Assalamualaikum.
Ini adalah hari terakhir kami melawati bandar Taiwan. Hari terakhir adalah menuju ke Northern Taiwan. KIta akan ke Yehliu Geopark semestinya. Ia adalah salah satu tempat yang wajib dilawati. Sebagai seorang geologist sudah pasti Cik Suri akan masukkan geopark ini di dalam itenerari Cik Suri. Kemudian baru kita habiskan sisa masa yang berbaki dengan menikmati pemandangan New Taipei City.
Yehliu Geopark
Seawal jam 07:30 pagi kami berjalan kaki ke station MRT yang jaraknya tidak berapa jauh daripada VIP Hotel. Kami akan terus station MRT Main Station dan kami akan mengambil bas untuk ke Yehliu Geopark.
Bas biru ini sangatlah laju dengan muka bumi Taiwan yang berbukit dan banyak selekoh. Jadi korang kena standby bangun awal-awal semasa hendak turun nanti. Kamiterlepas hentian ke Yehliu hanya kerana kami lambat berdiri daripada seat walaupun kami sudah menekan loceng untuk berhenti, tetapi pemandu bas berhenti sekejap kemudian terus jalan balik. Jadinya kami tidak sempat untuk turun di station yang sepatutnya kami turun itu. Konfius sekejap!!!
Sebenarnya kami tertanya-tanya adakah itu hentiannya kerana langsung tiada bus stop. Di tepi jalan yang panas lit-lit ini. Jadi, kami decide turun juga di next stop (seperti di gambar di atas) walaupun kawasannya sunyi dan tiada bus stop dengan matahari tengah naik ini. Kami seberang jalan untuk mengambil bas yang lain. Jauh juga kalau hendak berjalan ke Yehliu.
Selepas turun di station yang betul, kami berjalan menuju ke Yehliu Geopark. Ikut sahaja jalan pelabuhan Yehliu ini sehingga jumpa signboard Yehliu Geopark.
Ianya mengambil masa 5-10 minit berjalan kaki. Tetapi kami banyak bermain-main sambil bergambar lagi banyak masa di ambil untuk sampai. Area sini banyak juga kedai makan seafood tapi kehalalannya tidak dapat dipastikan.
Akhirnya sampai juga ke Yehliu Geopark. Sebelum beli tiket kita selfie dahulu. Tiket masuk kena beli di kaunter. Jangan lupa untuk beratur dan bersabar. Ketika kami tiba di kaunter, ramainya orang.
Harga tiket adalah NTD80 sahaja. Murah dan berbaloi dengan pengalaman yang berharga ini. Dapat sahaja tiket, kami terus sahaja bergerak masuk. Tiada masa untuk dibuang lagi. Apatah lagi, dengan jumlah pengunjung yang ramai ini. Risau tidak sempat untuk bergambar dengan Queen's Head.
Serba sedikit information tentang Yehliu Geopark. Ianya adalah salah satu tarikan pengunjung di Taipei ini. Yehliu Geopark adalah satu himpunan semulajadi formasi batuan unik yang terhasil daripada hakisan semulajadi.
Yehliu Geopark sebenarnya adalah satu tanjung yang mengunjur ke laut sepanjang 1700 meter. Sepanjang perjalanan kita dapat menikmati pelbagai bentuk formasi batuan sehinggalah kamu akan menemui satu tebing tinggi yang cantik. Di situ kita dapat menikmati pemandangan keseluruhan kawasan Taman Geo Yehliu ini.
Keadaan pada waktu ini sudah panas ceng-ceng. Walaupun masih dapat rasa angin sejuk yang menyapa tetapi tidak dapat mengalahkan cahaya matahari yang menyilau ini. Ketika ini sudah jam 1115 pagi, cuacanya sama seperti di Malaysia cuma masih dapat angin sejuk. Tengok saya masih dapat memakai jaket. Tidak basah ketiaklah!
Mana Queen's Head?
Niat hati untuk bergambar dengan Queen's Head terbatal begitu sahaja selepas melihat panjangnya barisan pengunjung lain yang turut ingin mengambil peluang bergambar bersama Queen's Head. Panjang, oiii!!! Tak kuasa sis hendak tunggu tengah-tengah panas ini. Jadi, kami berjalan sahaja daripada satu spot ke spot yang lain.
Kawasan tebing pantai. Kawasan ini ada sejarah tentang seorang pemuda yang mati lemas kerana ingin menyelamatkan seorang budak yang lemas. Terdapat satu memorial bagi mengenangkan jasa baik pemuda tersebut.
Oleh kerana kawasan ini luas, kami ambil kesempatan untuk berehat sekejap sambil menikmati bekal yang kami beli di 7-Eleven. Ini sahaja makanan yang kami yakini halal. Sempatlah kami alas perut untuk sementara waktu.
Bersabar demi untuk selfie. Jauh juga kami berjalan perlahan-lahan. Tidak ramai pengunjung yang bergerak ke hujung tebing ini. Mungkin kerana jauh atau mereka tidak berminat untuk naik ke tebing tinggi yang ada rumah api ini.
Mendaki tangga untuk ke tebing paling tinggi. Penat juga menaiki anak tangga yang sekejap kecil sekejap besar.
Disebabkan untuk sampai ke rumah api itu masih jauh, jadi kami ambil keputusan untuk berjalan sekerat sahaja. Sempatlah berselfie dan melihat pemandangan laut biru yang cantik ini. Yehliu Geopark, checked!!!
Jom balik dan ke next destinasi.
Saya berhenti di sini dahulu. Nanti saya akan sambung pengalaman kami sesat di Daan Park and pergi ke Grand Mosque.