Showing posts with label Financial Tips. Show all posts
Showing posts with label Financial Tips. Show all posts

 "DON'T PUT ALL YOUR EGGS IN ONE BASKET." 

Pernah atau tidak korang mendengar peribahasa inggeris ini? 

Atau, pernah atau tidak korang terfikir akan maksud peribahasa ini?

Atau, korang pernah mendengarnya tetapi tidak tahu akan apa yang maksudkan di sebalik peribahasa tersebut.

Jikalau kita 'translate'kan  peribahasa kepada bahasa melayu ianya membawa maksud, 

"Janganlah kamu meletakkan kesemua telur yang dimiliki ke dalam satu bakul yang sama". 

Merujuk kepada website www.goenglish.com ianya membawa maksud, 

"Don't risk everything all at one.."

"Janganlah merisikokan sesuatu dalam satu masa."

Meaning:
This is a piece of advice which means that one should not concentrate all efforts and resources in one area as one could lose everything.

Example:
"My father is a very careful investor; he never puts all of his eggs in one basket."

If you had a certain number of "eggs", it would be safest to put those eggs in different "baskets" and not to "put them all in one basket".

To "put all your eggs in one basket" would be risk losing all of the eggs in case you "drop that one basket"

Example:
Mr Tan’s financial adviser urged him to be careful and not put all his eggs in one basket by investing all his money on stocks.

Did you know?
This phrase was said to be first used in the novel “Don Quixote”, where it was written “It is the part of a wise man to keep himself today for tomorrow, and not venture all his eggs in one basket.”

Masih relevankah peribahasa ini di dalam kehidupan harian kita?

Walaupun pepatah, “don’t put all your eggs in one basket” adalah pepatah yang selalu digunakan dengan baik dan ianya masih relevan pada hari ini. Peribahasa ini membawa makna, “jangan simpan semua wang milik anda di satu tempat kerana ianya berpotensi untuk hilang kesemuanya sekaligus.”

Kenapa?

Sebagai contoh, kamu mempunyai seorang anak yang bercita-cita ingin menjadi seorang penyanyi. Anak ini bersungguh-sungguh menjadi seorang penyanyi. Dia menggunakan bakat dan usaha untuk menjadi penyanyi. Dalam masa yang sama sebagai seorang ibu, anda sudah semestinya tidak mahu anak ini gagal dalam pelajaran. 

Jadi, pastinya anda menasihati anak supaya tidak mengabaikan pelajarannya dan dalam masa yang sama mengejar impiannya untuk menjadi penyanyi dan supaya dia menjadi seorang penyanyi yang berpendidikan. Ini yang dimaksudkan dengan memberikan "effortnya" ke dalam bakul yang berbeza iaitu di dalam bidang nyanyian dan pelajaran supaya dia dapat mencapai kedua-duanya. 

Begitu juga di dalam konteks pengurusan kewangan. Meletakkan keseluruhan wang atau aset yang kita miliki di satu instrument pelaburan yang sama adalah satu langkah yang tidak tepat. Ini kerana ianya berpotensi untuk berlaku kehilangan atau mengalami kerugian sekaligus atau dalam satu masa.

"Don't put all eggs in one basket" adalah ungkapan yang selalu digunakan di dalam Financial Consultation. Ini kerana merancang dan mengurus kewangan dengan bijak dapat mencegah seseorang itu daripada mengalami kehilangan wang tanpa perancangan. 

Letakkan Wang di dalam Bakul Yang Berbeza

Setaip orang pasti akan merasai perasaan takut kehilangan wang, lagi-lagi di dalam jumlah yang banyak. Hal ini menjadi salah satu sebab mengapa ramai orang mengambil langkah berhati-hati sebelum membuat pelaburan. Mereka tidak tahu dengan meletakkan wang ke dalam beberapa instrument pelaburan yang berbeza,  dapat membantu mengurangkan pengurusan risiko. 

Bayangkan anda mengasingkan telur-telur milik anda ke dalam beberapa bakul yang berlainan dan sekiranya salah satu bakul tersebut terjatuh, hanya telur yang berada di dalam bakul tersebut sahaja yang akan pecah. Sedangkan anda masih memiliki telur di bakul-bakul lain yang terselamat . Jika anda meletakkan kesemua telur di dalam satu bakul yang sama, sudah pastinya telur tersebut akan pecah kesemuanya jika bakul tersebut jatuh.

Secara teknikalnya, konsep ini dikenali sebagai "Kepelbagaian atau Diversify". Ianya bermaksud anda mengasingkan wang milik anda kepada beberapa instrument pelaburan yang berbeza-beza seperti pelaburan equity, bond dan sukuk, simpanan tunai, fixed deposit, hartanah, emas dan sebagainya. 

Mengapa perlu saya membahagikan wang kepada pelbagai bakul?

Katakan anda memilih untuk menyimpan sebahagian daripada wang anda ke dalam akaun simpanan tunai supaya ianya mudah untuk diakses. Di dalam masa yang sama, anda juga memiliki pelaburan hartanah, dan juga dana persaraan yang dilaburkan dalam campuran saham, bon, aset dan tunai.

Ini adalah contoh pelaburan di dalam beberapa instrument yang berbeza dan ia adalah satu tindak yang bijak untuk dilakukan. Tidak semua instrument akan terkesan dengan cara yang sama sekiranya berlaku krisis ekonomi. Jika anda tidak berkemahiran melakukan "asset diversification" sendiri, anda boleh membeli dana yang diurus oleh pengurus dananya sendiri seperti contoh unit trust.

Jika salah satu bakul pelaburan (kelas aset) tidak menunjukkan prestasi yang baik di pasaran, bakul yang lain mungkin akan dapat mengatasi prestasinya, yang mana boleh memberikan sedikit perlindungan daripada mengalami kerugian yang besar pada wang dan pelaburan anda. 

Selain itu, anda juga boleh mempelbagaikan pelaburan ke dalam beberapa kelas aset yang ada. Sebagai contoh, jika memilih untuk melabur di dalam ekuiti, anda boleh memilih kedua-dua jenis companies samada besar dan kecil, dan di dalam sektor yang berbeza dan yang berada di lokasi geografi yang berbeza. Anda juga boleh mengambil pendekatan yang sama jika melabur di dalam bon, termasuk  dengan memilih untuk melabur dalam bon korporat atau kerajaan.

Kepentingan Diversify: Mengapa anda tidak perlu meletakkan semua anda telur dalam satu bakul.

Kerana setiap 'bakul' pelaburan akan memberi pulangan yang berbeza bergantung kepada panjangnya tempoh pelaburan. 

Pulangan pelaburan adalah sangat ketara antara 'bakul' pelaburan yang berbeza, atau kelas aset, setiap tahun. 

Carta di bawah adalah contoh yang jelas menunjukkan ini dengan menunjukkan prestasi relatif bagi kelas aset yang berbeza sepanjang 20 tahun yang lalu. Ia menekankan kepentingan menyebarkan anda pelaburan merentasi kelas aset yang berbeza untuk melindungi wang anda daripada kerugian semasa mencuba mencapai matlamat kewangan anda.

Mencari Keseimbangan Yang Betul: Jangan lakukannya secara berlebihan

Akhir sekali, pastikan anda tidak keterlaluan dalam membuat pelaburan. Meletakkan wang anda ke dalam pelbagai pelaburan yang berbeza bakul dapat mengurangkan risiko sehingga mencapai satu titik tanpa perlu mengeluarkannya sepenuhnya. Setiap instrument pelaburan mempunyai risiko yang berbeza-beza..

Selain itu, memegang terlalu banyak portfolio pelaburan yang berbeza mungkin tidak memberi keuntungan atau kesan daripadanya, maka anda perlulah bekerjasama dengan penasihat kewangan anda untuk memilih pelaburan yang paling sesuai dengan keadaan anda.

Walau apapun pendekatan untuk tidak 'memasukkan telur anda dalam satu bakul', perkara utama ialah itu kepelbagaian boleh membantu menguruskan dan mengurangkan risiko pelaburan anda. 

Ringgit Cost Averaging

PELABURAN akan menjadi lebih mudah jika seseorang itu mempunyai kebolehan meramal masa yang terbaik untuk membeli atau menjual. Akan tetapi, ianya adalah agak mustahil untuk menentukan keadaan pasaran kerana mata manusia bukanlah "crystal ball" yang boleh melihat masa hadapan.

Warrent Buffett di dalam bukunya pernah berkata,

"We've long felt that the only value of stock forecasters is to make fortune tellers look good. Even now, Charlie and I continue to believe that short-term market forecasts are poison and should be kept locked up in a safe place, away from children and also from grown-ups who behave in the market like children." - Warrent Buffett

Salah satu cara terbaik untuk menghadapi turun-naik pasaran saham adalah dengan mengamalkan strategi Pemurataan Kos Ringgit - Ringgit Cost Averaging (RCA)

RCA juga adalah salah satu teknik yang diguna-pakai secara meluas di dalam industri Unit Trust. Seperti kita semua maklum, unit trust adalah salah satu method pelaburan di dalam kategori berisiko rendah - sederhana. 

 Apa yang dimaksudkan dengan RCA 

Ringgit Cost Averaging adalah salah satu strategi yang diguna di dalam pelaburan, yang mana anda mengasingkan sejumlah wang pada nilai yang tetap secara konsisten setiap bulan untuk dilaburkan pada aset atau dana tertentu.

Dengan menggunakan strategi RCA, ianya dapat membantu anda mengurangkan risiko, kesan daripada kemerosotan pasaran ketika anda membeli unit pada harga yang tinggi, dan memberi juga boleh memberi keuntungan kepada anda apabila pasaran pulih semasa anda membeli unit pada harga yang murah. 

RCA sangat membantu kepada pelabur yang sedang mencari strategi pelaburan jangka masa sederhana-panjang yang praktikal serta berisiko rendah-sederhana.

Strategi RCA biasanya digunakan di dalam pelaburan aset yang ada turun-naik harga seperti saham, unit trust, ETF, pelaburan emas dan perak dan sebagainya.

 Manfaat Mengamalkan RCA 

Menggunakan strategi RCA secara amnya dapat membantu anda mengawal tekanan emosi yang mungkin akan wujud apabila anda melabur. Dengan cara memanjangkan tempoh masa pelaburan, strategi ini dapat mengurangkan kesan turun-naik harga. 

Strategi ini juga amat mudah untuk diuruskan kerana ianya menjimatkan masa. Anda tidak perlu membuang masa untuk memantau situasi pasaran. Selain itu, anda juga tidak perlu menghabiskan masa dengan menganalisis pasaran untuk mengamal masa terbaik untuk melabur.

Strategi RCA juga dapat membantu anda untuk lebih berdisiplin dan dalam masa sama menanam tabiat menabung yang baik dan konsisten. Tanpa perlu meramal pasaran, tetapi anda hanya perlu konsisten menyimpan pada jumlah yang anda selasa dan mampu. Peace of Mind.

 Cara Pengiraan RCA 

Memandangkan agak sukar untuk meramal pergerakan pasaran, katakan anda ingin membuat simpanan sebanyak RM950 sebulan daripada gaji anda untuk tempoh selama 10 tahun. Dengan berbuat demikian anda dapat memuratakan kos seunit yang dilaburkan. 

Ini kerana dengan RM950 yang dilaburkan oleh anda pada setiap bulan, ia dapat membeli membeli lebih banyak unit semasa harga rendah dan sebaliknya ketika harga tinggi.

Contoh:

Dengan pelaburan sebanyak RM950/sebulan,

  • Jumlah kos pelaburan untuk 10 tahun adalah RM114,000
  • Jumlah unit terkumpul untuk 10 tahun adalah 558,990.28
  • Purata kos seunit yang telah dilaburkan adalah RM0.2039 seperti kiraan berikut
         RM114,000 / 558,990.28 unit = RM0.2039
 
 Kesimpulan : 

Di dalam hidup ini, kita perlu ketahui apa matlamat kewangan kita. Dengan memilih matlamat atau target tertentu, kita dapat mendisiplinkan diri untuk membuat simpanan bagi mencapai matlamat tersebut.

Memilih untuk membuat simpanan secara bulanan adalah satu langkan yang tepat dan terbaik. Ini kerana kita tidak perlu menunggu masa yang lama untuk ada duit yang banyak dan baru ingin mulakan simpan. Ini adalah satu sikap yang merugikan. Kenapa memilih untuk ada duit dahulu dan baru hendak menyimpan? 

Sedangkan kita boleh memilih dengan langkah yang kecil dahulu dan akhirnya kita dapat berlari dengan riang dan gembira.

Seperti pepatah lama,

"Sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit."

Jika anda setuju dengan saya, jangan lupa tinggalkan komen di ruang komen post ini.


 Kembara Suri - Sinking Fund

APA ITU SINKING FUND ?

Sinking Fund adalah 
"satu cara strategik untuk menjimatkan duit untuk pembelian tertentu dengan mengetepikan sedikit duit setiap bulan". 
Secara mudahnya, ia berfungsi seperti ini:
"Setiap bulan anda ketepikan wang dalam satu atau beberapa kategori untuk digunakan pada hari-hari tertentu. Dengan cara ini, anda dapat menyimpan dengan jumlah yang kecil dalam satu jangka masa yang lama dan bukannya menghasilkan sejumlah wang besar sekaligus". 

Sebagai contoh: 

Pada hari ini anda mendapat gaji dan mengasingkan sebanyak RM300 setiap bulan sebagai simpanan untuk perbelanjaan pada Hari Raya Aidilfitri 2024. Di sini bermaksud anda telah memulakan simpanan secara sedikit-sedikit untuk kegunaan pada Hari Raya nanti.

Sinking Fund

Katakan, Hari Raya Aidilfitri jatuh pada bulan April 2024, anda masih mempunyai masa selama lapan (8) bulan untuk menyimpan dan pada April 2024 anda telah berjaya menyimpan sebanyak RM2400.

Sinking Fund sangat sesuai untuk perkara-perkara yang anda tidak mahu bayar dalam perbelanjaan bulanan seperti :

  • Menukar tayar kereta, membaiki atau servis kereta
  • Roadtax dan insurans
  • Persiapan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan sebagainya.
  • Belanja untuk majlis kahwin
  • Kos veterinar untuk haiwan peliharaan
  • Tiket penerbangan dan percutian
  • Pendaftran sekolah, buku dan alatan tulis anak-anak
  • Renovation rumah

Anda boleh cipta Sinking Fund anda mengikut matlamat kewangan, impian dan perbelanjaan yang anda ingini!!! 

PERNAHKAH anda mendengar tentang perihal "Buy Now Pay Later"? Atau anda memang langsung tidak pernah tahu apa itu Buy Now Pay Later (BNPL).

Buy Now Pay Later by Kembara Suri

Sebelum saya saya meneruskan dengan tip-tip untuk mengelakkan diri daripada terpedaya dengan trend Buy Now Pay Later ini, adalah lebih baik sekiranya kita mengenalinya terlebih dahulu.

 Konsep Buy Now Pay Later 

Buy Now Pay Later atau "Beli Sekarang Bayar Kemudian" ialah satu konsep pembiayaan jangka masa pendek yang membolehkan pengguna membuat pembelian dan membayarnya dari semasa ke semasa dan biasanya tiada faedah dikenakan.

Semenjak kebelakangan ini, trend Buy Now Pay Later semakin menular melalui platform online-shopping seperti Shopee, Lazada, Grab PayLater, Atome dan banyak lagi platform yang lain.

Istilah Buy Now Pay Later adalah prinsip yang memberi anda peluang untuk berbelanja meski pun anda tidak memiliki wang pada waktu itu dan pembayaran boleh dibuat kemudian. Mungkin anda pernah dengar istilah "easy pay" yang selalu ditawarkan oleh kad kredit. Ianya hampir serupa tetapi ada perbezaan.

 Bagaimana Buy Now Pay Later Berfungsi 

Program BNPL ini biasanya mempunyai terma dan syarat yang berbeza-beza. Tetapi secara umumnya, ia menawarkan pinjaman jangka pendek dengan bayaran tetap dan tanpa faedah. Anda boleh menggunakan aplikasi BNPL untuk membuat pembelian atau anda bermungkinan telah mempunyai pilihan BNPL melalui kad kredit anda.

Melalui BNPL anda boleh membuat pembelian di mana-mana platform peniaga yang mengambil bahagian dan anda diberi pilihan untuk membeli dahulu dan membayarnya kemudian semasa proses pembayaran. 

Jika pembelian diluluskan, anda berkemungkinan hanya perlu membuat bayaran pendahuluan yang kecil seperti contoh 20% daripada jumlah keseluruhan pembelian. Kemudian anda boleh membayar baki pembelian dalam satu siri ansuran tanpa faedah, biasanya dalam beberapa minggu atau bulan.

Pembayaran pula boleh dibuat melalui potongan secara automatik daripada akaun bank, kad debit atau kad kredit anda. Selain itu, pembayaran juga boleh dilakukan melalui cek atau bank transfer.  

 Kelebihan vs Kekurangan 

Kelebihan Buy Now Pay Later

1- Cara yang mudah untuk membayar pembelian dari semasa ke semasa.

Antara kelebihan menggunakana platform BNPL ialah anda dapat membuat pembelian segera walaupun anda tiada wang pada ketika itu. Dengan berkonsepkan beli dulu bayar kemudian, anda boleh membuat bayaran awal pada jumlah yang kecil dan meneruskan bayaran secara ansuran dengan jumlah yang ditetapkan oleh BNPL. 

Selepas pembelian pihak BNPL akan  memberi maklumat terperinci berkenaan pembelian dan jadual pembayaran. Anda boleh membuat bayaran secara auto debit, pindahan melalui akaun simpanan atau melalui kad kredit pada tempoh ansuran yang lebih fleksibel.

2- Tiada faedah atau kadar faedah yang lebih rendah berbanding kad kredit. 

Kebanyakan platform BNPL menawarkan kadar faedah 0% atau lebih rendah. Anda dapat menikmati pembelian tanpa dikenakan sebarang faedah atau cas tambahan. Namun begitu adalah sangat penting untuk anda memahami syarat dan terma sekiranya berlaku kelewatan pembayaran.

3- Kredit yang baik atau skor kredit yang tinggi tidak perlu untuk kelayakan.

Sesetengah platform BNPL tidak mengambil-kira kredit skor anda dalam proses meluluskan permohonan. Sekiranya anda tiada rekod kredit yang  baik pun anda layak untuk memohon BNPL. Berbeza dengan permohonan kad kredit yang mana anda perlu mempunyai rekod kredit yang baik barulah permohonan akan dipertimbangkan dan diluluskan.

4- Proses kelulusan yang cepat.

Mudah diluluskan dan cepat itulah yang menjadi pilihan ramai orang untuk menggunakan BNPL jika dibandingkan dengan proses permohonan kad kredit yang sudah memerlukan dokumen sokong untuk kelulusan. 

Kekurangan Buy Now Pay Later

1- Pembayaran boleh menjadi sukar untuk dijejaki.

Platfrom BNPL memberi peluang kepada nada untuk membeli lebih daripada satu barang dan pada bila-bila masa. Ini akan menyebabkan berlaku pertindihan dan menyukarkan anda untuk menjejaki bayaran yang dibuat pada sesuatu barang yang dibeli.

2- Pembayaran yang lewat boleh menjejaskan rekod skor kredit.

BNPL tidak menambahkan hutang kad kredit anda tetapi menambah hutang peribadi anda. Tetapi, skor kredit anda akan terjejas sekiranya gagal membuat bayaran 

3- Tiada ganjaran atau pulangan tunai yang diperolehi daripada pembelian

Selain itu anda juga terlepas peluang untuk mendapat manfaat pulangan tunai atau mata ganjaran yang selalunya ditawarkan oleh pihak kad kredit. 

4- Pembayaran mungkin diteruskan walaupun barang dipulangkan

Sekiranya anda berubah fikiran atau mempunyai masalah dengan barang yang dibeli melalui BNPL, ianya menjadi sukar untuk dipulangkan kembali. Ini kerana pihak peniaga perlulah memaklum terlebih kepada kreditor BNPL tentang bayaran balik dan ini menyebabkan anda lambat untuk menerima kembali wang yang telah dibayar. 

Berkemungkinan juga anda terpaksa  meneruskan bayaran jika tidak anda akan direkod sebagai bayaran tertungak atau tiada bayaran. Ini akan menyebabkan bayaran tambahan dikenakan atau akan menjejaskan skor kredit anda.

Tambahan:

Sebahagian platform BNPL akan mengenakan cas yang tinggi sekiranya berlaku tunggakan bayaran ansuran.   

Tips Supaya Tidak Terjerat Dengan Buy Now Pay Later

Bagi mengelakkan diri daripada terjerat dengan BNPL anda boleh menilai beberapa langkah sebelum membuat keputusan. 

Tips Elak Daripada Terjerat Dengan Buy Now Pay Later

Setiap individu mempunyai pilihan tersendiri sama ada untuk menggunakan BNPL atau tidak. Tetapi, anda boleh ikuti tips sebagai panduan

1- Fahami dan teliti terma dan syarat platform yang menawarkan Buy Now Pay Later

Sebelum anda membuat pembelian di platform BNPL adalah lebih baik untuk memahami dengan teliti berkaitan terma dan syarat yang dikenakan. 


Perkara yang perlu anda ambil perhatian adalah cara pembayaran balik dan hak-hak anda sebagai pembeli.

2- Semak kadar caj yang dikenakan jika pembayaran lewat
Sekiranya berlaku kelewatan  bayaran bulanan, sudah pasti akan dikenakan cas tertungak. Adalah lebih baik jika anda mengenalpasti cas yang dikenakan. Setiap platfrom BNPL mengenakan cas kelewatan pada kadar yang berbeza-beza. 

3- Kenalpasti tabiat pembelanjaan anda 
Adalah lebih bagus jika anda memahami status kewangan anda. Ini sekurang-kuranganya dapat membantu anda daripada berbelanja secara berlebihan. Walaupun menggunakan BNPL sangat mudah, ia bukan satu lesen untuk anda berbelanja sesuka hati dan melangkaui kemampuan kewangan anda.

4- Bayaran Mengikut Jadual
Pastikan anda membuat bayaran ansuran seperti yang telah dijadualkan oleh platform BNPL anda. Cuba elakkan diri daripada terlambat membuat bayaran. Ingat cas lewat adalah tinggi!

 Buy Now Pay Later vs Kad Kredit 

Perbezaan yang paling antara BNPL dan kad kredit ialah kad kredit biasanya mengenakan kadar faedah ke atas baki yang dibawa pada kitaran bil berikutnya. Walaupun ada sesetengah kad kredit menawarkan 0% fii tahunan tetapi ia mungkin terhad pada sesuatu tempoh sahaja. 

Fii tahunan akan dikenakan kembali selepas melepasi tempoh yang ditawarkan, sebagai contoh satu tahun, tiga tahun atau lima tahun bergantung kepada tawaran platform tersebut.

Melalui kad kredit anda boleh membawa baki atau menggunakan talian kredit tanpa had.

Berbeza pula dengan BNPL yang mana ianya tidak mengenakan kadar faedah atau yuran tahunan. BNPL juga akan menetapkan jadual pembayaran balik yang tetap. Tetapi, kadar cas lewat bayar berkemungkinan lebih tinggi jika dibanding dengan kad kredit. 

Bayaran muka dan setiap pembayaran ansuran melalui BNPL adalah sama. Seperti contoh anda membeli set sofa yang berharga RM3600 dan anda memilih untuk membayar dalam tempoh 12 bulan. Jadi bayaran muka yang perlu anda bayar adalah RM 300 dan ansuran bulanan juga RM300. 

Kesimpulan daripada Cik Suri

Buy Now Pay Later pada asasnya sangat membantu untuk pembelian besar atau yang berharga mahal. Namun begitu, sekiranya ia tidak dikawal ia akan memberi kemudharatan kepada kewangan kita dan akan menambah komitmen bulanan. 

Adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengatur dan mengawal perbelanjaan bulanan. Perancangan kewangan adalah penting bagi mengelakkan berlaku situasi berhutang tanpa sedar ini (BNPL).  

Selalulah ingat akan peribahasa ini

"Ukur baju di badan sendiri"

Kadang-kadang kita selalu yakin yang kita boleh berdisiplin dalam sesuatu perkara. Tetapi, sebenarnya kita selalu tewas dan lupa. 

Jika artikel ini member manfaat kepada anda, jangan lupa untuk SHARE dan Komen. 

Terima Kasih.

 

"BUDGETING" atau membuat belanjawan tidaklah serumit mana dan juga tidak perlu mengambil masa yang berjam-jam daripada hari anda. Malah, membuat belanjawan adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan. 

Mengambil contoh Peraturan 50/30/20 sebagai salah satu kaedah mengurus perbelanjaan bulanan yang mudah. Kita dapat mengenalpasti dengan tepat berapa banyak yang perlu untuk simpanan dan kos sara hidup untuk setiap bulan.

Dengan memberi gambaran besar yang jelas tentang belanjawan untuk bulan tersebut, kita dengan yakin boleh mengelakkan diri daripada berbelanja secara berlebihan dan dalam masa sama dapat membina simpanan dari masa ke masa - semuanya tanpa perlu bersusah payah merekodkan setiap transaksi.

Apakah peraturan 50/30/20?

Peraturan 50/30/20 ialah satu kaedah "budgeting" yang boleh membantu kita menguruskan kewangan dengan berkesan, ringkas dan mampan. 

Peraturan asasnya ialah dengan membahagikan pendapatan selepas ditolak cukai bulanan kepada tiga kategori perbelanjaan iaitu: 

"50% untuk keperluan, 30% untuk kehendak dan 20% untuk simpanan."

Dengan sentiasa memastikan perbelanjaan kita seimbang merentasi garis perbelanjaan utama ini, kita boleh meletakkan wang kita untuk berfungsi dengan lebih cekap. Dengan hanya tiga kategori utama untuk dijejaki, kita boleh menjimatkan masa dan mengurangkan tekanan untuk menggali butiran setiap kali berbelanja.

Satu soalan yang sering kita dengar mengenai belanjawan ialah, 

"Mengapa saya tidak boleh menyimpan lebih banyak?" 

Ini cara terbaik untuk menyelesaikan teka-teki "kehilangan" wang dan mengatur kembali struktur di dalam tabiat berbelanja. Ia juga boleh memudahkan kita untuk mencapai matlamat kewangan, sama ada menabung untuk kegunaan ketika terdesak untuk membayar hutang.

Asal-usul peraturan 50/30/20?

Peraturan 50/30/20 berasal daripada buku yang oleh Senator Amerika Syarikat pada tahun 2005 iaitu Elizabeth Warren dan anak perempuannya, Amelia Warren Tyagi, yang bertajuk "All Your Worth: The Ultimate Lifetime Money Plan,".

Berdasarkan kepada penyelidikan selama 20 tahun, Warren dan Tyagi telah menyimpulkan bahawa kita tidak memerlukan belanjawan yang rumit untuk mengawal kewangan tetapi perkara yang kita perlu lakukan adalah dengan mengimbangi kewangan mengikut keperluan, kehendak dan matlamat simpanan dengan menggunakan kaedah 50/30/20.

Bagaimana untuk membelanjakan wang dengan peraturan 50/30/20

Peraturan 50/30/20 ialah membahagikan gaji bersih kepada  tiga kategori perbelanjaan: keperluan, kehendak dan simpanan atau hutang.

Dengan mengetahui lebih tepat jumlah yang perlu dibelanjakan pada setiap kategori ia memudahkan kita untuk mematuhi belanjawan dan membantu mengekalkan jumlah perbelanjaan. Kita dapat mengelakan diri daripada "over spending".

Begini rupa belanjawan peraturan 50/30/20 yang patut dipatuhi:

Belanjakan 50% wang anda untuk keperluan

Keperluan ialah perbelanjaan yang tidak boleh dielakkan seperti pembayaran untuk semua keperluan penting yang sukar untuk hidup tanpanya. 50% daripada pendapatan selepas cukai haruslah menampung kos yang paling anda perlukan seperti:

  • Sewa bulanan 

  • Bil elektrik dan gas 

  • Pengangkutan 

  • Insurans (untuk penjagaan kesihatan, kereta atau haiwan peliharaan) 

  • Bayaran balik pinjaman minimum 

  • Barangan runcit

Contohnya, jika pendapatan bersih bulanan ialah RM 2000, maka RM1000 hendaklah diperuntukkan untuk keperluan.

Setiap orang mempunyai perbelanjaan yang berbeza dengan individu yang lain. Jika anda mendapati keperluan anda bertambah sehingga melebihi 50% daripada pendapatan, anda boleh membuat beberapa perubahan dengan mengurangkan sedikit perbelanjaan tersebut. 

Sebagai contoh anda boleh bertukar pakej khidmat telco kepada pakej yang lebih murah, belajar menutup lipas angin atau lampu apabila tidak menggunakannya, atau membuat perbandingan harga ketika membeli barangan dapur dan sebagainya. Ia sangat bermakna untuk mengubah kehidupan yang lebih mendalam, seperti mencari keadaan hidup yang lebih murah.

Belanjakan 30% wang anda untuk kehendak diri. 

30% daripada gaji anda boleh digunakan untuk memenuhi kehendak anda. Kehendak ditakrifkan sebagai perbelanjaan yang tidak penting seperti perkara yang anda pilih untuk membelanjakan wang, walaupun anda boleh hidup tanpanya.

Kehendak mungkin termasuklah:

  • Makan di luar
  • Membeli-belah pakaian
  • Melancong
  • Keahlian gim
  • Langganan hiburan (Netflix, HBO, Amazon Prime)
  • Barangan runcit (selain yang penting)

Menggunakan contoh yang sama seperti di atas, jika gaji bulanan ialah RM 2000, anda boleh membelanjakan RM600 untuk kehendak anda. Jika anda mendapati anda berbelanja terlalu banyak untuk kehendak, maka perlu fikirkan apa yang boleh dikurangkan.

Sebagai nota sampingan, mengikut peraturan 50/30/20 tidak bermakna anda tidak dapat menikmati hidup anda. Ia bermakna jika kita lebih berhati-hati tentang kewangan dengan mencari kepentingan dalam perbelanjaan di mana kita tidak perlu berbelanja secara berlebihan. 

Jika anda keliru sama ada sesuatu itu keperluan atau kehendak, cuba tanya pada diri sendiri, "Bolehkah saya hidup tanpa ini?" Jika jawapannya ya, itu mungkin kehendak.

Simpan 20% daripada wang anda sebagai SIMPANAN.

Baki 20% boleh digunakan untuk mencapai matlamat simpanan anda, atau membayar balik hutang yang tertunggak. Walaupun pembayaran balik minimum dianggap sebagai keperluan, sebarang pembayaran balik tambahan dapat mengurangkan hutang sediaada dan faedahnya. Ini juga diklasifikasikan sebagai simpanan.

Mengetepikan 20% daripada gaji secara konsisten setiap bulan boleh membantu anda membina pelan simpanan yang lebih baik dan bertahan lama. Ini adalah sama seperti matlamat utama ialah membina dana kecemasan, membangunkan pelan kewangan peribadi jangka panjang, pelan pendidikan untuk anak atau membuat persediaan untuk bayaran muka pembelian rumah.

Dan ia mengagumkan betapa cepatnya penjimatan itu boleh ditambah. Jika anda bergaji RM2000, anda boleh meletakkan RM400 untuk matlamat simpanan anda. Dalam masa setahun sahaja, anda telah mempunyai simpanan RM5000!

Panduan menggunakan Peraturan 50/30/20

Bagaimana sebenarnya cara untuk menggunakan peraturan 50/30/20? 

Untuk melaksanakan peraturan belanjawan ini, anda hanya perlu mengira nisbah 50/30/20 berdasarkan kepada gaji dan membuat kategori perbelanjaan. Ini caranya:

1. Kira pendapatan selepas di tolak cukai

Langkah pertama untuk menggunakan peraturan belanjawan 50/30/20 ialah mengira pendapatan bersih yang diterima. Sekiranya anda seorang "freelancer", pendapatan selepas cukai ialah amaun yang perolehi dalam sebulan, tolak perbelanjaan perniagaan dan jumlah yang telah ditetapkan untuk cukai.

Jika anda seorang pekerja yang bergaji tetap, ini akan menjadi lebih mudah. Lihat sahaja pada penyata gaji untuk melihat jumlah bersih di dalam akaun bank anda setiap bulan. Jika anda pemotongan secara automatik untuk pembayaran seperti insurans kesihatan atau dana pencen, anda perlulah ditambahkan semula.

2. Kategorikan perbelanjaan anda untuk sebulan yang lalu

Untuk mendapatkan gambaran sebenar ke mana wang kita dibelanjakan setiap bulan, kita perlu melihat bagaimana dan ke mana kita telah membelanjakan gaji sepanjang bulan lalu. Membuat salinan penyata bank selama 30 hari yang lalu, atau mengggunakan catatan melalui aplikasi. Ia secara automatik mengasingkan semua transaksi ke dalam kategori seperti Gaji, Makanan dan Barangan Runcit, Riadah & Hiburan, serta banyak lagi.

Sekarang, bahagikan semua perbelanjaan kepada tiga kategori: keperluan, kehendak dan simpanan. Ingat, keperluan ialah perbelanjaan penting yang anda tidak boleh hidup tanpanya, seperti sewa. Kemahuan ialah kemewahan tambahan yang anda boleh hidup tanpanya, seperti makan di luar. Dan simpanan ialah pembayaran balik hutang tambahan, caruman persaraan kepada dana pencen atau wang yang anda simpan untuk kegunaan "on rainy day" atau semasa terdesak.

3. Nilai dan laraskan perbelanjaan supaya sepadan dengan peraturan 50/30/20

Memandangkan kita dapat melihat jumlah wang yang digunakan untuk keperluan, kehendak dan simpanan setiap bulan, kita boleh mula melaraskan belanja agar sepadan dengan peraturan 50/30/20. Cara terbaik adalah dengan menilai jumlah yang dibelanjakan untuk keperluan setiap bulan.

Mengikut peraturan 50/30/20, kehendak bukanlah sesuatu yang berlebihan - ia adalah kebaikan asas yang membolehkan kita menikmati kehidupan. Sebenarnya untuk mengurangkan keperluan adalah satu tugas yang kompleks dan mencabar, adalah lebih baik untuk menentukan kehendak anda yang mana anda boleh kurangkan untuk kekal dalam lingkungan 30% daripada gaji yang dibawa pulang. 

Lebih banyak kita mengurangkan perbelanjaan untuk kehendak, lebih besar kemungkinan untuk kita capai sasaran simpanan 20%.


Road to Financial Freedom

"BEBAS KEWANGAN". Bunyinya seperti satu teori yang sangat menarik. Tetapi, hakikatnya sesiapa sahaja boleh mencapainya. Maksud saya, sesiapa sahaja - termasuklah seseorang yang pernah mempunyai puluhan ribu hutang pendidikan seperti awak, peminjam PTPTN.

Tidak kira apa jua masalah kewangan yang anda hadapi hari ini, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. MUngkin dengan cara anda membuat tracking perbelanjaan harian anda terlebih dahulu sebagai langkah pertama.

Dalam posting saya kali ini, kita akan cuba menyelami kepentingan kebebasan kewangan dan saya akan berkongsi beberapa petua kebebsan kewangan melalui pembacaan saya dan juga petua yang saya buat dan telah memberi kesan yang baik pada diri saya. 

Nak tahu? Teruskan pembacaan anda. Artikel ini mungkin panjang dan saya berharap anda tidak berasa bosan. Saya berharap juga agar artikel ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda dalam merancang kewangan anda untuk tahun baru 2023. 

Apa maksudnya "Financial Freedom"

First thing first, kita perlu faham dahulu apa itu yang dimaksudkan dengan Kebebasan Kewangan. Kebebasan kewangan bermaksud pemilikan sepenuhnya terhadap kewangan anda. Anda mempunyai aliran tunai yang kukuh dan membolehkan anda menjalani hidup yang diingini. Dalam erti kata mudahnya adalah anda mempunyai lebihan duit, simpanan  yang banyak, mampu membayar bil-bil dan tiada timbunan beban hutang langsung. 

Tetapi, mengambil kira rujukan daripada pakar kewangan  peribadi, menurut mereka - kebebasan kewangan mempunyai maksud berbeza bagi individu yang berbeza. 

Adapun yang menganggap kebebasan kewangan bererti 100% bebas hutang. Ada pula berpendapat kebebasan kewangan bererti seseorang individu memiliki wang simpanan yang banyak di dalam bank, sehingga boleh digelarkan sebagai Jutawan, yang mana mereka berupaya membeli apa sahaja barangan yang dihajati atau tiada tunggakan bil utiliti, bergaji besar, dan sentiasa mempunyai lebihan wang yang banyak.

Menurut Robert Kiyosaki, tokoh kewangan peribadi tersohor di dunia hari ini, beliau mendefinisikan kebebasan kewangan adalah, "apabila pendapatan pasif seseorang itu melebihi perbelanjaan aktifnya".

Merujuk pula kepada pandangan Zig Ziglar, pandangannya tentang kebebasan kewangan agak menarik untuk kita renungi. Beliau berkata, "Kebebasan kewangan adalah apabila anda mempunyai segalanya dalam hidup, sekiranya anda mampu membantu orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki di dalam hidup mereka."

10 Tips Untuk Capai Financial Freedom

1. Fahami titik di mana anda berada ketika ini

Kita tidak akan mencapai kebebasana kewangan tanpa mengetahui di mana titik kita berada sekarang. Setiap orang mempunyai starting point yang berbeza. Melihat kepada berapa banyak hutang yang ada, berapa simpanan yang kita tidak ada, dan berapa banyak wang yang diperlukan. Sedihkan apabila melihat kepada realiti ini. Namun, ini adalah langkah yang terbaik untuk mula memperbetulkan kesilapan lalu.

Mulakan dengan membuat senarai hutang seperti hutang rumah, hutang kereta, pinjaman pendidikan, pinjaman peribadi, kard credit, dan hutang-hutang lainnnya. Jangan lupa untuk masukan sekali hutang anda daripada kawan-kawan atau ahli keluarga yang anda pinjam selama ini. 

Kemudian, kumpulkan semua jumah hutang-hutang tersebut dan dapatkan jumlah akhirnya. 

"How much debt do you have?"

Adakah anda berasa lega selepas mengetahui jumlah hutang yang anda miliki? Boleh menarik nafas lega? 

Langkah seterusnya, kenalpasti pula berapa jumlah simpanan yang anda ada. Senaraikan segala simpanan termasuklah daripada savings account, saham, EPF, simpanan persaraan persendirian atau PRS dan lain-lain. Senaraikan juga pendapatan tetap bulanan seperti gaji, side income dan lain-lainnya.

2. Duit adalah sesuatu yang Positif bukan Memudharatkan

Mempunyai hutang yang banyak kadang-kadang membuatkan kita berasa kecewa dan tertekan. Tetapi kita perlu ingat bahawasanya wang adalah sesuatu yang baik untuk kita. Walaupun kadang-kadang ia seakan membawa beban buat masa sekarang.

Kita selalu memberi gambaran negetif terhadap wang, padahal kita menggunakan wang dalam setiap langkah kita. 

Pernah tak anda mendengar kata-kata ini, 

"Jangan bekerja untuk wang, tapi biarkan wang bekerja untuk anda".

Jika kita berfikir positif tentang wang, wang mampu memberi motivasi kepada, memberi tenaga dan menjalani kehidupan tanpa merasa tekanan. 

Lihatlah wang sebagai satu alat untuk anda mencapai impian anda. 

3. Matlamat - Duduk dan Tulis Matlamat Anda

"Why do you need money"

Sit down for awhile, think and write what your BIG WHY. 

Adakah anda ingin melangsaikan hutang selamanya? Adakah anda ada tempat yang teringin sangat untuk pergi? Atau, adakah anda perlukan satu amount simpanan untuk majlis perkahwinan, pendidikan anak atau persaraan?

Matlamat saya dahulu adalah untuk keluar daripada beban pinjaman pendidikan. Alhamdulillah, saya berjaya melangsaikannya pada tahun ini. Untuk mencapai matlamat tersebut, saya mengikatnya dengan matlamat  emosi saya untuk terus buat walaupun ia mengambil masa yang agak panjang tetapi point pentingnya adalah Kehendak dan Kesabaran. 

Sejujurnya, ia adalah satu pengalaman yang sangat menggembirakan. Selepas saya selesai hutang kereta dan seterusnya pinjaman pendidikan ia membuatkan fikiran saya ringan dan tidak stress lagi. 

4. Jejak Perbelanjaan

Langkah penting untuk mencapai kebebasan kewangan adalah dengan membuat tracking perbelanjaan anda.

"Track your Spending"

Seperti saya, sejak dari mula-mula bekerja lagi saya suka mencatat berapa gaji yang saya terima, dan kemudiannya saya akan senaraikan bil-bil yang perlu saya bayar. 

Saya juga akan "allocate" jumlah wang untuk perbelanjaan pada bulan tersebut. Kemudian saya akan catat setiap apa yang saya belanjakan. Jangan lupa juga reward untuk diri sendiri. Biasanya saya memberi reward pada diri sekali atau dua kali setahun. Pastinya satu perkara yang sangat-sangat saya impikan.

Selain itu, saya juga akan asingkan siap-siap wang untuk simpanan dengan cara alihkan sejumlah gaji ke akaun Tabung Haji on the day I received my salary in my bank account. 

Sebuah buku nota kecil memang dikhaskan untuk mencatat segala jenis perbelanjaan daripada gaji yang diterima pada setiap bulan. 

5. Bayar Dirimu Dahulu

Pernah tak anda dengar ungkapan seperti ini,

"Pay yourself first".

Saya percaya ramai yang pernah dengar, kan? Lagi-lagi kita kini berada di zaman segalanya di hujung jari. Segala maklumat kita boleh akses dengan hanya membuka Google. 

Ingatkan, saya pernah katakan, saya akan asingkan sejumlah wang ke akaun Tabung Haji. Yesa!!! Itu adalah bagaimana saya membayar diri saya terlebih dahulu. Saya akan pastikan wang itu tidak akan diusik selagi mana ia tidak diperlukan. 

Ingat, berdisiplin itu sangat penting!!!

6. Kurangkan Berbelanja

Untuk mengurangkan perbelanjaan ini adalah sesuatu yang agak sukar untuk dilakukan. Kalau boleh semua benda di dalam dunia ini kita mahu beli. Tetapi, bagi anda yang berniat untuk mencapai kebebasan kewangan, mengurangkan perbelanjaan adalah perkara yang sangat-sangat perlu untuk anda lakukan. Jadi, anda wajib kuatkan keimanan kalau tidak mahu terciduk.

Sebenarnya, ramai sahaja orang kaya yang tidak kelihatan seperti orang kaya. Seperti contohnya Mark Zuckerberg yang selesa dengan hanya memakai t-shirt kelabu dan jeans yang sama setiap hari. Atau pun seperti Steve Job.

Ramai mungkin tidak percaya dengan mengurangkan pembelian barangan boleh membantu kita menjadi lebih kaya. 

Di Malaysia ini, sentimennya berbeza, kerana ramai orang takut digelar kedekut jika tidak membeli barang dengan banyak. Walaupun mereka tahu, mereka tidak memerlukan barang tersebut. Kena ubah ya sahabat. Nak jadi kaya, kena mula dari sekarang. Buangkan tabiat membeli barang yang tidak perlu.

Dengan berbelanja dengan sedikit, dua perkara yang anda akan dapat iaitu yang pertama anda akan mempunyai lebihan wang untuk disimpan. 

Keduanya pula, anda akan belajar bahawa yang anda sebenarnya memerlukan sedikit barangan untuk teruskan hidup. Minimalise life style boleh membantu anda mengetepikan lebih banyak wang untuk disimpan. Berani tak buat begitu?

Jom kita teruskan ke next point...

7. Beli Pengalaman, Bukan Benda

Life is too short. Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyuruh anda menyorokkan kesemua wang simpanan sehingga anda tua. Anda berhak untuk menikmati kehidupan selagi mana anda bernyawa.

Sebenarnya, perkara yang sangat bermakna untuk anda menjalani kehidupan adalah pengalaman yang bermakna dan bukannya benda yang anda miliki. 

Cuba fikirkan kembali, apakah dengan membeli pelbagai jenis barangan akan memberi anda kebahagiaan untuk jangka masa panjang? Adakah hutang yang anda buat itu akan membuatkan kehidupan anda lebih baik? 

Pasti tidak, bukan? Pastinya tidak tidur lena memikirkan tentang hutang!!!

Jadi, tukarlah. Ubah dari sekarang!!!

Tiba masanya untuk membina kenangan yang lebih menggembirakan. Life is made up of moment. Moment yang terbaik datangnya daripada kualiti masa yang kita gunakan bersama ahli keluarha dan rakan karib. Dan sebahagian barang hanya sebagai alat untuk anda mencipta moment bersama kelaurga atau sahabat seperti contohnya menonton World Cup di TV skrin 72" bersama-sama hanya untuk satu malam sahaja.

8. Bayar Hutang

Teringat saya akan hal beberapa bulan yang lepas, di mana saya telah dihubungi oleh seseorang untuk dapatkan khidmat nasihat tentang kewangan. Sepanjang perbualan antara saya dan dia, akhirnya dia membocorkan rahsia yang dia sedang mengalami masalah hutang yang sangat kritikal. 

Sebenarnya, masalah ini selalu sahaja berlaku di kalangan government servant, kerana golongan ini mudah untuk mendapat kekukusan pinjaman.

Dua cara utama untuk membayar hutang iaitu cara pertama adalah "snowball method". Snowball adalah cara di mana anda membayar hutang yang nilainya lebih kecil dahulu. YAng keduanya pula dipanggil "Avalanche" iaitu dengan cara anda membayar hutang yang mempunyai kadar interest tertinggi dahulu.

Snowball Method

Jadi, bergantung kepada anda untuk memilih method mana yang lebih sesuai untuk anda. Apabila anda dapat membayar hutang yang banyak akan meringankan beban yang dirasai. Selepas anda dapat membayar hutang tersebut, anda akan dapat melihat jumlah wang di dalam bank meningkat kerana tidak perlu membayar hutang lagi. Bestkan.

Perasaan pada ketika itu sangat lega. Saya sudah merasainya. Tetapi, pada peringkat ini, anda kenalah berdisiplin kerana bila-bila masa sahaja syaitan akan menghasut untuk menjdai boros. Perasaan melihat jumlah yang banyak ini sangat menguji pada mulanya, dan ia juga boleh menjadi motivasi untuk terus mengembangkan wang tersebut untuk menjadi lebih banyak.

9. Melabur untuk Masa Depan

Ya. Ini adalah formula terakhir untuk anda capai kebebasan kewangan, dan ia adalah sangat PENTING!!!

Katakanlah anda telah mengikuti lapan tip di atas, anda telah bebas daripada hutang dan mula belajar untuk kembangkan simpanan. Ia mungkin cukup untuk membantu anda pada masa sekarang. Tetapi, kena ingat bagaimana sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka? Adakah anda bersedia untuk menghadapinya?

It is important to put aside money for rainy days. Saya bukan bercerita tentang musim tengkujuh, ya. Ia adalah tentang satu hari yang tidak dijangka, atau untuk persaraan atau untuk hari kematian anda. Bunyi seperti sangat...menakutkan. Tetapi dengan simpanan yang telah anda sediakan ini dapat membantu ahli keluarga anda untuk digunakan dalam segala urusan yang telah anda tinggalkan untuk mereka seperti membayar hutang yang anda tinggalkan, yuran pengurusan jenazah dan sebagainya.

Selain itu, anda juga perlu membuat satu simpanan dana kecemasan yang mencukupi, sekurang-kurangnya enam ke dua belas bulan gaji. Sebagai contoh gaji anda adalah RM 3,000 sebulan, dana kecemasan yang anda perlu sediakan adalah antara RM18,000 - RM36,000. 

Sejujurnya, jumlah tersebut kelihatan agak tinggi, lagi-lagi bagi anda yang tidak membuat banyak wang. Oleh itu, anda boleh mulakan dengan matlamat yang anda mampu dahulu - seperti dengan RM 100-200 untuk bulan yang pertama. Dan apabila anda mula mempunyai pendapatan yang lebih banyak atau pendapatan pasif - melalui dividen, saham, anda boleh mula tambahkan matlamat anda kepada RM500 sebulan, atau RM500 dua kali seminggu. Bergantung. 

Andai kata, anda tiba-tiba terlebih berbelanja dan menambah hutang kad kredit, jangan sesekali anda gunakan dana kecemasan untuk membayar hutang kad kredit tersebut. Anda perlu mencari jalan lain seperti menambah pendapatan aktif untuk membayar hutang tersebut.

Dana kecemasan adalah untuk perkara kecemasan yang tidak dijangka sahaja seperti rumah dihempap pokok atau kena ribut, kereta mengalami kemalangan dan kerosakan, atau untuk rawatan hospital yang tidak dijangka.

Dengan menyediakan wang untuk "hari hujan" atau persaraan, anda sebenarnya telah pun menghampiri matlamat asal anda iaitu untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan. 

Bonus - Number 10, Bina Pendapatan Tambahan

Sebenarnya, saya selalu mendengar rungutan daripada rakan-rakan terdekat, 

"Hutang saya lebih banyak daripda gaji saya. Gaji pula tidak naik-naik. Nak bayar hutang pun kadang-kadang terlewat, makan pun tidak cukup". 

Ini adalah kalimah yang bukan saya sahaja yang pernah dengar. Saya yakin anda juga pernah mendenganya, bukan? 

Jika anda seorang yang serius untuk mencapai kebebasan kewangan, anda perlulah sedia berkorban untuk mencapainya. "You have got to sacrifice some blood, sweat and tears". 

Tiba masanya untuk anda memulakan pekerjaan tambahan. Ramai yang mula melakukan kerja luar seperti menjadi Grab driver. Setiap pagi sebelum tiba ke office, mereka membuka Grab Apps dan mengambil penumpang yang mempunyai arah yang sama dengan perjalanan ke pejabatnya.

Penutup daripada Saya

Setiap orang, walaupun siapa anda berhak untuk mencapai kebebasan kewangan dengan syarat anda mematuhi setiap tips yang disyorkan, seperti di atas. Usaha dan kemahuan adalah point penting yang memainkan peranan untuk membantu anda mendapat pemilikan sepenuhnya ke atas kewangan anda dan yang paling penting adalah hak ke atas kehidupan sendiri.

Menjalani hidup mengikut kemampuan adalah lebih baik. Berjimat-cermat dan memastikan wang dibelanjakan pada perkara yang diperlukan seperti makan minum, tempat tinggal dan percutian (kerana kita juga perlukan masa untuk rehat dan melepaskan tekanan kerja).

Memiliki jumlah hutang di dalam hidup bukanlah sesuatu yang menggembirakan hati, malah boleh memberi tekanan perasaan. Bukan anda sahaja, termasuk juga diri saya. 

Di dalam konteks Islam itu sendiri, telah menekankan untuk mencapai kebebasan kewangan melalui firman Allah swt, yang bermaksud -

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan". - Surah al-Imraan, 133-134.

Di dalam ayat di atas, Allah swt menyeru kepada kita, hamba-Nya untuk berinfak harta tidak kira di waktu senang mahupun susah. Maksudnya, kita bebas untuk menggunakan harta yang dimiliki tanpa sekatan atau tuntutan pihak lain, demi untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah swt.

Begitu juga seperti di dalam hadis ini -

Daripada Aisyah ra, Nabi saw berdoa," Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur. Dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah al-Masih Dajjal. Dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari perbuatan dosa dan hutang yang tertunggak".

Sahabat bertanya, "Mengapa baginda sering memohon perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah".

Rasulullah saw, bersabda,"Sesungguhnya seorang lelaki apabila dia berhutang, dia bercerita lalu dia berdusta, dan dia berjanji lalu memungkirinya". - Hadis riwayat Bukhari, MuslimAbu Daud, An-Nasa'i, al-Baihaqi, Ahmad.

Di dalam hadis ini sendiri, telah menggambarkan betapa kebebasan kewangan itu sangat dituntut oleh Islam agar kita bebas dari melakukan kemungkaran umpamanya berdusta dan memungkiri janji.

Akhir sekali daripada saya, melihat kepada kemampuan kewangan, cuba mula untuk bina satu aliran pendapatan yang positif, bina pendapatan tambahan, membayar hutang mengikut jadual dan jangan biarkan ada tunggakan. Jika ada dapat lakukan ini semua, tanpa anda sedar anda sedang menghampiri kebebasan kewangan yang sebenarnya.

Jika anda suka akan posting ini, jangan lupa untuk tinggalkan pendapat anda. Jom sama-sama menuju kepada Kebebsan Kewangan yang sebenarnya.

Sekian, cik suri yang menulis.

Selamat Menyambut Tahun 2023. Assalamualaikum.



Masih berbaki seminggu lagi sebelum kita menjengah ke tahun baharu, sudah pastinya ramai pelabur ASB di bawah Permodalan Nasional ternanti-nanti akan pengumuman agihan dividen tahun 2022.

Baru beberapa jam tadi ASB telah mengumumkan dividen bagi tahun 2022 secara rasminya melalui laman Twitter rasmi ASNB iaitu ASNBmy_official. ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.35 sen seunit, bonus 1.25 sen seunit dan bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit bagi 30,000 unit pertama untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.


Pada tahun lalu, ASB mengumumkan jumlah agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Berikut adalah sejarah agihan pendapatan ASB sejak sepuluh tahun lepas iaitu sedari tahun 2011 sehingga 2021. Didapati bagi tahun ini agihan naik sebanyak 0.1% jika dibandingkan dengan dua tahun kebelakangan ini, iaitu pada tahun 2020 dan 2021.


Masih berbaloikan pelaburan unit trust ASB ini khususnya bagi pelabur-pelabur yang melabur menggunakan pembiayaan dari bank-bank yang berkaitan?


psssttt... 
Pelaburan Cik Suri di Unit Trust Public Mutual menghasilan pulangan 9.1% bagi tahun kewangan 2022. Lebih berbaloi jika dibandingkan dengan ASB. 

Sebelum Memulakan Pelaburan Unit Trust

PASTI ramai yang biasa mendengar mengenai unit amanah yang juga dikenali sebagai unit trust.

Unit Amanah ialah salah satu instrumen pelaburan yang sangat popular di Malaysia selain pelaburan saham, hartanah, emas dan macam-macam lagi.

Tetapi sebelum membuat persiapan untuk melabur ke dalam unit amanah, kita perlulah benar-benar mengetahui dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan unit amanah.

Jom kenali dahulu tentang unit amanah.

Unit amanah ialah wang daripada ramai pelabur individu yang dikumpulkan untuk membeli beberapa kelas aset berlainan dalam kuantiti besar.

Seterusnya pengurus dana yang profesional akan menentukan peratusan daripada dana yang akan dilaburkan ke dalam setiap jenis kelas aset, mengenalpasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai prospek serta potensi pulangan terbaik.

Setiap pelabur akan menerima unit di dalam dana yang mana setiap unit mewakili campuran pelbagai jenis kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap.

Persediaan yang perlu dititik beratkan

Setelah mengetahui dan faham tentang apa yang dimaksudkan dengan unit amanah, pastikan anda membuat persiapan terlebih dahulu sebelum memulakan pelaburan.

Terdapat lima persediaan yang perlu diberikan perhatian iaitu kenal pasti toleransi terhadap risiko; kenal pasti modal pelaburan; bandingkan prestasi dana; kenal pasti adakah pelaburan itu berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti; dan kenal pasti sama ada dana pelaburan unit amanah tersebut patuh syariah.

1. Kenal pasti toleransi terhadap risiko

Secara umum risiko boleh dikelaskan kepada rendah, sederhana dan tinggi. Lagi tinggi risiko, lagi tinggi potensi pulangan pelaburan atau kerugian.

Bagi mereka yang tidak sanggup untuk berdepan dengan risiko kehilangan modal, bermakna toleransi anda terhadap risiko adalah rendah. Maka, potensi pulangan juga adalah rendah.

Pelaburan saham pula dikategorikan sebagai berisiko tinggi. Menerusi pelaburan saham, pelabur berpotensi untuk mendapatkan pulangan setinggi 30 peratus sehari tetapi perlu juga bersedia untuk berdepan dengan risiko kerugian 30 peratus dalam masa sehari!

Untuk pengetahuan umum, unit amanah sememangnya tergolong dalam kategori pelaburan berisiko sederhana. Namun dalam pelaburan unit amanah itu sendiri ada yang berisiko rendah, sederhana dan tinggi. Ia bergantung kepada objektif dana itu berkenaan.

Oleh itu, pastikan memilih dana yang sesuai dengan tahap toleransi terhadap risiko. Pelaburan dalam unit amanah merupakan pelaburan dengan tempoh masa yang panjang.

Tempoh yang disarankan untuk pelaburan unit amanah adalah di antara lima hingga 10 tahun. Membuat pelaburan dalam jangka masa yang panjang sangat digalakan untuk mendapatkan manfaat keuntungan kumulatif.

Jika mampu untuk bersabar dan mahu lihat pelaburan dibuat terus berkembang tidak kira keadaan ekonomi bagus atau merudum, maka melabur dengan unit amanah adalah pilihan terbaik.

2. Modal pelaburan

Setelah kenal pasti kesesuaian pelaburan unit amanah yang dipilih, seterusnya ambil tahu pula berapa modal minima yang diperlukan untuk mula melabur. Ada dana yang memerlukan modal serendah RM100 ada yang memerlukan modal RM1,000.

Sesetengah syarikat unit amanah seperti Public Mutual yang membenarkan pelabur menambah pegangan unit dengan modal tambah minima RM100.

Pelabur tentukan pilihan kerana ia perlu sesuai untuk pelabur yang ingin melabur secara konsisten pada setiap bulan untuk jangka masa panjang.

3. Bandingkan prestasi dana

Perlu tahu bahawa tujuan melabur ialah untuk mengembangkan duit pelaburan. Jadi sebelum melabur bandingkan juga prestasi dana di antara dana-dana yang berada di dalam kategori sama.

Sebagai contoh, jika mahu melabur di dalam dana ekuiti bandingkan dulu prestasi dana daripada beberapa syarikat yang menawarkan dana ekuiti bagi memastikan kualiti dana dan pengurus dana adalah baik.

Tetapi harus ingat, bahawa prestasi terdahulu tidak menjamin prestasi akan datang. Jika pelabur perlu tukar ke dana yang lain untuk meraih pulangan yang lebih tinggi, maka bertukarlah.

4. Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti

Dalam dunia serba moden kini, terlalu banyak pilihan pelaburan yang ada di depan mata. Untuk itu, pelabur harus mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan unit amanah yang hendak dilaburkan itu telah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Ini kerana semua produk unit amanah mesti didaftarkan dengan SC, iaitu sebuah badan berautoriti yang mengawal selia semua jenis pelaburan di Malaysia.

Semakan ini perlu kerana mengikut data yang dikeluarkan oleh Bank Negara, seramai 974,301 individu telah kerugian RM3.8 bilion oleh skim-skim penipuan yang banyak terdapat di Malaysia.

5. Dana pelaburan unit amanah patuh syariah

Sebagai pelabur yang beragama Islam perlu memastikan dana yang mahu dilaburkan itu patuh syariah. Ini bagi memastikan pulangan daripada pelaburan tersebut adalah halal.

Tips: Elak daripada melabur ke dalam pelaburan dana konvensional yang mempunyai unsur-unsur riba, judi atau ketidakpastian. Biar pulangan diterima sedikit asalkan berkat, itu adalah lebih utama daripada mencari keuntungan yang tinggi tetapi melalui jalan yang tidak halal.

Ad Code

Responsive Advertisement