BOYEN, SI ABE GALOK

Assalamualaikum

Hai...Nama saya Pok Yen. Tapi Cik Suri telah tukar name saya kepada Abe Galok. Sungguh kejam Cik Suri!!!
























Ah'ha...
Inilah dia kucing yang nakal, Mr. Pok Yen. Name dia Pok Yen sebab bulu dia berwarna oren dan juga matanya yang sama colour dengan bulu die. 

Tetapi,
Malang nasibnya, kerana Miss Suri telah menukarkan nama dia kepada Abe Galok. Kenapa? Why? Why she change my name?!!!
Padan muka mu Pok Yen. Siapa suruh galak sangat, kan dah dapat gelaran Abe Galok. Hehehehe...
Saya tukar nama dia ni bersebab tau...

Nak tau kenapa....
Sebab dia ni aktif sangat. Suka menikus. Suka acah-acah nak cakar orang. Suka kejar orang. Suka kacau orang. Suka masuk dalam selimut orang. Suka naik atas badan orang. Suka tidur dekat punggung mak kita. Suka curi ikan mak kita. Suka tidur dekat katil kakak kita. Suka kacau orang main laptop. Suka tarik tali mouse. Suka tarik tali headphone kita. Dan yang paling penting, suka cakar kaki kita yang tengah berayun atas kerusi sambil tengok cerita drama Korea Selatan. Kacau betul. Terkejut Cik Suri tau!!!

Galok kalau dalam loghat Terengganu banyak maksudnya. Biasa kita akan kata, galak tu gatal, salah satu maknanya. Satu lagi, galok bermaksud aktif, suka bermain ke hulu ke hilir dan juga bermaksud gediksss!!!
Hahaha...Pok Yen gediksss!!!

Pok Yen seekor sahaja yang masih tinggal. Asalnya, Pok Yen ini ada empat beradik iaitu Pok Yen, Pok Tam, Tompok dan Putih. Tapi, biasalah anak kucing, umur dia orang tidak panjang. Ada yang mati sebab kurus sangat. Tak cukup susu. Asyik Pok Yen minum. Kesian adik-adik dia kelaparan, Tompok dan Putih mati tidak cukup susu. Yang si Pok Tam mati sebab kecacingan. Tak tau macam mana boleh sakit kecacingan. Tapi, Pok Tam memang kurus dan kurang makan. Dia pun jarang minum susu ibu dia.

Akhirnya, tinggallah Pok Yen. Senang-lenang duduk dekat rumah. Siang tidur, malam pula kacau orang tidur. Ataupun kacau cicak dekat tingkap dapur atau ruang tamu kalau dia tidak ada kerja hendak buat. 

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement