CERITA TENTANG SEORANG BERNAMA AYAH


Assalamualaikum semua

Selamat pagi dan selamat bekerja…
Curi masa sikit tulis blog. Sejuk sangat dekat opis nih. Terganggu otak untuk mencari idea untuk prepare material presentation HSE. Rileks kan otak sikit.

Ayah…
Kenapa dengan ayah…Semua orang ade ayah kan. Cuma yang membeza saya dan anda semua adalah sama ada ayah anda masih hidup ataupun telah menemui Pencipta Yang Agung, Allah swt.

Alhamdulillah…
Ayah saya masih ada. Masih sihat wal’afiat. InsyaAllah semoga Allah swt sentiasa member kesihatan yang baik buat ayah saya. Dimurahkan rezeki ayah saya dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang memudaratkan.

Tapi,
Kenapa entry arini ayah?
Kenape ye?
Ermmm…

Sebabnya adalah…
Saya sayang sangat ayah saya…

Walaupun saya adalah anak yang selalu melawan cakap ayah saya. Saya bukan lah anak yang baik untuk ayah saya. Saya tak mampu menjadi anak yang terbaik walaupun saya cuba untuk menjadi anak yang terbaik…sedihnya….huhuhu

Saya tak mampu menjadi yang terbaik tetapi saya akan cuba sentiasa berdoa untuk ayah supaya sentiasa dalam keadaan yang terbaik.

Hari ini dan hari-hari sebelum ni, saya sentiasa mendengan ayah berkata kepada Haikal, adik bongsu yang sekarang sekolah darjah 2. Setiap pagi ayah akan selalu kata, "belajarlah rajin-rajin" .

Memang inilah pesanan yang saya selalu dengan 20 tahun yang lepas.
Dan kerana pesanan ini lah saya menulis entry ini.
Tak sangka, saya akan mendengar lagi ayat ini tetapi bukan untuk saya, tetapi untuk adik yang masih tinggal.
Kerana pesanan itulah, saya berusaha belajar rajin-rajin. Saya mahu jadi orang berguna seperti yang ayah harapkan.

Begitulah pengorbanan ayah. Bekerja penat-penat untuk menyekolahkan kami adik beradik. Memberi kata-kata semangat supaya suatu hari nanti kami dapat menjadi orang yang berguna dan tidak susah di masa depan.

Ayah bukan lah orang yang belajar tinggi. Bukan lah bekerja opis atau kerajan. Ayah, cuma seorang buruh, yang memerah keringat untuk menyuap mulut-mulut kami semua, untuk membayar yuran-yuran kami. Apa yang penting bagi ayah, masa depan dia tidak mahu melihat anak-anak dia hidup susah macam dia…

Maaf ayah,

Saya masih tidak mampu menunaikan janji saya untuk menyenangkan ayah. Malah saya sentiasa melawan kata-kata ayah.

Jahatkan saya.
Ingat lah untuk diri sendiri,
Jangan sesekali lupa untuk mendoakan kebahagian untuk ayah, kerana doa anak-anak lah sebagai bekal untuk ibu dan ayah di hari kelak.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “ Apabila seseorang manusia itu mati, maka putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang sentiasa mendoa untuknya.”

Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad

Jadi,
Marilah kita mendoakan untuk ibu dan ayah kita ketika mereka masih hidup dan walaupun mereka sudah tiada. InyaAllah…

Amin…

Wassalam…

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement