Friday, January 23, 2009

pilihan raya kampus..

Pilihanraya Kampus UTM..
Disebabkan tiada idea untuk aku post buat masa ni, ni sedikit artikel yg aku "copy and paste" dari promahasiswautm.blogspot.com
Pilihanraya kampus di UTM skudai..

Alhamdulillah hari ini merupakan pilihanraya kampus bagi UTM. Perjalanan hari pengundian di semua Fakulti berjalan lancar. Pengundian telah bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 5 petang tadi.

Keputusan PRK 2008:

Fakulti Kejuruteraan Awam - 3 kerusi dimenangi oleh Aspirasi (menang tanpa bertanding).
Fakulti Alam Bina - 3 Kerusi dimenangi oleh Aspirasi (menang tanpa bertanding).
Fakulti Pendidikan - 2 kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 1 kerusi Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Aspirasi
Fakulti Sains - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi
Fakulti Sains Komputer dan Sumber Maklumat - 3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Elektrik - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi - 3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal - 3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi
Kerusi Umum : 2 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 8 Kerusi Pro Aspirasi
Kerusi UTMKL: 2 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 3 Kerusi Pro Aspirasi
ProMahasiswa telah memenangi 10 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan.
Calon Fakulti Pro Mahasiswa Yang Telah Menang PRK ‘08
Mohd Fais Bin Yahya
2 SPI
Pengajian Islam(931 Undi)

Mohd Syahir Bin Hassim
2 SPI
Pengajian Islam(933 Undi)

Nor Arizal b Ramli
3 SKP
FKKKSA

Mohd Ariffudin Bin Shamsudin
2 SSE
FS
Siti Hasunah Bt Mohamamd
3 SET
FKE

Wong Ye Sing
2 SHR
FPPSM

Calon Umum Pro Mahasiswa Yang Telah Menang PRK ‘08

Nur Azim Fahada bin Ahmad
2 SEM
FKE
Mohd Affendi bin Ismail
2 SAW
FKA

(sumber promahasiswautm.blogspot.com)
hujung kata...
aku ucapkan tahniah kepada calon2 yang menang..terutama bagi calon dari promahasiswa..walaupon utm keseluruhan pilihanraya ini dikuasai oleh calon2 aspirasi..tapi takpe..lumrah bertanding.
di sini juga, aku ingin ucapkan tahniah kepada calon promahasiswa FKKKSA, Nor Arizal Ramli..juga merangkap gelaran adikku..tahniah menang..pasni leh tanding utk parlimen laks..maklumlah nak jd YB katekan...tp jgn lupa study..dah 2 sem pointer jatuh..jangan sampai jatuh bawah 3.o dah la..hehe..gud luck babe...

Thursday, January 15, 2009

Save our Palestine..Ya Allah..


Raihan: Untuk Mu Palestine



Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh
Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah
Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin...
Palestin


AllahuAkbar!!!

wahai palestin,
doa kami sentiasa mengiringi mu....
kekejaman israel laknatullah akan dibalas..
nasibmu pasti akan dibela..
wahai palestin..
ingat janji Allah..
Yahudi pasti akan musnah
walaupun bukan sekarang..
tetapi pabila tiba masanye ia kan musnah jua ..
Allahu Akbar…
Save our Palestine…
AllahuAkbar..AllahuAkbar..
Pembela Allah Pasti Akan Datang..
InsyaAllah...



Monday, January 12, 2009

Peristiwa bersejarah di bulan Muharam

"Baca Peristiwa Bersejarah Di Bulan Muharam"

Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.



Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.


Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadist. “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.” Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.


Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.” Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a..s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohon keampunan.


Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.
Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.


1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.


2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.


3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.


4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.


5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.


6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.


7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s


8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.


9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.


10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”


Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.



ihsan daripada:
atoQ..

Thursday, January 8, 2009

Buah Keranji, Mengaji Dan Aku...

Buah Keranji, Mengaji, TG Hj. Hadi dan Aku???


"sorong papan, tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan, aku makan(banyak pulak tu),
suruh mengaji aku tak mahu."


ape kaitan pantun ni dengan buah keranji, mengaji, TG Hj. Hadi dan aku??

jeng...jeng..jeng..
saje jer nak wat gempak...

tahun 1990,
ape kaitan dengan tahun 1990??
aku dan buah keranji??


1990, at that time I'm just 5 years old..and I lives with my grandparent in Marang, Terengganu..just a memory that I allways remember...living with them..our routine for every friday's morning..
actually..
aku tetiba teringat pasal buah keranji just now...dah lame tak makan buah keranji..last time aku makan buah ni mase aku 1st year in UKM time pegi fieldwork kat pantai barat...hehe.
padahal kat umah aku tu berlambak orang jual buah keranji....kat pasar lah..tp tak de la pulak nak makan..saje jer..tetiba hari ni mengada2 teringat kat buah keranji tu..
dulu mase kecik2...buah keranji ni lah yang selalu tok aku belikan tuk aku kat pasar hari jumaat..kat mane tu???ala kat mane lagi, masjid TG Haji Hadi lah...kan every friday kat masjid tu akan ada talks..ceramah..mengaji Quran and everything lah...

every friday tok and toki aku akan bawak aku pegi masjid tu..dieorang ni suka lah pegi sini..dengah ceramah kat msajid tu..and ramai orang yang datang kat masjid tu..kadang2 sampai tak muat masjid tu...pendek kata bukan sampai tak muat tapi memang dah tak muat..dan ape yang aku ingat tok aku ni die akan bawak tikar and kitorang kan duduk bawah pokok nyior...(pokok nyior???)...tau tak??? pokok kelapa lah tu...hehe....


pokok nyior aka pokok kelape


TG Haji Hadi??sape die tu??kenal tak??
dulu aku tak kenal sapa die tu..tapi selalu lah aku dengar tok or toki aku sebut...bile dah besar nih baru lah aku tau sape die tu..politician...yer ker??..agaknye..tp yang aku tau die lah yag selalu mengaji and bagi ceramah agama kat masjid Marang tu...tak leh komen banyak2 nnt masuk ISA pulak..hehe..
tapi kenangan mase kecik2 banyak kat situ..orang kate tempat bermain..tempat makan buah keranji..yer lah setiap jumaat mesti tak mis buah keranji tu..kadang rindu pulak zaman kanak2 nih..
correction:
last time makan buah keranji last 2 years, Dec 2007.
time tu ade kursus CiBEC kat Kolej Telekom, Marang...
hari jumaat, kitorang, CiBEC's participant buat gotong royong membersihkan kubur area citu..then after that cleanmass, aku and my frens gi ler jejalan kat masjid Hj. Hadi tu..time tu lah aku beli buah keranji and kitorang g makan kat pantai depan masjid tu..hehe..
layan...

info buah keranji:
~scientific name die ialah Dialium laurinum
~buah keranji ade dua jenis;
1) jenis yang kecil, yang biase kite makan tu
2)jenis ke-2 besar sedikit dr yang yang biase kite makan tu..jenis ni aku tak pernah makan and tengok...so xleh nk cite lah..hehe
~buah ni skang ni dah hampir pupus dah...rasenye orang2 skang tak kenal kut..hehe..
~buah kat dalam die warna oren, kulit die warna hitam kelabu.



my favorite..buah keranji..childhood snack..

Wednesday, January 7, 2009

Remaja Impian

RUPA REMAJA YANG KITA IMPIKAN


Dadanya sayap di ilmu pengetahuan,kepandaian.

Hatinya berbunga hikmat kebijaksaan.

Nurani yg mekar cinta kasih sayang.

Pundaknya menggalas amanah iltizam.

Kakinya gagah melangkah cabaran.

Tangan yang tangkas menggayung hadapan.

Lidahnye fasih mengunkap kebenaran.


REMAJA YANG KITA IMPIKAN.

Jasmaninya yang tegap bagai pahlawan.

Emosi tenteram bagai iman.

Bahasanya indah bagai sastrawan.

Inteleknya mendalam bab cendiakawan.


REMAJA YANG KITA IMPIKAN.

Jiwanya laman keimanan.

Mindanya ruang infomasi.

Akhlaknya celupan nilai murni.

Peribadinya bayangan rabbani.


REMAJA YANG KITA IMPIKAN.

Tidak semudah untuk direasasikan.

Namun begitu bukan mustahil untuk dijelmakan,sama-samalah kita ushakan,

jadi ia satu kenyataan..

Amin






thanks to:

pmras_asisi aka azizi,

cairo,egypt