Showing posts with label Unit Trust. Show all posts
Showing posts with label Unit Trust. Show all posts

SIAPA ITU TRUSTEE. Pernahkah anda dengar tentang Pemegang Amanah atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil sebagai Trustee?

Jika anda pernah tahu atau faham tentang peranan dan tugas sesebuah syarikat pemegang amanah (Trustee), saya yakin risiko untuk anda tertipu di dalam pelaburan atau di scam adalah RENDAH.

TRUSTEE biasanya sangat memain peranan di dalam sector PELABURAN dan PENGURUSAN HARTA PUSAKA atau LEGASI. Saya akan fokus kepada peranan Trustee di dalam pelaburan kerana saya adalah individu yang terlibat di dalam industri pelaburan unit trust (unit amanah saham).

Di Malaysia, di dapati bermacam jenis pelaburan yang anda boleh ceburi antaranya Unit Trust, Pelaburan Emas, Saham, Hartanah dan lain-lainnya. Secara generalnya, pelaburan boleh di kelaskan kepada dua jenis iaitu Pelaburan Secara Langsung (Direct Investment) dan Pelaburan Secara Tidak Langsung (Indirect Investment).

Pelaburan Secara Langsung (Direct Investment)

Pelaburan secara langsung ni bermaksud anda melabur secara terus terhadap sesuatu pelaburan tanpa melibatkan pihak ketiga atau orang tengah. Orang tengah ini bukan bermaksud ejen tetapi ia pengurus pelaburan (Fund Manager). Contoh pelaburan secara langsung adalah emas, hartanah, bon, sukuk dan juga saham. Dalam ketiga-tiga pelaburan memang korang memiliki aset tersebut secara langsung.

Pelaburan Secara Tak Langsung (Indirect Investment)

Pelaburan secara tak langsung pula adalah berlawanan dengan pelaburan langsung. Anda menggunakan khidmat pengurus pelaburan untuk menguruskan pelaburan anda. Contoh pelaburan secara tak langsung ialah unit amanah, exchange traded fund (ETF) dan real estate investment trust (reit).

Di Malaysia, semua jenis pelaburan yang diuruskan oleh pihak ketiga WAJIB untuk melantik pemegang amanah, trustee.

Wang pelaburan mestilah disimpan dan dijaga oleh pemegang amanah. Bukan individu atau syarikat yang uruskan pelaburan.

Syarikat pemegang amanah pula mestilah syarikat bebas dan tiada kaitan dengan syarikat pelaburan. Bukan anak syarikat atau syarikat induk bagi syarikat pelaburan tersebut.

Sebagai contoh dana PUBLIC e-ISLAMIC ENTREPRENUER 40 FUND, Public Mutual melantik AMANAHRAYA Trustees Berhad sebagai pemegang amanah.

Pentingnya apabila anda sebagai pelabur untuk mengetahui atau bertanya kepada konsultan anda tentang siapa Trustee yang dilantik di dalam setiap dana yang anda labur.

Sekiranya tiada trustee yang dilantik, anda dinasihatkan untuk menjauhi pelaburan tersebut kerana dikuatiri anda akan terjebak dengan PELABURAN SCAM.


Sebelum Memulakan Pelaburan Unit Trust

PASTI ramai yang biasa mendengar mengenai unit amanah yang juga dikenali sebagai unit trust.

Unit Amanah ialah salah satu instrumen pelaburan yang sangat popular di Malaysia selain pelaburan saham, hartanah, emas dan macam-macam lagi.

Tetapi sebelum membuat persiapan untuk melabur ke dalam unit amanah, kita perlulah benar-benar mengetahui dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan unit amanah.

Jom kenali dahulu tentang unit amanah.

Unit amanah ialah wang daripada ramai pelabur individu yang dikumpulkan untuk membeli beberapa kelas aset berlainan dalam kuantiti besar.

Seterusnya pengurus dana yang profesional akan menentukan peratusan daripada dana yang akan dilaburkan ke dalam setiap jenis kelas aset, mengenalpasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai prospek serta potensi pulangan terbaik.

Setiap pelabur akan menerima unit di dalam dana yang mana setiap unit mewakili campuran pelbagai jenis kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap.

Persediaan yang perlu dititik beratkan

Setelah mengetahui dan faham tentang apa yang dimaksudkan dengan unit amanah, pastikan anda membuat persiapan terlebih dahulu sebelum memulakan pelaburan.

Terdapat lima persediaan yang perlu diberikan perhatian iaitu kenal pasti toleransi terhadap risiko; kenal pasti modal pelaburan; bandingkan prestasi dana; kenal pasti adakah pelaburan itu berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti; dan kenal pasti sama ada dana pelaburan unit amanah tersebut patuh syariah.

1. Kenal pasti toleransi terhadap risiko

Secara umum risiko boleh dikelaskan kepada rendah, sederhana dan tinggi. Lagi tinggi risiko, lagi tinggi potensi pulangan pelaburan atau kerugian.

Bagi mereka yang tidak sanggup untuk berdepan dengan risiko kehilangan modal, bermakna toleransi anda terhadap risiko adalah rendah. Maka, potensi pulangan juga adalah rendah.

Pelaburan saham pula dikategorikan sebagai berisiko tinggi. Menerusi pelaburan saham, pelabur berpotensi untuk mendapatkan pulangan setinggi 30 peratus sehari tetapi perlu juga bersedia untuk berdepan dengan risiko kerugian 30 peratus dalam masa sehari!

Untuk pengetahuan umum, unit amanah sememangnya tergolong dalam kategori pelaburan berisiko sederhana. Namun dalam pelaburan unit amanah itu sendiri ada yang berisiko rendah, sederhana dan tinggi. Ia bergantung kepada objektif dana itu berkenaan.

Oleh itu, pastikan memilih dana yang sesuai dengan tahap toleransi terhadap risiko. Pelaburan dalam unit amanah merupakan pelaburan dengan tempoh masa yang panjang.

Tempoh yang disarankan untuk pelaburan unit amanah adalah di antara lima hingga 10 tahun. Membuat pelaburan dalam jangka masa yang panjang sangat digalakan untuk mendapatkan manfaat keuntungan kumulatif.

Jika mampu untuk bersabar dan mahu lihat pelaburan dibuat terus berkembang tidak kira keadaan ekonomi bagus atau merudum, maka melabur dengan unit amanah adalah pilihan terbaik.

2. Modal pelaburan

Setelah kenal pasti kesesuaian pelaburan unit amanah yang dipilih, seterusnya ambil tahu pula berapa modal minima yang diperlukan untuk mula melabur. Ada dana yang memerlukan modal serendah RM100 ada yang memerlukan modal RM1,000.

Sesetengah syarikat unit amanah seperti Public Mutual yang membenarkan pelabur menambah pegangan unit dengan modal tambah minima RM100.

Pelabur tentukan pilihan kerana ia perlu sesuai untuk pelabur yang ingin melabur secara konsisten pada setiap bulan untuk jangka masa panjang.

3. Bandingkan prestasi dana

Perlu tahu bahawa tujuan melabur ialah untuk mengembangkan duit pelaburan. Jadi sebelum melabur bandingkan juga prestasi dana di antara dana-dana yang berada di dalam kategori sama.

Sebagai contoh, jika mahu melabur di dalam dana ekuiti bandingkan dulu prestasi dana daripada beberapa syarikat yang menawarkan dana ekuiti bagi memastikan kualiti dana dan pengurus dana adalah baik.

Tetapi harus ingat, bahawa prestasi terdahulu tidak menjamin prestasi akan datang. Jika pelabur perlu tukar ke dana yang lain untuk meraih pulangan yang lebih tinggi, maka bertukarlah.

4. Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti

Dalam dunia serba moden kini, terlalu banyak pilihan pelaburan yang ada di depan mata. Untuk itu, pelabur harus mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan unit amanah yang hendak dilaburkan itu telah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Ini kerana semua produk unit amanah mesti didaftarkan dengan SC, iaitu sebuah badan berautoriti yang mengawal selia semua jenis pelaburan di Malaysia.

Semakan ini perlu kerana mengikut data yang dikeluarkan oleh Bank Negara, seramai 974,301 individu telah kerugian RM3.8 bilion oleh skim-skim penipuan yang banyak terdapat di Malaysia.

5. Dana pelaburan unit amanah patuh syariah

Sebagai pelabur yang beragama Islam perlu memastikan dana yang mahu dilaburkan itu patuh syariah. Ini bagi memastikan pulangan daripada pelaburan tersebut adalah halal.

Tips: Elak daripada melabur ke dalam pelaburan dana konvensional yang mempunyai unsur-unsur riba, judi atau ketidakpastian. Biar pulangan diterima sedikit asalkan berkat, itu adalah lebih utama daripada mencari keuntungan yang tinggi tetapi melalui jalan yang tidak halal.

Pernah atau tidak, anda dengar tentang unit amanah saham atau dalam bahasa internasionalnya adalah "Unit Trust". Jika ya, apakah pandangan anda tentang unit amanah saham ini?

Adakah anda salah seorang pelabur di Unit Amanah Saham? Jika ya, kenapa anda memilih unit trust?

Kenapa menyimpan di Unit Amanah Saham

Assalamualaikum semua!!! *sila baca dengan nada ceria*. 

Semoga Allah merahmati kawan-kawan alam maya Cik Suri.

Kali ini, rasanya Cik Suri ingin kongsikan pengalaman membuat pelaburan di unit amanah saham dan kenapa Cik Suri memilih untuk melabur di medium simpanan ini.

INI KISAH CIK SURI!!!

Bagaimana Cik Suri Berkenalan dengan Unit Amanah Saham

Kisahnya bermula...

Pada tahun 1997. Wow, awalnya!!!

Ya, sebab ia adalah kisah pelaburan dan informal lesson daripada ibu Cik Suri. 

Ibu Cik Suri merupakan salah seorang pelabur unit amanah di Amanah Saham Nasional/Bumiputera (ASN/B) di bawah Permodalan Nasional Berhad.

Ibu Cik Suri telah mula menyimpan awal tahun 1990-an, dan pelaburannya telah memberi keuntungan yang sangat banyak. Pada sekitar tahun 90-an, ASB memang memberi pulangan (dividen) yang besar kepada pelabur-pelabur mereka.

Cik Suri mula timbul rasa berminat apabila melihat duit dalam buku simpanan ASB ibu Cik Suri yang ketika itu telah mencecah ribuan ringgit. Macam tidak sangka, kerana kami adalah daripada keluarga yang dikategorikan sebagai "orang susah". Kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Rupanya kesemua simpanan itu adalah nafkah daripada ayah, sebab kesemua gaji ayah akan diberikan kepada emak untuk diuruskan. Kiranya emak Cik Suri adalah akauntan keluarga kami. Ayah hanya mengambil sebahagian sahaja daripada gaji sebagai belanja untuk minyak dan makan semasa bekerja. Ayah Cik Suri pula bekerja sendiri sebagai tukang rumah atau buruh kasar.

Sehinggakan kesemua kami adik beradik semasa belajar di MRSM, masuk ke universiti, emak mengambil dana daripada simpanan ASB sebagai belanja pendidikan kami. 

Besarkan pengorbanan ibu dan bapa. Tapi, sayang dapat anak degil dan suka melawan macam Cik Suri. Ampunkan aku, wahai mokmok dan ayoh. Anok mu ini sangat babel.

Begitulah sedikit kisah pelaburan emak Cik Suri yang menjadi inspirasi untuk meneruskan minat dalam dunia pelaburan. 

Menyimpan untuk ada simpanan

Kisah minat Cik Suri terhadap unit amanah makin membesar sedikit demi sedikit. Ia bermula kembali pada tahun 2013. Pada waktu itu usia meningkat dewasa, sudah mempunyai pendapatan sendiri dan mula mencari-cari tempat untuk menyimpan duit. *baca Cik Suri seorang yang sangat boros at that time.*

Ketika ini, simpanan Cik Suri banyak diletakkan di di dalam akaun Tabung Haji. Cik Suri juga mulai mengambil polisi insurance kesihatan. Semua ini adalah sebagai back-up kepada Cik Suri jika berlaku kecemasan. Kita tidak jangka bila masa kita akan mengalami sakit, dan kecemasan yang lain. Sudah pasti, kita tidak ingin menyusahkan ibu dan bapa lagi. Cukuplah jasa mereka menjaga dan membesarkan kita.

Pada masa itu, pengetahuan Cik Suri tentang pengurusan kewangan yang betul masih belum ada, belum tiptop. Duit gaji gagal diuruskan dengan betul. Cik Suri mula mencari cara untuk simpan duit dan ketika itu juga ada beberapa agen pelaburan yang approached. Tetapi tidak terbuka hati untuk melabur dengan mereka, mungkin kerana tiada jodoh dan rezeki di situ. 

Sehinggakan Cik Suri diperkenalkan dengan Unit Amanah Saham di bawah syarikat Public Mutual. Semua ini di atas jasa sahabat baik  Cik Suri yang datang melawat dan menginap di rumah pada masa itu. Dari situ, dia menceritakan serba sedikit perihal pelaburan unit amanah. Bermula dari situ, Cik Suri terus membuka akaun unit amanah di Public Mutual dan seterus membut pelabur sehingga hari ini.

Kenapa Cik Suri Memilih Unit Amanah Saham Berbanding Medium Yang Lain?

Pada asalnya Cik Suri tidak berapa jelas sangat tentang instrument pelaburan unit amanah ini. Tetapi "day by day" pengetahuan itu semakin ada dan banyak hasil daripada amalan suka membaca. 

Ketika mencari agen unit amanah, Cik Suri juga selalu memcari info-info berkaitan melalui Mr. Google. Dan, sebab itu kebanyakan konsultan yang Cik Suri jumpai tidak berada di Kemaman. Inilah antara sebab kenapa Cik Suri lambat dan tertangguh untuk start melabur dengan awal. Rugi betul rasanya.

Hanya ada dua sebab kenapa Cik Suri memilih untuk melabur di unit amanah saham? Maklumlah sebelum ini belum betul-betul faham lagi tentang unit trust.

Yang pertama adalah kerana, KEUNTUNGAN. Nampak, betapa mata duitan Cik Suri ini. Cik Suri berharap untuk mendapat pulangan yang lebih banyak daripada Tabung Haji. Pada ketika itu, Cik Suri hanya mampu dapat sekitar RM200-300 (sekitar 5-7%) pulangan daripada Tabung Haji.

Cik Suri juga pada ketika itu juga mempunyai akaun ASB yang dibuka ketika di universiti. Cik Suri ada juga meletakkan wang daripada PTPTN di akaun ASB, tetapi pulangan ketika itu, so-so sahaja.  

Jadi Cik Suri mula merancang dengan mengambil sebahagian daripada gaji untuk diletakkan pada tempat yang memberi pulangan lebih tinggi daripada Tabung Haji. Dari situ Cik Suri mula asingkan dengan membuat simpanan RM 100 sebulan di Tabung Haji dan RM 200 sebulan di instrumen unit trust. 

Makanya, Cik Suri memilih untuk menyimpan secara potongan bulanan dari akaun gaji ke dalam dana yang dicadangkan oleh konsultan ketika itu. 

Unit amanah saham biasanya memberi pulangan antara 8-10% dan terdapat juga dana yang pulangannya boleh mencapai sehingga 12% bergantung pada exposure dana tersebut. Baguskan. 

Tetapi, diingatkan bahawa simpanan hendaklah untuk jangka masa panjang di antara 5 tahun ke 8 tahun, lebih bagus 10 tahun dan ke atas. 

Keduanya, adalah kerana mudah dan diuruskan oleh Pengurus Dana yang telah berpengalaman, Jadi Cik Suri tidak perlu pening kepala untuk monitor pelaburan tersebut dan tidak perlu ambil tahu tentang turun dan naik harga dana. Semuanya diurus dan dijaga oleh syarikat pengurusan unit amanah seperti Public Mutual

Cik Suri melabur dengan perasaan tenang dan di dalam masa yang sama, turut mendapat keuntungan menerusi prestasi dana yang dilaburkan. Pilih sahaja dana yang disyorkan oleh pperunding unit amanah yang berpengalaman.

Begitulah ceritanya bagaimana Cik Suri boleh terjun ke dalam pelaburan unit amanah dan juga ke dalam bidang pengurusan unit amanah.

Jika ditanya tentang untung? 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bagi Cik Suri. Alhamdulillah, telah mencapai target yang Cik Suri harapkan.

Sekian,

Cik Suri yang menulis,

Ad Code

Responsive Advertisement