Showing posts with label Review Filem. Show all posts
Showing posts with label Review Filem. Show all posts

Saya busy. Saya busy. Saya busy!!!

Assalamualaikum. 

Lama betul Cik Suri tidak update blog. Tersangat busy dua tiga bulan kebelakangan ini. Beginilah lumrah kerja sebagai "freelancer". Ada masa terlalu sibuk tidak sempat mengurus masa. Bila lapang, terlalu lapang sehingga kerjanya membuta sepanjang hari. 

Disebabkan terlalu sibuk dan ditambah pula dengan stress kerja, beberapa minggu lepas sempat Cik Suri menjengah panggung wayang di Mesra Mall selepas habis waktu kerja 7.30 pagi - 7.30 malam. Tiada perancangan asalnya, sekadar ingin menekan-nekan mesin kiosk di TGV. Manalah tahu kut-kut filem "The Meg 2" masih ditayangkan. Rupanya yilek. Sedihnya😭

Entah macammana, terasa malu pula dilihat orang perangai Cik Suri tengah main scroll mesin kiosk tanpa arah tuju, maka terbelilah tiket filem "Jawan". Rupanya teraju utama filem ini adalah Shah Rukh Khan. 

Okaylah, sekali-sekala melayan cerita hindustan apa salahnya. Tayangan pada jam 8.30 malam. Berbaki lagi 10 minit, sempatlah Cik Suri makan nasi ayam di foodcourt. Solat Maghrib sudah ditunaikan awal-awal lagi. 

Maka, jemputlah korang untuk membaca review jujur daripada Cik Suri tentang filem JAWAN ini. Semoga dapat membantu korang yang teringin menontonnya.

Cik Suri berikan ⭐⭐⭐⭐ setengah daripada ⭐⭐⭐⭐⭐.

 Sinopsis Jawan 

Jawan bermaksud "Soldier" atau askar. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin membalas dendam terhadap kerajaan yang korup dan membela nasib orang miskin yang dianiayai oleh kerajaan tersebut.

Sebelum itu, layan dahulu trailer filem Jawan ini.



Daripada sedutan trailer ini, ditonjolkan susuk tubuh manusia yang berbalut kain seperti mumia. Pada awal mulanya filem ini, Cik Suri ingatkan ia sebuah kisah horror tetapi telahan Cik Suri meleset. Sepanjang menonton bermacam teori yang berlegar di kepala, dan, "yes" ada teori yang tepat di pertengahan ceritanya. Korang kena tonton sendiri😆

Daripada scene berganti scene, I feel the vibe yang cerita ini best. Jalan ceritanya yang akan buat kita terfikir, siapa lelaki mumia ini? Kemudian, muncul mula Shah Rukh Khan yang muda remaja. Eh, pening. Satu Shah Rukh Khan tua berwajah mumia dan satu lagi Shah Rukh Khan muda. Bergerak-gerak otak sambil menonton filem ini.


Rupa-rupanya....
Haa...korang kena pergi tengok sendiri. Identiti sebenar kedua SRK ini akan terungkai sedikit demi sedikit sepanjang filem ini. Tidak best lah sekiranya Cik Suri bocorkan kenapa ada mumia Shah Rukh Khan.

 Filem Jawan Best. Kenapa? 

Pertama, intro filem ini awal-awal lagi telah menarik minat Cik Suri. Ini kerana visual cinemagrafiknya yang sangat cantik dan kemas. Bermula dengan suasana pemandangan hutan kampung yang tenang walaupun suasana gelap tetapi visualnya jelas dan cantik. Membuktikan yang pengarahnya mengambil inspirasi daripada filem-filem Hollywood. Malaysia's producer, please do the same.  

Banyak babak perlawanan yang epik nampak seperti menonton filem mat saleh. Korang sendiri akan rasa teruja dengan scene berlawan, letupan dan speed. Menggenggam tangan nanti. 

 Pengkhianatan dan Kepercayaan 

Kumpulan pencuri ini bukan mencuri kerana kepentingan diri. Sebaliknya sebagai protes kerana penderitaan mereka akibat daripada kecurangan kerajaan mereka. Hasil curi adalah untuk diagihkan kembali kepada rakyat yang menderita ditindas oleh kerajaan yang zalim.

Konsep seperti "Robin Hood" moden yang mencuri dari orang kaya untuk membantu orang miskin teraniaya.

Kepercayaan yang dikianati. Ya, filem ini turut memaparkan tentang kepercayaan seorang sahabat yang akhirnya dikianati. Tidak sangka orang yang diharapkan akhirnya belot dan merosakan hubungan persahabatan yang terjalin.

 Kasih Sayang dan Kekeluargaan 

Cerita Hindustan tidak akan menjadi sekira tiada babak yang menyentuh jiwa dan mengalir air mata. Dua babak yang akan membuatkan berlinangan air mata. 

Babak ketika kampung polis ketika kecil diserang oleh penjahat. Ketika penjahat-penjahat itu memukul ibu polis dan kasih sayang yang ditonjolkan oleh anak iaitu polis yang mempertahankan ibunya daripada dipukul.

Babak kedua adalah yang paling sedih. Berjurai air mata. Korang kena tonton sendiri. Tidak adil sekiranya Cik Suri bagi spoiler lagi. 

Kesimpulan 

Plot twist filem ini sangat tidak terjangka. Tiga jam duduk di seat pawagam tidak terasa bosan langsung. Pameran dengan aksi dan debaran membuatkan Cik Suri leka menonton. Jalan cerita yang smooth, straight forward dan mudah untuk diikuti. Tiada liku-liku seperti filem Hindustan dan Tamil yang lain.

Lakonan Shah Rukh Khan dalam filem ini sangat mantap dan luar dari kebiasaanya. Pembawaan watak yang berkesan, lagi-lagi watak mumia. Memang best giler dan sangat berbeza dari filem-filem beliau yang lain. 

Scene lawak yang memang lawak. Scene sedih yang memang meruntum jiwa dan mengalir air mata. Scene aksi yang mendebarkan dan teruja. Dan, masih mengekalkan konsep cerita India yang mesti ada lagu dan tariannya. Yang pasti tidak membosankan.

Menariknya filem Jawan ini sendiri turut melibatkan isteri Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan yang berperanan sebagai producer filem.

Poster Air-Force The Movie - Selagi Bernyawa

AIR FORCE THE MOVIE - Selagi Bernyawa memberi satu kepuasan 100% selepas menontonnya. Ini bukan propa tau. Dari segi jalan ceritanya, ianya seperti satu anjakan paradigma dalam seni perfileman Malaysia. Rasa-rasanya mampukah filem tentang Paskau ini menandingi Paskal?

Sinopsis

Filem ini mengisahkan hubungan sahabat baik antara Kapten Adib dan Zafran yang telah berjanji untuk sama-sama mencapai cita-cita sebagai juruterbang. Sayangnya, Kapten Adib telah memilih untuk mengubah haluan dan menyertai PASKAU. Ini menyebabkan hubungan kedua sahabat baik ini menjadi renggang.

Kapten Adib telah menyertai misi bantuan kemanusiaan di negara Namburi yang diketuai oleh Mejar Adnan. Pergolakan perang saudara di Namburi menemui jalan buntu dan genjatan senjata telah dibubarkan. Ini menyebabkan kedua pihak terus berperang. Keadaan ini memaksa kesemua anggota misi kemanusiaan perlu meninggalkan negara tersebut dalam keadaan segera. 

Di dalam penerbangan pulang ke Malaysia, pesawat pengangkutan yang dikendalikan oleh Kapten Nur Liyana telah ditembak jatuh oleh pengganas.

Misi menyelamat dan membawa pulang telah dilancarkan oleh TUDM. Kapten Zafran, call sign Mantis merupakan "fighter pilot" Sukhoi yang kontroversi. Kapten Zafran yang juga merupakan abang ipar kepada Kapten Adib telah diberi amanah untuk mengetuai misi untuk menyelamatkan. 

Pelakon dan peranan

Barisan pelakon hebat yang terlibat di dalam filem Air-Force The Movie - Selagi bernyawa adalah Nas-T, Dato' Adi Putra, Aiman Shah Rezza, Scha al-Yahya, Sara Ali, Johan Shaari, Pablo Amirul dan lain-lain. 

Kapten Adib, yang digelar sebagai Rock dilakonkan oleh Nas-T sangat menjadi dan menyerlah sebagai seorang anggota PASKAU. Cik Suri suka akan watak Kapten Adib yang bijak dan dalam masa yang sama sangat taat pada arahan ketuanya iaitu Mejar Adnan.

Kapten Zafran Lakonan Aiman Shah Rezza

Kapten Zafran lakonan Aiman Shah Reza, sahabat baik kepada Kapten Adib dan juga abang iparnya. Hubungan mereka menjadi renggang disebabkan oleh Kapten Adib yang memungkiri janji dengan menyertai PASKAU. Tetapi, demi kasih dan sayang kepada seorang sahabat dan juga adik, Zafran berikrar untuk menyelamatkan dan membawa pulang sahabatnya itu.

Mejar Adnan, lakonan Dato' Adi Putra adalah antara watak yang membuat Cik Suri rasa sangat tidak berkenan. Watak yang menggambarkan seorang leader yang seperti hilang arah dan lemah. Naik sakit hati pula melihatnya. Rasa macam terbawa-bawa watak Mat Kilau pula.

Scha Al-Yahya adalah penyebab Cik Suri sanggup ke pawagam seorang diri semata-mata untuk melihat lakonannya. Namun, hanya sebentar sahaja kerana watak Kapten Nor Liyana mati selepas Hercules yang dikendali olehnya terhempas selepas terkena sasaran pengganas.

Gaban, watak yang "cool" seperti Kapten Adib. Pantas dan tangkas bila bertindak sesuai sebagai penembak tepat dan aksinya memberi impak kepada keseronokan menonton filem ini. 

Babak yang best

Pasti ramai yang akan teruja apabila melihat kemunculan Sukhoi Su-30MKM. Maklumlah baru lepas melihat kehebatan aset negara ini semasa Lintas langsung Hari Kemerdekaan Ke-65. 


Antara Aset milik TUDM yang terlibat di dalam pembikinan filem Air-Force The Movie : Selagi Bernyawa

Selain dengan hadirnya beberapa aset ketenteraan milik TUDM, filem ini juga turut menghidangkan aksi-aksi thriller yang mendebarkan. Antaranya, aksi tempur Mejar Adnan di dalam terowong dalam keadaan gelap amat mecemaskan. Anda kena tonton dulu movie ini, baru best.

Kesimpulan dari Saya

Berkesempatan menonton filem "Air-force the movie : Selagi Bernyawa" bukanlah sesuatu yang merugikan. Pengalaman menonton filem aksi yang melibatkan ketenteraan dan menggunakan kapal tempur bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan. Lagi-lagi di dalam industri perfileman negara kita yang masih kecil ini. 

Ia adalah sesuatu yang perlu kita banggakan sebagai rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya masih ada produksi tempatan yang mengambil risiko dalam pembikinan filem bergenre sebegini. Tidak adil untuk kita membanding filem ini dengan filem luar negara "Top Gun: Maverick", kerana dari segi kos pembikinan pun sudah jauh berbeza. 

Dari segi kualiti gambar dan bunyi, ianya sudah cukup memuaskan. Bunyi tembakan dan letupan mantap dan tidak melebih-lebih. Tetapi sekiranya diberi peluang, buatlah sedikit kajian dan eksperimen untuk mencipta satu scene yang "boom" dari segi gambar dan bunyi.

Keseluruhannya, 9/10 bagi Cik Suri sudah memuaskan hati. Bagaimana pula pendapat anda yang telah menontonnya?

Bagi yang belum lagi menonton filem ini, jom sama-sama beri sokongan. Tidak rugi.

KKN DI DESA PENARI kisah benar yang diangkat ke layar perak benar-benar akan membuat anda tidak lena tidur malam.

Kesempatan menonton KKN di Desa Penari adalah sesuatu yang sangat tidak merugikan. Walaupun dalam keadaan takut, menonton sambil menutup mata, filem ini berjaya membuat cik suri berpuas hati 100 peratus.

Pengalaman cik suri menonton kisah ini betul-betul membuatkan cik suri tidak tidur sepanjang malam, malah menahan mata daripada terlelap kerana perasaan takut diganggu dalam tidur. Over kan!!!

Lagu latar belakang juga turut memainkan peranan. Berhari-hari terus terngiang-ngiang di corong telinga, dan otak akan mula membayangkan watak-watak mereka. eeiii...seram!!!

Macam mana hendak tidur. 

Jangan cakap cik suri tak baca doa, segala surah dan zikir dah diulik untuk tidur, tapi tidak berjaya juga.

Kisah Benar dari Twitter

Kisah KKN di Desa Penari ini berlegar-legar di Twitter pada tahun 2019. Kisahnya mula diceritakan oleh pemilik Twitter yang bernama SimpleMan. Bermula dari situlah, kisah ini mula digarap dan diangkat menjadi sebuah filem dan disutradarai oleh Awi Suryadi.

Sinopsis KKN di Desa Penari

Filem ini mengisahkan tentang enam orang mahasiswa dan mahasiswi yang menjalankan Kerja Kuliah Nyata (KKN) di desa yang terpencil.

Ia diketuai oleh Nur dan lima lagi teman-temannya iaitu Ayu, Widya, Bima, Anton dan Wahyu.

Rencana awalnya Ayu dan Nur menemui Pak Prabu iaitu ketua desa tersebut. Pak Prabu asalnya tidak bersetuju dengan kegiatan KKN dijalankan di desa itu. 

Setelah dipujuk oleh Ayu, akhirnya Pak Prabu terpaksa bersetuju dengan syarat mereka hendaklah menjaga perilaku dan menghormati adat resam desa itu.

Saat mereka berenam tiba di desa tersebut, Nur merasakan ada hal aneh. Begitu juga dengan Widya yang sepanjang perjalanan menuju ke desa, dia mendengar ada suara gamelan. 

Widya bertanyakan hal itu kepada Pak Prabu, namun Pak Prabu menafikannya, dengan mengatakan kemungkinan kerana desa ini dikelilingi hutan dan bunyi tersebut datang dari hutan.

Pak Prabu juga telah membawa keenam sahabat ini berlawat sekitar desa tersebut. Setiba di makam warga, Nur terlihat kelibat hitam seumpama beruk besar memerhatinya. Nur hampir jatuh pengsan dan dibawa pulang ke kediaman oleh Bima.

Pak Prabu juga menegaskan kepada mereka agar tidak melewati Tapak Tilas yang menjadi sempadan antara desa tersebut dengan hutan.

Tetapi, Bima telah melanggar arahan Pak Prabu dan melintas masuk ke hutan. Bermula dari itu, mereka mulai diganggu kerana Tapak Tilas merupakan tapak misteri yang berkaitan dengan penari cantik yang dikenali sebagai Bidarawuhi.

Seterusnya...

Korang kena pergi menonton di panggung. Tak best la kalau cik suri bagitau keseluruhan ceritanya.

Scene yang Menakutkan

Di sini sedikit spoiler scene seram yang membuatkan cik suri tutup muka, intai sipi-sipi melalui tudung shawl yang sengaja dibawa sebagai selimut, intai ikut sebelah mata sahaja.

Pada awal cerita dimulakan, bunyi latarbelakang sudah cukup menyeramkan, ditambah dengan suasana kampung dan hutan yang gelap.

Selain itu, scene ketika Widya dan Nur pergi mandi di pondok mandi yang sudah pasti menyeramkan dan diselingkari oleh akar-akar kayu. Kedua mereka ini  diganggu secara berasingan ketika mandi.

Masa ni cik suri geram betul, dah la tempat mandi tu gelap, lepas itu si Widya mandi terlalu lama pula. Kita pula yang geram sebab seram dengan suara-suara seram dan Bidarawuhi yang memerhati dia mandi. 

Bukan sahaja scene yang menakutkan, ada juga scene lawak yang menyebabkan satu panggung  pecah gelak. 

Scene dimana ketika Wahyu dan Widya pulang dari bandar dan terpaksa melalui hutan untuk pulang ke desa penari. Lawaknya ketika si Wahyu "bermulut lepas" ini bergurau tentang hantu dan akhirnya motor yang mereka naiki betul-betul rosak.

Ketika Widya dikelilingi oleh roh-roh itu paling seram. Dan waktu itu juga, Ayu terpaksa menari tanpa henti, adalah antara scene sedih.

Scene suspens  pula bila mbak buyut yang menyerupai anjing datang menyalak dan menjemput widya untuk keluar dari Tapak Tilas itu.

Okey. Done!!!

Setakat itu sahaja spoiler reveal, tak syoklah kalau cerita lebih banyak.

Rating dari Cik Suri

Ohh...sudah pastinya cik suri bagi markah penuh. Tadi kan dah cakap awal-awal, cik suri berpuas hati 100 peratus dengan filem ini. 

Mestilah kena bagi 5⭐⭐⭐⭐⭐.

Pengajaran dari Kisah Ini

Cerita ini sarat dengan pengajaran yang boleh dikutip untuk dijadikan sebagai panduan. Menjaga adab ketika berkunjung ke tempat orang. Hendaklah menghormati adat resam tempat tersebut. 

Menjaga diri dan jangan mudah terpedaya dengan hawa nafsu. Sebagai contoh, bagaimana Nur memarahi dan menasihati Bima apabila dia terjerumus dengan godaan Bidarawuhi. Nur juga menegur Bima yang mulai lalai dan tidak menunaikan solat.

Assalamualaikum


"I'm back".

Mesti korang masih ingat akan kata-kata ini. Perkataan yang menjadi sebutan pada beberapa tahun lepas. 

Masih ingat Arnold Susahnak eja? Payah betul nak sebut nama tu.

And yes, he's back. 

Hari ini, cik suri berpeluang untuk menyaksi kembali filem kegemaran cik suri sejak dari kecil lagi. Tidak pernah sekali pun terlepas daripada episod yang sebelumnya. Ingat lagi, dulu ada dua keping dvd filem The Terminator dan Terminator 2. Berulang kali pasang menggunakan alat pemain dvd. 


TERMINATOR: DARK FATE. Episod terbaru daripada naskah Terminator yang sebelumnya. Dengan jalan cerita yang berbeza tetapi watak makhluk besi jahat tetap dikekalkan.

Tidak dilupakan, setiap permulaan siri Terminator ini, mesti bermula dengan "Makhluk yang jatuh dari langit tanpa seurat benang". Yess, itulah trademark starting setiap siri Terminator. 

Kali ini, watak perempuan/manusia terevolusi, bernama Grace dari tahun 2049, kembali ke masa sekarang demi untuk menyelamatkan Daniella Ramos aka DANI. 

Siapa DANI ini?
Watak Dani ini, cik suri tidak berapa faham kepentingannya melainkan dia merupakan ketua kepada orang jalanan yang terpaksa menyelamatkan diri daripada Legion (musuh, yang dalam siri sebelumnya dikenali sebagai Skynet). Tetapi, mereka iaitu Sarah Connor, Carl (T-800) and Grace bermatian untuk menyelamatkan Dani.


Sebenarnya, ada perkaitan antara Dani dan Grace, yang menjadi punca untuk Grace menyelamatkan dia daripada makhluk besi Legion ini. Tapi, korang kena pergi tengoklah. Macam tak best la kalau cik suri cerita kan?

Actually, overall bagi cik suri, cerita ini sedikit tidak tahu motif utama jalan ceritanya. Ia ibarat hanya untuk menunjukan usaha mereka menyelamatkan seseorang yang penting di masa depan dan menghapuskan terminator yang datang. Sama seperti The Terminator (1984).

"I won't back". kata daripada Carl (Arnold). Korang boleh agak apa yang jadi pada dia.

By the way, cik suri letak sedikit trailer Terminator: Dark Fate untuk korang. Jangan lupa pergi tengok dekat panggung.


Ohh...sebelum itu, bagi korang yang ingin dapatkan harga tiket sama macam harga tiket cik suri tu, korang boleh beli melalui touch&go ewallet. Jangan lupa, kena download dulu apps touch&go ewallet ni, then baru layak dapat harga RM 10 tu. Promosi bermula Nov 2019 sehingga Nov 2020.


by the way, cik suri suka gila watak Grace ni, (Mackenzie Davis). Mantol and tough body dia, package dengan six pack lagi.

P/s: Esok pagi cik suri nak pergi bersenam. Mana tau, dapat six pack jugak, barulah sexy abs.

Korang, jangan lupa pergi tonton Terminator: Dark Fate tau.

Cik suri bagi 5 bintang. wassalam.
Assalamualaikum

Siapa pernah menonton telemovie bertajuk “Cinta Gila” lakonan Diana Amir dengan Aidil. Telemovie ini pernah ditayangkan pada awal January 2013. Pelakon lelakinya Cik Suri tidak berapa kenal tetapi jalan cerita telemovie ini memang best dan sangat kelakar. 

Kisahnya, si lelaki yang bernama Zaman ini sangat stress dengan ibu bapanya yang asyik memaksa dia untuk berkahwin. 

Pada permulaan cerita, si Zaman dan ahli keluarganya pergi merisik girlfriend si Zaman, tetapi bapa si Zaman akan tanyakan satu soalan dan sekiranya si gadis itu gagal memberi jawapan yang dikehendaki oleh ayah Zaman, secara automatiknya si gadis itu ter’reject’ serta merta. 

Ceritanya, si Zaman sudah beberapa kali membawa parents nya pergi merisik girlfriends nya tetapi semuanya ditolak oleh bapanya kerana tidak memberi jawapan yang betul.

Oleh kerana dia terasa stress dengan bapanya, akhirnya dia berpindah seketika ke rumah adiknya dan merancang untuk mencari calon isteri menggunakan taktik yang dilakukan di dalam filem “Musang Berjanggut”. Tetapi taktiknya itu gagal. 

Pada suatu hari tu, dia bertembung dengan Humaira, lakonan Diana Amir dan bermulalah taktiknya untuk mengenal dan memikat hati Humaira dengan cara dia menyamar menjadi gila kerana tertekan.

Berjayakah Zaman memikat Humaira? Taadaaa!!!

Untuk kesudahan telemovie ini, korang kenalah tengok sendiri. Macam tak best pula kalau Cik Suri bagi cerita berpanjang-jela. 

Tetapi, 

Apa yang Cik Suri suka tentang cerita ini adalah sifat bapa Zaman yang betul-betul mencari menantu yang boleh menjaga tatasusila sebagai perempuan. 

Bapa dia selalu kata, 
“Carilah perempuan bukannya betina. Isteri kenalah seorang yang cerdik”.
Inilah soalan yang ditanya oleh bapa Zaman, 
“Apa tanggungjawab seorang isteri.”
Dan jawapan Humaira adalah, 
“Tiga M iaitu menarik, memahami dan mendoakan.”


Telemovie ini amat memberi kesan kepada Cik Suri. Walaupun dalam gelak ketawa menonton, ada pengajaran yang kita boleh ambil sebagai pelajaran.

Bagaimana pula sifat seorang lelaki yang bertanggungjawab?

Suami yang baik adalah suami yang:
Bertanggungjawab pada Pencipta iaitu ALLAH s.w.t
Bertanggungjawab pada keluarganya
Bertanggungjawab kepada masyarakat sekelilingnya, rakan-rakan, teman sekerja

Dan...In shaa Allah,
Secara tidak langsung dia akan bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anaknya.
Yang pasti suami yang baik dia sayang sangat dekat isterinya...
Tak gitu? 
hehehe :)

Sedikit sedutan daripada promo telemovie CINTA GILA
Jemputlah melayan telemovie ni, hanya lebih kurang dua jam sahaja.



Wassalam, cik suri yang menulis
Senyum Sokmo ;)

Ad Code

Responsive Advertisement