Doctor

Assalamualaikum

Dulu cita-cita Cik Suri hendak menjadi seorang doctor. Puas belajar tapi nak buat macam mana tidak tercapai juga impian untuk menjadi doctor. Tapi saya sangat bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada saya untuk belajar dalam bidang geology. Mungkin memang Allah tetapkan bukan rezeki untuk menjadi seorang doctor, tapi bukan rezeki juga untuk menjadi geologist yang berjaya.


Entahlah. Sejak dua-tiga hari ini fikiran tidak selesa. Selalu memikirkan tentang sesuatu. Mungkin kerana Cik Suri di"suspect" menghidap penyakit itu. Jadi, mula rasa menyesal, dulu tidak serius belajar untuk menjadi seorang doctor. Mungkin dengan menjadi doktor sekurang-kurangnya dapat tau serba sedikit tentang sakit dan penyakit.  

Takut ke?!!!

Tak tahu. Cuma fikiran macam masih belum positive untuk memikirkan tentang itu. Walaupun, pernah Cik Suri memujuk hati ini "Bukan aku seorang sahaja yang sakit. Ramai lagi. Allah memilihku untuk menjadi salah seorang daripada mereka".

Kalau Cik Suri jadi doktor pun, mampukah diri ini mengubati diri sendiri. Benda macam ni memang tidak kita duga kerana semua itu ketentuan Allah. Sesungguhnya bila Allah berkata, " Kun, fa yakun". Jadi maka jadilah. Cik Suri kena ingat, setiap kejadian itu adalah atas kehendak Allah. 

Jadi, Cik Suri REDHA.
Redha dengan seikhlas hati ini.

Dan...

Ya Allah, kuatkan hati ini.

Sekadar menulis untuk tenangkan hati.

2 comments:

Noname said...

Assalamualaikum su...apa khabar?lama tak dengar cerita..aktif lg kat blog yer..

Suri Suriyani said...

Wsalam...
Dulu dah stop tulis blog ni...
tp masuk 2013 ni, rasa rajin pulak nak mengupdate blog...hehehe

Siti ape khabar?

Ad Code

Responsive Advertisement