BAIK DAN BURUK

Assalamualaikum

Mungkin agak lambat Cik Suri untuk upadate cerita ini. Semalam, Cik Suri dikhabarkan dua berita. Satu berita baik dan satu lagi berita yang memang kurang baik. Dua-dua melibatkan hal-hal di pejabat.

Yang pertamanya, berita buruk dulu yang dikhabarkan oleh CM Cik Suri, iaitu seorang staff kami telah terlibat dengan accident dan telah dimasukkan ke dalam wad ICU. Keadaannya sangat kritikal dengan kecederaaan yang agak serius. Dia juga merupakan adik kepada our supervisor dan baru saja pulang dari Miri setelah hampir 2 bulan berkampung di sana atas tuntutan kerja.

Sungguh terkejut, baru saja jumpa dia hari Jumaat lepas dan pada malam Sabtu, dia telah ditemui terbaring di jalanraya akibat terjatuh daripada motosikalnya dan kepalanya telah terhantuk pada pili bomba di tepi jalan. Akibat daripada hantukkan itu, kepala dia pecah di bahagian atas dan hadapan. Juga soket matanya retak, dan bahagian paru-parunya cedera. Darah mengalir dari telinga, hidung dan mulut. Diberitahu oleh supervisor, ketika ini darah masih belum berhenti mengalir keluar dari telinga. Tidak dapat Cik Suri bayangkan bagaimana boleh berlaku sebegini teruk, adakah mungkin kerana hentakkan itu terlalu kuat. Tidak dapat dipastikan.

Oleh itu, marilah kita sama-sam doakan agar beliau dapat sedar dan sihat. Walaupun, telah diberitahu oleh doktor bahawa harapan untuk sihat adalah 50% between live and death. Tetapi, kita sebagai umat Islam, masih bergantung harap kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dan Maha Merancang. 

Berita baik pula...

Erm, Cik Suri akan sambung esok. In Shaa Allah..

Wassalam!!!

Selasa, 26 March 2013

Assalamualaikum

Seperti yang Cik Suri janjikan, hari ni kite sambung cerita semalam. Maaflah, Cik Suri tak berniat untuk membuka entry lain, hanya continue dari post semalam jer. Okeylah kan, hehehehe :)

Berita baik yang Cik Suri ingin bagitahu adalah company yang sedang Cik Suri kerja ni dah dapat certificate API Q1 pakej dengan ISO 9001:2008 dan ISO/TS 29001.

Bak kata Quality Director, " we are the first organisation in the world to have MULTI Site Certification and we are the only INSPECTION COMPANY (highlight dengan cap letter) in Asiapacific to have such certification".

 Nah... kau hade...hade..hade...tak de kannn!!! hehehe

Nak kate bangga tak jugak, walaupun berpayah bersusah Cik Suri prepare untuk audit time tu. Siap tak beraya tau sebab kena pergi training di HQ di Singapura. Balik office lambat dan berovertime nak make sure sume document follow our QMS. Tapi, QMS sendiri dah tak betul, tambah lagi dengan top management yang kacau lana *bahasa Terengganu*. Jadi, Cik Suri pelik macam mane boleh lulus. Time audit pun, banyak NC major-minor yang kita dapat. Apa-apa sajalah. Janji diorang puas hati.

Update sikit pasal staff yang accident semalam.
Semalam beberapa orang officemate pergi melawat dia di Hospital Kuala Terengganu, keadaan dia masih tidak berubah. Masih bleeding, keluar dari telinga, mulut. Kata mereka, doctor terpaksa suntik morfin hendak kasi dia tidur kerana dia akan meracau dan tangan dia akan garut pada badan. Risau akan badan dia luka, jadinya terpaksa suntik morfin tu.

Sama-samalah kita doakan agar dia dapat sembuh semula. In Shaa Allah. Al-fatihah!!!

Sekian,

Wassalam



2 comments:

nabihah said...

kepala dikhabarkan ape sue?hehe

Suri Suriyani said...

Beeha...
typo..tulis tak abis...hahaha
actually kepala dia pecah. agak teruk lah...rasanya macam ade pendarahan di otak sebab darah kuar tak henti2 dr telinga...
dah lebih 3hari tapi doctor tak leh nak buat operation.kena tunggu sampai dia stabil kut...member pegi melawat semalam cakap mungkin arini atau esok baru boleh operate...

Ad Code

Responsive Advertisement