Thursday, May 30, 2013

::HARI TAK JADI::

Assalamualaikum

Hari Jadi atau Hari Tak Jadi. Apa tu?

Actually, hari ini genaplah usia Cik Suri 28 tahun. Dah tua dah. Tapikan, banyak lagi perkara yang belum saya capai dah bereskan. Sempat atau tak? Harap-harap masih diberi kesempatan oleh Allah untuk Cik Suri sempurnakan impian Cik Suri sebelum mata ditutup. Mati itu pasti, hidup belum tentu ~Saifudin a.k.a Laksamana Sunan~

Masih ramai kawan-kawan yang masih ingat dan tidak lupa untuk men'wish'kan Selamat Hari Jadi...Happy Birthday. Terima Kasih atas ingatan dan ucapan, wahai sahabat.

Ade cite best. Tapi bagi saya tak best pun. Biasa-biasa je. Tapi budak-budak opis sukalah sangat. Dapat makan free sape tak suka kan. Itu, Training Manager saya belanja ice cream. Tak tau eskrem ape. Saya tak makan pun lagi. Budak opis yang beria-ia nak makan, sampai suruh saya pergi "jemput" die join kite makan lunch. Tak pernah-pernah nak ajak tetiba harini suruh saya panggil dekat bilik ajak join kitorang makan dekat pantry. Uh...takdenye aku nak layan. Nanti, dia kata saya buang tebiat la pulak. Tak perlulah nak hipokrit. Apa yang penting dah ucap terima kasih sudahlah. Dia tau lah nak join *memang pun die selalu jugak datang borak kat pantry bile nampak kiteorang tengah berkumpul*. So, tak payahlah nak paksa-paksa saya "jemput" dia. SERABUT tau, dan obvious sangatlah kalau tetiba saya panggil dia. Sayakan MUSUh dia. 

Entahlah...kadang-kadang kelakar jugak kerja dekat sini. Ramai orang yang mental. Termasuklah saya. Tapi, saya masih lagi BN. Nak tahu ape itu BN. Bukan Barisan Nasional tapi Budak Naive. Asyik kena buli aje, kena hentam, kena pelekeh, macam-macam lagi. Kalau saya wat muka serious nanti orang kata saya poyooo, sombong, berlagak, kepala hangin bagai. Susah tau. Pening kepala.

Dia orang mesti cop saya kedekut. Yelah, mintak besday girl yang comel ni belanja cake. Patutnya, diaorang lah yang belanja saya cake. Besday saya kan. Saya malaslah nak layan. Buat tak tau je. Dah la keje banyak, bukannye nak tolong. Tiga hari tau saya bertukus lumus menyiapkan company profile. Sepuluh set pulak tu. Dah la tak prepare apa-apa lagi untk external audit dari Baker hughes, Isnin depan. Banyaknye tak settle lagi. In Shaa Allah, esok saya try to settle semua document. At least biar nampak cantik. Dahlah, saya kena represent Training Manager. Dan-dan jer ada big problem kat Singapore *katenya Big Problem*. Tak tahu lah saya. Husnuzon, okey...!!!

Saya plan lepas auditlah belanja budak-budak opis nih cake. Homemade cheesecake. Buatan Cik Suri Shomel Lotey :)

I wish happy birthday to myself and to my friend , Nor Ali. We share the same date :)

Akhir kata, penutup kalam "Selamat Malam & Selamat Hari Tua"

Ya Allah,  Alhamdulillah kerana masih memberi peluang untuk menumpang di Bumi-Mu.
Ya Allah, Kau ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, dosa sahabatku dan dosa umat Islam di dunia ini.
Ya Allah, Kau peliharalah agamaku Islam, jauhilah aku dari perkara syirik.
Ya Allah, Kau lindungilah aku, keluargaku, sahabatku, dan umat Islam di seluruh dunia ini.
Ya Allah, terima kasih kerana masih memanjangkan umurku. Aku bersyukur :)

Senyum Sokmo :)

Wassalam

Tuesday, May 28, 2013

::WAKE-UP CALL::

Assalamualaikum

Tajuk entry kali macam keputusan pengundi tempoh hari pulak. Wake up call for BN. Kebangkitan generasi muda. Tapi, entry Cik Suri tak ade kaitan dengan election tempoh hari yer. Dah basi dah hal mengundi tu. Ape yang penting kite kena move on memajukan diri sendiri. Usaha tanpa jemu dan terus berusaha. No one can help us kalau bukan kita yang lakukan sendiri.

Wake up call untuk Training Manager Cik Suri. Bukan Cik Suri sengaja ingin mencari pasal dengan dia. Tapi just nak bagi reminder dekat dia. Lagi pun Cik Suri dah ingatkan sebulan yang lepas. Dia lagi suka mengambil jalan sambil  lewa. Bila Cik Suri hantar email and CC to Quality Director in Singapore, baru gelabah tak tentu pasal. Pastu, bukan dengan menjawap issues yang Cik Suri bangkitkan, tetapi dengan professionalnya dia lebih suka mengata ada gapping between me and him. What the hell. Kerja aku siap kut. My intention is to remind you about our QMS system and to complete the filing system. Kalau dah record delayed since dari January lagi, ape yang ko buat. Do nothing but talk to much.

Inilah orang kata, bunyi banyak kerja tak jalan. Bukan satu dua benda yang Cik Suri remind dia tak take action. Banyak weii...!!! Tak tahulah ape yang dia buat kat dalam bilik tu. Bila cakap kat phone je baru nak keluar bilik and ulang alik depan kiteorang nih sambil cakap kuat-kuat. Kalau cakap in Malay or English, still accepted. Dah la cakap bahasa Urdu *bukan Urdu tapi Hindi*, pastu buat-buat gelak kuat-kuat. Sooo annoying.

Cik Suri tak paham betul lah dengan orang-orang atasan nih. Yang buruk still nak simpan, yang elok dibuang camtu jer. Tiga minggu lepas, dengan senangnya kite punya CEO turun sini and then terminate our Operation manager cantu jer. Notice 24 hours. Kesian dekat dia. Dialah harapan kita orang nak melihat satu perubahan dalam company. Tapi, tetiba je harapan tu hancur camtu jer... Ibarat debu hilang ditiup angin. Keadaan kembali seperti mula-mula Cik Suri masuk sini. Tidak teratur. Sadisnya!!!

Tiada apa yang mampu Cik Suri lakukan. Teruskan saja kerja, lakukan selagi perlu. Cik Suri perlukan perubahan jugak. I have to move on, for a better future and to develop my skills and career. I don't see my future here. I just like memperhambakan diri untuk kepentingan dua ekor makhluk perasit nih. Kesiannya!!!

Selamat Malam dan...
Jangan lupa, Senyum Sokmo :)

Wassalam

Sunday, May 19, 2013

::NOVEL::

Assalamualaikum

Waaahh....Apa khabar semua kawan-kawan.
Lame benar Cik Suri tak update belog ni yer. Nak kate busy, tak la jugak. Almaklumlah orang sibuk nak election hari tu, Cik Suri pun sibuk sekali lah. Makna nye menyibuk...hehehe :)

Banyak cerita yang Cik Suri nak kongsikan, tapi malas nak menaip. Idea nak mengarang pun tak banyak. So, tak ter'update' la blog Cik Suri ni.

Semalam Cik Suri ajak Cik Liana, BFF Cik Suri lepak kat pantai. Saja mahu amek angin. Sambil-sambil tu ingat nak amek gambar nak buat background page jualan baju kurung Cik Suri. Ermm...malangnya, Cik Suri tak secantik mana untuk menjadi model product sendiri....huhuhu sedihnya....

Dah Maghrib baru nak balik ke rumah. Cik Liana pulak ajak Cik Suri dinner dulu. Maknanya, terpaksalah Cik Suri tumpang solat Maghrib di rumah dia dulu. Sedang siap-siap nak keluar makan malam, terpandang pulak dua buah novel di hujung katil Cik Liana. Pinjam kejap...Dengan selamba Cik Suri telah membawa keluar novel-novelnya. Dah lama tau Cik Suri tak baca novel. Kita naik kan balik mmood remaja. Sedar diri dah tua. Tak lama nanti, genap umur 28 tahun.

So, malam tu Cik Suri duk pulun lah baca novel cintan-cintun nih...Tak sampai separuh dah mengantuk. Seriously Cik Suri tak boleh baca novel cinta. Sedih!!! Siap leh nangis lagi.Tu yang tak suka baca novel cinta nih. Cik Suri lebih suka baca action and thriller novel. Macam tulisan Ramlee Awang Mursyid dan James Patterson. Dua-dua nih faverate novelist Cik Suri.

One thing yang Cik Suri nak share. Cik Suri kan pinjam dua buah novel dari BBF Cik Suri tu. LAgi satu tu mak Cik Suri baca and dah nak habis satu novel. Pagi tadi dia start baca and untuk masa ni, tinggal beberapa pages lagi untuk dia habis.  Tadi Cik Suri usik dia, " Kuat study, exam ke esok". Ambik tergelak besar dia. Habis tu kusyuk sangat duk baca novel. Hahaha :)


SMILE

Wassalam :)