Showing posts with label K-drama. Show all posts
Showing posts with label K-drama. Show all posts

Park Gyu Young in Celebrity

CELEBRITY. Tidak sengaja Cik Suri telah terjebak dengan drama Korea Selatan ini. Baru sahaja selesai menonton walaupun pada awalnya tidak faham dan sedikit bosan dengan intronya. Teruskan membaca kerana drama ini sangat rekomen untuk korang semua tonton.

Celebrity, drama yang ditayangkan di platform Netflix ini diterajui oleh beberapa nama besar layar seni Korea Selatan seperti Park Gyu-young, Kang Min Hyuk, dan Lee Chung Ah. Drama ini diarah oleh Kim Chul Gyu.

 Sinopsis 

Celebrity mengangkat sisi gelap dunia selebriti dan influencers di Korea Selatan. Permulaan drama ini apabila Seo Ari yang merupakan seorang influencer yang telah disahkan mati tiba-tiba muncul membuat live streaming. Ghost!

Keadaan menjadi gempar apabila Seo Ari yang mempunyai hampir 1.3 juta followers itu telah membuat live streaming dan membongkarkan kebusukan, kepalsuan dan ketoksikan sebenar dunia influencer. Ini kerana Seo Ari diketahui telah meninggal tiga bulan lalu dan ianya menjadi tanda tanya. 

Di dalam live streaming tersebut, Seo Ari telah menceritakan tentang awal mula dia terjebak ke dunia famous ini sebagai influencer. 

Seo Ari pada asalnya merupakan anak perempuan kepada seorang pemilik kilang fabrik yang tersohor di Korea Selatan. Tetapi, akibat kematian ayahnya menyebabkan perniagaan untuk jatuh bankrap. Keadaan ini menyebabkan Seo Ari dan ibu serta adik lelakinya jatuh miskin. Seo Ari sendiri tidak dapat menghabiskan pelajarannya kerana tidak mampu menanggung biaya pelajaran.

Seo A-ri yang bekerja sebagai seorang door-to-door kosmetik promoter. Dia secara tidak sengaja telah menjadi influencer terkenal dalam sekelip mata sahaja setelah terserempak dengan kawannya, Oh Min Hye ketika di sekolah menengah. 

Drama Celebrity

Oh Min Hye yang kini merupakan influencer yang terkenal telah menjemput Seo Ari untuk menyertai parti hiburan selebriti terkenal. Di dalam parti tersebut, berlaku ketegangan yang secara tiba-tiba mengangkat popularity Seo A-ri. Ia ditambah pula apabila Oh Min Hye turut mengikut akaun Instagram Seo A-ri.

Melihat kepincangan dunia pempengaruh, Seo A-ri mengambil keputusan untuk memajukan dirinya dengan menggunakan jumlah pengikutnya yang ada. Dia mula menceburi diri dengan menjual pakaian  sendiri tanpa mengharapkan sponsor seperti influencer yang lain.

Seo Ari dengan berani tampil dengan fesyen mampu-milik atau murahan berbanding instafamous yang lain. Bermula dengan "sold out" membuatkan kumpulan instafamous Gabin berasa cemburu dan ingin menjatuhkan Seo A-ri.

Kang Min Hyuk and Park Gyu Young in Celebrity

Ditambah pula, Seo A Ri juga diminati oleh CEO Han Jung Kyung (Kang Min Hyuk) yang membuatkan mereka semakin 'meluat' dengan A Ri. CEO Han yang sentiasa memerhati dan melindungi Seo A-ri daripada kejahatan kumpulan Gabin.

Dalam keseronokkan mencipta branding dan imejnya tersendiri, bermacam-macam dugaan yang dilalui oleh Seo A-ri sehinggalah dia terjebak dengan satu fake account bernama "BBB Famous" yang selalu memberi maklumat kepada Seo A-ri dengan membongkarkan sisi hitam kumpulan Gabin ni.

Siapakah identiti sebenar "BBB Famous" ini. Adakah dia seorang yang di pihak baik atau sebaliknya?

Drama Celebrity ini hanyalah 12 episod sahaja. Korang mampu habiskan hanya dalam sehari sahaja.

Banyak pengajaran yang dapat kita kutip melalui drama ini. Hidup bersederhana itu adalah lebih bahagia.

MASIH ingatkah dengan teraju utama drama Korea Selatan, Twenty Five Twenty One?


Ya, Kim Tae-ri kini comeback dengan membintangi drama terbaru Korea Selatan yang berjudul Revenant. Drama yang membawa genre thriller-horror ini memulakan tayangannya pada akhir June lalu menerusi platform Disney+Hotstar dan SBS.

Drama ini mengisahkan seorang gadis yang dirasuk oleh roh jahat selepas dia menerima harta pusaka daripada mendiang bapanya. 

 Sinopsis REVENANT 

Revenant mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Gu San-yeong (Kim Tae-ri), merupakan seorang pekerja sambilan yang sentiasa sibuk dan dalam masa yang sama dia mengisi waktu malamnya dengan belajar bagi menghadapi peperiksaan untuk menjadi pegawai berpangkat rendah. 

San-yeong telah menjadi mangsa kepada penipuan melalui panggilan yang menyebabkan dia dan ibunya kehilangan wang simpanan dalam jumlah yang banyak. Dalam keadaan yang serba kekurangan itu, dia terpaksa berhadapan dengan kerenah ibunya yang mengidap penyakit jantung dan anxiety.

Revenant

Tidak menyangka ayahnya masih hidup, dia mendapat perkhabaran daripada ibunya bahawa ayahnya baru meninggal dunia kerana menggantung diri. Dia dan ibunya telah menghadiri pengebumian di rumah neneknya. Melalui neneknya, dia menerima peninggalan pusaka yang berupa riben rambut lama. Tanpa disedari, dia telah dirasuk oleh syaitan yang berdendam itu.

Yeom Hae-sang (Oh Jung Se), merupakan seorang profesor di dalam bidang folklore dan dia mempunyai kebolehan melihat kewujudan hantu di sekelilingnya. Prof. Yeom dapat melihat roh jahat yang sedang menghuni di dalam badan San-yeong. San-yeong adalah seorang yang tidak mempercayai kewujudan hantu.

Revenant

Semenjak San-yeong menyentuh riben merah tersebut, banyak perkara mistik telah berlaku di sekelilingnya. Dia mula mendapat bayangan tentang sesuatu keadaan yang dia sendiri tidak pasti. Kes kematian secara misteri mula berlaku di sekelilingnya. Ini menyebabkan kehidupannya mula berubah.
 
Revenant

Prof. Yeom cuba untuk merungkai mistik yang berlaku di sekeliling San-yeong. Ini kerana dia sendiri telah menerima sepucuk nota daripada Prof. Gu Gang-mo, bapa kepada  San-yeong, meminta Prof. Yeom untuk melindungi anaknya. 

Profesor Yeom sendiri mempunyai pengalaman lampau ketika dia masih kecil yang mana dia telah menyaksi sendiri bagaimana ibunya mati menggantung diri kerana dirasuk oleh roh jahat itu.

 The Second Child Must Die 

Anak kedua mesti mati. Itu yang berlaku kepada Hae-sang dan San-yeong. Di saat kedua ibu mereka mengandung, adik mereka akan mati di dalam kandungan. Itulah harga yang perlu dibayar kepada saka yang merasuk. Saka itu mendambakan nyawa anak kedua untuk terus "hidup" 

Revenant

Pembunuhan Lee Mok-dan sebagai anak kedua

Lee Mok-dan adalah anak kecil yang menjadi korban untuk upacara memanggil juvenile spirit (saka). Bomoh Manwol telah memilih Mok-dan yang merupakan anak kedua, dengan menghadiahkan riben merah sebagai tanda pemilihan. 

Banyak persoalan yang semakin terbuka. Apakah kaitan Mok-dan dengan keluarga Yeom. 
Bagaimana Prof. Gang-mo dirasuk dengan roh jahat.
San-yeong mula mendapati dirinya mengalami masalah penglihatan.
Mampukah kes-kes kematian misteri diselesikan oleh polis penyiasat.
 
Drama ini telah memasuki episod ke-lapan. Berbagai teori mula berlegar-legar kerana penonton mula merasai keliru dengan jalan ceritanya.

Cik Suri pun semakin tidak sabar untuk menonton episod seterusnya. Jangan lupa untuk menonton Revenant setiap Jumaat dan Sabtu di Disney+Hotstar.

SINOPSIS REVENANT

by on July 16, 2023
MASIH ingatkah dengan teraju utama drama Korea Selatan, Twenty Five Twenty One? Ya, Kim Tae-ri kini comeback dengan membintangi drama terba...
Mabuk Super Junior!!! Hi ELF!!!

Assalamualaikum...
Hai!!!

Baru je lepas abis audit API Q1 baru-baru nih...hahaha letih sangat selepas hampir dua bulan bertungkus lumus untuk semua documentation and filing system... Nak handle staff2 lagi supaya mengikut system yang telah dibentuk bukanlah sesuatu yang mudah...*diorang nih bukan nak dengar cakap kite*...ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri... Boss aku pulak...lain pulak perangai nye...keje yang sepatutnye die kena siapkan duk suruh org lain buat...bagi pulak pada orang yang tidak sepatutnya...kelakar betul lah...last sekali aku jugak yang kena settle kan...where is your leadership bro, how you want to handle us if your attitude like this...so embrassed!!! What ever...past is past...API Audit done already...we got the NCs... Okey, Back to our main title... Skip beat!!! versus Choi Siwon....haaaa....I love him...I love the character in the series....sweet mehh...
 
Hensem kan....tp saya lagi suka satu poster yang ada
dalam drama skip beat!! mmg style sangat!!


Disebabkan aku baru kenal this actor and baru tau  he is one of member of Super Junior... 
Secara automatik, sejak dua menjak ini aku sudah jatuh cinta dengan group Super Junior... 
Dulu aku selalu kutuk kawan-kawan yang suka benar dengan K-Pop nih...
tapi okey lah sikit daripada yang addicted dengan Gangnam Style tu...
entah apa aje... 
Anyway, aku memang hard core Korean, Taiwanese and Japanese drama series dari zaman sekolah rendah lagi. Ambik ko...sume cite aku download tau...Tapi bukan lah hard core to K-pop, tapi sekarang saya berubah hahaa...I am so, so, sooo into Super Junior... cuba lambat sikit dari orang lain....ketinggalan keretapi hahaha*xpenting pom*






Anyway, buat masa ni aku dah ade dua kegemaran korean male actor which is Mr. Lee Jun Ki and Mr. Choi Siwon...


Ni lah Mr. Lee Jun Ki with his heroin in the series of Arang and Magistrate.

Sekian...
cik suri yang menulis

SKIP BEAT and CHOI SIWON

by on November 21, 2012
Mabuk Super Junior!!! Hi ELF!!! Assalamualaikum... Hai!!! Baru je lepas abis audit API Q1 baru-baru nih...hahaha letih sangat selepas hamp...

Ad Code

Responsive Advertisement