GURU ATAU PENJAGA

Assalamualaikum

"Guru-guru diingatkan jangan marah, denda, rotan atau mengambil tindakan disiplin jika murid tidak buat kerja sekolah atau tidak mahu belajar. Penjaga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap guru jika berbuat demikain"



Jangan main-main tau. Sekarang ni ibu bapa boleh ambil tindakan undang-undang sekiranya cikgu denda, marah atau rotan anak mereka atas sebab tak buat kerja sekolah atau tak nak belajar. Amboi, besar kuasa ibubapa nih. Nak anak depa pandai atau dop nih. Naik lemak lah budak-budak nanti. Cikgu pukul sikit kena saman. Cikgu rotan sikit dah kena masuk jail. Kesian kau cikgu. Nasib cikgu zaman sekarang lah.

Kalau macam nih, ape guna profesion perguruan diwujudkan. Apa fungsi jawatan cikgu diadakan. Bukankah ia diwujukan atas kerana untuk mendidik anak-anak kita. Ibubapa zaman sekarang confirm-confirm dah tak sempat nak didik anak. Balik dari kerja pun belum tentu leh jenguk anak atau tak. Untung-untung, anak dah tidur. Jadi, bagaimana ibubapa ni ada masa untuk melihat pelajaran anak-anak dia.

Dulu ingat la zaman-zaman saya sekolah. Selalu kena ugut dengan parents kalau malas belajar, mak nak report dekat cikgu. Hah...betapa pentingnye peranan cikgu zaman tu. Cikgu yang marah kite weii...bukan mak kite. Cikgu nak pukul, pukul lah, jangan sampai mati sudah. Janji anak kite pandai. Ingat lagi, itu kate-kate mak ayah saya. Betapa diorang nih meletak harapan pada cikgu supaya mendidik anak-anak. Hendak nya anak-anak berjaya. Tak masuk uni. pun takpe, janji perangai elok, jadi orang budiman.

Dibandingkan zaman millenium nih, anak-anak dah banyak terdedah pada perkara-perkara negative. Kau bukak je internet tu, macam-macam kau dapat. Baik ada, tak baik berlambak-lambak. Pilih jer mane kau nak. Telefon bulih rakam macam-macam. Tengoklah, banyak mane kes sosial anak-anak zaman sekarang nih. Fenim-fenim. Tu lah fungsi cikgu, untuk pantau diorang. Activities siang anak-anak. Ibubapa confirm-confirm sibuk bekerja. Lainlah, ibu kita zaman dulu-dulu. Diorang tak keje, masih ade mase nak didik, tengok-tengokkan anak-anak.Kalau lah cikgu tak leh nak sentuh langsung, bertambah rosaklah. Tak ade sape leh tegur mane yang baik, mane yang tak baik. Mana yang boleh kite buat, mane yang tak bulih kite buat.

Nasiblah. Hendak buat macamana. Itu pilihan kita. Kalau kita mahu anak-anak kita berjaya, let it to cikgu to do their job, but in the same time, kite pun kena main peranan jugaklah sebagai parents. Jangan 100% let it to cikgu. Had cikgu hanya di sekolah, dan selebihnya milik ibubapa untuk melihat dan mendidik anak mereka sendiri. Kedua-duanya, saling bergantung, demi membina anak-anak yang cemerlang masa depannya.

 Pengalaman di sekolah adalah kenangan yang paling indah bagi saya. Banyak benda yang saya belajar, baik daripada guru-guru mahupun kawan-kawan. Dan, saya selalu teringin mahu kembali ke zaman sekolah. Kerana ia adalah sesuatu yang paling indah.





Saya sayang cikgu saya, saya sayang mak ayah saya dan saya sayang kawan-kawan saya.

Wassalam...\(^_^)/

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement