SOLAT SUNAT HARI RAYA, terbahagi kepada dua iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.
Esok, seluruh umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji. Setiap kali pagi raya, sudah pasti setiap orang akan bersiap-siap untuk solat sunat hari raya di masjd atau surau berdekatan.
Mari kita ulang kaji cara untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Haji. Hari Raya Haji akan disambut pada setiap 10hb Zulhijjah (menurut Hijrah, Islam). Hukum Solat Sunat Hari Raya adalah sunat mua'kad iaitu sangat digalakkan di dalam Islam.
Solat Sunat Hari Raya Haji hendaklah dilakukan secara berjemaah dan diikuti dengan dua khutbah yang akan dibaca oleh khatib.
Waktu bagi menunaikan Solat Sunat Hari Raya adalah sesudah terbitnya matahari. Biasanya antara jam 8 pagi, menurut waktu di Malaysia sehinggalah kepada sebelum masuknya waktu Zuhur. Setiap tempat waktu terbitnya matahari adalah berbeza-beza.
Cara menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha adalah sama sahaja seperti menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri. Cuma yang membezakannya adalah NIAT.
1- Setelah tibanya waktu menunaikan solat sunat hari raya, mulakan solat dengan lafaz niatnya:
Lafaz Niat
Usolli Sunnatal Li'iidi Adhaa Rak'ataini (makmuman) Lillaahi Ta'ala. |
" Sahaja aku Solat Sunat Hari Raya Aidil Adhaa dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta'ala".