Friday, August 16, 2013

::AIDILFITRI::

Assalamualaikum

Baru nak update sikit pasal raya kan. Dah masuk raya ke-9 dah. Puasa enam pun belum buat lagi. In Shaa Allah sempat lagi, masih ade lagi 21 hari.

Kononnya, lambat update sebab nak kumpul material sikit. Chewahh... Material tu...*poyossnyer Cik Suri ni yer*...hehehe :)

Cik Suri tak mau cerita panjang-panjang sebab Cik Suri dah sediakan gambar.

Si Haikal, tukang sibuk...Puasa penuh tau... harap2 xde lah minum air dalam  bilik  air...  :)

Isi beras untuk ketupat nipah.... Biasa pakai yang Nona... Ni sarung import khas dari Melaka tau...

Siap tiga. Satu Cik Suri buat...hehehe :)

Ni adik Cik Suri, Mr. Rijal. Kerja dia buat unggun api untuk masak  ketupat.

In proses...a day before Aidilfitri

Pagi raya. Terpaksa ambil gambar sendiri sambil mengadap cermin. Camera Olympus FE 100 tahun   2005. Dibeli untuk kerja lapang semasa Cik Suri tahun 1, kursus Geologi, UKM...Panjang explaination saya.

My 1st little niece, Humaira and my elder sister. Ni je yang sempat ambik gambar budak tecik ni. Pagi-pagi raya dah nak main pasir.

Ketupat Boyan, dari Mak Su dan tapai nasi dari umah tok. Tinggal satu je ketupat  Boyan ni dan ini bukan kegemaran  Cik Suri. Lagi-lagi tapai nasi tu, Cik Suri tak leh makan malah bau pun tak boleh.

Kasut raya, 2 pasang tahun ni...hehehe :)

Kuih raya hasil tangan Cik Suri. Tak tidur malam tau.

Sebahagian duit raya untuk budak-budak. Tahun ni first time bagi duit raya sendiri.

Duit raya dari staff Petronas. Cantik sampul duit raya dia. Tiap-tiap tahun Cik Suri  kumpul tau sampul duit orang Petronas ni. Sampul dia selalu cantik-cantik.

Last, after raya...hari ini...

Baca novel Takdir : 2 . Percaya Yang Tak Sirna oleh Hilal Asyraf ,  ditemani biskut faverat Cik Suri, biskut dahlia.

Gambar lepas balik dari kerja tadi. Beria-ia paksa Si Haikal  snapkan gambar Cik Suri ni.
Okey, sekian sahaja untuk kali ni. Cik Suri mala nak cerita sangat. Satu je rasa agak terkilan, kami tak sempat ambil gambar famili.

Sebelum itu, Cik Suri tinggalkan dengan lagu raya Bunkface.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Wassalam dan senyum selalu :)

Sunday, August 11, 2013

::BARCELONA oh MALAYSIA::

Assalamualaikum

Pagi-pagi Syawal hari ke-empat. Rajin Cik Suri nak mengedate blog pagi-pagi buta cam nih. Semua penangan tengok bola semalam. Nak update semalam tak sempat sebab habis jer match semalam Cik Suri terus tertido. Ngantuk benar.

Sape tengok match Barcelona and Malaysia semalam. Saya...saya..saya..hahaha... Saya the real fan of Barcelona and terpaksa juga sorak untuk Malaysia kerana Malaysia....tanah air ku (kena nyanyi ikut nada lagu tu). Menjerit-jerit duk tengok bola dengan Si Haikal, adik bongsu Cik Suri. Haikal belum bola start dah get ready dengan baju Harimau Malaya. Peminat tegar Harimau Malaya tu. 

Jumpa jugak poster nih. Thank you Mr. Google

Last-last 2nd half Cik Suri tengok bola sensorang. Si Haikal dah tertidur. wakawaka...Ngantuk sangat lah tu sampai tertidur. Biasanya dia akan tunggu sampai habis.

Match semalam tidak sia-sialah. Malaysia bermain dengan baik dan as we know lah, Barcelona sudah pasti the world best team. Dengan keputusan 3-1 sudah dikira terbaik kalau kita banding masa Barcelona lawan Thailand 7-1. So, kita boleh kata Malaysia mempunyai team yang kuat jugak. Go Malaysia Go. We proud of you, but I still fan of FCB. Sebab saya minat gilos pada Ronaldinho dan juga Messi (Lionel Messi).

Lionel Messi ibaratkan pengganti kepada Ronaldinho. Adakah Neymar akan menjadi pengganti kepada Messi. Kalau diimbas kembali kepada cerita bola semalam, Neymar menjadi man of the day semalam. Asyik-asyik nama die sahaja yang disebut-sebut. Not bad dia main dengan liciknya. Tapi Cik Suri tak berapa minat sangat dengan Neymar nih. Kalau perasan lately ni banyak jugak dengar nama Neymar dalam TV dan juga akhbar. Tak tau pulak dia jadi masuk FCB. Semalam baru tau yang Neymar nih one of the  FCB player. Player okey, yang main tendang-tendang bola tau...bukan yang main tendang-tendang girls. Yang tu kite panggil playboy. Hehehehe :)

Neymar Jr. Kacak jugak kan. 
Cik Suri tetap setia pada Messi. Agak kecewa semalam sebab Messi tak main. Duk tunggu-tunggu jugak. Dari 1st half sampai ke hujung permainan. Messi tak turun-turun. Last-last pengulas cakap Messi tak turun sebab cedera masa sesi latihan. Saja tau. ~sangat kecewa~.

Messi kesayangan Cik Suri. 

Messi kesayangan dan Ronaldinho, cinta hati Cik Suri....hehehee :)
Sebenarnya, ramai jugak best player FCB yang tak turun. Cik Suri perasan tu, mungkin ketidak turunan Messi jugak bersebab. hehehe ~mode: tak boleh terima~

Cik Suri tak mau bias. Malaysia still mempunya pemain yang terbaik. Kena bangga dengan product Malaysia. At least kita dapat 1 gol tau. Amri Yahya yang sumbat. Memang cantik dia rembat terus ke tengah gol minit ke-40. Berdesupp. Gollll, menjerit Cik Suri dengan Haikal. Bergegar rumah, dah la jiran sebelah anak-anak bujang dia hensem-hensem belaka ~sabit, tak de kena-mengena, nak jugak sebut kannn~hehehe :)

Okey...

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin.

Wassalam dan senyum selalu :)

Wednesday, August 7, 2013

:: PERGINYA RAMADHAN::

Assalamualaikum

Salam akhir Ramadhan. Tinggal lagi 2 hari kita semua umat Islam berpuasakan.  Terasa begitu cepat pulak masa berlalu. Tup-tup dah esok last puasa. Raya pulak yang datang. 

Bagi Cik Suri, puasa tahun ini agak lemah dari puasa tahun lepas. Tewas di akhir 10 Ramadhan ini. Raya Cik Suri sejak dua tahun kebelakangan ini pun kurang meriah. Bukan dari segi family tetapi personally dari diri Cik Suri sendiri. Mungkin persiapan meriah tetapi jiwa untuk meraikannya tidak lagi seperti dulu.  Mungkin kerana Cik Suri sudah meningkat dewasa dan sudah ber”usia”. Semangat raya semakin hilang ke?!!!. Tidak dapat dipastikan.

Bagaimana persiapan Hari Raya tahun ni. 

Keluarga Cik Suri menyambut Aidilfitri biasa-biasa sahaja. Tidak berlebih kerana kami bukanlah dari golongan berada. Apa yang ada, itulah yang kami pakai. Tapi sekarang ni emak dan ayah agak berasa senang sikit. Sebab kami adik beradik dah kerja and dah boleh support keluarga untuk membuat persiapan. Cik Suri hanya mampu tong-tong serba sedikit. 

Kuih raya pun tidak beli banyak seperti tahun lepas, kerana tahun ni orang yang buat kuih tahun lepas tidak membuat kuih tahun ni. Jadinya, Cik Suri tidak membeli  banyak dan hanya sempat membuat dua tiga jenis sahaja. Agak bernasib baik jugak, adik Cik Suri ada membeli beberapa balang kuih raya dari kawan-kawan office dia. 

Baju raya pun tak membeli sangat. Semalam keluar dengan rakan sepejabat untuk membeli tudung. Malangnya, Cik Suri balik dengan tangan kosong sahaja. 

Petang tu, balik dari office Cik Suri sempat singgah kat kedai untuk membeli tudung. Akhirnya, dapat jugak. Itu pun pekerja kedai tu yang tolong pilihkan selepas Cik Suri tunjuk gambar baju.

Pulang rumah, tunjuk kat mak. Mak tanya berapa harga, tetapi tak sampai hati nak beritahu, kerana Cik Suri telah tewas dengan nafsu untuk sehelai tudung singkat ni.

Bersambung....

Wassalam dan senyum selalu :)