Bisikan Cinta Pertama


Cinta itu berbisik 

Menggamit setia sebuah kasih abadi 

Bertaut dalam sudut hati

Yang jauhnya sukar aku jangkau 

Aku terpesona dengan ciptaan Ilahi 

Sebentar aku hilang dalam lamunan 

Tersentak aku hiba 

Terkilan rasa dihati 

Saat tersedar aku dilamun 

Keindahan bisikan cinta


Adakah dosa bagiku Ya Allah? 

Aku dibuai pesona wajahnya 

Terdetik kesal saat khilaf 

Membuka mata 

Namun gelora jiwa ini terus membadai 

Membawa helaian cinta 

Yang aku sendiri tidak memahami kebenarannya


Ya Allah 

Andai cinta ini anugerahmu 

Andai cinta ini bisikan darimu 

Andai cinta ini milikku 

Peliharalah hati ku dan hatinya 

Agar cinta ini bersemi 

Di atas landasan Perjuangan Islam


Ya Allah 

Aku redha mencinta 

Dan dicintai 

Jika ini ketentuan Ilahi 

Akan ku simpan bisik hati ini 

Sehingga harinya terpatri 

Dua jiwa bersemi

-

Artikel iluvislam.com

BISIKAN CINTA PERTAMA

by on Februari 29, 2012
Bisikan Cinta Pertama Cinta itu berbisik  Menggamit setia sebuah kasih abadi  Bertaut dalam sudut hati Yang jauhnya sukar aku jangkau  Aku t...
Hujan yang Sejuk

Pagi ini hujan. Hujan rahmat kata orang dahulu kala. Salah satu doa yang dimustajab adalah berdoa semasa hujan turun. 

Tapi kenapa aku merunggut, hujan hari ini. Baju basah kena hujan. Lagi-lagi bila pakai baju kurung. Kain basah terkena lopak air…aduh…!!!
Kotor nanti bila hendak sembahyang, rasa tidak selesa.

Sungguh berfikiran complicated. Padahal nanti, bila hendak sembahyang boleh sahaja cabut kain tu…
Sungguh tidak selesa…
Istigfar banyak-banyak…

Aku ini sungguh tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Kalau hujan turun, kadang kala merunggut. Tidaklah selalu, tetapi kerap juga bila terasa tidak selesa. Siapa tidak suka akan hujan. Aku memang suka hujan, sejuk dan boleh tidur lena.

Begitu juga bila angin bertiup, damai sungguh. Tapi bila angin bertiup kencang, merunggut!
Seksi dan tidak selasa bila berbaju kurung melekat dekat badan. Nampak segala susuk tubuh badan. Aduh, aku suka merunggut dengan kejadian yang Allah jadikan…
Astagfirullah al adzzim…bertaubat!!!

Ya Allah, ku mohon dijauhkan daripada pemikiran yang jahil ini. Jauhkan hati ini daripada gangguan syaitan yang membisik-bisik! Nauzubillah…

Hujan yang sejuk
Hujan yang damai
Kurniaan yang tidak terhingga
Mampu menyuburkan tumbuhan
Memberi rezeki sekian alam
Umat manusia dan pokok-pokor menyubur.

Hujan yang sejuk
Titis-titis itu sungguh menyenangkan hati
Mata sayu memandang
Betapa indah ciptaan Allah
Begitu besar anugerah ini
Subhanaallah…

Hujan yang sejuk
Membawa bersama angin,
Tiupan yang lembut itu meresap ke dalam jiwa
Sejuk terasa hati ini
Seperti ada sesuatu

Dan,
Kadang kala tiupan kasar mengusarkan hati
Apa yang bakal berlaku
Baik kah atau buruk kah
Sungguh hati ini bermonolog,
Ada tenang dan juga ada takut

Sungguh,
Sungguh aku bersyukur dengan kurniaan ini
Menjadikan aku lebih mengenal Pencipta-ku
Ingin sekali pergi kepada-Nya
Ingin menjadi kekasih-Nya,
Ingin sekali menjadi Pencinta-Nya
Mampukah…
Ya, Ya, Ya…
Aku mampu…
Kerana Dia,
Sentiasa memberi peluang

Nurkilan ketika hati sedang rindu pada-Nya

HUJAN

by on Februari 19, 2012
Hujan yang Sejuk Pagi ini hujan. Hujan rahmat kata orang dahulu kala. Salah satu doa yang dimustajab adalah berdoa semasa hujan turun.  Tapi...
CINTA HATI INI

Hati ini terasa sangat rindu padamu, Rasulullah. 
Jiwa ini merintih. 
Hati ini meronta-ronta
Perasaan rindu yang teramat sarat. 
Hingga menggugurkan jernih-jernih mutiara air mata.

Aku teramat ingin berjumpa denganmu, Ya Rasulullah.
Aku teramat rindu padamu, Ya Rasul Allah.

Ya Allah, peliharalah agamaku. 
Lindungilah hatiku ini daripada berbisik syirik.
Ya Allah, ikhlaskanlah CINTAKU hanya pada-Mu,
dan untuk KEKASIHMU, MUHAMMAD s.a.w.

Rindu Rasulullah s.a.w

by on Februari 12, 2012
CINTA HATI INI Hati ini terasa sangat rindu padamu, Rasulullah.  Jiwa ini merintih.  Hati ini meronta-ronta Perasaan rindu yang teramat sara...

Popular Post