Thursday, May 29, 2014

::_ _ _ _ _::

Assalamualaikum

Esok genaplah cik suri berusia 29 tahun, dan esok adalah hari terakhir cik suri mempunyai angka dua pada umur cik suri. berasa sangat gelisah kerana umur semakin meningkat tetapi cik suri masih belum mencapai target kehidupan cik suri. memandang ke hadapan mencari sinar masa depan. bagaimanakah kehidupan cik suri di hadapan. 

sungguh. cik suri takut memikirkan masa depan cik suri. di kala tangan ini masih menaip di dalam hati berdebar. bercampur gaul pelbagai rasa. takut. gementar. motivasi. demotivasi. dalam diri seperti ada dialog-dialog memujuk hati. merangsang minda. memberi semangat dan ade yang cuba memudar semangat. aduhhh...

cik suri masih belum mengecapi kejayaan yang cik suri impikan. memiliki sebuah kehidupan yang bahagia. mahu mempunyai kerjaya seperti kawan-kawan lain. bergaji besar yang mampu menguruskan kehidupan sendiri tanpa bergantung harap pada keluarga lagi. memiliki rumah dan dapur sendiri untuk kepuasan diri sendiri. 

cik suri ingin menjadi anak yang tabah, sabar dan taat pada kedua ibubapa cik suri. menjaga mereka, berbakti kepada mereka dan menyenangkan kehidupan mereka. melawan diri ini daripada melakukan kekasaran kepada keduanya, dan terus menjaga hati mereka.

memiliki keluarga juga satu impian cik suri. menjadi ibu pada anak-anak yang comel. tetapi apakan daya, jodoh itu di tangan tuhan. siapa kita untuk menentukan. walaupun cik suri agak terasa hati apabila ada yang bertanya dan berkata sinis. itu bukan kuasa cik suri. siapa saja memiliki keinginan untuk berkeluarga tetapi itu semua diluar kemampuan kita. berdoa adalah jalan yang terbaik. agaknya lelaki takut dengan cik suri sebab cik suri garang kut. padahal cik suri biasa-biasa saja.

mejadi hamba yang taat pada pencipta. hala tuju terakhir bagi setiap manusia. jalan kita adalah menuju kepada penciptanya. mengasihi kekasihnya. semoga iman cik suri selalu dipelihara oleh ALLAH swt. syahadah yang kuucap akan dijaga. Allahu akbar, peliharalah hati hambamu ini.


wassalam dan senyum sokmo :)
::selamatulangtahunsayangkusuriyani::

Wednesday, May 21, 2014

::TRAINING LAGI::

Assalamualaikum

Annyeonghaseyo...haiii...tetiba terkeluar bahasa korea pulak but i likeee. cik suri bukan di korea sekarang ni tau tetapi cik suri berada di guesthouse di singapura. 

this time bertraining api 9th edition. sangat boring sebab tak de kawan yang sekepala. dah masuk hari keempat cik suri di singapura ini sejak sampai ke sini hari ahad lepas. tak pergi kemana-mana pun. housemate pulak jenis yang pasif. tak mahu keluar jalan-jalan and takes some photos sebagai kenangan.


actually, cik suri tingggal bersama barbara from china and seorang lagi dari thailand, som. barbara ni kuat shopping dan dia datang singapura seminggu lebih awal dari cik suri. then, she is very shopahollic. semua benda die beli. pantang nampak perkataan sales, mesti die terus meluru masuk ke kedai tu dan bershopping. wahhh....banyak betul duit die.


second day cik suri pergi ke tampiness mall, nak cari makan lah konon. ya allah susahnye nak jumpa tempat jual makanan halal. walhal first day datang sini, kak rosnah our staff in singapura telah bawak cik suri ke tampiness dan tunjuk tempat nak makan, tapi cik suri lupa. jadi terpaksa bungkus mcd dan bawak makan ke food court yang satu pun tak ada jual halal food. naik loya tekak ni tetapi terpaksa cover sebab dua orang ahjuma ni mau makan mee yang ada pork.   


salah satu makan yang wajib kena ada. buat alas perut time-time lapar. no choice. mula-mula ragu-ragu jugak dengan instant noodle nih. tetiba ternampak tanda halal, pantas je ntangan terus grab 2 cup for standby.

belum sempat nak pergi beli souvenir untuk family and friends. sedihnya. nak pergi jalan-jalan sorang-sorang terasa takut pulak. takut sesat dan masa yang free hanya waktu malam saja. pening kepala duk pikir sebab belum sempat cenderamata.


gambar di atas cik suri nak tunjuk beg cik suri yang rosak. sebabnya servis firefly yang sangat teruk. masa cik suri berada departure lobby, cik suri nampak diorang duk sedap je campak beg kite ni ke dalam perut kapal terbang tu. so, inilah hasilnya. geram je dalam hati nih. nasib baik beg ni murah jer and dah lame  beli dekat langkawi dulu-dulu. nampaknye kena beli beg baru lah ni.


ini kali pertama cik suri naik kapal terbang. katanye firefly tambang murah, tetapi kena jugak dalam rm 650 pergi balik. murahlah kan. kalau naik akirasia or mas sah-sah mahu kena dekat seribu hengget kan. first time naik flight, sorang-sorang. ingatkan rasalah berdebar ke nerves ke takut ke. tetapi tek rase ape-ape pun. tetapi bila dah sampai cecah awan, boleh terpikir kapat terbang meletup. apalah. terpengaruh dengan cerite matleh.


berada di dalam awan. wahh...teringat akan penciptanya. sungguh agung dan besar sungguh ciptaan-Nya. cantiknya. tiada kata-kata yang mampu diucapkan. hanya ingatan kepada sang pencipta. sungguh agung. sungguh bijaksana. segalanya adalah miliknya.

today, having lunch together. our account manager cooked soup for us. dua hari lepas die very intented to do cooking for us. he asked kak rosnah to accompany him to buy halal  meat/beef. then, last night he went out again to buy the pan, knife some sort of cooking stuff. kesian, but he cook very well.


perut sudah kenyang, hati pun jadi senang...hahaha :)


gambar tukang masak, mr. jay at the back. he good in cooking but need to think twice if he offfer to cook because he is non-muslim. for this time i eat because all the ingredient was bought buy kak rosnah.

wassalam
senyum sokmo :)

Tuesday, May 6, 2014

::BENGANG::

Assalamualaikum

Salam tengahari. tetiba bos masuk office pulak waktu-waktu lunch macam ni. tak suka lah. tak leh nak rileks sikit. apa-apa sajelah.

cik suri benganglah dengan perangai manusia ni. agak-agaklah kalau nak bercakap ker bergurau ker. kalau kite bergurau kasar dengan die pandai pulak nak marah. ingat ko punyai gurau orang tak terasa hati ker. pikir-pikirlah. orang pun same lah macam kau. kalau kau pandai terasa hati, aku pun pandai terasa hati. aku pun manusia bukannye alien. 

kadang-kadang manusia sekeliling ni hanya tau diri sendiri saje. itu name nye penting diri. mahu diri die saje dihargai dan orang disekeliling sesuka hati je mahu diperlakukan macam mane. selfish.selfish.selfish. 

cik suri dah lama tahan diri. suka atau tak suka, kena layan jugak. terasa diri ini hipokrit but i have to be hipokrit. now, i will not care what they say about me. move on.move on. move on. it time to move on sue.

tak tahu mana silapnya. tak tahu mane kurangnya. selama ni dah cuba be nice to all people around me. try to not hurting them. but, why they still do not understand me. bercakap sesuka hati. lidah manusia memang tidak bertulang. mengeluarkan kata-kata ibarat menghunus pedang yang menghiris hati. terluka but now i will not care about it anymore. i don't care. i don't care. i don't care. because it hurting me too much.

sabar is the best solution. tapi sampai tahap mana cik suri mampu bersabar. cik suri bukanlah seorang yang penyabar. walaupun selama ini bertahan hati dengan kerenah manusia. bertabahlah cik suri. ini lah namenye dunia. pelbagai manusia, pelbagai ragam. 

wassalam dan senyum sokmo
.::hatiyangterluka::.