Amalan Sunnah di Hari Jumaat
Assalamualaikum...
Salam Hari Jumaat!!!
Alhamdulillah. Masih dipanjangkan nyawa dan masih bertemu hari Jumaat. Hari Jumaat kan hari yang banyak keberkatannya. Penghulu kepada segala hari.
Marilah kita lakukan perkara-perkara sunat di hari Jumaat seperti:
- Banyakkan membaca selawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w. Baginda s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Perbanyakkan selawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali". (riwayat Baihaqi)
- Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Abu Said meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat”. (riwayat daripada al-Nasa’i dan al-Baihaqi)
- Memotong kuku, menggunting rambut dan misai dan sebagainya. Ingat potong kuku pun ada cara sunnahnya. Kena mulakan dari jari telunjuk tangan kiri ke jari kelingking kiri, sambung pula dari jari kelingking kanan ke telunjuk kanan. Kemudian ibu jari kanan terus ke ibu jari kiri. Siap, dapat pahala.
- Memakai pakaian yang cantik dan wangi bagi lelaki.
- Jangan lupa amalkan zikir harian Imam al-Ghazali. Hari Jumaat banyakkan baca zikir Ya Allah sebanyak 1,000 kali.
- Sembahyang Jumaat, untuk lelaki sahaja. Perempuan jangan pula gatal-gatal nak join
*tapi masa belajar P. Islam di sekolah dulu, perempuan pun boleh solat Jumaat*. Pergi masjid di awal waktu. Baca quran banyak-banyak. Boleh dapat pahala lebih, duduk dekat-dekat dengan imam. Jangan tidur sudah masa mendengar khutbah jumaat nanti. Hehehe
Cik Suri tidak berapa sihat sangat hari ini. Tadi bangun tidur, badan panas lain macam. Demam agaknya. Tapi paksa jugak bangun awal sebab Jumaat pun kena pergi kerja. Malas juga untuk pergi kerja sebenarnya. Huhuhu 😢😢
Sekarang ini dekat office pun malas buat kerja. Boleh pula curi tulang update blog. Maklumlah bos belum naik ke office lagi. Minggu depan bos kita baru akan balik Malaysia.
Tak suka...tak suka. Cakap berbelit-belit. Maklumlah rakyat India. Mat toleh bulu ketiak kuning pun cakap tidak berbelit melingkar macam dia. Jangan tidak disangka, saya adalah musuh dia di Malaysia ini. Kenapa? Sebab dia tu cakap pandai, kerja tidak buat, kemudian sesuka hati hendak mengarah orang mana yang dia suka.
Poodahhh!!!*sakit hati haku*
Eh, sempat lagi hari Jumaat marah-marah dan kutuk-kutuk "manager" sendiri.
Assalamualaikum.
1 comment:
silap...bukan boss...die hanya ketua saya saja..yang tak tau pape...
Post a Comment