Friday, February 20, 2015

::HARI MEMINANG::

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai dengan lancarnya majlis pertunangan adik cik suri, si rijal pada semalam. syukur dan lega dengan dimudahkan urusan ini oleh Allah s.w.t. alhamdulillah.

family cik suri sangat gembira. allahu akbar tiada kata yang mampu diucapkan melainkan kalimah syukur kehadrat pencipta. kami mohon agar urusan yang seterusnya dimudahkan oleh Allah s.w.t. 

adalah sesuatu yang tidak diduga oleh keluarga cik suri seisinya termasuk saudara mara. betapa bersederhananya bakal keluarga ipar ini. bak kata ayah, tiada lagi dalam sejarah keluarga kami. inilah kali pertama.(tergantung ayat kerana tiada kata-kata yang mampu cik suri gambarkan)

mungkin kerana mereka ini orang yang tidak mempunyai perasaan show off, riak dan mereka tergolong di kalangan orang-orang yang jelas tentang agama. mereka memahami apa itu konsep perkahwinan yang sebenarnya. alhamdulillah...!!!

satu perkara yang cik suri sedari,

dari firman Allah s.w.t.
ayat 26: an-nur; maksudnya:

"perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat dan sebaliknya, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mereka yang baik adalah bersih dari tuduhan yang buruk yang dikatakan oleh orang yang jahat; mereka yang baik itu akan mendapat pengampunan dari Allah dan pengurniaan yang mulia"

cik suri mendoakan semoga Allah melindungi adik cik suri, si rijal dan bakal isterinya, mudah-mudahan.

note: cik suri ni memang suka menangislah. letihlah nak tahan air mata nih. dia suka keluar walaupun dah usaha tahan. hati nih mudah terasa sebak, terharu dan tersentuh tanpa sebab. sensitif sangat. malu dekat orang. adeh!!!

wasalam
#jangantanyabilagiliranciksuri

Friday, February 13, 2015

::PERMATA ISLAM::

Assalamualaikum

Terjaga dari tidur ketika sayup-sayup kedengaran bacaan al-Quran dari masjid. masih belum subuh rupenya. tangan lantas mengambil telefon untuk melihat jam ketika itu 5.48 pagi. kelihatan simbol whatapps, terus membuka dan...

"innnalillah wa innalillahhirrojiun" ucapan dari rakan grup. rupa-rupanya telah hilangnya sebutir permata islam. tuan guru nik aziz nik mat telah pergi meninggalkan kite semua. Allahu...gugur luluh rasa hati. mata terus terang...Allahu akbar...benarkah cerita ini.

bangkit, mandi, solat subuh. seusai itu, hadiahkan bacaan yaasin untuk tuan guru yang dihormati. walaupun tidak pernah bertemu muka dengannya. walaupun kau hanya ku lihat dari jauh di atas pentas ceramah, ku doakan Allah tempatkanlah dia bersama-sama orang yang kau sayangi.

hati tetap bermonolog. akal seperti masih tidak boleh menerima. bermacam-macam perkara berlegar-legar di otak. itu tak kena, ini tak betul. Allah. 
terimalah berita ini. "mak, nik aziz dah meninggal." " aah, malam tadi", jawab mak. oh, mak dah tahu rupanye. kenapa aku baru tahu. malam tadi aku tertidur awal ke? tak, kerana aku sempat menonton cerita delina di tv3 dan sempat menonton cerita korea di laptop. sedihnya. aku dilalaikan dengan hiburan. menyesal pun sudah tak berguna.

ya Allah,
kau kasihilah, kau sayangilah, kau jagailah dia. perginya meninggalkan kami. dan ketika ini kami memerlukan pembimbing. dia lah orang yang selalu memberi teguran, ingatan kepada kami tentang agama-Mu, Ya Allah. jangan kau hilangkan ingatan itu dari hati kami. jangan kau lalaikan kami dari agama-Mu.

beristirehatlah wahai guru. setelah penat lelah kau berjuang untuk agama Allah. semoga kau tenang disisi Allah, dan orang-orang yang dipilih Allah.

Al-fatihah



wassalam
#pergimukeranaAllah

Thursday, January 1, 2015

::SELAMAT TINGGAL 2014::

Assalamualaikum

Cik suri tak ada niat nak ucapkan selamat tahun baru. bukan tidak mahu mengalu-alukan kedatangan tahun 2015 ini, tetapi terlalu banyak cerita duka di tahun 2014. terlalu banyak musibah yang telah melanda negara kite ini. ini petunjuk yang kite perlu kembali kepada Allah. jangan terlalu banyak melakukan perkara-perkara yang lalai dan merugikan.

pada akhir tahun 2014, kita juga telah diuji dengan kejadian banjir yang tersangat luar biasa. lebih luar biasa daripada tahun 2013. tetapi cik suri bersyukur kerana pada tahun ini rumah cik suri tidak mengalami banjir yang teruk, seteruk tahun 2013 di mana paras air sehingga mencapai paras rusuk.

kami sekeluarga sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir yang bakal tiba. rumah telah dikemas seawal mungkin, begitu juga barang-barang, dan alhamdulillah segalanya dengan izin Allah, kami dihindari daripada musibah itu lagi. tetapi masih ada sebahagian bilangan jiran tetangga yang mana rumah mereka juga dinaiki air kerana limpahan air dari alur sungai. dan jalan untuk keluar dari kampung juga ditutupi oleh air. jadi, kami semua terperangkap. bekalan elekrik juga terpaksa diputuskan oleh tnb selama 3  hari.

cik suri tidak dapat membayangkan perasaan pada hari air mula-mula menunjukkan tanda akan melimpah. ketika itu cik suri baru pulang dari kerja dalam jam lima petang. dan ketika berada di jalan cik suri sudah terlihat ada kawasan sebelah di sekitar jalan utama kemaman-terengganu telah dinaiki air. pada ketika itu, cik suri berada di lampu trafik merah. hati terasa paniK dan tetiba nak menanggis melihat air yang melimpah. tangan terasa menggigil memegang stereng kereta, muka mula terasa panas, tangan kiri dah mula terasa kebas. ketika itu juga terus capai telefon untuk menelefon ayah cik suri. ayah kata masih okay, dia cakap terus pulang rumah.

dan, ketika cik suri memasuki lorong ke kampung cik suri, air sungai sudah hampir melimpahi jalan. dan kebetulan pula, ketika itu diramalkan air pasang besar bakal berlaku untuk tempoh beberapa hari. sampai sahaja di rumah, cakap dengan ayah dan terus alihkan kereta ke kawasan yang tinggi. hujan malam itu lebat dan tidak menunjukkan akan berhenti, ditambah pula dengan keadaan angin yang kuat. pada malam itu kami bergelap untk selama tiga hari.

cik suri mohon agar semua mangsa bersabar atas ujian ini. Allah memilih kita kerana Dia tahu kita kuat  untuk hadapi ujian-Nya ini. bersabarlah terutama bagi rakyat di negeri kelantan, kerana mereka telah mengalami banjir yang teramatlah luar biasa. tiada apa yang tinggal. semuanya ranap ditimpa air bah yang sangat  besar ini. sabarlah wahai sahabat.

takziah juga kepada keluarga penumpang airasia, nahas qz8510. semoga tabah menghadapi ujian ini. innalillah wa innalillah hirrojiun  untuk mangsa banjir dan juga untuk nahas qz8510. sama-sama kita sedekah al-fatihah untuk muslim yang terkorban.


dan, akhirkata

::SALAM MAULIDUR RASUL::

mari kita sama-sama berselawat ke atas nabi dan mengikut jejak sunnahnya. in shaa Allah!!!

wassalam
senyum sokmo