Sunday, November 17, 2013

::CINTA GILA::

Assalamualaikum

Siapa pernah tonton telemovie cerita “Cinta Gila” lakonan Diana Amir dengan Aidil. Telemovie ni pernah ditayangkan awal January 2013. Pelakon lelaki dia Cik Suri tak berapa kenal tetapi telemovie ni memang best dan sangat kelakar. 

Kisahnya, si lelaki yang bernama Zaman ni sangat stress dengan parents dia yang asyik suruh dia kahwin. Permulaan cerita dia, si Zaman nih dan family dia pergi merisik awek si Zaman ni lah, tetapi bapa si Zaman dia akan tanya satu soalan dan sekiranya si gadis itu gagal memberi jawapan yang dikehendaki oleh ayah Zaman nih, secara automatiknya si gadis itu ter’reject’. Ceritanya, si Zaman ni dah beberapa kali membawa parents dia merisik dan semuanya ditolak oleh bapanya.

Oleh kerana dia terasa stress dengan bapanya, akhirnya dia berpindah seketika ke rumah adiknya dan merancang untuk mencari calon isteri smenggunakan taktik yang dilakukan di dalam filem “Musang Berjanggut”. Tetapi taktiknya itu gagal. 

Pada suatu hari tu, dia bertembung dengan Humaira, lakonan Diana Amir dan bermulalah taktik untuk mengenal dan memikat Humaira dengan cara dia menyamar menjadi gila kerana stress.

Untuk kesudahan telemovie ini, korang kena tengoklah. Macam tak best la pulak kalau Cik Suri cerita berpanjang-jela. 

Tetapi, 

Apa yang Cik Suri suka tentang cerita ini adalah sifat bapa Zaman yang betul-betul mencari menantu yang boleh menjaga tatasusila sebagai perempuan. Bapa dia selalu kata, “carilah perempuan bukannya betina. Isteri kenalah seorang yang cerdik”.

Dan, soalan yang ditanya adalah, “Apa tanggungjawab seorang isteri.”
Jawapan Humaira, “Tiga M iaitu menarik, memahami dan mendoakan.”

Dan, 
Ini amat memberi kesan kepada Cik Suri. 

Bagaimana pula seorang lelaki yang bertanggungjawab?
Suami yang baik adalah suami yang:

Bertanggungjawab pada Pencipta iaitu ALLAH s.w.t
Bertanggungjawab pada keluarganya
Bertanggungjawab kepada masyarakat sekelilingnya, rakan-rakan, teman sekerja

Dan...

In shaa Allah,
Secara langsung dia akan bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anaknya.
Yang pasti suami yang baik dia sayang sangat dekat bini....hehehe :)



Wassalam
Senyum Sokmo :)

Sunday, November 10, 2013

::HUJAN DAN PANTAI::

Assalamualaikum

Selamat berhari minggu semua tapi hari ini cik suri tetap bekerja seperti hari-hari Ahad yang lalu. 

Almaklumlah, Terengganu kan hari bekerja Ahad hingga Khamis, tetpi Jumaat pun Cik Suri tetap bekerja halfday...huhuhu... Takpa, ini adalah rezeki Allah. Jangan mengeluh :)

Lately ni, hari selalu hujan terutama waktu pagi. Sejuk dan terasa malas nak bangun pagi dan pergi kerja. Seronokkan kalau dapat berbungkus dengan selimut. Lepak-lepak kat rumah sambil tengok cerita korea. Best sesangat...hehehe :)

Cuti Awal Muharram baru-baru ni, Cik Suri teman adik Cik Suri ke kedai keropok. Kedai tu betul-betul mengandap dengan pantai. Hanya kite perlu seberang jalan jer dan jalan kaki sedikit dah jumpa pantai. Kebetulan pulak, pagi tu memang sedikit lebat. Actually  tak reti Cik Suri nak describe kan tahap kelebatan hujan sebab tak lebat sangat dan tak renyai sangat. Kalau lalu bawah hujan tu boleh basah jugaklah baju.

Menariknya, suasana waktu tu sangat cantik. Cik Suri duduk dekat kedai tu sambil memandang ke arah pantai. Tak dapat Cik Suri nak bayangkan view waktu tu. Langit kelihatan muram kekelabuan. Pantai nampak jauh dan berkabus dan pokok rhu tegak berdiri ibarat tiada angin yang sudi menyapa. Suasana time tu sangat statistik. Udara sejuk. Ombak kelihatan kasar menghempas ke pasir. Sangat cantik!!!

Dan, saat itu, Cik Suri sedang bayangkan suasana itu. Memang takleh halang ia dari menjengah kotak fikiran ini. Tak sabar menunggu waktu petang kerana mahu melawat ke pantai. Dalam hati berdoa agar petang ini hujan turunlah walau tidak lebat sekurang-kurangnya renyai-renyai. Agar Cik Suri dapat memandang lagi kecantikkan pantai di waktu hujan.


Mode: Tak sabar tunggu waktu petang. 

Wassalam 
Senyum sokmo :)

Saturday, November 9, 2013

::HOKKAIDO MUSTARD CREAM CUPCAKES::

Assalamualaikum

Selamat pagi guys!!!
Dah sarapan semua...dah mandi belum...dah gosok gigi?!! hehehe :)
Sarapan dengan apa hari ini...nasi lemak...roti canai...cereal..kopi O?!!!

Hari ni Cik Suri bersarapan dengan mee goreng mamak dan teh kosong...simple saje kan...tapi kalau dapat pekena teh tarik lagi masyuk... Memang fav. Cik Suri "Mee mamak dan teh tarik". Terbaikkkk!!!

Lepas tu, Cik Suri makan lagi dengan "Hokkaido cupcake" yang Cik Suri buatkan petang semalam. Nikmati cupcake sambil menonton cerita Selera bersama Chef Rose Weiss, rancangan kegemaran Cik Suri setiap pagi Sabtu di TV 3. Seronok tau tengok Selera ni, macam-macam resepi yang best-best untuk dicuba.

Hokkaido Cream Mustard Cupcake with Choco milk for my breakfirst ::)
 
Mustard Cream inside the cake!!! yummmy!!!yummmy!!!
It's so easy to make this cake with simple ingredient. By the way, Cik Suri pun ade buat mistake jugak. Tersalah step, Cik Suri termasukkan tepung ke dalam bekas telur yang belum dipukul. Jadi Cik Suri terus mixkan telur, gula, tepung and susu dahulu sehingga kembang. Ingatkan dah tak jadi kek tetapi alhamdulillah, jadi!!!Seronok-seronok beribu kali. Hahahaha!!!

So,

Sini Cik Suri letakkan cara nak buat Hokkaido kek cawan nih.
Nanti, korang bolehlah cuba buat tapi jangan tersalah step cam Cik Suri yer...Malu saya!!!


Hokkaido Mustard Cream Cupcake

Bahan-bahan die:

Step pertama:
Kena buat meringue dulu:

Bahan-bahan A:

4 biji telur putih
1sudu teh garam halus
80 gram gula halus

 * putar semua bahan menjadi kental dan bertanduk dimana kalau kite terbalikkan mangkuk, adunan maringue tidak jatuh, melekat dekat mangku.

(step yang ni kena make sure mase pengasingan telur putih ngan kuning telur, tidak termasuk sedikit pun telur kuning atau air, kalau tidak meringue kita tak kan menjadik, tanduk dia pun takkan keluar...hahahaha!!!)

Kemudian:

Bahan-bahan B:

4 biji kuning telur
30 gram gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
40 ml corn oil
40ml susu segar

Bahan-bahan C:

55gram tepung kek
20 gram tepung custard
1 sudu teh baking powder

Cara membuat adunan kek:

Mula-mula ayak tepung kek, tepung custard dan baking powder together-gather...dalam bekas yang lain, jgn tersalah masuk bekas telur kuning pulak, step yang Cik Suri tersalah buat) hahahaha!!!

Pukul telur uning bersama gula kastor, sehingga kembang.
Masukkan minyak jagung dan susu segar dan teruskan pukul sehingga sebati.
Kemudian, baru masukkan tepung yang dah sedia ayak tadi dan gaul sehingga sebati.

Masukkan meringue sedikit demi sedikit dan gaul dengan kaedah kaup balik sahaja. Step ni Cik Suri dah tak gunakan mixer, just kaup balik guna spatula sahaja sehingga adunan benar-benar sebati.

Kemudian,
Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh dan hentakkan cup perlahan untuk membuang gelembung udara di dalam cake.

Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170' C selama 20-25 minutes atau sehingga cake masak kekuningan.


Bahan-bahan untuk Cream Mustard:

1 sudu  besar tepung custard
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
200 ml fresh milk
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara-cara membuat cream mustard

Mula-mula bancuh dahulu tepung dengan 50ml susu segar sehingga tidak berketul. Kemudian baru satukan kesemua bahan dan masak sehingga adunan pekat dan berkilat menggunakan kaedah masak double boiler.
Sentiasa kacau filling custard nih untuk mendapatkan filling custard yang licin berkilat.
Setelah masak, sejukkan sebentar

Setelah kek masak dan disejukkan dahulu. Picitkan/piping custard cream ke dalam kek dengan cara mencucuk nozzle ke dalam kek dan picit.

Hias dengan coklat cair atau tabur gula halus.


Tadaaa!!!
Sedia untk dimakan tetapi presentation tak berapa nak cantik lah... janji boleh ngappp!!!

Selamat mencuba

*mode: sejuk pagi-pagi dah hujan*

Wassalam
Senyum sokmo..daaaaa!!!