ADIL
Assalamualaikum.
Ini entry saya yang kedua. Bukan sambungan untuk entry SUARA
KITA. Kali ini saya letak tajuk ADIL.
Kenapa ADIL. Maksud ADIL. Kalau ikutkan pada buku rujukan
Pendidikan Islam Tingkatan 4 atau 5 (random), adil bermaksud meletakkan sesuatu
betul pada tempatnya. Kalau mengikut kepada carian mr. google, adil bermaksud kesamarataan. Fair and
square, bak kata mat saleh bulu ketiak kuning.
Tadi waktu lunch, biasa lah kalau sudah namanya perempuan makan
pun sambil sembang. Jadinya, saya telah mengeluarkan suatu statement
menyebabkan mereka tak setuju *mungkin*?
Apa saya kata?
Ayat saya lebih kurang macam ni,:
“Saya mintak maaf, jangan ambik hati saya nak cakap ni. Kita
kalau jadi parents, bagilah kasih sayang yang sama rata pada anak-anak”.
Mereka bukanlah tidak setuju tetapi kurang bersetuju dengan
kata-kata itu. Entahlah. Mungkin maksud yang ingin saya sampaikan tidak
tersampai atau mungkin tersalah faham.
Kenapa saya berkata begini.
Saya bujang and memang tidak ada pengalaman as a parent.
Tetapi ada sebab kenapa saya berkata begitu kerana, one of my officemate ni cakap:
Lebih kurang macam nih:
Si A, “ Beza anak yang minum susu ibu dengan susu botol. Tengok macam A*tak boleh bubuh
nama sebenar* taat dan dengar cakap ibu. Kalau si E ni, lain sikit perangai.
Disambung pula,
Si B, “ Ehem…Q *name anak die, maaf xnak sebut*…mmg minum
susu dada kejap aja. Lepas tu dah tak mau, nak minum susu botol gak. Itu yang
perangai lain pelik sikit. Sebab tu gemuk.
Bagi saya, memang tiada masalah tetapi apabila kita mula
membanding anak-anak kita antara satu sama lain, tak mustahil suasana yang kita
create itu akan mempengaruhi peribadi anak-anak kita.
Kenyataan saya*yang di atas tadi* dibalas,
“Sue, memang lah kena adil, tapi tak kan lah kalu kita beli
satu permainan dekat si A ni, kita pun kena beli
jugak ke B. Susahlah macam nih. Beli satu, tapi berkongsilah.”
Oh…saya faham term of kongsi. But what I trying to say is
the way we give kasih sayang to your kids. Bukan atas dasar material or giving
of something. Apa yang cuba saya nyatakan adalah atas dasar perkataan atau
ucapan kita pada mereka.
Let say:
“Abang long ni pandai lah, rajin belajar, dengar cakap. Adik
nih pulak, belajar macam nih…malas. Tengok abang dah la rajin, pandai pulak”
Memang pada kita, apa yang kita cakap dah betul, tetapi ada
tak kita fikir penerimaan anak-anak terhadap percakapan kita.
Cuba kita cakap macam nih,
"Abang long ni rajin, selalu tolong mama. Bila adik nak tolong mama, adik pun rajin tapi jarang tolong mama. Abang long nanti tolong adik belajar, sama-sama jadi pandai yer". *mungkin?*
Mungkin kita boleh cuba gunakan secara reverse psychology
pada anak. Janganlah kita membandingkan anak-anak. Kita fikir dengan
membeza-bezakan mereka, menyebabkan anak ini akan terus berusaha tetapi adakah
kita fikir perasaan mereka apabila dia dibandingkan dengan abangnya. Oleh sebab
itu, ada anak yang memberontak. Mereka akan fikir mak dan ayah sayang abang
saja, mak kate saya tak pandai, mak kata saya malas dan sebagainya. Dan, secara
automatiknya, anak itu membentuk peribadi yang negative. Walaupun dia berusaha untuk
memenuhi kehendak hati ibu bapa tetapi nilai dalam dirinya mungkin sudah tidak
ada. Sebab itu lah wujudnya anak yang suka melawan, bersikap tidak menghormati
dan besar kepala.
Jadi,
Mungkin kita fikir kita dah lakukan yang terbaik untuk
anak-anak kita. Tetapi, wahai parents, watch out your words. Anak-anak ada hati
dan perasaan. Bila kita tersalah, padahnya kita yang menanggung dan akhirnya,
apa akan jadi pada anak kita. Siapa yang rugi. Anak-anak adalah amanah Allah kepada kite.
Anak-anak itu memang kain putih. Kita lah yang mencorakkan
mereka. Bagaimana?
**Saya masih bujang dan ini pandangan saya, bercakap memang
senang dan saya akui memang susah untuk melakukannya**
Last word,
Sentiasalah mendoakan kebahagian dan kesejahteraan ibubapa kita. Dan sama-samalah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh-solehah dan berusaha untuk membahagiakan ibubapa kita.
Wassalam,
senyum sokmo
saya mahu jadi anak solehah
No comments:
Post a Comment