Showing posts with label ASB. Show all posts
Showing posts with label ASB. Show all posts

BEBERAPA hari yang lepas, pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan 2023. 

Setiap pelabur akan menerima agihan keuntungan pendapatan sebanyak 4.25 sen per unit dan bonus sebanyak 1.0 per unit. Jumlah keseluruhan agihan keuntungan untuk tahun 2023 adalah sebanyak 5.25%. 


Tiada bonus tambahan diistiharkan untuk tahun ini. Untuk makluman, pada tahun 2022 sebanyak 0.50% bonus tambahan diberikan kepada setiap 30,000 unit pertama. 

Bagaimana Cara Kiraan Dividen ASB Tahun 2023

Mungkin ramai yang tertanya bagaimana cara kiraan dividend ASB. Saya pernah menulis artikel tentang Cara Kira Dividend ASB dan Bonus Tambahan di sini pada tahun 2022. Artikel ini saya tulis adalah untuk membantu anda semua membuat kiraan dividen bagi tahun kewangan 2023. 

Cara mudah kira dividend 2023

  • AGIHAN KEUNTUNGAN ASB 2023 : 4.25%
  • BONUS : 1%

Agihan dividend adalah untuk simpanan dari 01hb Januari 2023 sehinggan 31hb Disember 2023

Contoh kiraan mudah: 

RM 100 = RM 100 x 5.25% = RM 5.25

RM 10,000 = RM 10,000 x 5.25%RM 525

RM 30,000 = RM 30,000 x 5.25% = RM 1,575

Katakanlah simpanan adalah sebanyak RM10,000 dari 01hb Januari sehingga 31hb Disember tanpa penambahan atau pengeluaran, dividen yang akan anda terima adalah sebanyak RM 525

Tetapi, berbeza pula pengiraan dividen sekiranya anda membuat pengeluaran pada bulan tertentu. Sebagai contoh, sekiranya simpanan anda RM 10,000 pada bulan Januari dan anda melakukan pengeluaran sebanyak RM5,000 pada bulan Jun, dividen yang anda terima adalah berbeza. 

Ini kerana baki terakhir yang tinggal pada 31hb Disember adalah sebanyak RM 5,000. Jadi, dividen yang akan anda terima adalah RM 218.75 + RM 153.13 = RM 371.88

Cara Kiraan Dividen Yang Dibuat Tambahan Berkala Setiap Bulan

Sekiranya anda membuat simpanan secara berkala setiap bulan, kiraannya adalah berbeza.

Sebagai contoh pada bulan Januari, anda telah membuat pelaburan sebanyak RM 100,000 dan kemudian anda membuat penambahan sebanyak RM 1,000 setiap bulan. Nilai pegangan adalah berbeza pada setiap bulan.

Cara Kira Dividen Asb Simpanan Secara Bulanan

Cara kiraannya adalah menambah keseluruhan baki setiap bulan, dan kemudiannya di bahagi kepada 12 bulan :-

Contohnya -

Baki akhir adalah : RM 1,266,000

Jadi, cara kira : RM 1,266,000 / 12 = RM 105,500

RM 105,500 x 5.25% = RM 5,538.75


***Begitulah cara kiraan ASB, bukannya dengan cara mendarabkan terus kepada 5.25%. 

Untuk mendapat maklumat yang lagi jelas, anda juga boleh terus membuat rujukan di Panduan Perkiraan Pengagihan ASB. Di sini anda akan dapat melihat cara kiraan dividen untuk beberapa situasi pelaburan. 

SEJARAH AGIHAN KEUNTUNGAN ASB UNTUK TAHUN 2022 DAN TAHUN SEBELUMNYA

Berikut adalah jumlah agihan yang pernah diberikan oleh PNB untuk tahun sebelumnya. 

Dividen ASB Tahun 2022

  • Dividen – 4.60%
  • Bonus – 0.50%
  • Kadar Agihan – 5.10%

Dividen ASB Tahun 2021

  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 0.75%
  • Kadar Agihan – 5.00%

Sejarah Agihan Dividen ASB 2013-2023 


Anda boleh mula membuat pengeluaran dividen atau semakan dividen di mana-mana cawangan ASB bermula 02 Januari 2024.

Selain itu, ada juga boleh membuat semakan secara online di website ASB atau menggunakan aplikasi myASB.

UMUMNYA, pada 22 Disember tahun lepas Amanah Saham Nasional Berhad telah mengumumkan pengagihan dividen  ASB untuk tahun kewangan 2022. Setiap pelabur akan menerima keuntungan sebanyak 4.6 sen per unit termasuk bonus. Juga di beri bonus tambahan sebanyak 0.50 sen per unit, yang menjadikan jumlah keseluruhan agihan pendapatan adalah sebanyak 5.1 sen per unit untuk 30,000 unit pertama.

Untuk makluman anda sebagai pelabur, bonus tambahan sebanyak 0.50 sen ini hanyalah terhad kepada 30,000 unit yang pertama sahaja. 

Artikel ini saya tulis adalah untuk membantu anda membuat kiraan dividen bagi tahun kewangan 2022. Kiranya saya mengambil peluang untuk menunaikan janji yang belum saya tunaikan kepada beberapa individu yang telah saya janjikan untuk saya ajar cara mengira dividen ASB. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua yang membaca. 

Terima kasih kerana masih meneruskan bacaan anda. 

Bagaimana Cara Kiraan Dividen ASB Tahun 2022 dan Bonus Tambahan

Sebenarnya jika anda pernah melawati website ASNB, di website itu sendiri telah dipaparkan cara-cara untuk membuat kiraan dividen dan bonus ASB.

Secara mudahnya, jika anda mempunyai pegangan unit sebanyak 30,000 unit dan ke bawah, anda akan menerima pulangan sebanyak 5.1 sen. 

Cara kira untuk pegangan

RM 100 = RM 100 x 5.1% = RM 5.10

RM 10,000 = RM 10,000 x 5.1% = RM 510

RM 30,000 = RM 30,000 x 5.1% = RM 1,530

Tetapi, berbeza pula pengiraan dividen sekiranya anda mempunyai pegangan yang melebihi 30,001 unit dan ke atas.

Sebagai contoh, anda mempunyai simpanan sebanyak RM50, 000,

kiraannya adalah seperti berikut -

RM 50,000 x 4.60% = RM 2,300

RM 30,000 x 0.5% = RM 150 (bonus tambahan)

Jumlah keseluruhan : RM 2,300 + RM 150 = RM 2,450


RM 2,450 adalah jumlah keseluruhan dividen yang akan anda terima.


Begitu juga sekiranya anda mempunyai simpanan maksimum iaitu RM 200,000

RM 200,000 x 4.60% = RM 5,200

RM 30,000 x 0.5% = RM 150 (bonus tambahan)

Jumlah Keseluruhan : RM 5,200 + RM 150 = RM 5,350

Pengangihan Dividen ASB tahun 2022

Untuk makluman anda, kiraan ini hanya terpakai untuk simpanan yang dilaburkan bermula pada awal tahun iaitu bermula bulan Januari.

Cara Kiraan Dividen Yang Dibuat Tambahan Berkala Setiap Bulan

Sekiranya anda membuat simpanan secara berkala setiap bulan, kiraannya adalah berbeza.

Sebagai contoh pada bulan Januari, anda telah membuat pelaburan sebanyak RM 100,000 dan kemudian anda membuat penambahan sebanyak RM 1,000 sebulan. Nilai pegangan adalah berbeza untuk setiap bulan.

Cara Kira Dividen Asb Simpanan Secara Bulanan

Cara kiraannya adalah menambah keseluruhan baki setiap bulan, dan kemudiannya di bahagi kepada 12 bulan :-

Contohnya -

Baki akhir adalah : RM 1,266,000

Jadi, cara kira : RM 1,266,000 / 12 = RM 105,500

RM 105,500 x 4.60% = RM 4,853.00

Bonus Tambahan pula, RM 30,000 x 0.50% = RM 150

Jumlah yang diterima adalah RM 4,853.00 + RM 150 = RM 5,003.00 


Untuk mendapat maklumat yang lagi jelas, anda boleh buat rujukan Panduan Perkiraan Pengagihan ASB. Di sini anda akan dapat melihat cara kiraan dividen untuk beberapa situasi pelaburan. 


Kesimpulan dari Saya

Anda boleh mula membuat pengeluaran dividen atau semakan dividen di mana-mana cawangan ASB bermula esok, 3Januari 2023.

Selain itu, ada juga boleh membuat semakan secara online di website ASB atau menggunakan aplikasi myASB bermula 1 Januari lepas. 


Masih berbaki seminggu lagi sebelum kita menjengah ke tahun baharu, sudah pastinya ramai pelabur ASB di bawah Permodalan Nasional ternanti-nanti akan pengumuman agihan dividen tahun 2022.

Baru beberapa jam tadi ASB telah mengumumkan dividen bagi tahun 2022 secara rasminya melalui laman Twitter rasmi ASNB iaitu ASNBmy_official. ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.35 sen seunit, bonus 1.25 sen seunit dan bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit bagi 30,000 unit pertama untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.


Pada tahun lalu, ASB mengumumkan jumlah agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Berikut adalah sejarah agihan pendapatan ASB sejak sepuluh tahun lepas iaitu sedari tahun 2011 sehingga 2021. Didapati bagi tahun ini agihan naik sebanyak 0.1% jika dibandingkan dengan dua tahun kebelakangan ini, iaitu pada tahun 2020 dan 2021.


Masih berbaloikan pelaburan unit trust ASB ini khususnya bagi pelabur-pelabur yang melabur menggunakan pembiayaan dari bank-bank yang berkaitan?


psssttt... 
Pelaburan Cik Suri di Unit Trust Public Mutual menghasilan pulangan 9.1% bagi tahun kewangan 2022. Lebih berbaloi jika dibandingkan dengan ASB. 

Pernah atau tidak, anda dengar tentang unit amanah saham atau dalam bahasa internasionalnya adalah "Unit Trust". Jika ya, apakah pandangan anda tentang unit amanah saham ini?

Adakah anda salah seorang pelabur di Unit Amanah Saham? Jika ya, kenapa anda memilih unit trust?

Kenapa menyimpan di Unit Amanah Saham

Assalamualaikum semua!!! *sila baca dengan nada ceria*. 

Semoga Allah merahmati kawan-kawan alam maya Cik Suri.

Kali ini, rasanya Cik Suri ingin kongsikan pengalaman membuat pelaburan di unit amanah saham dan kenapa Cik Suri memilih untuk melabur di medium simpanan ini.

INI KISAH CIK SURI!!!

Bagaimana Cik Suri Berkenalan dengan Unit Amanah Saham

Kisahnya bermula...

Pada tahun 1997. Wow, awalnya!!!

Ya, sebab ia adalah kisah pelaburan dan informal lesson daripada ibu Cik Suri. 

Ibu Cik Suri merupakan salah seorang pelabur unit amanah di Amanah Saham Nasional/Bumiputera (ASN/B) di bawah Permodalan Nasional Berhad.

Ibu Cik Suri telah mula menyimpan awal tahun 1990-an, dan pelaburannya telah memberi keuntungan yang sangat banyak. Pada sekitar tahun 90-an, ASB memang memberi pulangan (dividen) yang besar kepada pelabur-pelabur mereka.

Cik Suri mula timbul rasa berminat apabila melihat duit dalam buku simpanan ASB ibu Cik Suri yang ketika itu telah mencecah ribuan ringgit. Macam tidak sangka, kerana kami adalah daripada keluarga yang dikategorikan sebagai "orang susah". Kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Rupanya kesemua simpanan itu adalah nafkah daripada ayah, sebab kesemua gaji ayah akan diberikan kepada emak untuk diuruskan. Kiranya emak Cik Suri adalah akauntan keluarga kami. Ayah hanya mengambil sebahagian sahaja daripada gaji sebagai belanja untuk minyak dan makan semasa bekerja. Ayah Cik Suri pula bekerja sendiri sebagai tukang rumah atau buruh kasar.

Sehinggakan kesemua kami adik beradik semasa belajar di MRSM, masuk ke universiti, emak mengambil dana daripada simpanan ASB sebagai belanja pendidikan kami. 

Besarkan pengorbanan ibu dan bapa. Tapi, sayang dapat anak degil dan suka melawan macam Cik Suri. Ampunkan aku, wahai mokmok dan ayoh. Anok mu ini sangat babel.

Begitulah sedikit kisah pelaburan emak Cik Suri yang menjadi inspirasi untuk meneruskan minat dalam dunia pelaburan. 

Menyimpan untuk ada simpanan

Kisah minat Cik Suri terhadap unit amanah makin membesar sedikit demi sedikit. Ia bermula kembali pada tahun 2013. Pada waktu itu usia meningkat dewasa, sudah mempunyai pendapatan sendiri dan mula mencari-cari tempat untuk menyimpan duit. *baca Cik Suri seorang yang sangat boros at that time.*

Ketika ini, simpanan Cik Suri banyak diletakkan di di dalam akaun Tabung Haji. Cik Suri juga mulai mengambil polisi insurance kesihatan. Semua ini adalah sebagai back-up kepada Cik Suri jika berlaku kecemasan. Kita tidak jangka bila masa kita akan mengalami sakit, dan kecemasan yang lain. Sudah pasti, kita tidak ingin menyusahkan ibu dan bapa lagi. Cukuplah jasa mereka menjaga dan membesarkan kita.

Pada masa itu, pengetahuan Cik Suri tentang pengurusan kewangan yang betul masih belum ada, belum tiptop. Duit gaji gagal diuruskan dengan betul. Cik Suri mula mencari cara untuk simpan duit dan ketika itu juga ada beberapa agen pelaburan yang approached. Tetapi tidak terbuka hati untuk melabur dengan mereka, mungkin kerana tiada jodoh dan rezeki di situ. 

Sehinggakan Cik Suri diperkenalkan dengan Unit Amanah Saham di bawah syarikat Public Mutual. Semua ini di atas jasa sahabat baik  Cik Suri yang datang melawat dan menginap di rumah pada masa itu. Dari situ, dia menceritakan serba sedikit perihal pelaburan unit amanah. Bermula dari situ, Cik Suri terus membuka akaun unit amanah di Public Mutual dan seterus membut pelabur sehingga hari ini.

Kenapa Cik Suri Memilih Unit Amanah Saham Berbanding Medium Yang Lain?

Pada asalnya Cik Suri tidak berapa jelas sangat tentang instrument pelaburan unit amanah ini. Tetapi "day by day" pengetahuan itu semakin ada dan banyak hasil daripada amalan suka membaca. 

Ketika mencari agen unit amanah, Cik Suri juga selalu memcari info-info berkaitan melalui Mr. Google. Dan, sebab itu kebanyakan konsultan yang Cik Suri jumpai tidak berada di Kemaman. Inilah antara sebab kenapa Cik Suri lambat dan tertangguh untuk start melabur dengan awal. Rugi betul rasanya.

Hanya ada dua sebab kenapa Cik Suri memilih untuk melabur di unit amanah saham? Maklumlah sebelum ini belum betul-betul faham lagi tentang unit trust.

Yang pertama adalah kerana, KEUNTUNGAN. Nampak, betapa mata duitan Cik Suri ini. Cik Suri berharap untuk mendapat pulangan yang lebih banyak daripada Tabung Haji. Pada ketika itu, Cik Suri hanya mampu dapat sekitar RM200-300 (sekitar 5-7%) pulangan daripada Tabung Haji.

Cik Suri juga pada ketika itu juga mempunyai akaun ASB yang dibuka ketika di universiti. Cik Suri ada juga meletakkan wang daripada PTPTN di akaun ASB, tetapi pulangan ketika itu, so-so sahaja.  

Jadi Cik Suri mula merancang dengan mengambil sebahagian daripada gaji untuk diletakkan pada tempat yang memberi pulangan lebih tinggi daripada Tabung Haji. Dari situ Cik Suri mula asingkan dengan membuat simpanan RM 100 sebulan di Tabung Haji dan RM 200 sebulan di instrumen unit trust. 

Makanya, Cik Suri memilih untuk menyimpan secara potongan bulanan dari akaun gaji ke dalam dana yang dicadangkan oleh konsultan ketika itu. 

Unit amanah saham biasanya memberi pulangan antara 8-10% dan terdapat juga dana yang pulangannya boleh mencapai sehingga 12% bergantung pada exposure dana tersebut. Baguskan. 

Tetapi, diingatkan bahawa simpanan hendaklah untuk jangka masa panjang di antara 5 tahun ke 8 tahun, lebih bagus 10 tahun dan ke atas. 

Keduanya, adalah kerana mudah dan diuruskan oleh Pengurus Dana yang telah berpengalaman, Jadi Cik Suri tidak perlu pening kepala untuk monitor pelaburan tersebut dan tidak perlu ambil tahu tentang turun dan naik harga dana. Semuanya diurus dan dijaga oleh syarikat pengurusan unit amanah seperti Public Mutual

Cik Suri melabur dengan perasaan tenang dan di dalam masa yang sama, turut mendapat keuntungan menerusi prestasi dana yang dilaburkan. Pilih sahaja dana yang disyorkan oleh pperunding unit amanah yang berpengalaman.

Begitulah ceritanya bagaimana Cik Suri boleh terjun ke dalam pelaburan unit amanah dan juga ke dalam bidang pengurusan unit amanah.

Jika ditanya tentang untung? 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bagi Cik Suri. Alhamdulillah, telah mencapai target yang Cik Suri harapkan.

Sekian,

Cik Suri yang menulis,

Ad Code

Responsive Advertisement