagi orang-orang yang lalai…