Assalamualaikum
Tajuk entry kali macam keputusan pengundi tempoh hari pula. Wake up call for Barisan Nasional. Kebangkitan generasi muda.
Tapi, entry Cik Suri kali ini tidak ada kaitan dengan election tempoh hari ya. Sudah basi hal-hal mengundi itu. Apa yang penting kita kena move on untuk memajukan diri sendiri. Usaha tanpa jemu dan terus berusaha. No one can help us kalau bukan kita yang lakukan sendiri.
Wake up call untuk Training Manager Cik Suri. Bukan Cik Suri sengaja ingin mencari fasal dengan dia. Tapi just nak bagi reminder dekat dia. Lagi pun Cik Suri sudah ingatkan sebulan yang lepas. Dia lagi suka mengambil jalan sambil lewa. Bila Cik Suri hantar email and cc to Quality Director in Singapore, baru menggelabah tidak tentu fasal. Barulah hendak bising dan mula menempel dekat Cik Suri. Malas hendak tolong!!!
Lepas itu, bukannya dia menjawap issues yang Cik Suri bangkitkan, tetapi dengan professionalnya dia lebih suka mengatakan ada gapping between me and him. What the hell. Kerja aku siap kut. My intention is to remind you about our QMS system and to complete the filing system. Kalau sudahnya record delayed sejak dari January lagi, apa yang kau buat. Do nothing but talk to much.
Inilah orang kata, bunyi banyak kerja tidak jalan. Bukan satu dua benda yang Cik Suri remindkan dia, tapi tiada tindakan yang diambil. Banyak weii...!!!
Tak tahulah apa yang dia buat dekat dalam bilik tu. Bila jawab phone call, baru nak keluar bilik dan ulang alik depan kita orang sambil cakap kuat-kuat. Kalau cakap dalam bahasa Melayu atau English, still accepted. Sudahlah cakap bahasa Urdu *bukan Urdu tapi Hindi*, lepas itu buat gelak kuat-kuat. Sooo annoying.
Cik Suri tidak faham betullah dengan orang-orang atasan ini. Yang buruk still nak simpan, yang elok dibuang macam itu sahaja. Tiga minggu lepas dengan senangnya CEO kami turun datang ke office sini dan terminate our Operation Manager macam itu sahaja. Notice 24 hours. Kesian dekat dia. Dialah harapan kami untuk melihat satu perubahan dalam company ini. Tapi, tiba-tiba harapan itu hancur begitu sahaja. Ibarat debu hilang ditiup angin. Keadaan kembali seperti mula-mula Cik Suri masuk sini. Tidak teratur. Sadisnya!!!
Tiada apa yang mampu Cik Suri lakukan. Teruskan bekerja sahaja, lakukan selagi perlu. Cik Suri perlukan perubahan juga. I have to move on, for a better future and to develop my skills and career. I don't see my future here. I just like memperhambakan diri untuk kepentingan dua ekor makhluk perasit ini. Kesiannya!!!
Selamat Malam dan...
Jangan lupa, Senyum Sokmo :)
Wassalam
WAKE-UP CALL
by
Suri Suriyani
on
May 28, 2013
Assalamualaikum Tajuk entry kali macam keputusan pengundi tempoh hari pula. Wake up call for Barisan Nasional. Kebangkitan generasi muda....