Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts


HANYA TINGGAL beberapa hari lagi sebelum tahun 2022 melabuhi tirainya. Dan kita akan memasuki tahun baru, sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Apakah persediaan yang akan kita lakukan apabila memasuki tahun baru? 

Apakah perubahan yang telah kita capai pada tahun 2022, atau kita akan membawa perkara yang sama atau perkara yang belum selesai ke tahun 2023?

Bagaimana pula cara kita merancang perjalanan hidup secara peribadi dalam menempuhi tahun 2023? Adakah berbaloi jika kita meletakan sedikit masa mengatur startegi dari sekarang untuk membina sebuah impian tahun 2023 yang  lebih besar dan bermakna?

Bermula dengan membuat persediaan awal bagi menghadapi tahun 2023 bermakna kita telah bersedia untuk megelakkan diri daripada menjadi hilang arah dalam menumpukan pada perkara yang ingin kita capai secara peribadi dan profesional pada tahun hadapan.

Perasaan yang sukar untuk digambarkan apabila kita membuka buku yang baru. Banyak persoalan yang akan berlegar di minda. Dimana yang harus saya bermula? Perkara apakah yang perlu saya utamakan? Bagaimana saya boleh tahu yang saya telah berjaya?

Pelikkan? 

Tetapi itulah perasaan yang akan kita rasai. Perasaan yang tidak difahami atau luar dari kebiasaan.

Niat, Matlamat dan Tabiat

Apabila saya berjumpa dengan klien saya, saya akan selalu menekankan tentang matlamat. Hakikatnya, dalam hidup ini terbahagi kepada tiga bahagian yang perlu kita muhasabah iaitu Niat, Matlamat dan Tabiat.

Pada pendapat saya, ketiga-tiga bahagian ini berhak diberi perhatian dan masa agar kita dapat membina impian yang besar, mencapai target dan merasai manisnya kejayaannya.

Tabiat yang baik akan 'drive you" untuk mecapai matlamat tersebut. Perkara penting yang kita perlu tahu adalah niat tidak mencukupi untuk mengubah tingkah laku, tetapi ia perlu ada matlamat yang jelas dan tabiat yang sangat baik untuk membantu mencapai matlamat kita.

Pentingnya Perlaksanaan

Setiap kali saya menghadiri "training", kami diajar proses untuk mencapai impian. Kita boleh cuba lakukan secara sendirian atau berdua dengan rakan atau pasangan.

Langkah 1 - Cipta impian atau niat yang besar atau yang lebih "bold" untuk dicapai pada tahun 2023. Kita boleh mulakan dengan membina sebuat jurnal atau "dream board". 

Selalu membayangkan atau ekspresikan impian sebagai tajuk besar untuk dicapai pada tahun 2023.

Langkah 2 - Bina beberapa matlamat yang kukuh atau  "big why" yang boleh kita kaitkan dengan impian/ niat tersebut. Sentiasa menyemak matlamat untuk menilai kemajuannya.

Saya pernah diajar untuk memberitahu atau berkongsi tentang impian kita kepada ahli keluarga, rakan atau ketua / leader. Laungkan sekuat hati atau tulis sebesar-besarnya agar kita sentiasa mengingati impian tersebut.

Langkah 3 - Kenalpasti tabiat yang perlu kita bina agar kita lebih bersemangat untuk mencapai matlamat dan impian. Seperti contoh, kita perlu lebih konsisten dalam melakukan sesuatu perkara supaya ia dapat mencapai impian yang ingin kita capai.

Seperti saya contohnya, saya ingin mencapai sales RM 3juta setahun, bermakna saya perlu ubah tabiat yang malu untuk menegur prospek kepada seorang yang proaktif dan lebih ramah apabila berhadapan dengan klien. Saya perlu membuang sifat malu jauh-jauh. 

Atau, saya perlu membuat jadual kerja yang betul supaya saya dapat merangka gerak kerja saya dengan baik dalam tujuan untuk mencapai jualan tahunan sebanyak RM 3juta setahun.

Penutup daripada Saya

Kita sedang menghampiri penghujung 2022, maka luangkanlah sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah kita capai untuk tahun ini. Dan kemudian peruntukkan sedikit masa untuk membina "Big Goal" untuk tahun 2023. Take some time to "me time" dan merenung impian yang anda ingin capai untuk tahun 2023. Fikirkan bagaimana dan dengan cara apa yang boleh anda capai impian tersebut.

Akhir kata dari saya, Cik Suri ~ Selamat maju jaya dan semoga anda berjaya membina, mencapai impian besar tahun 2023 anda.

Selamat Tahun Baru. Semoga tahun 2023 menjadi tahun yang terindah untuk kita semua.

Selamat Tinggal 2022, semoga ia adalah pengalaman indah dan pengajaran yang terbaik untuk kita semua.


Assalamualaikum ;)

Pernah atau tidak, anda dengar tentang unit amanah saham atau dalam bahasa internasionalnya adalah "Unit Trust". Jika ya, apakah pandangan anda tentang unit amanah saham ini?

Adakah anda salah seorang pelabur di Unit Amanah Saham? Jika ya, kenapa anda memilih unit trust?

Kenapa menyimpan di Unit Amanah Saham

Assalamualaikum semua!!! *sila baca dengan nada ceria*. 

Semoga Allah merahmati kawan-kawan alam maya Cik Suri.

Kali ini, rasanya Cik Suri ingin kongsikan pengalaman membuat pelaburan di unit amanah saham dan kenapa Cik Suri memilih untuk melabur di medium simpanan ini.

INI KISAH CIK SURI!!!

Bagaimana Cik Suri Berkenalan dengan Unit Amanah Saham

Kisahnya bermula...

Pada tahun 1997. Wow, awalnya!!!

Ya, sebab ia adalah kisah pelaburan dan informal lesson daripada ibu Cik Suri. 

Ibu Cik Suri merupakan salah seorang pelabur unit amanah di Amanah Saham Nasional/Bumiputera (ASN/B) di bawah Permodalan Nasional Berhad.

Ibu Cik Suri telah mula menyimpan awal tahun 1990-an, dan pelaburannya telah memberi keuntungan yang sangat banyak. Pada sekitar tahun 90-an, ASB memang memberi pulangan (dividen) yang besar kepada pelabur-pelabur mereka.

Cik Suri mula timbul rasa berminat apabila melihat duit dalam buku simpanan ASB ibu Cik Suri yang ketika itu telah mencecah ribuan ringgit. Macam tidak sangka, kerana kami adalah daripada keluarga yang dikategorikan sebagai "orang susah". Kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Rupanya kesemua simpanan itu adalah nafkah daripada ayah, sebab kesemua gaji ayah akan diberikan kepada emak untuk diuruskan. Kiranya emak Cik Suri adalah akauntan keluarga kami. Ayah hanya mengambil sebahagian sahaja daripada gaji sebagai belanja untuk minyak dan makan semasa bekerja. Ayah Cik Suri pula bekerja sendiri sebagai tukang rumah atau buruh kasar.

Sehinggakan kesemua kami adik beradik semasa belajar di MRSM, masuk ke universiti, emak mengambil dana daripada simpanan ASB sebagai belanja pendidikan kami. 

Besarkan pengorbanan ibu dan bapa. Tapi, sayang dapat anak degil dan suka melawan macam Cik Suri. Ampunkan aku, wahai mokmok dan ayoh. Anok mu ini sangat babel.

Begitulah sedikit kisah pelaburan emak Cik Suri yang menjadi inspirasi untuk meneruskan minat dalam dunia pelaburan. 

Menyimpan untuk ada simpanan

Kisah minat Cik Suri terhadap unit amanah makin membesar sedikit demi sedikit. Ia bermula kembali pada tahun 2013. Pada waktu itu usia meningkat dewasa, sudah mempunyai pendapatan sendiri dan mula mencari-cari tempat untuk menyimpan duit. *baca Cik Suri seorang yang sangat boros at that time.*

Ketika ini, simpanan Cik Suri banyak diletakkan di di dalam akaun Tabung Haji. Cik Suri juga mulai mengambil polisi insurance kesihatan. Semua ini adalah sebagai back-up kepada Cik Suri jika berlaku kecemasan. Kita tidak jangka bila masa kita akan mengalami sakit, dan kecemasan yang lain. Sudah pasti, kita tidak ingin menyusahkan ibu dan bapa lagi. Cukuplah jasa mereka menjaga dan membesarkan kita.

Pada masa itu, pengetahuan Cik Suri tentang pengurusan kewangan yang betul masih belum ada, belum tiptop. Duit gaji gagal diuruskan dengan betul. Cik Suri mula mencari cara untuk simpan duit dan ketika itu juga ada beberapa agen pelaburan yang approached. Tetapi tidak terbuka hati untuk melabur dengan mereka, mungkin kerana tiada jodoh dan rezeki di situ. 

Sehinggakan Cik Suri diperkenalkan dengan Unit Amanah Saham di bawah syarikat Public Mutual. Semua ini di atas jasa sahabat baik  Cik Suri yang datang melawat dan menginap di rumah pada masa itu. Dari situ, dia menceritakan serba sedikit perihal pelaburan unit amanah. Bermula dari situ, Cik Suri terus membuka akaun unit amanah di Public Mutual dan seterus membut pelabur sehingga hari ini.

Kenapa Cik Suri Memilih Unit Amanah Saham Berbanding Medium Yang Lain?

Pada asalnya Cik Suri tidak berapa jelas sangat tentang instrument pelaburan unit amanah ini. Tetapi "day by day" pengetahuan itu semakin ada dan banyak hasil daripada amalan suka membaca. 

Ketika mencari agen unit amanah, Cik Suri juga selalu memcari info-info berkaitan melalui Mr. Google. Dan, sebab itu kebanyakan konsultan yang Cik Suri jumpai tidak berada di Kemaman. Inilah antara sebab kenapa Cik Suri lambat dan tertangguh untuk start melabur dengan awal. Rugi betul rasanya.

Hanya ada dua sebab kenapa Cik Suri memilih untuk melabur di unit amanah saham? Maklumlah sebelum ini belum betul-betul faham lagi tentang unit trust.

Yang pertama adalah kerana, KEUNTUNGAN. Nampak, betapa mata duitan Cik Suri ini. Cik Suri berharap untuk mendapat pulangan yang lebih banyak daripada Tabung Haji. Pada ketika itu, Cik Suri hanya mampu dapat sekitar RM200-300 (sekitar 5-7%) pulangan daripada Tabung Haji.

Cik Suri juga pada ketika itu juga mempunyai akaun ASB yang dibuka ketika di universiti. Cik Suri ada juga meletakkan wang daripada PTPTN di akaun ASB, tetapi pulangan ketika itu, so-so sahaja.  

Jadi Cik Suri mula merancang dengan mengambil sebahagian daripada gaji untuk diletakkan pada tempat yang memberi pulangan lebih tinggi daripada Tabung Haji. Dari situ Cik Suri mula asingkan dengan membuat simpanan RM 100 sebulan di Tabung Haji dan RM 200 sebulan di instrumen unit trust. 

Makanya, Cik Suri memilih untuk menyimpan secara potongan bulanan dari akaun gaji ke dalam dana yang dicadangkan oleh konsultan ketika itu. 

Unit amanah saham biasanya memberi pulangan antara 8-10% dan terdapat juga dana yang pulangannya boleh mencapai sehingga 12% bergantung pada exposure dana tersebut. Baguskan. 

Tetapi, diingatkan bahawa simpanan hendaklah untuk jangka masa panjang di antara 5 tahun ke 8 tahun, lebih bagus 10 tahun dan ke atas. 

Keduanya, adalah kerana mudah dan diuruskan oleh Pengurus Dana yang telah berpengalaman, Jadi Cik Suri tidak perlu pening kepala untuk monitor pelaburan tersebut dan tidak perlu ambil tahu tentang turun dan naik harga dana. Semuanya diurus dan dijaga oleh syarikat pengurusan unit amanah seperti Public Mutual

Cik Suri melabur dengan perasaan tenang dan di dalam masa yang sama, turut mendapat keuntungan menerusi prestasi dana yang dilaburkan. Pilih sahaja dana yang disyorkan oleh pperunding unit amanah yang berpengalaman.

Begitulah ceritanya bagaimana Cik Suri boleh terjun ke dalam pelaburan unit amanah dan juga ke dalam bidang pengurusan unit amanah.

Jika ditanya tentang untung? 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bagi Cik Suri. Alhamdulillah, telah mencapai target yang Cik Suri harapkan.

Sekian,

Cik Suri yang menulis,

ADAKAH ANDA SEORANG YANG SUSAH UNTUK TIDUR? Susah untuk lelapkan mata sehingga menyebabkan anda STRESS?

Solat Sunat Witir Membantu Atasi Insomnia

Assalamualaikum, teman-teman blog walkers. 

Mungkin di kala ini anda sedang blog walking di malam hari kerana sukar untuk tidur. Atau anda seorang pengidap insomnia yang kronik. 

Kalau benar anda seorang pengidap insomnia. Ingin tahu bagaimana Cik Suri ubati masalah insomnia?

Jom, kita bercerita tentang amalan yang sangat membantu Cik Suri untuk mengatasi penyakit insomnia.

KISAH CIK SURI YANG SUSAH TIDUR MALAM a.k.a INSOMNIA

Cik Suri adalah seorang yang sangat susah untuk tidur. Dan, jika tidur pasti akan terjaga kembali pada tengah-tengah malam antara jam dua-tiga pagi. Ini menyebabkan Cik Suri terjaga sehingga pagi. Mestilah perasaan takut apabila terjaga tengah-tengah malam. Kepala otak pasti akan memikirkan hal-hal mistik. Mata melilau memandang ke bumbung rumah.

Tips Mengatasi Masalah Insomnia Kronik

Pernah juga Cik Suri cuba untuk menunaikan solat sunat tengah malam a.k.a Solat Sunat Tahajud dan sewaktunya, tetapi hendak keluar pergi  ke bilik air pun takut. Lepas itu, bila dah berjaya ambil wuduk, solat pula tidak tenang sebab tengah malam dan kepala otak fikir monster a.k.a momok a.k.a hantu keluar dari bawah katil...

hahaha...tak lawak, okey!!!

Ekstrem nya pemikiran.

Langkah Atasi Insomnia dengan Solat Sunat Witir

Pelbagai cara yang telah Cik Suri lakukan untuk lelapkan mata. Berzikir, kira bilangan tasbih, kira biri-biri, pasang bacaan al-quran dari youtube, baca buku dan bermacam-macam lagi. 

Tutup mata dan paksa otak supaya jangan bercakap. Sehingga terlena tetapi sebenarnya bila terjaga dari tidur sakit kepala kerana penat memaksa otak. 

Tetapi... 

Pada Ramadhan yang lalu, Cik Suri telah lakukan satu eksperimen dan keputusannya hampir 95% berjaya.

Apa rahsianya?

Jawapannya adalah menunaikan Solat  Sunat Witir tiga rakaat selepas solat isyak. Alhamdulillah, ia sangat berkesan hampir 100%. 

Tak percaya?

Korang cuba dahulu.

Bagaimana Cik Suri dapat idea ini?

Sebenarnya idea ini datang selepas Cik Suri terfikir, kenapa selepas solat terawih, Cik Suri pasti akan cepat mengantuk dan terus tertidur lena. Ingatkan sebab penat berpuasa sepanjang hari, atau perut kenyangan. 

Rupanya... Rahsianya adalah Solat Sunat Witir!!!

Ada satu hari tu Cik Suri menonton video Ustaz Wadi Anuar yang berpesan, lakukan solat sunat witir setiap hari selepas solat isyak, jadikan sebagai amalan.Tetapi, tidak pula dikatakan yang solat sunat witir boleh buat kita tidur lena.

Selepas berlalunya bulan Ramadhan, Cik Suri cuba teruskan amalkan solat sunat witir tiga rakaat selepas solat isyak. Cik Suri buat pemerhatian dalam tempoh masa seminggu untuk melihat keberkesanan solat sunat witir ini. 

Yes!!!

Alhamdulillah!!! Keputusannya Cik Suri sangat mudah terlena. Sedar-sedar sudah azan subuh. Pasti akan terjaga seawal jam 5-6 pagi. Kemudian, Cik Suri teruskan sehari demi sehari dan jawapannya, alhamdulillah sangat mudah terlena. Tiada lagi insomnia yang teruk. 

Kalau dulu, rajin solat sunat witir kerana solat terawih di bulan Ramadhan. Sekarang, tidak lagi. Akan Cik Suri ikhtiarkan untuk terus mengamakan solat sunat witir dalam rutin seharian.

Solat Sunat Witir Amalan Yang Wajar Dilakukan Setiap Hari 

Dulu, setiap kali berjemaah di masjid, Cik Suri akan akhirkan dengan Solat Sunat Witir. Bila tidak ke masjid, selesai solat isyak di rumah, terus lipat telekung. Tak buat dah solat sunat witir.

Sebenarnya solat sunat witir adalah antara solat sunat yang kita boleh lakukan setiap hari. Tidak perlu tunggu untuk "qiam" baru lakukan solat sunat witir sebagai penutup. Sebenarnya, solat lima waktu juga boleh ditutup dengan solat sunat witir tiga rakaat, tanpa menunaikan solat sunat yang lainnya. 

Hendak lagi baik, lakukan bersama solat sunat yang lain seperti dua rakaat sebelum subuh, sunat rawatib, solat sunat dhuha, solat sunat hajat dan lain-lainnya.

Witir bermaksud Ganjil, sebab itu disarankan untuk kita lakukan dengan jumlah bilangan rakaat ganjil seperti satu rakaat, tiga rakaat, lima rakaat, dan se-afdalnya dilakukan sebanyak 11 rakaat.

Kebiasaanya, paling kurang satu rakaat atau tiga rakaat dengan dua salam.

Solat witir ialah sunat mu'akkad, yang bermaksud digalakkan untuk melakukan amalan tersebut dalam Islam.

Okay, 

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Suri berkenaan Solat Sunat Witir. Sesungguhnya solat sunat witir ini adalah amalan dan sunnah daripada junjungan kesayangan kita semua, Nabi Muhammad s.a.w.

Tips Atasi Masalah Insomnia

Inshaa Allah,  

Jika diberi peluang dan keizinan dari ALLAH s.w.t, Cik Suri cuba untuk share lagi tips-tips dan amalan yang boleh memudahkan urusan harian kita.

Perkongsian tentang Solat Sunat Witir ini hanyalah salah satu amalan yang sangat membantu Cik Suri untuk mengubati masalah sukar tidur (insomnia). Tetapi keberkesanannya, ia bergantung kepada individu. Kemungkinan berkesan atau tidak, bergantung juga. Tetapi, tidak salah untuk MENCUBA.


Sekian dulu..

Cik Suri yang menulis


 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Nampak gaya tahun 2022 ramai yang terkejut sebab tiba-tiba hari raya. Taa daaa!!!

Assalamualaikum, hi everyone!!! 

Seminggu sudah raya berlalu. Masih terkejut lagi? Ya lah, semua orang kena prank dengan anak bulan. Tiba-tiba anak bulan keluar awal, kan?

Cik Suri berharap 1 Syawal jatuh pada hari Selasa, 3 May. Tapi, Allah yang tentukan semua kejadian. Agak kelam kabut juga malam raya.

Tidak disangka. Surprise!!!

Cik Suri tengah mengaji dekat rumah, sementara menunggu azan waktu solat isyak. Tiba-tiba adik perempuan Cik Suri mengusik adik bongsu, Si Haikal yang tidur selepas maghrib. Dikejutnya budak tu, konon-konon sudah pagi dan disuruhnya Solat Hari Raya. 

Cik Suri jeritlah dari bilik Cik Suri, " Awalnya nak raya.". Dia balas, pemegang mohor sudah umum esok raya. 

Patutlah beria-ia bunyi bunga api. Rupanya sudah umum esok raya.

Cik Suri apa lagi, terus berlari ke bilik emak dan bagitau hal esok raya. Emak pun sudah tahu yang esok raya. Maknanya Cik Suri yang lambat tahu...

Bermulalah episod "Kelam kabut di Malam Raya".

Otak Cik Suri, Selasa raya. Selasa Raya!!!

Semua bahan basah dan lauk-pauk belum beli lagi. Salah emak Cik Suri juga. Sahur tadi, Cik Suri sudah bertanya bila mahu ke pasar. Cik Suri ajak pergi pagi tapi emak cakap, " Takpe, raya kan  hari Selasa. Kita pergi pagi Isnin lah." Begitu "kerek" dan confident emak Cik Suri.

Hah,

Sekarang, Isnin yang raya. Isnin Raya!!!

Selesai solat Isyak, terus kami ke pasaraya berhampiran dengan rumah, dengan harapan ayam segar dan daging masih berbaki di pasaraya. 

Sayangnya, 1000 orang yang berfikir macam Cik Suri. Sampai sahaja di pasaraya, panjang barisan orang yang beratur. Ayam segar sudah habis. "Sold Out"

Laju betul orang kampung Cik Suri buat kerja. 

Terpaksalah kami beli apa yang ada. Kami hanya sempat beli daging ayam frozen sahaja, harga pula mahal. 

First time raya tidak dapat makan ayam segar. Cik Suri cadangkan pada emak, "Kita dapat ayam frozen, kita buat soto ayam sudahlah raya esok. Mudah dan cepat. Nanti hari kedua baru kita ke pasar cari lauk"

Kata adik Cik Suri,"Ni kan baru rehearsal raya. Selasa baru kita raya betul-betul."

"Eh, boleh yer macam gitu." balas Cik Suri.

yang penting, kami dah pesan dekat emak. "Mok, bawa bertenang. Jangan panic." 

Betul. Emak Cik Suri nampak sangat tidak tenang. Macam blur sikit. Terkejut agaknya, tambahan pula menyesal agaknya sebab tidak ke pasar awal pagi tadi.  Buntu tidak tahu hendak masak apa untuk esok. 

Selesai beli barang serba-sedikit. Adik Cik Suri pula belum selesai halnya. Hendak kena beli kasut raya pula. Jam sudah 1030 malam. Bawa jugalah ke bandar Chukai, untuk cari kasut raya. Nantikan esok sedih, tiada kasut raya.

Begitulah serba sedikit malam raya kami. Rumah belum sempat kemas lagi. Nasib baik hal mengecat rumah sudah Cik Suri siapkan. Penat juga mengecat ruang tamu rumah seorang diri. Dekat seminggu juga ambil masa. Malumlah bulan puasa.

Balik rumah nanti kena selesaikan hal-hal hendak tukar langsir, sarung kusyen, alas meja semua bagai.

Cik Suri sengaja share pengalaman Aidilfitri 1443 dekat blog, buat kenangan. Jarang kita semua raya terkejut macam ini. Sekali-sekala, havoc juga.

Apa kata korang kongsi juga pengalaman raya 1443 korang di ruangan komen. Nak tahu juga kelam kabut korang macam mana. Mana tahu, ada yang baju raya belum siap jahit. Kuih raya belum bakar.

Akhir kata dari Cik Suri,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

BERGEMBIRALAH DI HARI RAYA


Sekian,

Cik Suri yang menulis 


GAMBAR RAYA SEBAGAI KENANGAN

Gambar Raya Kedua. Kakak sulung baru sampai kampung. Jadi, raya kami bermula.


Orang Terengganu, mestilah kena beraya di pantai.


Si bongsu bujang yang suka merajuk.


Raya ketiga, ziarah rumah saudara mara.


Empat beradik perempuan. 


Anak dara berdua suka sangat bermanja dengan makteh diorang ni.


Raya ketiga, ziarah ke rumah saudara mara di Marang, Terengganu.


Hero-hero yang tak berapa nak hensem


Kena paksa ber"OOTD".


Assalamualaikum,

Harini, hari yang memalukan.

Seperti biasa Cik Suri akan keluar makan tengahari bersama-sama officemate. On the way pulang ke  office selepas siap makan, ada pula yang mencadangkan untuk singgah membeli ice-cream Ronald McDonald.

Perut Cik Suri dah mula rasa sakit. Cepat betul makanan dihadam. Masa tu dapat rasa angin berputar-putar dalam perut. Cik Suri terus bagitahu nak kentut dalam nada bergurau. Segan pula hendak kentut dalam kereta orang walaupun tuan kereta cakap kentut je lah. Jadi, menahanlah kesakitan ini, memulas-mulas perut. 

Untuk melupakan rasa sakit, Cik Suri bersembanglah isu pasal kentut. Sehinggalah timbul soalan, "jikalau tahan kentut ada kesan buruk tak?". 

Ahh,
Apa lagi, terus bertanya mr. google yang handsome. "Apakah kebaikan dan keburukan menahan kentut?"

Apakah kesan menahan kentut terhadap kesihatan kita.


Pertama,

Bila kita menahan kentut, ia boleh menyebabkan kembung perut. Kembung dibahagian perut akan membuat kita merasa tidak selesa, terasa perut padat/sengkak dan angin/sendawa. 

Kedua,

Cramp atau kejang perut. Terasa sakit di bahagian perut. Cramp disebabkan oleh angin telah banyak berkumpul di bahagian usus kita, ini menyebabkan angin menekan bahagian perut. Kita merasa sakit di bahagian perut. Pernah tak korang menekan perut, perut terasa keras. Itulah cramp.

Ketiga,

Buasir. Haa...ni penyakit yang ramai orang tak nak hadapi. 
Ya, menahan kentut boleh menyebabkan buasir. Ini terjadi kerana berlakunya banyak pergerakan  yang berlebihan pada organ dubur ketika menahan kentut agar tidak terkeluar kentut. Bahaya!!!

Keempat,

Keracunan gas. Ketika kita berusaha menahan kentut maka gas di dalam perut kita akan menyebabkan tekanan separa di dalam usus lebih tinggi daripada tekanan separa di dalam darah yang akan mengakibatkan gas masuk ke dalam pembuluh darah yang terdapat pada dinding usus, dan akhirnya beredar ke seluruh tubuh dan mengakibatkan keracunan gas.

Kelima,

Kentut berbau busuk. Haaa...yang ni bahaya. Sebab bila dah lama angin terkumpul dalam perut, akan menyebabkan bau busuk. Bau busuk terhasil daripada gas-gas dalam badan yang bertindak balas dengan bakteria atau enzim yang wujud di dalam perut kita.

Jangan cuba tahan kentut lama-lama. Nak tahan boleh jika di dalam keadaan darurat seperti di dalam lift. Jangan lepas kentut dalam lift, mahu pengsan semua orang jika angin kita berbau sangat dasyat. hahaha...

Ok, daaa...
Cik Suri yang menulis.
Rujukan daripada Mr. Google.

Ad Code

Responsive Advertisement