Saturday, June 25, 2016

::A TILE FOR SEVILLE::


Assalamualaikum 

Pernah dengar tak pasal Atileforseville. Apa itu Atileforseville. Adakah sejenis kuih raya atau nasi arab atau...atau..atau...tak tahu lah? Tak pernah tahu dan tidak pernah dengar.

Atileforseville adalah kempen mencari dana untuk menaja pembinaan sebuah masjid di sebuah tempat yang bernama Seville, di Spain. Pembinaan masjid ini adalah untuk membantu masyarakat Islam Sepanyol sebagai tempat beribadat dan secara tak langsung sebagai pusat pentadbiran dan penyebaran agama Islam. Jumlah anggaran dana yang diperlukan adalah sebanyak 18juta Euro untuk pembelian tapak dan juga proses pembinaan masjid tersebut.

Kempen Atileforseville ini telah dirasmikan pada 24 May 2016. Kempen ini akan berlangsung sedari May dan akan berakhir pada November 2016. Kempen selama enam bulan ini adalah usahasama between Ukhwah for Ummah dan Fundacion Mezquita de Sevilla. Ia diwakilkan oleh empat orang selebriti Islam Malaysia iaitu Fafau (FaraFauzana), Diana Amir, Fynn Jamal dan Heliza Helmi.


Apa yang perlu kita lakukan untuk menyokong Atileforseville ini. Kempen ini tidak memerlukan kerja-kerja berat, fizikal yang mantap dan sado. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah dengan mengeluarkan RM 10 sebagai sedakah atau sumbangan bagi membina masjid itu. Haaa…tu dia, dengan RM 10 tetapi kita akan mendapat pulangan atau saham yang lumayan di akhirat nanti. Siapa tak mau kan. Saya pun nak, lagi-lagi pada sepuluh malam terakhir Ramadhan ni. Jom, ramai-ramai keluarkan sedakah untuk muslim di Seville nih.


Bagaimana hendak salurkan sumbangkan itu.  Sumbangan boleh dibuat dengan cara tunai, cek dan juga melalui transaksi bank kepada account rasmi Atileforseville. Jangan pulak ke account saya. Saya tak terlibat dalam kempen ni. Saya cuma orang biasa yang cuba mengajak kawan-kawan membantu masyarakat Islam yang lain. Untuk sumbangan kawan-kawan semua bolehlah merujuk kepada web rasmi ukhwah for ummah iaitu http://www.ukhwahforummah.org/ atau ig rasmi @ukhwahforummah dengan #atileforseville. Disitu mereka telah statekan cara-cara bagaimana untuk kita boleh salurkan sumbangan.

Kenapa nak buat masjid dekat Spain, kenapa tak di Malaysia saja. Takutnya nak jawab soalan macam ni. Nantikan kenam kecam kalau tersalah tulis. Hehehe. Takdelah gurau jer.

Buat pengetahuan sahabat-sahabat, kenapa tercetusnya idea untuk pembinaan masjid di Seville ni. Ini adalah inisiative masyarakat Islam Malaysia dan juga Sepanyol. Sahabat-sahabat yang dikasihi… ececece…macam dalam pertandingan debat pulak… J J J

Seville adalah sebuah bandar di Spain yang diduduki oleh minority Islam di Spain. Terdapat anak-anak muda di bandar ini yang giat berusaha  membersihkan nama Islam dari segala tuduhan negative terhadap Islam. Kite juga sedia tahu sejarah asal Islam Sepanyol kan. Mere ini telah menyewa sebuah rumah kedai dan dijadikan sebagai musolla untuk masyarakat Islam menunaikan solat lima waktu dan mengadakan kelas mengaji al-Quran. Dan, ada saja masyarakat Eropah yang mengucapkan kalimah syahadah di musolla itu. Untuk makluman sahabat, sudah hamper 10 tahun mereka memohon agar kerajaan membina sebuah masjid tetapi agak mustahil hasrat mereka ini ditunaikan. Lagi-lagi apabila ia adalah sebuah negara di bawah pimpinan kerajaan bukan Islam.


Itulah serba sedikat yang boleh saya sharekan melalui blog ini. Saya pun dapat tahu hal ini melalui ig Fafau and Diana Amir. Tetiba terminat pulak dengan project yang depa war-warkan ni. Itulah, tergerak hati pulak dan terasa hendak ajak kawan-kawan join saya. Mana tau, kut-kut ada sahabat-sahabat yang berkenan dihati hendak salurkan sumbangan untuk sahabat-sahabat muslim kita di Sepanyol sana. Ganjaran akhirat tu, siapa tak nak kan. Saya nak jugakkkk….

Info adalah dari web UkhwahforUmmah. 
Dan, boleh tengok video "Travelog A Tile For Seville" di YouTube Channel.

Mohon halal yerr… J J J  


Wassalam

Wednesday, June 22, 2016

::FEVER PART-II::


Assalamualaikum

ni kisah sambungan kepada entry petang tadi. alhamdulillah demam saya dah kebas sikit. suhu badan pun dah turun, takde lah panas macam petang tadi.

baiklah saya nak share sikit petua nak kebas kan demam


tea limau
ketika berbuka petang tadi, saya membancuh tea yang diperah bersama limau kasturi. bila teguk air tea limau suam tu, terasa segar badan. seperti air itu mengisi salur-salur urat di badan. macam cerita dalam movie tu. recharge balik tenaga. alhamdulillah terasa sikit hilang lemah badan. solat maghrib pun sedikit bertenaga.


madu
baru je kejap satni saya makan madu. itu pun setelah membuat sedikit rujukan dari mr. google dan baca dari blog-blog yang share tips-tips nak hilangkan demam. madu ni bagus untuk hilangkan batuk. selsema pun hilang. tadi time telan madu tu, aduh pekatnya lalu ikut anak tekak. manis. mak cakap, apsal tak bancuh dalam air sama dengan limau. alah, taktau pom boleh buat macam tu. apa-ape pun, selsema dah hilang. cepat betul berkesan madu nih. patutlah orang cakap sebaik-baik penawar adalah madu.

itu dua petua yang saya boleh sharekan, sebab memang menjadi. alhamdulillah demam dah berkurangan, cume batuk-batuk tu masih lagi ada tapi taklah seteruk siang hari tadi.

kalau kawan-kawan masih ada petua-petua lain yang hendak dishare, sila-silalah tinggalkan di ruangan comment. anda semua amatlah dialu-alukan dengan tangan terbuka luas.

wassalam

::FEVER::


Assalamualaikum

It is 16th Ramadhan and i got fever. huhuhu..cannot handle the headache. kepala berdenyut. running nose, cough and sore throat,  and many thing make me felt uncomfortable. i am sick. huhuhu

actually dah dua hari demam, but still tak baik-baik lagi. kena pulak time bulan ramadhan, tak boleh makan. dapat makan pil paracetamol je time sahur and berbuka, tapi ubat dah hasis. saya malas nak pergi clinic sebab kena tunggu lama, lagi time puasa.

semalam dah skip terawih sebab lepas solat isyak memang tak larat sangat. terus tidur, guling-guling tapi tak lena sebab tubuh rasa tak selesa....huhu

Anyone ada tips nak kebas kan demam?

please share with me...  

Wassalam

Wednesday, June 8, 2016

::NUFFNANGER::


Assalamualaikum

Heyhey...dah tiga hari tak update blog. baru hari ada semangat juang tinggi hendak selalu update blog. dan disebabkan busy menyambut ramadhan, sampaikan terlupa sekejap. 

amacam? camne dah tiga hari puasa. harap-harap tiada yang surrender. benda wajib jangan buat main-main yer. nantikan tak leh raya. hahaha...teringat zaman bebudak yer. kalau tak puasa takleh raya. kena pulak kalau tak puasa kena makan kat luar rumah. itu pengalaman zaman kanak-kanak cik suri lah. duduk rumah kampung, lepas tu kena denda makan dekat beranda sebab tak puasa. tengah duk tunggu orang azan, tetiba ternampak babi melintas. lupa nak bagi tau, time tu rumah cik suri hujung kampung, lepas tu betul-betul depan rumah tu ada hutan. mesti korang tak caya kalau cik suri cakap dalam hutan tu jugak ada harimau. tu cerita tahun 1991/92. masa tu cik suri baru je darjah satu.

apa pun , cik suri nak cakap thank you dekat nuffnang malaysia sebab dah notice blog cik suri. so cik suri invite you all para pembaca blog, tolong lah support cik suri. pleaseee...
and, please dont be to shy to say hi to me. feel free to drop your comment and let be friends.

happy sangat-sangat. rasa nak melompat-lompat sebab sebelum nih cik suri pernah buat ad dari nuffnang ni,tetapi account cik suri statik jer but today, it a big news and really change my spirit. okay, semamgat membuak-buak, jangan jemu pulak kalu banyak entry yang cik suri merapu. kihkih!!!

anyway, guys selamat berpuasa semua. janagn tipu tau nanti kena angkut dengan van jenazah.

Wassalam.

Saturday, June 4, 2016

::JEFFERSON::


Assalamualaikum

Hari sabtu, hari rehat. kena pulak esok jugak hari cuti ganti sempena sambutan hari yang dipertuan Agong Malaysia. cik suri guna hari juti ni dengan sebaik mungkin. maklumlah, nak dapat cuti lebih dari dua hari adalah sesuatu yang sangat sukar melainkan terpaksa ambil annual leave, sayanglah nak habisakan cuti tahunan, nanti nak guna lagi time raya, time emergency bagai.

jadinya, harini cik suri bawak mak dan adik pergi shopping ke mesra mall di kemasik,untuk makluman, cik suri memang jarang pergi sana, melainkan bila ada kawan-kawan ajak pergi tengok movie. dekat kemaman dia tiada apa yang menarik. tak seperti di kuala lumpur, happening sepanjang hari, dari siang sampai ke malam.tapi cik suri suka, tinggal di kemaman, tak habis duit. hahaha!!! 

dalam bsedap-sedap duk berwindow shopping bagai, sebelum bawak mak pergi beli groceries, preparation untuk sambut ramadhan yang bakal tiba. terngiang pulak lagu ramadhan tiba...ramadhan tiba dalam otak nih. hahaha, aduh!!!

aduh, dalam duk jalan lelaju nak ke tmc tu, ternampak pulak orang duk kerumun kain baju di tengah-tengah mall tu. ohhh, ada sales dari butik jefferson. jefferson ni sebenarnya, butik pakaian lelaki tetapi untuk girl yang tubuh ala-ala macam cik suri nih, muat jugak lah kalau sarung baju tu. cantik-cantik pulak design. apa lagi, jangan lepaskan peluang. jom, bergaduh dengan bebudak lelaki. haha.


tu dia, dapat tangkap dua helai. memang berkenan sangat lagi yang tulis "i don;t hate you, i just lost respect for you". lepas nih boleh lah tunjuk dekat manager, yang sesuka hati dia terminate orang tu. bukan cik suri yang kena terminate, tapi cik suri geram jugak si pendatang tu, buang orang tanpa nak ambil tau pasal law negara Malaysia nih. huh, sakit ati kite.

okay, untuk kali ni saja entry cik suri. saja ja nak tayang baju baru. jangan jeles. chiachiachia.
kalau nak boleh check butik jefferson or boleh jugak beli online.

wassalam
#seeyounextentry

::f(x) VS AMBER::


Assalamualaikum

My fav korean girl group, f(x), its a symbol of math. hahaha!!! they have a very good song, sing and dance very well and not really over sexy like other girl groups. They have their own cutest character, do not to overdoing and very classy style. 



this song very addicted. love is four wall...wall..wall. and amber rapping very well. love it.


opps...
amber is my bias. i likes her boyish style but please do not misconceived her. she is a girl. i think why she dress up like a boy, because she need to protect herself since she came to korea at the young age. this is why she need to look strong and defensive. this is just my two cents thought  because i am use the same way to protect myself.


please listen to her song and i am pretty sure you will addicted with her songs to. most of her songs is personally composed by herself and the songs will inspirations you too. seriously, i not lie. you try and tell me.

okey (^.^)

wassalam
#needtofeeltheneeded #beautiful #onmyown

Friday, June 3, 2016

::BRANDED BUNDLE::


Assalamualaikum

Pasar lambak, pasar malam?

Anyway,
bukan itu yang ingin Cik Suri mahu ceritakan. Apa yang cik suri mahu cite pasal "branded". Cik Suri nak tau, pakai barang yang berlabelkan Branded dan Bundle tu penting ke? Bagi Cik Suri tak penting pun tapi Cik Suri suka beli apa yang Cik Suri suka tengok, cantik dan selasa dipakai. Ye lah, ade yang sound Cik Suri. Then, adelah mulut-mulut yang cakap macam nih kat Cik Suri “Tapi, tak pernah pun nampak pakai baju branded.

Honestly, Cik Suri tak pernah beli barang bundle, sebabnya cik suri mempunyai masalah kulit yang allegic pada debu. Kadang-kadang, cik suri duk sedap-sedap mengemas rumah, lap-lap debu, kulit boleh jadi gatal dan berbirat.

Bila dah ade yang sound macam tu, sakit jugak hati kan. yelah cik suri duit tak berapa nak banyak, nak beli baju branded-branded nih. yang tengah cik suri pakai sekarang ni sehelai jeans jenama LadyLike dengan kemeja jenama Agenda, perfume pulak jenama Elizabeth Arden, Pretty yang cik suri beli one set last 2  years. botol 30ml dah habis then yang pakai ni botol 50ml yang tak luak-luak. bukan jimat nak pakai, tapi sejak bekerja dengan budak-budak site yang kebanyakan dari golongan lelaki. cik suri sengaja menjarangkan diri daripada memakai perfume. pakai perfume pun kala nak keluar jalan-jalan outing dengan kekawan. kasut yang paling mahal cik suri beli brand Camel Active, tu pun harga after less dapat RM 150. Carlo Rino, tu standard harga bawah RM 100 mampulah cik suri beli. cik suri tak mampu nak beli handbag jenama LV tapi tak de kemaruk nak pakai LV sampai sanggup beli yang tak original. for me branded thing is nothing. kalau tak mampu cik suri lagi suka buat cara tak mampu. lebih baik beli handbag pasar malam yang sah-sah tak ade label jenama. sekurang-kurangnya cik suri sedar ini bag pasar malam, bukan bag LV dari pasar malam.

Branded? cik suri pun tanya balik dekat orang tu “bangga ke pakai berpakaian branded?”. beli bekas makanan jenama Tupperware pun nak menayang. peliklah. cik suri pakai jenama AppleLady je. ade jugak masuk iklan dekat tv dan radia, AppleLady...murah dan quality sama cantik macam btand yang lagi satu tu. cik suri tak pakai jenama Levi’s. pernahlah dulu-dulu hampir terbeli Levi’s dekat butik di Sunway Pyramid tu. nasib baik in mind sempat cancel. after fitting, pakai tak selesa walau cutting die cantik. so, dapat save balik duit almost RM 300 plus. boleh beli jeans brand Bum 2-3 helai. Kannnn... tu pun sebab cik suri jalan sorang-sorang. hahaha!!! 

Tebiat cik suri tak boleh keluar shopping sorang-sorang. nanti macam-macam yang akan terbeli. kalau keluar bersama kawan-kawan, cik suri boleh control sikit beg duit ni, sebab kawan-kawan dia akan bagi banyak pandangan, yang hendak dibeli boleh tercancel daripada membeli.

berbalik kepada cerita tadi, cik Suri agak terkejut lah dengan statement orang-orang nih, rupa-rupanya dia perhati apa yang kita pakai. terasa jugak nak list out dekat dia, kan baru padan muka. sibuk jer hal tepi kain orang. huh!!!

Pernah dulu pada tahun 2010, cik suri attend exhibition OGA di Singapore. So, kitorang ada bukak booth untuk company. time tu cik suri kerja dengan Noreq. Syarikat Norway dalam pembuatan Life Safety Boat, Davit, Rescue Boat etc. miss nikki, our marketing exec tegur handbag cik suri, jenama Sembonia, tak mahal pun cik suri beli kalau nak compare dengan jenama Coach, Gucci. Dia sangat kagum dan siap tanya mahal tak beli. kalau di Malaysia, kite kate murahlah kan. diorang kata sangat mahal dan dia tunjuk bag dia. cantik. dia cakap dia beli dekat pasar dengan harga SGD30. Kira mahal jugaklah kan, harga dalam ringgit. so, nak kate sebenarnya orang Singapore lagi kaya dari kita. 

Apa yang penting kita kena pandai ‘manage’kan keperluan dan kemahuan. jangan sampai beli baju mahal-mahal tapi terpaksa ikut perut. itu bukan cara cik suri. bagi cik suri makan dulu yang penting, yang lain tolak belakang, lain masa kira. ada lebih kita beli mahal, tak ade beli apa yang mampu. tak perlu lah nak menunjuk-nunjuk ape yang kite pakai. brand ape kite pakai, esok-esok kalau dah tak ade duit, diorang ni akan bagi kite duit ke? Tak kan…

Lagi satu branded dengan bundle dua perkara yang berbeza. jangan labelkan orang yang tak pakai pakaian bundle dia poyo nak pakai pakaian branded. ramai lagi orang kaya yang mampu tapi pakai pakaian bundle dan ramai lagi orang yang tak mampu tapi poyo berhabis duit untuk beli pakaian branded.
 
So, ingat-ingatlah, lagi-lagi dah start nak puasa nih, dan raya akan tiba juga, beli ikut keperluan dan kemampuan. jangan membazir. sentiasa ingat waktu susah kerana kita tak nampak masa hadapan.


one more thing, who's know what Amber's sandals brand. i really want it. its beautiful. hahaha
amber....please tell meee!!!


Wassalam
#janganmarahnaaa