Thursday, March 14, 2013

::NYARIS::

Assalamualaikum

Nampaknya, minggu ni tak berapa baik untuk Cik Suri. Hari Ahad lepas Cik Suri kena langgar dan hari ini hampir kena langgar lagi. Dari belah tepi. Huhu...Scarrryyyy!!! Ketar satu badan. Menggigil dan kecut perut.

Kenape lah boleh jadi camni. Nyaris betul. Cuai lah saya.  

Tadi dah hati-hati drive. Masa nak lintas tu dah pandang kiri dan kanan. Tapi tak perasan pulak  macam mane boleh ada kereta dari simpang belah kiri tu. Kat tepi Cik Suri ade motor. Cik Suri tengok motor tu lalu tapi bile Cik Suri dah lalu belah dia, dia macam berenti dekat simpang tu tapi Cik Suri terus jalan. Ya Allah, terkejut sangat. Alhamdulillah kereta tu sempat break dan Cik Suri pun break same sambil paling arah dia. Husband and wife. Wife die pandang macam nak gaduh dengan kite. Huhuhu...

Kalau lihat jarak antara kereta Cik Suri dengan kereta dia, tak sampai 1 pembaris yang 30cm tu. Nyaris sangat!!!

Cik Suri memang cuai. Syukur tak ade ape-ape jadik.
Yang ni lakaran masa Training Manager Cik Suri langgar.
Apa-apa pun Cik Suri selamat. Encik Sunan pun selamat. Alhamdulillah. Kereta orang tu pun selamat. 
Pengajaran untuk Cik Suri, kena lebih berhati-hati. Tapi sekarang ni, perasan Cik Suri, takut nak drive. Terasa serik pulak. Ngeri pun ada.

Wasalam. Semoga semua selamat.

No comments: