Thursday, July 18, 2013

::JODOH DAN CINTA::

Assalamualaikum

Ramadhan, hari ke-9.
Bulan-bulan Ramadhan, boleh pulak Cik Suri cerita pasal jodoh dan cinta kan. Bukan apa, baru dapat jemputan kahwin dari ex-housemate mase kerja jadi Assitance Researcher di UKM dulu. Tahniah buat Zaihanadia dan bakal suami. Cik Suri harap majlis akan datang berjalan dengan lancar hendaknya dan berharap kalian berbahagia hingga ke hujung nyawa. Gitu...

Cik Suri just nak share picture ni.
Kadang-kadang kita terlalu meletak sempadan dalam memilih jodoh. Mungkin dengan ini ia dapat menyedarkan kita yang usaha itu penting, dan ditambah dengan doa dan tawakal. Pernah seorang sahabat Cik Suri pernah berkata "Sue, jodoh tak datang bergolek, kau kena cari, bukan duduk menunggu sahaja. Dan itu yang Cik Suri tidak mampu lakukan. Cik Suri hanya mampu duduk menunggu dan hanya berdoa kepada Allah. Tetapi, tanpa usaha untuk mencarinya. Kenapa? Cik Suri pun tidak ada jawapannya.

Mencari pasangan amatlah susah bagi Cik Suri. Sedarlah, Cik Suri sudah berusia 28 tahun dan masih belum mempunyai teman istimewa. Kadang-kadang, tergelak sorang-sorang. Kenapa aku masih single. Rakan-rakan yang dulu single, sekarang nih sudah berumahtangga dan memilik anak.

Terpaksa Cik Suri akui, Cik Suri malu untuk mengatakan ya apabila ada yang memberi ruang. Walaupun hati suka. Jadi, terpaksa menerima apabila mereka itu berubah hati kepada yang lain. Cik Suri sendiri tidak memberi ruang dan peluang kepada diri sendiri. Malunya...huhuhu... 

Dan, Cik Suri terpaksa menyedapkan hati dan memujuk hati sendiri yang itu bukan jodoh Cik Suri. Allah telah pilih untuk Cik Suri tetapi ia belum masa untuk Cik Suri menemuinya. Kelakar apabila memikirkan hal memujuk diri sendiri. hehehe... 

Yakinlah, Allah itu Maha Mengetahui, dan jodoh adalah rahsia dia.

Cik Suri berharap akan berjumpa dengan lelaki yang berusaha untuk menjadi Imam Cik Suri dan anak-anak. Mendidik kami menjadi muslim yang sejati. Membimbing kami ke jalan yang diredhai Allah.

************************************************
Rindu... 

Cik Suri rindu sangat dekat kucing Cik Suri. Dah masuk enam hari dia mati. Tapi, Cik Suri masih teringatkan dia. Macam-macam kenangan yang menjengah ingatan. Kenakalan dia, kecomelan dia. Tak leh nak padam dari otak nih. Huhuhu... 

Wasalam
Selamat Berpuasa dan jangan lupa senyum :)

Saturday, July 13, 2013

::PERGINYA BOYEN::

Assalamualaikum

Ramadhan, hari keempat. Sekitar jam 7:15 pagi, Boyen, kucing kesayangan kami telah pergi meninggalkan kami dan tidak akan kembali lagi. Boyen telah mati dilanggar motosikal. Sedih sangat.

Taknak cerita banyak. Tapi sangat jahat orang yang langgar Boyen dan terus jalan tak berhenti pun. Padahal adik Cik Suri ada dekat situ.  Sebab Boyen ikut dia duduk tepi pagar bergayut dekat telefon. Adik Cik Suri yang jerit bagitau Boyen kena langgar dan jatuh dalam longkang tepi pagar. Sakit hati dekat orang yang langgar tu. Tak berhati perut langsung.

Wassalam

Thursday, July 11, 2013

::RAMADHAN::

Assalamualaikum

Salam Ramadhan. Hari ni hari kedua kite semua berpuasa yer. Harap-harap hari kedua nih kita kan lagi bersemangat untuk meneruskan ibadat puasa dengan lebih cemerlang dari hari semalam.

Ada seorang rakan facebook share video ni. Menarik.



Tiada apa yang Cik Suri mahu katakan. Tapi Cik Suri berasa bangga, Seperti yang Cik Suri sedia maklum. Negara Korea bukanlah negara yang orang beragama Islam ramai. Tetapi, Cik Suri sedar, Islam sedang berkembang di sana. Alhamdulillah.

Selamat Berpuasa
Wassalam

Thursday, July 4, 2013

::BAGAIKAN SAKTI::

Assalamualaikum

Part madah M. Nasir, Cik Suri paling suka. Sungguh syahdu, tatkala mendengar butir-butir bicara yang mengasyikan. Menabur janji sehidup semati.

Wahh., kelass gitu... *senyum* 

"Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda kepada adinda."

"Adinda bersumpah, jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda.
Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama."

"Belayar berbelok-belok. Sawah dibongkar ditempat tenang.
Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang."

"Bila sampai waktu, kita akan bersama"



Bagaikan Sakti, nyanyian M. Nasir dan Siti Nurhaliza

Mendengar lagu ni, Cik Suri mengenangkan cerita Puteri Gunung Ledang dan juga cerita tulisan Ramlee Awang Mursyid, Laksamana Sunan. Lebih kepada novel bertajuk "Bagaikan Puteri".

Suka sangat jalan cerita kedua-dua garapan kreatif karya ini. Sungguh berbeza daripada cerita-cerita mengarut baik di layar perak yang mengisahkan kisah mat rempit ataupun kisah cinta novel yang meruntun jiwa sehingga merasakan masih adakah kisah cinta yang sangat sadis sebegitu. 

Apapun,
Cik Suri terpaksa mengaku yang Cik Suri dulu juga merupakan salah seorang kaki novel cintan cintun yang tegar. Tetapi selepas membaca "Bagaikan Puteri" minat Cik Suri lebih terarah cerita-cerita begini. Sama seperti novel "Hatiku Harajuku".

Wassalam.