KHAS UNTUK SANG RATU - SAIFUDIN JALIS

Ini adalah puisi untuk Sang Ratu Ratna atau Ratu Sulaman daripada Novel Sutera Bidadari tulisan novelis tersohor negara iaitu Ramlee Awang Mursyid. Novel ini adalah novel kegemaran saya. 

cinta sang ratu… 
mengulang kisah perkelahian di langit 
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana cinta 

cinta sang ratu 
laksana langit mencengkam purnama
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, 
seluas langit terbentang. 

tak kala cinta berbisik, 
suaranya memuji TUHAN 

pabila rindu terusik,
rasulnya jadi pilihan 
sampai masanya cinta jadi taruhan
sang ratu menjadi impian.. 

coretan, 
laksamana sunan (saifudin jalis)

Ramlee Awang Mursyid adalah penulis yang sangat saya suka. Kesemua novelnya pasti akan saya miliki dan selalu tertunggu-tunggu keluaran baru.

Kerana itu lah, belog ini diberi nama ratu sulaman.blogspot.com.

Sekian,


Ad Code

Responsive Advertisement