Perkara Tentang Telefon yang Kita Tidak Tahu
Perkara
Yang Kita Tak Tahu Tentang Telefon Bimbit
Tahukah anda bahawa
telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu di kala kecemasan. Banyak
perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor
kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika
anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian
telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di
kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail
walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci
kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda
lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula
kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang
menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi
seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta
anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki
) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan
punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan
mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah
ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda
berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta
orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon
bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang
telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak
tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam
keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri
tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau
mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam
kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia di datangkan dengan bateri simpanan. Untuk
mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya
dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan
kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila
anda mengecas telefon bimbit anda .
4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit
anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan
nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06#dan 15 digit nombor siri telefon
bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon
bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon
bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan
berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system
dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana
walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali
telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda
berpuas hati kerana si pencuri tidak akan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
No comments:
Post a Comment