BRANDED
Assalamualaikum.
Wahhh!!!
Pagi-pagi sudah update blog. Kerlass kau mak jah.
"Kau ada. Ada, ada?" *guna nada si bongsu Ekal*.
"Tak ada, kan." (Hihihi)
Beginilah kehidupan bersama si adik bongsu yang baru berumur 7 tahun. Macam-macam perangai, sampaikan si kakak pun terikut sama. Yihh!!
Jadinya,
Hendak dijadikan cerita, pagi tadi pergi kerja sambil dengar slot AM Crew di hot.fm. Tajuk pagi ini pula tentang "branded".
BRANDED. Dalam erti kata lainnya adalah jenama. Lagi spesifik merujuk kepada pakaian atau barangan yang mahal atau bernilai tinggi yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri.
Bak kata si Fara Fauzana aka Fafau, dia okay sahaja jika tidak memakai baju "branded".
"Ha..tengok. Baju I berharga 5 pound sahaja. Seluar I hanya one pound sahaja...".
Wah. Kemain lagi ya cik Fara Fauzana kita ni. Sengaja nak "highlight" kan matawang pound. Tak mainlah harga dalam Ringgit Malaysia, RM ni.
Saya pun bukanlah seorang yang suka memakai baju-baju "branded". Kasut-kasut "branded". Beg-beg "branded". Kita ini sekadar biasa-biasa sahaja. Baju pun beli dekat pasar malam sahaja. Manalah nak ada duit banyak-banyak untuk beli barangan berjenama. Iya, ke tidak?
Apa yang penting, guna ikut keselesaan dengan pakaian yang kita pakai. Barulah tidak serabut sangat. At least, biarlah nampak kemas. Cantik dan bergaya. Tak gitu.
Cik Suri bukalah seorang yang suka membeli baju, beg atau aksesori. Tetapi, saya seorang yang terlalu obses terhadap kasut bertumit, "heels". Tidak kiralah, kalau saya sudah terberkenan dengan satu-satu design, mesti hendak beli juga.
Cik Suri bukalah seorang yang suka membeli baju, beg atau aksesori. Tetapi, saya seorang yang terlalu obses terhadap kasut bertumit, "heels". Tidak kiralah, kalau saya sudah terberkenan dengan satu-satu design, mesti hendak beli juga.
Hah!!! Masa ini harga sudah tak dipandang. Janji dapat beli.
Tapi, belum pernah lagi membeli sampai berhabis beratus
beribu ringgit. Ala kadar sahaja, seperti mengukur baju di badan sendir.
Terliur juga untuk merasa barangan jenama seperti Jimmy Choo, Louis Vuilton, Dior dan sebagainya. Tetapi, sekadar berangan di
siang hari saja. Realistiknya kasut hanya untuk dipakai di kaki sahaja, maka tidak perlulah berhabis duit. Iyer ke idop, teman hoii!!!
Habaq kat hang, sudah berbuih emak kita bebelkan kita tau. Yelah, kasut sahaja berkotak. Semak katanya, pakainya tidak. Beli sahaja yang banyak. Lepas itu, buat harta, last-last rosak begitu sahaja. Nanti dekat akhirat kena bilang satu-satu. Jenuhlah menunggu hendak masuk ke syurga cepat-cepat.
Kadang-kadang marah emak ayah bersebab. Tapi, apakan daya. Anakmu yang comel ini tidak bersalah tapi nafsu yang bersalah.
Hahahaha :)
Barangan "branded" harganya mestilah mahal.
Manalah cik suri mampu hendak beli barang-barang yang mahal begini. Kalau teringin hendak beli barang yang "branded", kena tunggu waktu SALE. Kut-kut lah dapat diskaun 70-80%. Barulah berpuas hati.Yang berharga seribu boleh turun jadi seratus ringit. Jack pot!! Itu pun terpaksa berebut dengan orang ramai.
Biasanya saiz barangan discount ini limited. Jarang sangatlah hendak dapat yang sesuai dengan size orang Asia yang kementot ni.
Okay lah,
Sekadar cik suri bercerita. Kalau korang suka, jangan lupa tinggalkan komen.
So, dengarkanlah lagu dendangan daripada Jessie J, Price Tag.
Next post, see ya!!!
No comments:
Post a Comment