TUNANG PALSU

Assalamualaikum

Alamak. Parah-parah. Nampaknya dosa banyak Cik Suri. Dosa menipu. Ingatkan cite nih dah basi. Rupanya belum lagi. Salah Cik Suri jugak dan salah orang yang start buat spekulasi dari awal lagi. Ni semua gara-gara nak mintak cuti hujung tahun lepas.

Cik Suri tipu Country Manager (CM). Asalnya nak apply cuti untuk vacation dengan family. Then, reason for applied tu Cik Suri tulislah "Family Matters”. Tetapi, si En. Kacang a.k.a Training Manager a.k.a Si Bangla tu sibuk nak tau dan dia tanya dekat officemate Cik Suri yang Cik Suri nak kahwin ke. Pastu, officemate Cik Suri suruh tanya Cik Suri sendiri. Dia ade tanya Cik Suri, dan Cik Suri tak cakap apa-apa pun. Senyum jer. Masa tu Cik Suri menafikan, then dia cakap Cik Suri nak engaged pulak. Cik Suri buat tak tau saja sebab malas nak layan dia. Sengih jer yang mampu sebab nak tengok muka dia pun meluat. Tup-tup, sebab dia suka "membijakkan" diri dia sendiri, dia pun kecoh dekat CM yang Cik Suri nak engaged. Makanya, bermulalah penipuan, kerana Cik Suri pun olok-olok jugak dekat CM tu dan dia percaya pulak. Aduh!!!

Sehari sebelum Cik Suri start cuti, tetiba CM nak cancel cuti Cik Suri sebab ada staff dari Singapore nak datang dan buat audit. Audit nih buleh jer berjalan dengan lancar walaupun dengan ketiadaan Cik Suri. Tetapi, disebabkan en. kacang nih terlalu bijak, dia letak harapan kepada Cik Suri untuk menjawab semua soalan semasa audit. Peranan Cik Suri penting tau. Cik Suri bos kepada bos Cik Suri sendiri.

Bermula dari situlah, penipuan tentang bertunang menjadi serius. Cakap tak leh cancel cuti sebab semua orang sibuk untuk majis tunang tu and CM tak boleh cancel cuti Cik Suri. Padahnya.

Lepaslah Cik Suri dengan cuti empat hari. Pergi berjalan-jalan di Melaka. Melawat kakak dan anak buah Cik Suri yang comel tu. Memang plan hendak ke Melaka sebab mak Cik Suri bawak adik-adik bercuti di rumah kakak Cik Suri. Cik Suri pun sibuk sekali nak bercutilah.

Masuk je office lepas bercuti, rupanye dapat tau staff dari Singapore tak datang pun. Visa tak apply lagi, lagi satu sebab surat untuk masuk ke Malaysia tak approved lagi. Tak settle pun lagi. Kadang-kadang tu memamng bengang dengan diorang nih. Suka buat plan on the spot and benda tak settle lagi, dah kalut-kalut. Ini semua berpunca sebab ramai sangat staff dari negara Taj Mahal tu. Kalau kerja bagus takpe lah, ni kerja macam hampeh jer. Menyakitkan hati adalah. Cik Suri bukan bersifat racist yer, but this is fact. They are diffrent if we compare with our Indian in Malaysia. Cik Suri loves Malaysian. 

********************

Tapi, hari ini. Bermula lagi penipuan itu. Sebab mereka ungkit pasal this fake engagement. Dan, Operation Manager baru ni tanya Cik Suri pasal pertunangan ini. Cik Suri menipu lagi dengan mengiyakan soalan dia. Macam mana!!! Tambah dosa lagi!!!Aku yang berdosa!!! 

Cik Suri tak boleh nak berterus terang. Takut CM marah sebab menipu dia dari awal. CM Cik Suri garang. Macam mana. Sampai bila nak menipu.

Dulu Cik Suri pernah ada tunang palsu. Tapi, tunang palsu Cik Suri dah kahwin, cuti hari tu pergi majlis kahwin die lah. So, kiteorang dah tak boleh berlakon lah. Dulu selalu jugak mintak tolong dia menyamar sebab Cik Selalu selalu kena kacau dengan seorang mamat nih, ex-classmate Cik Suri masa Form 3. Sampai gangguan tu sampai ke tahap yang tak boleh blah, jadinya terpaksa mintak tolong kawan ni menyamar jadi tunang palsu Cik Suri. Sekarang, dah tak ade siapa boleh jadi penyelamat Cik Suri.

Aduh. Runsing-runsing. Masalah yang dicipta sendiri.

Wassalam :)


No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement