CANTIK

Assalamualaikum…

Sihat semua…
Harap-harap semua sihat. Saya kat sini tidak berapa nak sihat. Sedikit mengalami pening, batuk dan selsema. Pendek kata symptom-simptom kepada demam.

CANTIK…

Apa yang anda semua faham tentang cantik. Apa yang saya faham tentang cantik adalah sesuatu benda yang kita suka tengok, menarik perhatian dan ingin kita miliki. Tetapi, pendapat bagi setiap orang adalah berbeza.
Pernah seorang kawan pernah bertanya kepada saya” Tak mahukah saya menjadi cantik”. Jawapan saya” Tak”. Saya tak mahu jadi cantik.  

Dia berkata lagi,” abis tu bila awak akan kahwin. Jadilah cantik. Cantik itu satu bonus untuk dapat suami kaya”. Jawapan saya,” Kaya tetapi kalau tiada iman di dada…macam mane mahu mendidik saya dan anak-anak saya nanti. Tak ape lah kalau tak kaya, sekurang-kurangnya cukup dan kite bahagia. Kekayaan tidak akan menjamin ape2 pun”. Saya rasa jawapan saya menyebabkan dia mula berasa sakit hati dengan saya. Tak pe lah, sekurang-kurangnya saya telah memberi pendapat peribadi dan pegangan saya.

Dan, dia tidak berjaya memujuk saya untuk membeli product jualannya. Tetapi sempat berkata, “ Nak cantik tak payah berkira”. Pelik kenapa dia berkata begitu. Abaikan saja lah.

Saya memang tak cantik dan tak mahu jadi cantik. Kenapa saya tak mahu jadi cantik. Bagi saya menjadi cantik itu akan menyusahkan hidup. Kita akan menjadi perhatian setiap orang. Mula lah akan kata-kata pujian, berjalan pun orang pandang, mesti akan ade usikan-usikan nakal si lelaki, panggilan telefon yang nombor kite sendiri tidak tahu. Itu semua adalah gangguan dalam kehidupan seharian. Saya percaya orang-orang cantik akan alami semua ini.

Tetapi saya suka akan orang yang cantik. Saya suka tengok orang yang cantik. Ia ibarat sesuatu yang indah dan sejuk mata memandang. Orang yang cantik, dengan pakaian yang cantik. Cantikkan.

1 comment:

nabihah said...

sue, semua makhluk ciptaan Allah adalah cantik :)

Ad Code

Responsive Advertisement