UMRAH PERTAMA - Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah
"Bestnya Siti Nurhaliza, dapat pergi umrah dalam bulan puasa. Dia pergi seorang diri, tak bawa Dato' K pun." kataku pada emak yang sedang sibuk sediakan juadah untuk berbuka puasa nanti. "Pergilah. Ajak Hidayah sekali". Itulah kalimah keramah yang memberi semangat kepadaku untuk nekad meneruskan impian kembara ini. Terima kasih, mak. Assalamualaikum Alhamdulillah, diberi kelapangan masa dan ilham untuk terus menulis perkongsian peribadi Cik Suri. Hampir sebulan lebih Cik Suri kembali ke tanah Malaysia, setelah empat belas hari berkelana di Tanah Haram. Bersyukur sangat kepada Allah, di atas nikmat masa, kesihatan, kewangan dan paling penting jemputan dari-Nya yang membawa Cik Suri ke Tanah Suci Madinah dan Makkah. Tidak dapat digambarkan perasaan itu. Bagaimana Ianya Bermula Semuanya bermula selepas membaca tentang umrah Siti Nurhaliza, penghujung Ramadhan 1443H, iaitu tahun 2022. Cik Suri terbaca posting FB yang bertajuk, "Siti Nurhaliza menunaikan umrah ...