"DON'T PUT ALL YOUR EGGS IN ONE BASKET." 

Pernahkah anda mendengar peribahasa Inggeris, Don't put all your eggs in one basket"? Atau, mungkin anda pernah mendengarnya tetapi kurang pasti apakah maksud sebenar di sebalik ungkapan peribahasa tersebut?


Jika diterjemahkan secara langsung ke dalam bahasa Melayu, ianya membawa maksud, "Jangan letakkan kesemua telur yang anda miliki ke dalam satu bakul yang sama."


Merujuk kepada portal kewangan, ungkapan ini merupakan satu bentuk nasihat yang bermaksud seseorang tidak sepatutnya menumpukan semua usaha dan sumber kewangan di satu tempat sahaja. Ini kerana anda berisiko kehilangan segala-galanya jika berlaku perkara di luar jangkaan.


Sebagai contoh: Jika anda hanya ada satu bakul untuk membawa kesemua telur dan tiba-tiba bakul itu terjatuh, sudah tentu semua telur milik anda akan pecah serentak. Tetapi, jika anda mengasingkan atau membahagikan telur-telur tersebut kepada beberapa bakul yang berbeza, sekiranya satu bakul terjatuh anda masih ada baki telur di dalam bakul lain yang terselamat.

"Don't risk everything all at one."
"Janganlah merisikokan sesuatu dalam satu masa."


Asal-Usul Peribahasa 

Tahukah anda? Ungkapan ikonik ini dikatakan mula digunakan dalam novel klasik terkenal, Don Quixote, di mana tertulisnya ayat :

It is the part of a wise man to keep himself today for tomorrow, and not venture all his eggs in one basket. 

("Adalah bahagian orang yang bijak untuk menyimpan dirinya hari ini untuk esok, dan tidak mempertaruhkan semua telurnya dalam satu bakul")

Masih Relevankah Konsep Ini di Dalam Kehidupan Moden?

Walaupun pepatah ini sudah berusia ratusan tahun, namun ia tetap relevan sehingga hari ini terutamanya dalam konteks pengurusan risiko kewangan. 


Dalam dunia penasihant kewangan (financial consultation), ungkapan ini sering digunakan untuk mengingatkan masyarakat supaya jangan menyimpan semua wang milik anda di satu tempat sahaja.

Contoh Mudah Dalam Kehidupan Harian

Bayangkan anda mempunyai seorang anak yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang penyanyi. Sebagai seorang ibu atau bapa yang bijak, selain menyokomng bakat dan usaha anak anda di dalam bidang seni, sudah pasti anda juga akan menasihati anak itu agar tidak mengabaikan pelajarannya. 


Tindakan ini untuk memastikan anak anda mempunyai "bakul" sandaran (pendidikan) sekiranya impian dalam bidang nyanyian menghadapi jalan buntu/halangan. Ini adalah contoh pembahagian usaha (effort) yang bijak! 


Begitu juga di dalam konteks pengurusan harta. Meletakkan keseluruhan wang atau aset yang dimiliki di satu instrumen pelaburan yang sama adalah satu langkah yang kurang tepat kerana berpotensi berlaku kehilangan atau kerugian total yang sangat tinggi dalam satu masa.

Memahami Konsep "Kepelbagaian" (Diversification)

Dalam istilah teknikal kewangan, strategi membahagikan wang ini dikenali sebagai Kepelbagaian atau Diversification


Melalui konsep ini, anda mengasingkan modal pelaburan anda ke dalam beberapa kelas aset atau instrumen pelaburan yang berbeza seperti:

  • Pelaburan ekuiti (saham)
  • Bon dan sukuk
  • Simpanan tunai / Simpanan tetap (Fixed Deposit) 
  • Hartanah
  • Emas fizikal

Mengapa Anda Perlu Membahagikan Wang Kepada Pelbagai "Bakul"?

Katakan anda memilih untuk menyimpan sebahagian daripada wang anda ke dalam akaun simpanan tunai supaya ianya mudah untuk diakses sewaktu kecemasan, sebahagian di dalam pelaburan hartanah, dan sebahagian lagi di dalam dana persaraan yang dilaburkan secara campuran saham, bon, aset dan tunai.


Ini adalah satu tindakan yang bijak kerana tidak semua instrument akan terkesan dengan cara yang sama sekiranya berlaku krisis ekonomi. 


Jika kelas aset A sedang merosot di pasaran, kelas aset B atau C mungkin sedang menunjukkan prestasi yang baik atau stabil. Keadaan ini secara tidak langsung memberikan perlindungan (hedging) kepada portfolio kewangan anda daripada mengalami kerugian yang besar.


Bagi anda tidak mempunyai masa atau berkemahiran untuk melakukan asset diversification sendiri, anda boleh memilih untuk melabur di dalam Unit Amanah (Unit Trust), yang mana dana anda akan diuruskan sepenuhnya oleh pengurus dana profesional.

Cara Mempelbagaikan Portfolio Pelaburan Anda

Untuk memaksimumkan kesan diversify, anda boleh menggunakan pendekatan berikut:

1- Pelaburan Ekuiti (Saham): Jangan melabur di dalam satu syarikat sahaja tetapi pecahkan pelaburan kepada syarikat bermodal besar (Large-cap) dan kecil (Small-cap), serta merentasi sektor yang berbeza seperti contoh teknologi, prasarana dan kewangan atau geografi yang berbeza (tempatan dan antarabangsa)


2- Pelaburan Bon / Sukuk: Anda boleh mempelbagaikan pegangan antara bon korporat (pulangan lebih tinggi, risiko sederhana) dan bon kerajaan (risiko sangat rendah).


Setiap 'bakul' pelaburan ini akan memberikan kadar pulangan dan tahap risiko yang berbeza bergantung kepada tempoh pelaburan anda. Sejarah prestasi pasaran sepanjang 20 tahun lalu jelas membuktikan bahawa menyebarkan pelaburan merentasi pelbagai kelas aset adalah kunci utama melindungi kekayaan anda demi mencapai matlamat kewangan jangka panjang.

Mencari Keseimbangan: Jangan Terlebih Diversify!

Walaupun strategi ini bagus, pastikan anda tidak melakukannya secara berlebihan (over-diversification).


Meletakkan wang ke dalam terlalu banyak portfolio atau instrument yang berbeza sehingga tidak terurus boleh mengurangkan potensi keuntungan maksimum anda. Setiap instrument pelaburan mempunyai kos pengurusan dan tahap risiko yang berbeza-beza.


Oleh itu adalah sangat penting untuk anda bekerjasama dengan penasihat kewangan bertauliah anda bagi memilih kombinasi pelaburan yang paling sesuai dengan profil risiko, umur dan keadaan kewangan semasa anda.


Kesimpulannya, konsep tidak 'memasukkan telur ke dalam satu bakul' adalah asa penting yang membantu anda mengurus, mengawal dan mengurangkan risiko pelaburan demi masa depan kewangan yang lebih stabil.

Popular Post