~Kenapa~

Salamualaikum!!!...

Haiii...Selamat pagi...Pagi2 dan xde mood sbb tak de keje...Rasa macam rugi je dating opis keje takde,baik duk umah tidur skit...Sebabnya, datang keje xde keje buatkan saya jadi mengantuk teramat sangat...Aduh!!!ade tak syaper2 nak kasi saya buat keje dia...BORING...

Okey, sekian...

Notes:

Ni lagu faverat masa di MRSMBP...Lagi2 lagu nih selalu dimainkan dalam bulan Ramadhan 2002 sebab time tu tengah exam SPM...Bile dengar lagu nih, dekat hati rase macam something jer...

Hehehe;p

::LUAHAN PERASAAN::

by on Ogos 14, 2011
~Kenapa~ Salamualaikum!!!... Haiii...Selamat pagi...Pagi2 dan xde mood sbb tak de keje...Rasa macam rugi je dating opis keje takde,baik...

Minggu Pertama di Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua untuk hari yang ke-7 di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Insya-Allah!

Sengaja menjengah blog untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat. Tugasan tender memang ada yang menanti (perlu disiapkan sebelum 10 Ogos), tetapi bila mengantuk mula menyerang, rasa malas pun datang. Jadi, marilah kita menyegarkan minda di blog ini dahulu!


Pengalaman & Kenangan Hari Ke-6 Ramadhan

1. Lawak Tersembur Kopi Waktu Sahur

Waktu sahur jam 4:30 pagi tadi, emak masak ayam tiga rasa. Tengah syok makan, ayah tegur kenapa rasa lauk lain sikit (mungkin dia ingat ayam masak pedas sebab warna merah lebih kurang). Emak pun beritahu itu ayam tiga rasa — ada pedas, manis madu, dan masam-masam sikit.

Pada masa itu, emak tengah minum kopi. Saya dengan selamba jawab, "Aah. Tak ada rasa masam pun."

Tiba-tiba... Puuurr! Emak tersembur air kopi! Kasihan emak sebab dia tahan ketawa. Tak sangka pula jawapan itu membuatkan emak tersembur kopi yang tinggal separuh itu. Riuh-rendah sekejap suasana pagi-pagi buta dengan gelak ketawa kami!

2. 'First Outing' Bawa SUNAN & Beli Baju Raya

Pagi ini secara sukarela saya menawar diri untuk hantar adik saya (Nadia) ke stesen bas untuk pulang ke asrama. Sebenarnya hendak praktis kemahiran memandu sebab saya masih takut-takut lagi untuk membawa kereta. Jadi, kiranya kali pertama (first outing) kami keluar menaiki SUNAN, kereta baru saya!

Selepas melencong ke beberapa tempat untuk mencari baju Melayu adik bongsu kami (Haikal). Akhirnya kami singgah di pasaraya. Mula-mula Haikal cakap hendak baju warna merah, tapi bila sampai pasar raya, tiba-tiba dia pilih warna purple pink! Kelakar sungguh, agaknya baru pandai nak beraya dan berdiskusi dengan rakan-rakan di tadika baju apa yang akan dipakai pada hari raya nanti.

3. Pewangi Kereta "Intan Terpilih"

Haikal kata hendak belanja pewangi kereta untuk SUNAN. Tapi, akhirnya saya juga yang kena keluarkan duit! Bila memilih, ingat ke harganya murah, sekali bila hendak bayar baru perasan yang harganya agak mahal dan tidak berbaloi.

Saya fikir, alang-alang membeli yang mahal, baik ambil yang berkualiti terus. Saya berpatah balik ke kaunter dan minta tukar dengan variasi lain yang harganya mahal sikit tapi lebih berbaloi.

4. Masalah Pintu Kereta & Fungsi 'Child Lock' Proton

Selesai membeli-belah, kami terus ke kereta untuk ke bas station. Tiba-tiba pintu belakang kereta tak boleh dibuka dari dalam untuk kedua-dua belah. Terpaksa jadi "tukang buka pintu" dari luar untuk budak berdua ini. Berlagaklah mereka macam datuk dan datin!

Bila hubungi wakil Proton, mereka maklumkan mungkin ada isu berkenaan Child Lock. Selepas hantar ke Proton Service Centre, rupa-rupanya button child lock pada pintu tersebut tertutup (diaktifkan) untuk elak budak-budak buka pintu dari dalam. Baru saya faham fungsinya! (Nota: Model ini memang tiada fungsi auto lock).

5. Sesi Undur Kereta yang Mendebarkan

Masa hemdak keluarkan kereta dari pagar pusat servis Proton, ada kereta Persona oren yang dah dihias cantik di belakang. Masa tengah mengundur, staf Proton bagi isyarat kata kereta saya rapat sangat dan risau tersentuh kereta oren tu.

Saya cuba ke depan sikit dan cuba lagi sekali, tapi akhirnya saya tanyakan pada staf tu: "Awak tolong keluarkan boleh tak?" Haha! Malu betul, tapi staf tu bertimbang rasa dan tolong keluarkan kereta saya. Katanya perkara biasa untuk kereta baru.

6. Singgah Pasar & Baju Muslimah "Barut Nangka"

Seterusnya, emak ajak singgah pasar beli pisang nangka untuk buat pengat pisang nanti. Alang-alang di sana, kami singgah gerai baju muslimah. Beli satu untuk adik dan satu untuk saya.

Masa balik, jalan agak sesak (jammed). Memang gementar sebab masih terkial-kial mengendalikan kereta, tapi tawakal saja lah.

7. Tersilap Saiz Baju

Sampai rumah jam 1:30 tengah hari. Bila mencuba baju yang dibeli tadi... aduh, tersilap ambil saiz S! Baju tu muat, tapi tak nampak gaya muslimah, dah rupa "barut nangka" sebab agak singkat dan sendat. Emak kata nanti pergi tukar balik ke saiz M supaya lebih selesa dan ciri-ciri baju muslimah.

8. Rehat & Tidur

Baru berjalan tak sampai separuh hari dah rasa pusing kepala, penat, dan dahaga. Terasa nak buka peti ais dan terus minum air, nasib baik teringat sedang berpuasa! Selepas selesaikan solat Zohor, terus masuk tidur untuk berehat.


RAMADAN DATANG LAGI!!!

Assalamualaikum teman2 sekalian,

Alhamdulillah kita semua bertemu lagi Ramadan untuk tahun ini. Syukur ke hadrat Allah atas kurnia umur yang panjang ini. Alhamdulillah dipanjatkan...

Diharap sehari berpuasa semalam mendapat nilai di sisi Allah, begitu juga untuk hari ini dan hari yang seterusnya...Bukan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata tetapi nilai amalannya tidak...InsyaAllah semuga Allah memberi keberkatan dan menerima amalan kita terutama di bulan yang berkat ini...

Tadi tersenyum sorang2...teringatkan zaman belajar dulu...lagi2 pada bulan puasa seperti hari ini...Tergerak hati mahu menulis di blog yang dah bersarang nih...agaknya dah berbulan-bulan tidak di update kan...Bukan malas, tetapi kekeringan idea dan kesuntukan masa dengan kepenatan bekerja...itu lah bezanya zaman remaja dan zaman meningkat dewasa...Remaja diisi dengan belajar, dan bersuka disamping teman2 sekuliah....lain pula ceritanya bila melangkah ke zaman bekerja...bekerja keras untuk mencapai keinginan hati yang bermacam ini...tanggung jawab mulai dirasai membebani bahu... beristigfar kepada Allah atas runggutan ini...mohon semoga bersabar dan ikhlas dalam setiap kerja yang dilakukan....InsyaAllah!!!Tapi saya masih bercita-cita ingin menjadi seorang GEOLOGIST suatu hari nanti...saya masih tidak diberi peluang dan ruang...walaupun banyak kali menghadiri temuduga...jawapannya tetap sama...Mungkin masih belum rezeki barangkali...

Ingin berkongsi cerita...mungkin agak kelakar dan kerana itu lah ia selalu bertandang menjadi kenangan yang sentiasa tersemat di fikiran dan tersenyum2 sendirian ...kenakalan di zaman kuliah...menjadi ubat kerinduan pada teman2...ceritanya, perempuan seperti kami yang diberi keistimewaan tidak berpuasa atas satu sebab...ramai yang sudah fahamkan...hehehe...jadi nya, di sebabkan kami( merujuk bertiga daripada teman2 rapat yg lain) tidak boleh berpuasa pada hari itu ditambah pula dengan kerja untuk menyiapkan tesis tahun terakhir di university... biasanya kami suka berkumpul di dalam makmal sambil menyiapkan specimen dan lakaran peta, bertukar isu daripada subject pelajaran hinggakan gosip2 terbaru...(bulan puasa, aduhai kurangkan perkara lagha)...nampaknya lapar pula tidak dapat ditahan-tahan lagi...makanya banyak pulak idea2 yang tak patut dipikirkan...disimpan roti dalam beg kuliah....mungkin kawan2 lelaki yang sekepala akan paham...bagi mereka tidak kisah kalau makan di depan mereka...tapi,kadang2 tindakkan makan di dalam lif patut dielakkan...itulah yang terlepas kami lakukan...ingatkan pada ujung2 semester ini kurang pelajar junior datang ke jabatan maka difikirkan selamatlah...dari tingkat 4 ke ground level rasanye panjang masa yg diambil, kami pun pakat2 keluar kan roti dari beg si pembawanye...pakat2 cubit roti tu... level 2...ting ting...pintu lif terbuka...kelam kabut disimpan roti ke dalam beg tapi malangnya bau tetap tidak dapat disimpan...harum semerbak bau roti tu, rasenya sempat menjengah ke hidung junior2 lelaki yang bru masuk lift nih...aduhai, kenapalah korang masuk lift time2 kami buat project...kan dah kantoi...sengih2 pulak si juniors nih...terdiam kami semua...keluar sahaja juniors nih di level 1, nah meledak ketawa kami bersama teman2 yang ade bersama...punca nya 3 org tak berpuasa...hahaha...


Itu dia, kenangan yang membuahkan senyuman untuk saya pagi ini...Okey semua, selamat berpuasa, jangan hanya menahan lapar dahaga sahaja...banyak lagi amalan yang boleh dilakukan pada Ramadhan ini...ambillah peluang ini memperbaiki apa yang kurang pada Ramadhan yang lepas... INSYAALLAH...SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!

RAMADHAN OH RAMADHAN

by on Ogos 02, 2011
RAMADAN DATANG LAGI!!! Assalamualaikum teman2 sekalian, Alhamdulillah kita semua bertemu lagi Ramadan untuk tahun ini. Syukur ke hadrat Alla...

Popular Post